PENGGODAM MAHU 'BUNUH' FACEBOOK 5 NOVEMBER INI
SAN FRANCISCO 11 Ogos - Anggota kumpulan penggodam, Anonymous yang mengaku menggodam beberapa agensi penguatkuasaan kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan syarikat permainan video Sony, merancang untuk 'membunuh' rangkaian sosial, Facebook.
Satu rakaman video dari kumpulan penggodam itu yang disiarkan di laman YouTube mendakwa 'Operasi Facebook' akan dilancarkan pada 5 November ini bagi memusnahkan rangkaian sosial itu kerana membolehkan pihak berkuasa menyalahgunakan maklumat peribadi penggunanya.
Rakaman video tersebut memaparkan logo Anonymous berwarna kelabu dan satu suara diubahsuai secara digital mengumumkan rancangan untuk memusnahkan Facebook dan meminta penggodam lain turut serta dalam serangan siber itu.
Penggodam ini menuduh Facebook menyimpan data pengguna dan menyerahkan data berkenaan kepada pihak berkuasa.
''Sertai perjuangan ini dan bunuh Facebook demi privasi anda,'' kata suara dalam rakaman video itu yang ditonton lebih sejuta kali sejak disiarkan tiga minggu lalu.
*** end ***
haa apa kes ni?? biar betikk... kang nnt jadi mcm dulu kata pesbuk nak tutup.. dan dan jer kan.. pastu x tutup gak.. so kita tunggu jer la 5 November nanti ek..
p/s : Facebook ada melancarkan FB Messenger.. haa nak celen BBM~
ngee~
m(^o^)m
*i'm shin.. i'm inesen
dh jadi fenomena skrg FB nih
ReplyDeletebiasala tu ada yg dengki
namun tak tau rr sahihnya kat mana
hurm jgn ckp nak hack blogspot sudah
ReplyDelete;D
bukankosong : hidup sepi tanpa pesbuk *nanges
ReplyDeletekorie : hidup terasa mati tanpa blogspot *nanges
ReplyDelete