Friday, November 13, 2009

Please... It Hurts!


kengkawan.. shin nak berkongsi satu benda ngan korang semua ek.. shin nak menyentuh hati korang ngan entri khas untuk hari Jumaat yg mula ni... marilah kita renung renungkan ek..

'Daddy ... It hurts'

My name is Seri,
I am three,
My eyes are swollen..
I cannot see.

I must be stupid,
I must be bad,
What else could have made,
My daddy so mad?

I wish I were better,
I wish I weren't ugly,
Then maybe my mommy,
Would still want to hug me.

I can't do a wrong,
I can't speak at all,
Or else I'm locked up,
All day long.

When I'm awake,
I'm all alone,
The house is dark,
My folks aren't home.

When my mommy does come home,
I'll try and be nice,
So maybe I'll just get,
One whipping tonight.

I just heard a car,
My daddy is back,
From Charlie's bar

I hear him curse,
My name is called ,
I press myself,
Against the wall.

I try to hide,
From his evil eyes,
I'm so afraid now,
I'm starting to cry.

He finds me weeping,
Calls me ugly words,
He says its my fault,
He suffers at work.

He slaps and hits me,
And yells at me more,
I finally get free,
And run to the door.

He's already locked it,
And I start to bawl,
He takes me and throws me,
Against the hard wall.

I fall to the floor,
With my bones nearly broken,
And my daddy continues,
With more bad words spoken.

'I'm sorry!', I scream,
But it's now much to late,
His face has been twisted,
Into a unimaginable shape.

The hurt and the pain,
Again and again,
O please God, have mercy!
O please let it end!

And he finally stops,
And heads for the door,
While I lay there motionless,
Sprawled on the floor.

My name is Seri,
I am three,
Tonight my daddy,
Murdered me.

I pray for your forgiveness,
You would have to be,
One heartless person,
Not to be affected,
By this Poem.

And because you ARE affected,
Do something about it!
So all I ask you to do,
Is paste this on to your blog!

Kes 1
PULAU PINANG - Seorang bayi perempuan berumur empat bulan mati setelah dipercayai dicampak ke atas tilam di rumahnya di Sungai Ara, petang semalam.

Bayi itu, yang dikatakan tidak berhenti menangis, menimbulkan kemarahan bapanya, seorang tukang paip yang berusia 35 tahun disyaki mencampakkannya ke atas tilam.

berdasarkan pemerikasaan doktor, terdapat beberapa kesan lebam dan cedera di bahagian muka bayi itu, antaranya kesan lebam dipercayai akibat dicubit di kedua-dua belah pipi, kesan calar di telingan dan lebam di dahi.


Kes 2

KOTA BHARU - Akibat kesempitan hidup, seorang ibu berusia 36 tahun telah dilanda kemurungan dan gagal berfikir secara waras sehingga tergamak membunuh bayinya yang baru berusia 10 bulan.

Bahasniza Abu Bakar bertindak menekup muka Mohammad Asyhraf Noor Aswadi dengan menggunakan bantal sehingga mati sebelum mayatnya dicampak ke dalam tali air hanya kerana bayi itu merengek tanpa henti meminta susu.


Kes 3
TAMPIN 1 Julai - Hanya berpunca daripada perbalahan dengan suami, seorang ibu muda berusia 26 tahun bertindak nekad menelan beberapa biji pil penenang milik ibunya sebagai jalan penyelesaian untuk membunuh diri.

tidak cukup dengan itu, wanita terbabit turut memaksa tiga orang anaknya menelan pil yang sama, menyebabkan kesemua mereka terpaksa dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di Seremban, hari ini. Wanita itu, kini dilaporkan stabil bersama anak anaknya yang berusia sembilan bulan, 5 tahun dan 6 tahun.


Kes 4

PULAU PINANG - Misteri kehilangan seorang kanak kanak perempuan yang dirahsiakan selama tiga tahun oleh satu keluarga di sini akhirnya terbongkar apabila adik-beradiknya mendedahkan dia telah dibunuh oleh bapa mereka sendiri.

segalanya bermula apabila bapa mereka ditahan polis atas kesalahan mencabul salah seorang anak kandungnya. Perbuatan tersebut dikatakan sering dilakukan oleh bapa mereka.

Rangka kanak kanak malang tersebut dipercayai berumur dalam lingkungan tujuh tahun semasa dibunuh dan telah ditemui oleh pihak polis. Ia ditanam sedalam 0.9 meter di bawah sebatang pokok di kawasan padang di Kampung Pisang, Ayer Itam.

***end***

hmm ni hanya beberapa kes jer shin tepek ek... banyak lagi sebenarnya kalo kita baca paper.. kita dengar berita pasal dera dan bunuh bebudak ni... aishhh kejam kann..

walaupun shin ni bukan la seorang yg penyuka budak budak.. cpt rasa stress kalo dengar budak budak buat bising, nanges or ngada ngada... tp shin x tergamak la nak dera dera diaorg ni.. apatah lagi nak bunuh :(

naper ek.. diaorg leh sampai ati buat benda benda camni... tergamak diaorg kan... budak budak hanya tau menangis sakit... menangis takut... arghhh sedihnya shin bayangkan diaorg kena mcm ni...... xleh nak tulis daaaa...

di hari Jumaat yg mulia ni... shin berdoa.. semoga Allah x cabut sifat kemanusiaan yg ada pada diri kita semua.. semoga kita dijadikan antara hamba-hambaNYA yg soleh, baik budi pekerti dan inesen sepanjang hayat ek... sayangilah anak anak kecil yg x berdosa ek, sayangi gak ibu bapa kita.. keluarga kita.. saudara mara kita.. sahabat sahabat kita semuaa yer.. hmm korang sayang shin tak?? ngee~

salam sayang dari shin.... sekian

*i'm shin.. i'm inesen

Thursday, November 12, 2009

Al-Kisah : Hidung oh Hidung


hye kengkawan... haaa... hari ni shin nak cite pasal hidung... sapa nak dengar angkat tangan!!!?? (xde sorang pon) huhhhhhhhhhhh!! korang kena dengar gakkk.. x kira.. ngee~

pernah tak korang masa belek belek muka korang yg ado tu kat cermin.. then korang pon dok perati bentuk hidung korang.. saiz lobang hidung korang... mungkin ada yg puas hati.. dan mungkin ada gak yg mula berangan kalo la dapat operate hidung tu biar jadi lawa.. ngee.. haaa mesti ada kan!!!

dan mungkin jugak korang taste kat orang yg hidung mancung... hidung mcm shah rukh khan.. hidung mcm Siti Sarah.. hidung mcm shin.. ops.. hehehehe...


i love my hidung... ngee~

ataupun... korang ni tergolong dalam orang yg suka bercium menggunakan hidung..maksudnya.. korang x suka cium mulut.. tp suka laga laga hidung... cium pipi.. seluruh muka guna hidung... uiks... ada tau pattern org yg mcm tu... sapa cakap xde... hah??? shin??? aishhh... shin inesen.. never been kiss or mengkiss... hahahah.. betul!!!!

kekadang.. bila kita ajak kengkawan kita makan makan sea food ker.. ada jer yg mengelak.. depa cakap.. depa ada resdung.. haaa.. tu pun penyakit berkaitan ngan hidung.. depa yg ada penyakit ni.. kalo dok makan benda benda sea food, belacan... nanti mula la gatal gatal hidung.. sesema.. aishhh alhamdulillah shin xde penyakit tu... shin pun x tau la ek.. penyakit resdung ni berjangkit ker tak.. aishhh takuttt~

for korang nyer infomation.. hidung kita semua ni adalah bahagian yang paling menonjol di muka yer, ia berfungsi menghirup udara pernafasan, menyaring udara, menghangatkan udara pernafasan, juga berperanan dalam itonasi suara..

dan lagi... hidung merupakan alat pancaindera manusia yang dapat merangsang berupa bau atau zat kimia yang berupa gas. Di dalam rongga hidung terdapat serabut saraf pembau yang dilengkapi dengan sel-sel pembau. Setiap sel pembau mempunyai rambut -rambut halus(bulu hidung la tu) dihujungnya dan diliputi oleh selaput lendir yang berfungsi sebagai pelembab rongga hidung.

aishh shin memang hilang taste.. bila tetiba orang yg shin suka.. dia patter yg suka korek lobang hidung x kira tempat.. x segan silu dok korekkkkkk jer keje dia.. aishhh.. x senonoh.. dan kalo bole.. selalu la dok trim bulu hidung tu ek.. jangan terkeluar panjang.. huhuhu..


xreti reti cover line time korek hidung???

ni cite pasal resdung plak.. hmm resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan sejenis penyakit hidung. Salah satu punca gejala-gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga disekelilingnya. Sebenarnya resdung bukan hanya boleh menyerang hidung korang sahaja, ia juga boleh menjangkiti mana-mana bahagian badan korang.. mcm mata.. telinga... otak dan sebagainya...

ramai beranggapan rawatan penyakit resdung ni boleh mengakibatkan komplikasi kematian, malah tidak kurang juga yang mengatakan bahawa penyakit ini sebenarnya tidak dapat dirawat. wow ngeri kannn!

kerapkali kita terdengar, ada pesakit yang tertanggal telinga, hidung atau botak kepalanya kerana serangan resdung. Ia sejenis penyakit yang merebak secara senyap. Dan apabila pesakit itu menyedari bahayanya, mungkin ia sudah terlambat... arghhh takut!!!

orang yg berisiko mendapat penyakit resung ni biasanya orang yg alah pada debu dan habuk, alah pada makanan laut, mempunyai dinding hidung yg besar... aishhh apa maksudnya tu?? lobang hidung yg besar ker apa?? aishh...

antara tanda awal penyakit resdung ialah hidung berhingus, berbau busuk dan tersumbat. Pesakit juga mengalami sakit kepala di bahagian dahi dan pipi terutama sewaktu tunduk dan sujud. Hingus yang kuning kehijauan juga boleh terkumpul di bahagian tekak menyebabkan tekak sentiasa berkahak dan batuk.. lain lain macam migrain, gatal di kepala, keguguran rambut, mata berair, penglihatan menjadi kabur, hidung berair dan selalu tersumbat, berjerawat dan macam macam lagi...

hmm jika dah ada rasa macam ada penyakit ni.. better kita cepat cepat berubat ek.. dan kalo bole.. kita bedoalah.. supaya kita semua xde penyakit macam ni.. isk isk..

dan penutup entri ni.. shin nak tepek gambar berkenaan ngan hidung gak.. hmmm moga moga korang tabah menikmatinya.. ngee~


haaa.. letak ler kat bilik air ke apa...selera tak???


korang mampu????


uiks... ganasnyaaaaaaaaaa...

moral of the story : bersyukur apa yg ada.. sentiasa bersyukur pada Tuhan.. beri kita kesempatan untuk terus bernapas dalam keadaan yg selesa.. dan untuk kita terus bernapas... kita kena la jaga alam sekitar.. jangan sampai tercemar... akhir sekali... sayangi hidung anda!!!

sekian~

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

Tuesday, November 10, 2009

wayang : Pisau Cukur


buat pe nak becinta ngan orang miskin kalau boleh bercinta ngan orang kaya...... uhhhh... panassssssssssssssssss~

well well.. hye kengkawan... camne?? dah tengok filem Pisau Cukur?? aishhhhhh.. belum??? naper belum lagik!! korang kena tengok.. support Fazura ok!! ngeee~

anyway.. cerita ni sangat la menyeronokkan.. menghappykan.. mencuit hatikann.. kan kan kan!! dari awal cerita... sampai la ending dia.. sampai la masa scene yg x jadi tu pun kelakar habis hik hik.. rugi la sapa yg dok kuar panggung dulu...

ok.. mungkin filem ni korang akan pk banyak kali pasal xde pelakon yg korang minat berlakon.. tp.. biar shin bagi tau... semua pelakon dalam cite ni bole dikatakan reti berlakon la.. semua orang ada watak memasing.. walaupun setakat watak tempelan semata mata...

dan biar shin habaq lagi.. cite ni bukan cite lawak yg belambak main kat wayang sebelum ni.. sebab shin rasa filem ni bukan filem lawak pon... sebab xde sorang pon pelakon yg bikin lawak bodoh dalam cite ni ok...

baju kuning.. sharedza mindhat

shin suka sangat chemistry antara Aaron Aziz ngan Fazura, Sharedza Mindhat ( gigi besi ) ngan Maya Karin.. sangat chomel...

overall shin anggap cite ni berjaya... jalan cite yg berjaya... x meleret meleret.. x membosankan pon... tajuk cite pun besh.. Pisau Cukur... sebut jer orang dah tau kann... apa tu Pisau Cukur.. tp yg penting ceritanyaa...kan kan~

pelakonnya : bagi shin.. cite ni takkan menjadi kalo pelakon lain di ambil untuk membawakan watak Intan... Fazura sangat la sesuai.. ngan kecantikkan dia.. kecomelan dia.. kegedikkan dia.. its natural.. orang yg tengok tak rasa meluat pon... macam bukan lakonan.. mimik muka dia sentiasa berubah ubah... x sia sia shin tengok cite ni semata mata sebab dia.. ngee~

then Maya Karin.. well well.. itonasi suara dia mcm tu jugak.. hmm buat dia mcm x natural.. lagi plak dia bukan jenis gedik kot.. so.. x berapa layan sangat la watak dia tp shin suka mimik muka dia yer.. tak ketat... time dia sedih, time dia gelisah, time dia senyum, time dia manja.. semua menjadi... so shin lupakan terus bab suara dia tu ngee~

wow.. Shahredza Mindhat ( gigi besi ), sangat la comel.. inesen.. nerd jer.. kaku... yer la.. mungkin watak tu memang memerlukan dia jadi kaku dan kayu.. sebab kita x tau pon sebenarnya dia tu kaya kann.. ops~ spoile la kalo shin bagitau kan...

Rafidah Abdullah ( hos 3R dan penulis skrip cite ni ) walaupun hanya watak tempelen.. tp.. sangat mencuit hati yer.. huhuhu ngan muka ngan pakaian ala jepun.. dok jaga spa... mulut lazer x hengat dunia... huhuhu even watak sekejap.. tp orang akan ingat sokmo~

part yg x best : terlalu sedikit la.. antaranya sebab shin tau.. filem ni di ambil kat studio kan... so.. first2 babak tu dah nampak daaa.. hehehehe.. ngan air laut yg x bergerak airnya yer.. memang nampak tak natural.. pelakon ngan props belakang tu mcm bertindih... aishh xper la tu.. ok lagik kan kan~

part yg best : shin suka masa aaron aziz tolak fazura ke dinding tuk mintak maap.. pastu ingat dia nak cium.. rupanya... dia nak bisik ' dan awak pun bukan cantik sangat' huhuhu bengang!!!

watak Rafidah Abdullah.. masa dok bising pasal Fazura request minyak cengkih.. 'cengkin mengkih... xde.. sini kan tengah laut.. mana nak dapat tu semua.. xper.. nanti saya suruh staff saya tunggang penyu tu untuk dapatkan minyak cengkih untuk awak' huhuhu mcm tu la dialog dia lebih kurang...

fazura suka nyebut ' oh my Dior', 'oh my Louis Vuitton', 'oh my Jimmy Choo' semua jenama mahal mahal dia sebut laaa... kalo orang yg x peka ngan jenama ni semua mesti x rasa lawak benda ni huhuhu... but ia menjadi.. shin suka.. so sweet.. comel~

dialog Sharedaza Minhad ( gigi besi ) sangat pedas.. hmm ia bunyikkan mcm spontan.. tp.. suka tengok.. cara dia melontakan dialog tu.. dia patut menang pelakon harapan lelaki thn dpn ngee~

lain lain : well.. cerita ni korang kena tengok ngan perasaan open minded skit la.. sbb ada masuk bab lesbian.. homosexual... minum minuman kerass... ngan sedikit lucah la... hanya skit.. x mengaggu cerita pon...

kalo boleh : shin nak ada scene fazura becinta ngan aaron aziz huhuhu.. malangnya xde... shin pon x pasti.. maya karin becinta atau tak ngan gigi besi tu huhu.. mungkin ada sequel kot cite ni.. hope lepas ni wat kat kapal bebetul laa ek..

dan naper diaorg x high light la... jenama jenama terkenal diaorg guna dalam cite ni.. maybe diaorg leh kejap kejap buat shoot menarik apa yg diaorg pakai.. beg ker.. baju ker.. kasut ker.. walaupun sekejap.. siap letak sound effect ker.. biar la ada bling bling skit.. x nampak pon diaorg pakai cantik cantik.. or mewah mewah... ngee.. nama pon pisau cukur kannn...

wuteva is.. cerita ni besh besh besh.. shin nak nengok lagik... jom~

p/s : terasa nak pegi cruise ngan Mohd Shamsul Bahari ngan cappy.. cuti cuti mata.. kot kot bertemu jodoh kat situ... huhuhu kan kan.. korang nak join??


thankz sham belanja shin tengok pisau cukur ek~

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

Monday, November 9, 2009

heppy besday mohd shamsul bahari


hey hey hey... home sweet home yall... shin dah selamat sampai umah dah tengah ari tadi.. ngee.. seronoknya dapat menghirup udara yg x tercemar... xde bunyik bising.. xde orang ramai... tp rugi.. tak dapat cuci mata ngee~

pepagi lagi mohd shamsul bahari dah kejut shin mangun tido.. adehhhhh.. x puas tido ok!!! yer lor.. dia kena pi keje.. dan shin pun nak kena balik kulai... x sempat bekfes... sampai pudu jer terus beli tiket bas... yeah yeah kali ni dapat naik bas gagap.. KKKL.. dan hanya 5 orang penumpang jer pagi tu.. ngee... camne diaorg dapat untung ek??? sedey~

p/s : bagus xde budak kecik yg kuat memekak.. shin tido dari awal pejalanan.. tau tau jer sedar dah masuk tol ayer hitam.. perghhh selesa...

ohhhhhhhhh.. rindunya kat encik lappy shin... plak tu masa shin lepak umah mohd shamsul bahari.. shin x bawak encik lappy shin sekali.. berat wooo macam dengong anak gajah kat belakang... adehhh.. next time la.. masa bulan Disember nanti.. shin lepak KL lagi.. time tu shin bawak encik lappy shin.. ngee~


hmm enri hari ni sangat khas.. shin tujukan kat kawan baik shin... Mohd Shamsul Bahari.. ngee.. hari ni besday dia yg ke 31 tahun.. ish ish ish.. dah tua ek... xmo pakai Anew ker?? hahahaha

semoga panjang umo... terus benapas dalam iman.. di murahkan rejeki yg halal... dipelihara kesihatan dan keselamatan selalu.. gembira gembira selalu.. dan di pertemukan jodoh yg halal ops~


amek gambo guna camera fujifilm.. cantik x shin amek?? ngee~

x sabar nak jumpa lagi.. next time kita maen game para para sakura lagi ek.. nak celen cappy.. hehehe dia ingat dia sorang terer... pacik duanz ngan pakcik musang pon cam terer yer... xpe xpe.. semua nya akan hanya mampooo memandang kehebatan shin!! ngee... tungggu~

sekian~


pemberi ucapan : budak paling inesen in d'world

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

Sunday, November 8, 2009

kisah hari minggu


hye guys.... ngee.. korang watpe tu??? huh! tido lagikk?? abis sapa nak layan baca blog shin eh?? penat jer shin tulis.. xmo kawen!! eh xmo kawan...

la ni shin kat KL dah.. ngee.. pinjam pc kawan jap.. dia pon tengah sedap tido.. ngee.. shin pon bangun tido awal arini... hmm memang biasa camtu.. kalo tido umah toknek ker.. umah Mohd Shamsul Bahari ker.. umah scandal ker.. ops.. tak tak.. umah sedara mara ker.. memang rasa mcm kurang nyenyak.. lain ar umah sendiri.. home sweet home... bangun sampai tgh ari pun rasa ok lagik... hik hik

semalam seawal jam 7 lagik shin dah kuar umah... masa tu sempat la mak shin tanya shin nak pi mana... ngee.. shin ckp ler.. shin nak kuar jap jer... padahal.. shin nak pi KL.. ngee... malas nak bagi tau.. kang kalo shin bagitau.. nanti kena bebel la plak.. better x yah bagitau kan...

then cik Niza antar shin.. kebetulan dia nak hantar anak sedara boifren dia kat area Kluang... so shin tumpang skali ler... sampai bandar Kluang hampir 5 minit jam 8... terus pi beli tiket bas.. alahai.. bas kesukaan shin gerak jam 8.30 aishhhh... terpaksa la naik bas lain.. bas Satria.. ngee.. kalo bole shin nak naik bas gagap... KKKL... tp nak watcamne.. boring dowh nak tunggu 30 jam...

shin ingat nak tido dalam bus... tengok penumpang pon x ramai.. ada dekat 14 orang jer.. tp memang mcm tut la 2 orang budak ni.. kecik lagi... ada la umo dalam 6 ngan 4 tawun... punya bising... sempat la shin jeling jeling dia... bagi isyarat suh dia... aishhh dia jeling shin balik.. kurang asam jawa tu.. mesti mak dia kalo masa x letak asam jawa...

kalo korang tengok iklan raya yg anak dia tanya pak dia.. burung apa burung apa.. haaa mcm tu la budak budak tu.. tanya soalan yg sama berulang ulang kat mak ngan pak dia... pastu mak ngan pak dia leh plak layan... arghhhhhhhhhhhhh stress shin dalam bus..

pastu diaorg anak beranak sedap sedap makan dalam bus.. aiyooo bebau ok.... dah la shin lapo... arghhh pastu ke hulu ke hilir dak dak tu lari lari dalam bus... ngan bawak nugget.. nak jer shin kuis kaki bagi dak tu tejatuh.. sib baek shin x teruskan niat suci tu...


nikmatnya kalo dapat cepuk lelaju dak dak tu.

dah sampai seremban diaorg anak beranak.. lepak leppak kat seat belakang sekali.. aman dunia.. tp sayang dah telambat dah.. x rasa ngantok lagi...tolong la jauhkan malapetaka mcm ni masa shin balik kulai nanti...

sampai KL jam 11.30.. tp sebab jem kat jalan Hang Tuah tu.. shin sampai area pudu dekat kul 12.. tunggu Mohd Shamsul Bahari datang amik shin... ramainya umat manusia. macam macam pattern ada.. tp shin hanya mampu tengok yg sedap mata shin memandang jer.. hik hik

lepas Mohd Shamsul Bahari sampai... kitaorg terus gerak ke Lowyatt.. aishhh kalo tau shin turun kat stesen monorel Hang Tuah jer td kan... ciss ciss... kat sana kitaorg tunggu kawan Mohd Shamsul Bahari.. pakcik ( tak tau nama.. sorry ) ngan pakcik mike...

actually shin datang KL ni pun saje nak ngabiskan duit tambang.. ngambiskan masa hehehe.. pastu hantar perfume yg Mohd Shamsul Bahari kirim aritu.. then shin nak tengok camera yg pakcik tu nak jual.. ngee~


tadaaaaaaaaaaaa~

puas la belek belek camera tu.. shin pun x tau apa yg shin belek.. arghhh shin x reti benda benda ni semua.. shin pun banyak senyap jer bila dioarg bercerita pasal camera.. huhuhu.. last sekali.. pakcik tu suh shin bawak balik.. try dulu.. kalo x berminat.. leh pulangkan semula... ngee... baiknyaaaaaaaaaaaa.... tp tu la... takut nak godeh benda benda yg bukan barang kita kan.. hmmm takut takut!

pastu kitaorg pi Lowyatt jap.. ronda ronda cari barang... cuci cuci mata skali ngee... pastu terus pi makan... sekali lagik shin banyak senyap.. pasal diaorg dok becerita pasal IT... arghhh naper shin x reti nak borak benda benda org dewasa ni ek?? hahaha dewasa ker?? shin nak cite cite pasal anime ker.. makanan ker... baru shin reti borak huhuhuhhu... anyway.. thankz pakcik.. belanja kitaorg makan... kenyang sgt.. sedap!

then kitaorg bepisah lepas shin ngan Mohd Shamsul beli tiket wayang Pisau Cukur... pakcik pakcik tu x join.. ngee.. alahai... wayang kitaorg start kul 6.30 petang.. ramainya org tengok Pisau Cukur... penuh~

well well .... x rugi tengok ok!! sangat sangat best... dari awal cerita.. sampai la abis cerita.. sampaikan tengok adegan x menjadi masa last movie tu pun dah gelak gelak.. huhuhu.. nanti shin pomote cite ni kat entri akan datang k.. tungggu~



diaorg sangat cute.. terutama Redza ngan Fazura~

p/s : korang kena tengok!!! must!!! bebaloi baloi~

pastu abis tengok wayang.. shin ngan Mohd Shamsul Bahari lepak ngan sorang kawan shin ni.. 1st time jumpa.. dia rajin baca blog shin.. ngee.. thankz shah... mekaseh bawak makan kat tempat apa ntah namanya tu.. sedap sgt... ngee... but sorry x larat nak lepak lama lama... letih.. x cukup tido... len kali k...

sampai umah Mohd Shamsul Bahari dekat kul 12 lebih... terus buat apa yg patut... then tau tau jer dah pitam.. hehehehehehe....

arini tak tau nak watpe... hah nak jumpa kawan kitaorg cappy... hik hik... lama x jumpa mamat ni.. tp si Mohd Shamsul Bahari ni tido lagi la plak.. aishhhhhhhhhhhh.. kul baper nak mangun ni!!!

sekian ek.. nanti kita jumpa lagi...

p/s : cpt korang pi tengok wayang Pisau Cukur.. arini jugak!

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

Friday, November 6, 2009

kalau la cinta tu rasa cekelet..


kengkawan nak tau... ( x nak pon! ) siot.. selebet laa.. korang kena tau gak!!!! haaa ni nak habaq... kalo korang nak tau... shin paling suka kaler cekelet... ngee... baju baju shin banyak yang kaler cekelet... shin suka makan cekelet.. sampaikan umah bujang shin pon shin cat kaler cekelet.. pesal ntah... suka bebeno kaler tu...

pastu kalo sebut pasal cekelet ni.. hmm ada orang bilang.. banyak makan cekelet nanti kuar jerawat... ntah ek.. x tau plak... so far ok jer... kalo shin makan cekelat xde kuar jerawat hehehe

dulu masa kekecik.. shin suka makan milo... milo tu bukan buat air la.. shin cedok 3-4 sudu.. pastu makan mcm tu jer.. jilat jilat.. x pon.. letak air skit.. then kacau jadi la cekelet cair.. nyummmmm.. ada time shin mmg saje x tutup tin milo rapat rapat.. sebab suka jadikan milo tu kerassss.. pastu makan bagi habis hahaha.. penah kantoii.. pastu kena marah ler... patut la milo cpt abis kat umah ni kannnn... huhu sampai la skrg.. kalo beli cekelet.. shin akan biarkan dulu.. bagi dia cair.. baru makan... sedappp...


ada jugak orang bilang... kalo makan cekelet sebelum buat hubungan seksual.. perfomance makin ampuh.. hebat di ranjang.. hahahah ntah la ek.. tak tau la plak.. shin kan inesen.. lom penah try... opssssssssss... mmg la shin kan bujang lagik!!! ngee~

kalo sebut bab cekelet ni.. mmg sinonim ngan org yg kapel kapel.. falling in love gitu kan.. ciss... kalo jumpa.. slalu dapat cekelet.. seronoknya... kalao la rasa cinta tu mcm makan cekelet kan best... nikmat sampai ke titisan terakhir huhu... xmo la memula rasa manis... tengah2 rasa lemak berkrim.. tetiba last last rasa pahit... aishhhhhhh...

shin nak cinta yg sentiasa rasa cekelet yg sedap sedap... sedap diluar.. sedap di dalam.. setiasa teringat ingat kalo x dpt nikmat cekelet tu... aiyoooo sedap sedap!


ouhhh ni nak cite gak pasal cekelet.. tp berkaitan ngan pembalut cekeket.. haaa... biasanya apa korang buat ngan pembalut cekelet?? ato pon korang tengok tengok la member sebelah ker.. scandal korang ker.. kapel korang ker.. kalo korang bagi cekelet.. apa yg diaorg buat ngan pembalut cekelet tu ek..

1. Diramas
jika korang suka makan cekelet dan kemudian korang suka meramas ramas kertas pembalutnya sebelum dibuang ke dalam tong sampah... beerti korang tergolong dalam golongan orang yg tidak suka ada atau terlibat dalam masalah cinta... fikiran korang sering berkecamuk membuat korang sukar memberi konsentrasi terhadap sesuatu perkara. tak hairanlah pasangan korang or kawan kawan korang sering mengeluh ngan perangai korang tu...

2. Dilipat
jika korang jenis suka melipat lipat kertas pembalut cekelet, kaedahnya korang jenis orang yg rapi dan pembersih la... katanya la.. gaya hidup ngan pemikiran yg teratur.. tp korang moody dalam bercinta.. korang x pandai mengawal emosi.. haaa.. x elok kan mcm tu...

3. Dibetuk bola
haaaaaa.. jika orang yg makan cekelet tu suka membuat kerta pembalut cekelet mcm bola.. pastu dok maen maen kat meja.. mungkin korang jenis yg tengah bosan ngan pasangan korang.. aishhh bahaya tu kann... baek korang tengok bebetul!!

4. Dikoyak koyak
hmm yak ni plak jenis orang yg romantis dalam pecintaan.. kalo korang nak cari pasangan.. bagi la cekelet kat orang tu.. kalo kertas pembalutnya dikoyak koyak.... kira betuahlah korang.. dapat pasangan yg berjiwa romantis dan sentiasa mementingkan romantis dalam hubungan...

haaaaaaaaaaaa apa lagi... cpt beli cekelet hari ni jugaaaak...!

moral of the storynya : kat tempat shin hujan lebat dari pagi td... sampai la ni x benti benti.. rasa nak mengunyah jer.. sampai la teringin nak makan cekelet... malas nak kuar... huhuhu.. tu pasal terbawak bawak sampai masuk entri.. tp kan.. camne ek.. tetiba.. korang kena ikat.. pastu badan korang kena lomor ngan cekelet.. pastu ada plak yg menjilatnya.. eiiiiiii.. nak celen fantasi ning baizura sgt kann.. haahahaha choppppppp! i'm inesen!!!


apa macam? ada berani??

sekian.. jumpa lagik~

p/s : x sabo nak pi KL esok ngee~

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

Thursday, November 5, 2009

kau sumber ilhamku


hmm.. kengkawan watpe tu?? nak dengar cerita shin lagi tak??? haaaaa duduk duduk duduk.. ni kesah shin masa kecik kecik dulu... ngee~

alkisahnya... masa shin skolah dulu.. shin ni suka terikut ikut la.. kalo shin rasa shin suka kat kawan tu.. shin akan follow dia... dalam erti kata lain shin banyak meniru la ( termasuk ar masa peksa ) huhuhuhu...

kalo tetiba kawan tu pegi skolah bawak buku pegang kat tangan.. esoknya shin akan wat mcm tu gak.. padahal buku buku tu leh sumbat dalam beg.. tp saje nak ikot cam dia..

plak tu jaman tu popular ngan tali pengikat buku yg kaler warna warni.. sanggup ni shin merengek suh parent belikan ngee.. semata mata nak ikot cam dia...

then.. masa tu gak popular ngan style dak lelaki masukkan bedak dalam kocek.. hahahaha.. dak tu pun x terkecuali.. shin pun tiru gakkkkkkk.. bedak kat umah tu sentiasa cpt abis shin keje kan.. ngee...

kalo buku dia sentiasa kemas.. berbalut cantik.. even dah balut ngan kertas pembalut.. pastu dia balut ngan plastik plak tu.. shin pun tiru gakkk...

p/s : shin dah lupa nama dak ni.. masa skolah rendah agama kitaorg duduk sebelah sebelah.. pastu parent dia kena pindah kerja... masa tingkatan 1 tetiba terjumpa semula.. masa tu dia tego shin kat tengah jalan masa nak pi kelas.. aishhh tp lepas tu dia ghaib lagi sekali sampai la skrg...

ada time tu.. kekadang sampai tulisan pun shin tiru... so.. tulisan shin masa skolah dulu sentiasa berubah.. sebab shin kerap menukar tulisan.. hahahah pantang shin tengok tulisan yg pada shin lawa.. shin akan tiru..

sampai la ada satu tahap... masa darjah 6.. ada sorang cikgu pompuan ni.. cikgu Chandrika nama dia.. hmm dia marah.. tulisan shin susah nak dibaca.. hahaha siot.. pastu setiap hari dia suh shin tulis mcm dak skolah darjah 1... start dari A... sampai la Z.. pastu kena hantar kat dia hari hari.. gerammmmmmmm sgt... tp lihatlah hasilnya skrg.. tulisan shin lawa dan bole dibaca hahahaha ( poyo )

tp bila shin dah besar skit mcm sekarang.. shin jadi pemalas nak tiru tiru ni.. huhuhu.. shin terpikir ek.. sapa la sumber ilham shin skrg ek?? xde daaaa... adehhhhh... mungkin ini menunjukkan shin semakin kurang pergaulan kot.. kurang kawan kawan...

sib baek la shin meniru benda benda yg baik saja.. xde la meniru buat benda jahat.. ngee.. kan kan... lagi satu... dari dulu sampai skrg.. shin xde plak jadikan hiburan sebagai sumber ilham.. hanya golongan yg terdekat jer kot... so shin xde la terjebak ngan budaya kuning atau kehidupan yg kurang sihat.. ngee~

haaa moralnya.. meh la kawen kawen.. ehhhh kawan kawan ngan shin!!


adehhh walaupun shin minat upin & ipin.. x tergamak nak tiru bulat bulat woo.. nangess~

sekian~

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen