Tuesday, December 31, 2013

Instisari Rancangan Hari Ini

esok hari terakhir kita di tahun 2013.. ngee.. shin still lagik mood bercuti.. sepatutnya shin manjat Bukit Broga ari ni dan esok nengok munga api kat Kolompo.. tp ada masalah teknikal.. lepas jer shin becuti kat Cameron Highlands dari ari Jumaat aritu.. smlm petang shin lik umah.. dah tu.. terpaksa la shin wat planning sensorang apa shin nak wat arini.. hurmmm jom shin tepek intisari rancangan shin ari ni ek huhu sensorang pon jadi la.. dah biasa #nanges

10.00 pagik - shin gerak gi bando Johor

11.30 pagik - shin lepak TGV Tebrau City melayan movie cite 47 Ronin.. pastu sesiap lunch kat AEON  Tebrau City.. shopping skit.. 

 3.00 petang - shin plan nak gi CELCOM centre kat Taman Molek.. x tau jln.. hope jumpa la ngan harapkan gps.. nak tanya pasal pakej iPhone & iPad hahaha.. berangannn ni x ingat.. pastu shin tanya pasal cara matikan broadband yak shin guna skrg ni.. sebulan RM70.. pastu kat rumah dah guna streamyx.. so mcm membazir

4.00 - 7.00 petang - hok ni shin blur.. x tau nk wakpe.. tunggu encik Araf lik keje pastu lepak ngan dia kalo dia free

 8.00 malam - dinner new year eve plakkk hikk

9.00 - 11.00 malam - melepak pastu standby nengok bunga api kat Danga Bay

12.00 malam - hope ada la bunga api kat Danga Bay tu.. pastu baru la shin balik umah.. huhuhu.. 

camtu la Instisari Rancangan shin.. hopefully di permudahkan dan di permeriahkan.. kalo ada sesapa sudi nak teman.. meh laaa.. cian shin.. sebatang kara jer #nanges

 nantikan gambo gambo #selfie di Cameron #sengih

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

Thursday, December 26, 2013

cuti cuti malaysia

yeahhh.. esok bermulalah edisi pecutian shin.. 27hb sampai 1hb Januari 2014.. perghh besh tu.. dah lama shin tunggu.. dari awal bulan aritu lagik.. mmg mood keje tu dah xde.. di tambah plak ari ari datang keje xde wakpe.. keje makin kurang.. bosan nak tunggu waktu balik yak berejam jam tu.. kini tibalah saatnyer.. sukaaaaaa sangat #nanges

baju dah siap pack.. try minimumkan isian tp still penuh gak.. beg pon dah koyak sana koyak sini.. gigih shin dok jahit mana yak dah koyak tu.. still leh pakai.. hopefully bertahanlah sampai tahun depan.. xmo terover bajet nak beli beg baru plak karang hukkk beg kalo murah xpe.. hukkk.. ni beratus ratus #nanges

semoga selamat la pejalanan shin.. dipermudahkan dan dipergembirakan olehNYA.. kepada kengkawan.. selamat mengabiskan sisa sisa tahun 2013 di tempat kerja ek.. bertabahlah yer huhu #gelakjahat

malam ni sure susah nak tido!

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen..

Monday, December 23, 2013

aduuuu sakit pinggang aku!

lately shin cpt rasa sakit pinggang ar.. kalo sblm ni sekali sekala jer sakit.. tp lepas demam aritu mcm ari ari shin sakit pinggang.. shin x rasa faktor usia wat rasa pinggang shin semakin mereput.. rasa salah tilam ar.. tilam shin dah x empok.. bukan jenis tilam spring.. tp tu la.. rasa sebab tilam laa.. hurmmmm cam tetau jer nak dpt duit lebih.. takkan kena beli tilam baru kot #nanges

sakit pinggang shin tu bertambah bila semalam shin tolong kawan bek shin encik azim berpindah umah baru.. mulanya shin dah ckp ngan dia shin xmo tolong sbb dia nak pindah ari ahad.. dan ari ahad adalah ari berehat shin kat umah.. apesal la dia xmo pindah ari sabtu kan senang... adehhh.. tp ngenangkan kawan.. shin pegi gak la huhu

 barang dia mmg banyak giler #nanges

kitaorg guna lori 5 tan.. memula mcm x muat jer isik semua barang.. dekat sejam lebih gak dok punggah barang naek atas lori.. sumbat selagi boleh

 yeahhh umah baru encik azim!

seronok nengok kengkawan skrg dah ada umah sendirik.. shin ada 2 org kawan baek.. encik sham ngan encik azim.. antara kami bertiga shin yak beli dulu 10 tahun lepas yak lampau.. encik sham beli 3 tahun lepas.. dan latest encik azim.. tp tu la.. kecewa gak la.. bila 2 org kawan baek shin ni beli umah jejauh dari umah parent kitaorg.. cuma shin jer beli kat area kampong ni gak.. encik sham beli kat Kolompo.. encik azim plak beli kat bando Johor.. so nnt kalo kitaorg dah tua x dpt la nk dok umah dedekat sambil mengabiskan sisa sisa umo kitaorg bersama hukkkk #nanges

posisi kegemaran shin time tido!!

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

Thursday, December 19, 2013

cerita pasal duit

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun 2013 sebanyak 7.70 sen seunit beserta bonus 1.00 sen seunit.

Pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM9.38 bilion, iaitu peningkatan daripada RM7.99 bilion pada tahun 2012.

Agihan itu akan dimasukkan ke dalam akaun pemegang unit dan mereka boleh mengemas kini buku pelaburan masing-masing di kesemua rangkaian ASNB di seluruh negara mulai 2 Januari 2014 - BERNAMA
 
hmmm dalam ura ura tol nak naek.. letrik nak naek.. tetiba dividen ASB turun la pulokkk.. Alhamdulillah.. ada la shin wat simpanan sesikit kat ASB.. nk wat load ASB tu xde nyer.. x suka kena paksa diri sendiri bayo tetiap bulan.. 
 
syukur la.. dividen yak dapat nnt dah terbayang bayang nak joli wat jenjalan huhu.. apapon.. tahun depan mcm pindahkan semua duit ASB tu masok tabung aji la plak.. senang.. dah sesiap tolak zakat.. pastu nak kuarkan pon sonang huhu.. cocok kat atm jer.. x yah nak isi borang gi bank.. leceyy.. pastu pekeje Maybank kat tempat shin ramai yak suka wat muka.. mcm la org mintak sedekah gi bank.. nak kuarkan duit sendiri jer #nanges
 
ok la.. nk golek golek sambil berangan pasal nk ngabiskan duit hikk.. selamat malam semua ek
 
m(^o^)m
 
*i'm shin.. i'm inesen 
 

Saturday, December 14, 2013

bila la nak baek ni #nanges

masok hari ke 5 demam.. batok sesemer semua dah mai.. pakej lengkap.. adehh.. semalam ada kuar merah merah kat tangan.. terus cari buah kelapa.. lepas minum air kelapa tu badan mula rasa lemah semacam.. aiseyman.. mcm ada power plak air kelapa ni.. pastu arini akak shin datang.. dia tego.. ada merah merah kat lengan.. hurmm confirm ler.. shin kena demam campak.. patot la lambat nak baek.. perghh sib baek demam campak.. kalo ciken pox.. uiksss xmo.. memintak di jauhkannnnn ciken pox tu.. da la org ckp mesti kena sekali seumo hidup.. shin lom penah kena.. takottttt #nanges

hmmm nak kuatkan diri.. nak nengok wayang gak ari ni cite Hobbit!!! cpt la baek demam ni hukkk

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

Thursday, December 12, 2013

jom nengok wayang FREE


TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT:

“Experience IMAX from Free” hanya pada 12hb & 13 Disember 2013, sesi 1 & 2 sahaja

Hanya sah untuk tayangan THE HOBBIT : THE DESOLATION OF SMAUG

Hanya terdapat di pawagam TGV, Pusat membeli-belah Aeon Tebrau City

Tidak sah untuk lain-lain filem

Setiap sorang boleh menebus sepasang tiket sahaja

Kerusi yang berdasarkan 1st come 1 serve dan tertakluk kepada kekosongan

Tiket tidak boleh ditukar untuk wang tunai atau barang-barang lain

Penebusan Tiket PERCUMA hanya disediakan di kaunter tiket TGV Tebrau. 

Tiket PERCUMA untuk 12 & 13 Disember hanya tersedia pada tarikh itu sendiri bermula dari jam 10: 00 dan seterusnya

Tiada Tempahan awal tempat duduk

Pihak pengurusan mempunyai hak untuk mengubah terma-terma atau menarik balik mana-mana hadiah-hadiah yang disediakan tanpa notis terlebih dahulu

Semua maklumat yang dinyatakan adalah benar pada tarikh cetakan dan tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu
 
TGV Cinemas Sdn Bhd mempunyai hak untuk menukar terma-terma dan syarat-syarat bagi promosi ini tanpa memberi notis terlebih dahulu.

hukkk arini dah masok hari ke 3 shin demam.. dokter bagi mc 2 ari jer.. esok kalo x baek dokter suh gi check lagik.. hummm acaner nak nengok wayang FREE ni.. nak kena cepat sembuh la gamaknyer #nanges #pening #loya #batok #demam

:'(

*i'm shin.. i'm inesen

Wednesday, December 4, 2013

untuk wanita ajer

PERODUA dengan bangganya telah mengeluarkan edisi khas Perodua Myvi 1.5 F.E.M. petang ini di Publika, KL. F.E.M adalah singkatan bagi Female Empowerment Movement atau bahasa melayunya Gerakan Pemerkasaan Wanita, 'Girls-Only Club' yang menawarkan ganjaran dan keistimewaan bagi wanita pemilik/pemandu kereta Perodua. Manfaat ahli termasuk hadiah hari lahir, jemputan untuk bengkel dan lawatan serta diskaun istimewa.

Hanya 60 unit Myvi F.E.M. akan disediakan, 20 unit setiap bulan dari sekarang sehingga Februari 2014. Kereta itu hanya boleh dibeli oleh ahli-ahli F.E.M. secara first-come-first-serve, kelayakan mestilah seorang wanita yang berumur 18 tahun dan ke atas, plus pemilik atau pemandu kereta Perodua.

Berbanding dengan harga Myvi 1.5 SE, Myvi F.E.M hanya tambahan RM4,000 kos untuk para wanita, yang bermaksud ia adalah berharga RM56, 027 OTR dengan insurans.

Sentuhan merah pada stereng (bahagian bawah dan kedudukan 10-2) dan pusat konsol, yang tidak terlalu jauh berbeza dengan rawatan talian sukan di BMWs. 

F.E.M. ini dilengkapi dengan sarung kerusi kulit hitam (dengan anyaman merah dan logo F.E.M. kerusi Penyambut) dan kad pintu, dibalut kulit stereng, sistem multimedia dengan navigasi dan kamera belakang, filem solar Keselamatan, tikar permaidani F.E.M. unik dan bekas merah.

 
Sekiranya anda berminat silalah daftar sekaran dan untuk mendapat info lebih banyak tentang F.E.M. boleh lah melawat di lama sesawang www.peroduafem.com.my. Ada satu pertandingan semasa yang menawarkan lima unit Samsung Galaxy Nota 3 dan barangan kemas Pandora sebagai hadiah untuk anda!!!

p/s : untunglahhhh.. pasni apa plak.. umah untuk wanita?? untuk lelaki xde ker?? #nanges

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

Tuesday, December 3, 2013

CELCOM

haaa kengkawan.. sapa pakai tepon line Celcom cer angkat tangan!!! angkat.. angkat.. jgn memalu.. shin nak kira ni.. haa 1 - 2 - 3 lekokk.. jantan betina shin ketokkk hikk #sengih

 sumber : Sinar Harian

KHIDMAT pesanan ringkas (SMS) kekal sebagai medium yang sering digunakan oleh 4.5 juta pelanggan Celom selain segmen suara dan data.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, lebih daripada 70 peratus pelanggan Celcom masih menggunakan perkhidmatan SMS dan tidak lebih 30 peratus menggunakan telefon pintar.

Bagi mereka yang tidak mempunyai telefon pintar berkemungkinan mereka tidak tahu apa itu aplikasi whatsApp, WeChat dan lain lain lagi di mana mereka hanya tahu SMS dan kerana itulah ciri-ciri SMS masih penting buat pelanggan asas Celcom.

berita lanjut sila [klik sini]

sumber Celcom Online Customer Service

haa kengkawan nak tau.. shin dah guna perkhidmatan Celcom ni dah lebih 12 tahun okay huhu.. sila rujuk gambo kat atas.. tu di amek dari akaun shin.. maklom la sejak penah menang hadiah Blackberry 2 tahun lepas.. shin terus guna Celcom Online Customer Service ni tiap kali top up kredit.. hikk.. tp menang sekali tu jer la.. pastu tadak lagik dah #nanges

ouh balik pada cite asal.. SMS.. mmg dari dulu sebelom kewujudan telepon pintar lagik shin mmg jarang maen sms.. x tau naper huhu.. ada la jugak time baru baru bercinta dulu.. sms manjang.. tu pon lepas wat 8pax.. murah skit la.. 1 sms 1 sen.. kalo tak becinta mmg shin tadak nak sms sms.. tepon shin gunakan lebih pada family.. tepon mak kalo rasa malas nak balik umah.. tepon reply tepon akak.. tepon babah kalo nak pinjam kete ato nak mintak beli itu ini.. hikk.. sms mmg kurang..

lagi la skrg dah ada Whatsapp.. WeChat.. lagi la sms semakin shin lupakan.. huhuhu.. tp tu laa.. shin cuma top up line Celcom sebulan sekali jer RM30.. yak menjadi masalahnyer utk broadband Celcom tu shin kena bayo RM70 sebulan.. adehhh hidup rasa kosong xde interenet #nanges

tu yak shin ingat.. tahun depan nak cari alternative utk kurangkan perbelanjaan tenet mentenet ni.. kat rumah dah guna streamyx wifi.. so xde masalah.. yak Celcom ni jer satu hal.. hope pihak Celcom bagi la data plan yak murah murah utk shin guna takat nak maen whatsapp.. surfing tenet.. nengok YouTube ek #pelisssss

tp kann.. kalo xde tenet.. kedit tinggal skit.. mmg SMS ada lah bantuan yak paling paling bernilai ketika itu kannnnnnnn!!!! so.. terima kasih pada SMS #sengih

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

Monday, December 2, 2013

jom nengok wayang - The Hunger Games Cathing Fire


ari minggu semalam shin nengok wayang.. perghh cam dah lama plak rasanya x nengok wayang.. xde cite yak bebetul buat shin rasa ikhlas nk kuar duit bayo ticket.. tp bulan ni ada 2 citer yak shin mmg nak sangat nengok.. The Hunger Games ngan The Hobbit #yeah

maka.. sabtu semalam.. pepagik lagi shin dah sampai TGV Tebrau City.. sebelom tu shin dah skodeng web site TGV utk nengok timing screen beso.. sib baek pagik tu ada terselit satu.. kalo kul 11 pagi screen kecit jer.. dah standby duit RM14.. haa jgn tau.. sebulan shin dah sesiap masokkan duit RM utk tabung wayang shin hehe.. so guna duit tu la.. sampai je kat kauter terus dorang ckp.. kalo nengok time pepagi.. ticket jadi RM7 jer.. wahhh banyak murahhh #sukasangat 

utk episode Catching Fire ni.. dorang wat Hunger Games-75 All Star plak huhu.. memula shin rasa mesti ada scene bunuh bunuh yak lebih kejam.. hurmm.. tapi semuanya melesettt.. x semua peserta All Star nyer kejam.. ada beberapa orang jer.. watak tambahan je.. watak dorang dalam episode ni belom berkembang sangat... watak yak ada tu la watak All Star yak bebaek jer.. dari situ la shin pasan ada conspiracy kat situ.. dah leh teka skit skit.. tp melayan laa sbb cite ni mmg best.. x ngantok nengok.. ada beberapa kali shin terperanjat manja.. jerit jerit gak la sbb peranjat  hikkk #gedik

awal awal lagik dah ada scene orang tua ni.. President Snow.. nyirap jer.. watak dia kali ni mmg buat rasa geram giler ar.. mmg sesuai la ngan muka diaaa utk watak ni #grr

watak lain yak menonjol episode ni Finnick Odair..  peserta Hunger Games All Star.. berasal dari District 4.. ensem dan badan ketul ketul buat Finnick ni byk dapat sponsor dari orang orang Capitol.. macam Katniss Everdeen gak.. Finnick ni pon kena ugut ngan President Snow.. episode akan datang baru Katniss dapat tau kena Finnick ni mcm playboy jer.. rupanya President Snow yak paksa dia wat camtu.. lebih kurang jadi gigolo la.. kalo Finnick menolak semua orang yak Finnick sayang akan di bunuh.. ciss.. org tuaaa keji!!! #nanges

masa awal kemunculan Effie Trinket minah ni shin x baper suka sangat Effie Trinket ni.. tp lelama shin suka.. dia ni agak blur blur.. psycho dramatic.. setiap kali ada scene dia mesti ngan baju pelik pelik tp lawa.. solekan over giler.. siap rambut palsu.. kuku lagik.. sbb orang orang Capital mmg kaya gamoknya.. so dorang punya fashion mmg over.. masa awal episode dulu.. Effie ni mcm x berapa suka la kena tugas jadi pengiring kat District 12.. so dia mcm x ikhlas laa.. tp lepas Katniss ngan Peeta menang Hunger Games-74 terus dia mula suka kat dorang..

scene paling shin suka.. Katniss pakai gaun Mockingjay.. pastu dia pusing pusing.. gaun puteh ni terbakar.. terus jadi gaun hitam.. lambang pemberontakan utk episode akan datang.. masa ni President Snow bengkek jer nengok.. huhu 

nak jadi spoiler jap.. utk episode akan datang.. tahun depan kot.. xde lagik watak Cinna.. orang yak betanggung jawab utk design baju Katniss.. Cinna kena tangkap dan di bunuh atas arahan Presiden Snow.. tp Cinna sempat tinggalkan wasiat baju yak di siapkan utk Katniss utk dia pakai episode akan datang.. Effie dan Peeta pon di tangkap dan di seksa.. wahhh x sabar ni nak nengok.. banyak lagi watak akan mati.. Finnick..  Prim Everdeen dan President Snow tu sendirik!!!

 macam Che Ta ngan Zain Saidin la pulokkk

dah 2 episode ni shin rasa confuse lak ngan Katniss ni.. dia sebenonya suka ke tidak kat Peeta tu.. kalo betul dia just nak belakon suka atas arahan President Snow.. tp naper beriyer dia nak sgt protect Peeta.. sedih kemaen lagi kalo apa apa jadi kat Peeta.. pastu nak cium bagai.. iskk.. cium len macam tau.. Finnick pon dapat cium Peeta hahaha..  pastu dalam Hunger Games..  xde la kejam sgt Katniss ngan Peeta.. yak banyak bunuh bunuh peserta laen jer.. dorang menang sbb bernasib baek dan org kesiankan kat dorang jerrr.. hukkk

apapon cite ni besh 5/5

nak beli yah Hobbit punya pulokkk #yeah

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen