kengkawan nak tau.. kesan ledakan teknologi telekomunikasi kat Malaysia la ni makin ketara.. kat mana-mana je boleh nampak orang menggunakan telefon bimbit sama ada untuk menelefon, menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) atau melayari Internet.. perangkaan terbaru mendapati secara purata setiap seorang daripada 28 juta rakyat Malaysia memiliki satu unit telefon bimbit... fuiyooh :3
perkembangan teknologi telekomunikasi global turut meledakkan kesannya di negara kita dengan fakta semasa mendapati penggunaan telefon bimbit di Malaysia melebihi 37 juta unit..
ini bermakna secara purata setiap rakyat Malaysia yang berjumlah 28 juta orang, mempunyai sekurang-kurangnya satu telefon bimbit manakala sebahagiannya lagi memiliki lebih satu malah mencecah enam unit pada satu-satu masa.
data itu diperoleh berdasarkan Kajian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang mendapati pada 2010, sebanyak 33,250,177 telefon bimbit digunakan oleh rakyat di negara ini.. penggunaannya semakin meningkat dengan adanya model terbaru dan canggih dikeluarkan setiap bulan oleh syarikat pengeluar telefon bimbit..
kajian mendapati 198,286 orang menggunakan lima unit telefon bimbit pada satu-satu masa manakala 254,938 orang memiliki empat unit, 849,795 orang tiga unit manakala 6.77 juta orang mempunyai dua telefon bimbit dan selebihnya 20.25 juta, satu unit..
model seperti Samsung, BlackBerry, HTC, Iphone dan Sony seakan mendominasi pasaran telefon bimbit negara dengan pelbagai ciri-ciri canggih yang ditampilkan bagi membezakan mereka dari jenama lain.
sesetengah pengguna sanggup membelanjakan lebih Rm10,000 setahun untuk membeli telefon bimbit pintar setiap kali model baru di keluarkan.. hurm.. aiyoo banyak nyer.. jap.. korang dah berabis berapa banyak duit utk beli henpon ek.. adoii... sesenyap jer kan.. beribu duit abisss #nanges
shin ada 4 telefon #nanges
boleh dikatakan setiap orang memiliki sebuah telefon pintar pada ketika ini kerana ia bukan hanya trend bahkan keperluan dalam hidup seharian.. hurmm.. tul gak kan.. tp rata rata.. golongan muda la.. macam makcik pakcik.. dorang x heran sgt telefon canggih manggih ni.. asal leh call.. sms.. udah ler.. kan~
biasanya... sistem operasi (OS) yang lebih pantas dan mesra pengguna jadi pilihan pengguna.. mungkin gak sebab luas skrin henpon.. xpon.. sbb camera henpon yg superb.. amek bideo pon besh.. HD.. amoled.. haaa dan kekadang ada orang ni beli henpon sebab jenama.. bila pakai iPhone mungkin nampak gerekk la.. bangga.. mewah gitu.. nampak kaya.. mungkin suka pakai Blackberry sbb ada BBM.. macam macam sebab laen la..
yang pasti.. setiap benda yg kita beli tu.. ikot la kemampuan ek.. kalo nak ikot trend sgt.. sanggup ikat perut.. sanggup berhutang lebih dari keperluan.. sanggup pinjam duit org len.. itu dah jadi kes lain ler bro.. x elok tu.. biar papa asal bergaya.. cehhh.. baek x yah...
macam shin.. henpon ni dah jadi kepeluan.. dan shin mmg suka henpon yak comel comel.. kalo amek gambo cantik jer.. pastu leh surfing internet.. dan shin memang tak puas ngan satu henpon.. hehehe.. tp shin agak agak la.. kalo ada duit.. baru la beli.. kalo xde.. berangan jer udah ler.. bila dah ada tu.. jaga elok elok.. jangan cuai sampai hilang.. bukan senang nak dapat kan!!
p/s : beli henpon cecangih tp xde kedit.. xleh nak surf internet.. pon x guna gak.. baek lg pakai henpon zaman size dia beso mcm remote tivi!!
korang ada berapa bijik henpon???
m(^o^)m
*i'm shin.. i'm inesen