Thursday, May 24, 2018

#NurinJazlin

Hari ini 8 Ramadhan 1439H.. genap 11 tahun kes penemuan mayat adik Nurin Jazlin yak cukup menyayat hati.. kes ni jugak buat shin trauma dan selalu berimaginasi negative tiap kali nampak budak-budak kecik terbiar kat luar tanpa kehadiran dan pengawasan orang dewasa.. kalo ternampak budak-budak terbiar secara automatically shin akan teringat kes Nurin..  kalau la budak tu kena culik..  adakah kes seumpama tu akan berulang..  kenapa sampai la ni rata rata orang dewasa mcm tak amek kesah..  x amek iktibar dgn kes Nurin..

lately ada je kes penderaan kanak kanak berlaku kat negara kita.. dari golongan umum sampai la golongan artist tak terkecuali.. Salmah Mentor Dan Ziana Zain contohnya.. Ada kes mengakibatkan kecederaan dan ada yak sampai melibatkan kematian.. semuanya terjadi angkara orang dewasa yang tidak berperi kemanusiaan..   kanak-kanak tersebut tak ada kuasa melawan..  dorang hanya mampu menanggung kesakitan.. menangis dan merayu agar tidak disakiti atau dicederakan..

kenapa jd begitu?  paling malang jika ada pasangan sama sama mendera kanak kanak..  atau sanggup menutup sebelah mata melihat kejadian seumpama ini di depan mata.. 

hentikan penderaan kanak kanak..  lindungi kanak kanak..  awasi kanak kanak..  penjenyah ada di mana mana.. Di dalam rumah atau di luar rumah.. jangan biarkan kanak kanak yak tidak berdosa menjadi mangsa.. Dan kita tak mahu anak kita atau adik kita menjadi mangsa seterusnya.. 

Salam Ramadhan.. AlFatehah untuk arwah Nurin Jazlin #NurinJazlin 

m(^o^)m

i'm shin..  i'm inesen

3 comments:

Mr. Dominic Unknown said...

Harap kes ni boleh diselesaikan sampai dapat tangkap pembunuh tu !

Anonymous said...

Dah lapan tahun kot..kowsers

Gja said...

Saya pun sedih tiap kali teringat kes adik nurin ni. Tergamak betul manusia buat camni pada budak-budak.