Friday, January 13, 2012

tipah tetipu - nota

heyo.. shin kembali bersiaran.. hurm.. ni haa.. nak sambung pasal entri tipah tetipu.. hurm.. shin ada bagitau kan sebelum ni.. untuk wat aduan kat Tribunal Pengguna.. korang kena wat satu nota @ karangan... citer pasal korang kena tipu.. haa ni untuk bagi ketua seksyen Tribunal Pengguna nnt baca.. bagi dia yakin ngan cite korang di aniaya ngan kejam.. ngee.. 

cik niza telah membuli shin dok tuliskan karangan untuk dia.. perghhh.. lama suda tak tulis karangan kan.. ngee.. dah lebih 17 tahun meninggalkan alam persekolahan.. tp demi kawan.. shin tolong watkan gak.. so kat sini shin tepek karangan shin tu utk korang amik iktibar.. ngee.. so len kali korang wat la karangan camni kalo nak wat tuntutan ek.. x banyak.. 2 muka surat jer *sengih


Tuan,
Pada 30 Disember 2011, pada pukul 10.30 malam saya telah membeli sebuah telefon bimbit berjenama Nokia N97 Mini di kedai WHY MOBILE SALES & SERVICES di alamat yang seperti dalam laporan. Saya membeli telefon bimbit tersebut dengan harga Rm750 tunai berserta resit kedai. Sebelum itu saya telah membuat  tempahan terlebih dahulu dan pihak penjual telah menawarkan saya dengan harga yang berkenaan untuk telefon Nokia N97 Mini yang tulen. Atas dasar persetujuan dan keyakinan terhadap apa yang di tawarkan oleh pihak penjual, maka saya telah bersetuju  membayar wang deposit sebanyak RM100 tunai melalui Maybank2u.
Memandangkan waktu operasi kedai telah tamat pada hari pembelian tersebut, saya terus pulang tanpa sempat memeriksa telefon di kedai dengan lebih terperinci. Ini adalah kerana, saya percaya ketika itu pihak penjual telah menjual telefon bimbit tulen seperti yang saya mahu. Saya juga tidak begitu arif tentang telefon dan kepercayaan tersebut saya harapkan 100 peratus dari pihak penjual tersebut.
Pada pagi 31 Disember 2011, saya mula menyedari ada benda yang tidak kena. Ini adalah kerana, saya tidak dapat mengecas bateri telefon saya itu kerana pengecas bateri telefon tersebut tidak di sertakan sekali. Sebaliknya pengecas bateri yang bukan sepadan dengan telefon tersebut berada di dalam kotak telefon bimbit saya. Selain itu, saya menyedari papan kekunci telefon bimbit saya tidak berada dalam keadaan yang baik. 
Pada sebelah malam 31 Disember 2011, saya telah kembali ke kedai tersebut untuk berjumpa dengan penjual dan mengadu akan masalah telefon bimbit saya itu. Tapi amat mendukacitakan, penjual tersebut mengatakan, buat sementara waktu ini pengecas telefon bimbit saya itu tidak berada dalam stok. Penjual tesebut juga hanya meletakkan gam untuk melekatkan kembali papan kekunci telefon saya yang bermasalah itu.
Saya berasa hairan ketika itu dan tertanya tanya mengapa pengecas telefon bimbit  tidak berada di dalam kotak sedangkan saya membeli telefon bimbit tulen yang baru, bukan telefon terpakai. Saya juga tidak berpuas hati kerana papan kekunci tesebut hanya digam, Memandangan telefon  bimbit tersebut adalah barang yang baru, kerosakkan tersebut tidak sepatutnya berlaku. Saya hanya mendiamkan diri ketika di kedai kerana saya tidak arif dan masih percaya pada penjual kedai tersebut.
Pada  pagi 7 Januari 2012, saya telah dinasihatkan oleh kawan-kawan saya untuk membuat pengesahan  ketulenan telefon saya itu. Setelah saya membuat  perbandingan telefon bimbit saya dengan jenama telefon bimbit yang sama  di dua kedai yang berlainan, saya semakin yakin bahawa saya telah ditipu.
Pada pukul  7.00 malam hari yang sama, saya telah kembali sekali lagi ke kedai tersebut untuk membuat aduan yang saya berasa seperti di tipu. Penjual tersebut cuba meyakinkan saya bahawa telefon bimbit yang dijual adalah tulen bukan tiruan. 
Saya mengambil kesimpulan, penjual tersebut memang mengetahui bahawa telefon bimbit yang telah dijual kepada saya itu adalah tiruan, tetapi dia tidak memberitahu saya akan hal yang sebenar. Sebaliknya dia tetap meyakinkan, telefon bimbit tersebut adalah tulen dan meletakkan kesalahan itu ke atas saya, dengan niat membiarkan saya menanggung kerugian.
Setelah tidak berpuashati melalui perbincangan dan bimbang ditipu sekali lagi, saya mengambil keputusan untuk mendapatkan hak saya sebagai pengguna dengan mengadu di Jabatan Tribunal Tuntutan Pengguna. Penjual tersebut juga telah mencabar saya supaya membuat laporan dan beliau tidak mahu bertanggungjawab jika berlaku sebarang tuntutan selepas itu.
Pada 9 Januari 2012, saya telah pergi ke Jabatan Tribunal Tuntuan Pengguna untuk membuat aduan. Segala salinan report polis dan resit rasmi pembelian telefon bimbit tersebut, ada saya sertakan sekali di sini untuk rujukan pihak Tuan.
Dengan ini, saya berharap pihak Tuan dapat membantu saya untuk mendapatkan kembali hak yang sepatutnya saya terima. Tuntutan ini juga menyedarkan lagi saya tentang hak-hak saya sebagai pengguna jika berlaku sebarang masalah pada masa akan datang. Saya juga berharap tuntuan ini boleh menghalang kejadian penipuan serupa berlaku lagi ke atas orang lain melalui kedai yang sama.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pihak Tuan di atas masalah ini. Sekian. Terima Kasih.

***end***

apa macam?? ok tak karangan shin?? leh paham x?? yakin tak kawan shin tu kena tipu?? hik hik.. dah banyak kali edit.. ngan salah tata bahasa.. salah ejaan.. meleret leret citenya.. endingnya jadi la camni huhu.. ok lah.. shin nak beransur dulu ek.. jumpa lagi kengkawan..


m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

8 comments:

Anonymous said...

komen i..Kronologi cerita yang senang faham dan teratur...

Firdaus® said...

hahahah sabor je la..kalau dah tertipu nak buat mcmane..redha la..boleh tak mcm tu?huuu..

btw do follow my blog ye =)

Zac Rega said...

bw here ^^^

Anonymous said...

helo encik firdaus, mmglah redha...tapi cara shin ni bagus ok..untuk mengelakkan orang lain kena tipu lagi...biar peniaga tu insaf dan tak menipu lagi pada masa akan datang...semoga segala usaha dan pengorbanan untuk kemenangan kes ni berbaloi..amin

i'm shin... i'm inesen said...

Anonymous : yerp.. entah berapa ramai peniaga yg suka menipu customer kat luar sana kan.. hope dorang ni tobat nasuba le lepas ni

i'm shin... i'm inesen said...

Firdaus® : x leh senang senang biar camtu... lagi kita ada hak utk dptkan apa yg sepatutnya kita dapat..

Anonymous said...

So..cam mana ngn kes telefon tue??dah selesai??sy pun mengalami masalah yg sama...next week dh kena g court tuntutan pengguna...

Anonymous said...

Selesai tak kes nya???