fuiyoh esok dah nak mengudi.. InsyaAllah esok kali ketiga shin mengundi sejak hidup kat muka bumi ni.. semua orang dok harap parti yak depa pilih tu menang kannn.. haaa shin bersangka baek jer parti mana yak menang.. cuma.. shin cuma nak harap something jer dari kemenangan dorang tu nnt..
harapan shin utk bakal pemimpin kerajaan MALAYSIA samada yak BARU nnt ato yak sedia ada (kalo dia menang dan masih diperlukan la ).. x banyak pon yak shin mintak.. tak terfikir pon pembangunan yak benilai billion billion terpacak kat FELDA ni ( pening dengo perkataan billion sana billion sini masa belanjawan.. mcm banyak sgt duit negara ni..)
*PERKASAKAN AGAMA ISLAM - pembangunan rohani wajib melebihi pembangunan Malaysia yak benilai bebillion billion tu.. tegas kalo ada rakyat Malaysia yak maen maenkan isu agama ISLAM ni.. x kira la orang kuat parti ker.. VIP.. rakyat biasa ker.. tak suka ISLAM dorang boleh pindah ke negara bukan ISLAM.. ada banyakk.. pilih jer.. so hidup dorang x kan terganggu dan risau ngan peraturan ISLAM seperti hukum hudud dan lain lain..
*AMANAH DALAM KERAJAAN - semua yak bekerja dalam kerajaan dari yak atasan sampai ke bawahan semuanya mesti la amanah.. x kira la dorang ni bangsa apa.. sifat amanah tu kena ada.. kalo ada yak melanggar amanah.. dah dah kantoi atau x sampai kantoi.. hendaklah di singkirkan dorang.. jgn kekalkan atas dasar kepentingan parti atau peribadi..
*HAPUSKAN RIBA' - benda ni sangat membebankan dalam kehidupan rakyat.. seharian dan seterusnya seumo hidup.. kalo orang kaya pon leh rasa terbeban ( kot-kot ) orang miskin dan sederhana lagi laa terasa.. ingat negara kita negara ISLAM.. dalam ISLAM riba' ni antara dosa besar
*RUMAH MAMPU MILIK ( betul betul mampu ) - untung jadi anak FELDA ada umah generasi kedua.. tp satu family sorang jer leh modon.. kalo ada rejeki mungkin dua orang.. tp warga FELDA ni kebanyaakkan family besar.. anak 6-7 org.. yak len tu mana nak tinggal?? x semua dorang KEJE KERAJAAN.. dan tak ramai keje swasta begaji besar..dah sah sah susah nak wat loan bank sbb keje swasta.. kerajaan sendiri menetapkan gaji asas rakyat Malaysia ni minimum RM900.. leh beli rumah ker ngan gaji kurang dari Rm1000 tu?? ckp rumah mampu milik.. tp harga RM150K - RM300K.. apa ke benda tu.. dorang nak wat loan rumah RM70K pon x lepas.. tu lom bank kenakan interest tinggi.. pinjam RM70K nnt jadi RM200K.. sbb tu haram riba' ni.. Kerajaan kena betul betul pantau dan telus dalam proses pembelian rumah ni.. rumah kos rendah dan mampu milik ni hanya utk golongan berpendapatan rendah.. tiada kompromi utk orang kaya nak beli dua tiga bijik..
*TURUNKAN HARGA MINYAK DAN TOL - harga barang makanan naek sbb benda ni la.. harga simen, batu, pasir dll utk wat rumah naek sbb benda ni gak.. perhubungan kekeluargaan renggang pon sbb benda ni.. anak anak yak dok jauh pikir banyak kali nak balik kampong pasal minyak mahal.. tol mahal.. ini bukan mencipta alasan.. tp ini adalah fakta dan benar kesan kenaekkan harga minyak dan tol.. yak len len korang leh pikir sendiri apa kesan kenaekkan harga minyak dan tol.. haa harga minyak masak leh la masuk sekali kat sini.. bukan minyak petrol jer.. pelik ek.. negara kita pengeluar minyak masak.. tp naper minyak masak kat kedai mahal? confirm ker minyak masak yak kita guna tu gred bagus?? atau gred yak bagus ni kerajaan jual utk pasaran negara luar jer? wallahualam..
*KURANGKAN KADAR BAYARAN BIL ELEKTRIK, AIR DAN INTERNET - ok.. ni kehendak peribadi jer.. sapa yak x suka kalo benda ni kita bayo x mahal kannn.. PEACE!!!
*TURUNKAN HARGA KERETA - ni pon kehendak peribadi shin gak #senyum
*PERBANYAKKAN DAN MUDAHKAN PENIAGAAN ISLAM - ni bukan pemintaan berunsurkan racist ek.. ni utk nampakkan keseimbangan dalam perniagaan ISLAM dan BUKAN ISLAM.. kita pon nnt xde rasa was was.. kan!!
*INSTITUSI BADAN BADAN dan PENTADBIRAN KERAJAAN YANG MESRA SWASTA - biarpun mesra yak dibuat buat.. biar x ikhlas.. tp ia sangat di perlukan oleh rakyat biasa mcm shin yak bekerja swasta.. rakyat biasa ni la yak pilih kerajaan.. penduduk Malaysia ni bejuta.. dan dorang ni ramai yak kerja swasta.. xde rasa layanan kerajaan tu berat sebelah.. byk benefit hanya utk orang orang yak keje kerajaan jer dapat.. jgn nampakkan jurang ya jauh antara org kerajaan ngan swasta.. no double standard dalam apa jer urusan yak melibatkan swasta dan kerajaan..
*MENGEKALKAN KEISTIMEWAAN HAK MELAYU DAN BUMIPUTERA - kerajaan kena bagi pemahaman yak wajar pada semuaaaaaaaaaaa rakyat yak nak duduk Malaysia.. x kira la Melayu ker Cina ker India ker.. Iban ker.. Kadazan ker.. dan bangsa bangsa yak laen.. kenapa hak melayu dan bumiputera ni di kekalkan dan diberi keistimewaan.. bagi dorang paham.. supaya kurang skit racist kat Malaysia ni..
*BEBAS dan SELAMAT - kerajaan kena pikirkan dan buat something camne nak bagi rakyat Malaysia betul betul rasa bebas dan selamat.. x kira la.. bebas dan selamat dari segi jenayah.. ato undang undang.. ato penindasan pihak berkuasa x kira la dari hospital, polis, makhamah, bank dll..
*SEKAT KEMASUKAN WARGA ASING - kerajaan tolong lah wat something.. semak nampak dorang ada di situ sana sini.. x tau la masuk secara halal ato haram.. wallahualam..
*PERKASAKAN SUMBER PERTANIAN - pernah tak korang terpikir.. kita ni dapat sumber makanan dari mana? beras yak kita makan ni.. dari negara kita sendiri ato import dari negara luar? gula? dari negara kita ato negara luar.. contoh paling dekat laa.. kita nak beli durian ngan buah mangga pon org yak jual tu ckp buah tu dari Thailand.. nampak sangat laa negara kita agak kekurangan sumber pertanian.. bayangkan la satu hari nnt Thailand boikot nak export beras ato gula kat negara kita.. camne tu?? kalo negara kita kuarkan produk makanan kita sendiri.. x mustahil harga bahan utama mcm gula ngan beras ni sure x mahal.. kan kan!!
hurmmm.. tu la harapan shin sempena nak mengundi ni selaku pengundi biasa.. rakyat biasa jer.. kepada semuaaa.. semoga niat yak baek tu.. Allah akan pulangkan kita benda benda yak baek gak.. selamat mengundi shin ucapkan ek.. walo apa yak kita harapkan tu menjadi kenyataan.. atleast.. usaha tu ada.. Allah Maha Mengetahui apa yak dah Dia tetapkan kelak utk kita.. terima la qada' dan qadar tu dengan kesabaran dan ketakwaan.. sebagai pengundi, InsyaAllah kita terlepas dari menjadi orang yak menzalimi diri kita sendiri dengan mengundi pilihan yak betul.. yak sengaja x mengundi.. anda antara org org yak rugi.. sekian~
m(^o^)m
*i'm shin.. i'm inesen
2 comments:
selamat ngundi shin... apa pun keputusannya, biarlah boleh membawak keamanan dan kemajuan pada negara...
Amin A.R : dah selamat pon #senyum
Post a Comment