arini shin nak kongsi cite yak berlaku kat area umah shin.. satu kampong kalo cite camni cepat je heboh.. lagi plak dah masuk surat kabo kan.. lagi la orang dok bercerita.. hmm ni kes budak skolah mati bunuh diri.. dak pompuan yak bunuh diri tu baru jer tingkatan dua.. yak dak lelaki yg nyebabkan dak pompuan tu stress baru jer tingkatan tiga ( tp kat surat kabo tulis tingkatan empat ) aper daaa... aishh macam macam hal..
sumber Harian Metro 28 Oktober 2011
KULAIJAYA: Seorang remaja lelaki terkejut apabila bekas kekasih yang dihubungi semula selepas kurang dua jam memutuskan hubungan cinta mereka menggantung diri di kediamannya di sebuah tanah rancangan Felda di sini, kelmarin.
Dalam kejadian itu, gadis berkenaan yang berumur 14 tahun ditemui dalam keadaan tergantung di bilik tidur kediaman keluarganya pada jam 12 tengah hari.
Sumber terdekat dengan keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian, pada jam 10.30 pagi, remaja lelaki berkenaan ada menghubungi mangsa dan memutuskan perhubungan cinta mereka.
“Kurang dua jam kemudian, remaja lelaki itu menghubungi mangsa buat kali kedua untuk berbincang berkaitan beberapa hal peribadi tetapi terkejut apabila panggilannya dijawab oleh ahli keluarga mangsa yang memaklumkan gadis berkenaan sudah meninggal dunia.
“Remaja lelaki itu kemudiannya menceritakan apa yang berlaku antaranya dengan gadis berkenaan sebelum kejadian kepada keluarga mangsa, dia nyata kesal dengan perkara terbabit,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT).
Menurut sumber, mangsa pelajar tingkatan dua di sekolah sama dengan bekas teman lelaki yang menuntut di tingkatan empat dan kejadian hanya disedari adik gadis berkenaan yang curiga selepas panggilannya tidak bersahut.
Sumber berkata, adik mangsa mengintai melalui lubang kunci dan terkejut mendapati kakaknya terkulai dengan kain batik terjerut pada leher. Difahamkan, mangsa mungkin tertekan dengan perpisahan yang berlaku, dia kemudiannya dipercayai mengikat sehelai tuala pada lubang angin di dinding bilik.
Selepas itu, mangsa mengambil kain batik lantas diikat pada tuala berkenaan, kemudiannya, kain batik terbabit dijerut pada lehernya sebelum dia dikatakan terjun dari paras tinggi. Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kulaijaya, Mansor Othman dan pengetua sekolah mangsa turut hadir menziarahi jenazah mangsa, hadir sama Pengerusi Majlis Belia Felda Negeri Johor, Nanndzri Nasib. Nanndzri berkata, Ia ujian berat daripada Tuhan dan kita sebagai hamba perlu reda dengannya, kita akan membantu keluarga mangsa mengikut kesesuaian,” katanya.
*** end ***
camtu la kesahnya.. mudahnya dak pompuan tu buat keputusan.. mengikut sumber kawan sekerja shin yg kebetulan plak berjiran ngan family dak pompuan ni.. dak pompuan ni jenis rapat ngan keluarga.. rapat ngan mak dia.. adik beradik ada 7 orang.. bukan jenis keluarga kucar kacir.. tp camne la dia leh pikir nak cabut nyawa dia camtu rupa..
kita x tau ek camne pemikiran orang len.. even orang tu rapat ngan kita.. hurm.. x tau pon isi hati dia.. hurm.. aishh risau jer.. harap2 xde la ahli keluarga shin wat benda camni.. bedosa besar dosa bunuh diri.. hurm.. apapon semoga roh dak pompuan ni di cucuri rahmah Allah s.w.t.. hanya Allah yg Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani..
sekian~
*i'm shin.. i'm inesen
6 comments:
hurm.... btol ckp shin tu.. kita x tahu... pemikiran org.. walaupon dye dtg dr keluarga yang aman harmoni... tp bila pemikiran pendek.. tu la yg terjadi..tp ape2 pon..mungkin tu dah ajal dye....
jgn dak lelaki tu bunuh diri dah la....
sbnrnye, mungkin kita hnya nmpk luaran kehidupan dia..bak kata Dr Fadzilah Kamsah, ia pastinya bkn hanya krn putus cinta..ia pasti melibatkan keluarga, sekolah dan masyarakat sekeliling..sy sbg slh seorg guru yg rapat, amat bsimpati dan rsnye fhm mengapa arwah btindak sedemikian..dia hnye bdk kecil yg msh kurg mengerti ttg kehidupan..al fatihah..
~amat rs kehilangannya~
ed : hurm.. takot kan
faiz : harap2 xde la tekanan sampai dia nak ikot serta.. harap dia jadikan iktibar
tanpa nama : hurm.. harap kamu sekali sekala.. bagi kesedaran secara tak langsung kepada murid murid tentang kesan x baek bunuh diri ni.. ramai org akan sedih ngan tindakan yg x sepatutnya camni..
Post a Comment