Showing posts with label hobi. Show all posts
Showing posts with label hobi. Show all posts

Sunday, February 9, 2014

Waterproof Cameras: What Makes Them Waterproof?

hari cecuti ni shin ngabiskan masa kat umah jer.. semalam cuti shin dah gigih carik duit.. dah lama x dapat keje overtime.. smlm pulun habis.. tetunggu gak arini kot kot ada.. tp hampa.. hukk.. xpe la.. xde rejeki.. shin kena kumpul duit sebanyak yak boleh.. buat masa ni dah ada 4 destinasi yak shin nk kena hadap.. semua tu perlukan duit.. dah la tu.. camera DSLR shin wat hal.. hurmm lom ada peluang nk gi anto kedai baiki.. acaner ni.. x lama jer lagi shin dah nak bejalan.. x besh la kalo camera xde #nanges

dah beberapa ari shin dok godeh tenet.. survey pasal camera kalis air.. memandangkan shin suka gi laut dan tempat yak berpemandangan.. shin amat memerlukan camera yak gambo dia cantik.. leh masok dalam air.. dan harga murah #sengih

kengkawan ada idea x???

bila sebut camera kalis air ni.. sesapa je tau.. camera tu mesti la jenis tahan lasak.. leh masok dalam air lelama.. pastu leh amek gambo ikan.. gambo time kita berenang.. x risau kalo kena hujan.. tp sebelom nk beli camera kalis air tu.. kena gak amek tau.. sejauh mana kekalisan air dia tu kan.. haa.. meh shin tepek.. shin dapat info ni dari website Top Ten Reviews

Kamera kalis air: Apa yang membuatkan dorang kalis air?
 
sama ada anda seorang adventure atau jenis berani mati, mempunyai sebuah kamera kalis air di tangan boleh sudah cukup memastikan anda boleh mendapatkan shot terbaik tanpa merosakkan sekeping peralatan yang mahal. Percaya atau tidak, kamera digital yang kalis air ini adalah masih bidang yang baru dan semakin meningkat. Biasanya ia disediakan hanya untuk mereka yang mempunyai bajet yang besar. Tetapi kini pengeluar di pasaran sudah mula mengeluarkan model kamera harga rendah. Ini bermakna bahawa orang awam kini boleh mengambil gambar di dalam air dengan harga yang berpatutan.. Tetapi bagaimana memilih kamera yang benar-benar bagus, dan bagaimana anda boleh membiarkan  kamera anda dalam keadaan sempurna?

Camera Housing.  
Perkara pertama yang membezakan kamera kalis air lain daripada kamera digital tetap adalah housing. Housing bagi kamera kalis air perlu benar-benar mantap dan kukuh supaya air tidak dapat masuk ke dalam kamera. Anda juga boleh membeli housing kalis air untuk kamera digital biasa anda, tetapi membeli sebuah kamera kalis air dengan housing kalis air buatan kilang adalah biasanya lebih dipercayai, kerana besar kemungkinan jika ada sedikit kesilapan pengguna.. peluang untuk membolehkan air untuk masuk ke dalam kamera adalah tinggi dan ini boleh menyebabkan masalah besar.

Rubber Seals. Sesebuah kilang pengeluar kamera kalis ais secara tidak langsung menerapkan ciri-ciri getah ( rubber seals ) di sekitar dan semua bahagian yang terbuka kamera untuk membolehkan air mengalir dan keluar, tetapi ini juga bermakna bahawa kamera perlu bersih, tanpa garam dan kering sebelum anda menyimpan mereka.

Ketebalan kanta.  
Untuk pengetahuan semua, kaca akan pecah pada kedalaman tertentu. Itulah sebabnya mengapa kapal selam dan kapal-kapal lain dalam air memerlukan windows Super tebal. Jadi, kamera kalis air yang menggunakan konsep yang sama, pada skala yang lebih kecil. Apabila anda membeli sebuah kamera kalis air, salah satu perkara pertama yang anda perlu menyemak adalah kedalaman yang dibenarkan. Hal ini penting, kerana biasanya kamera telah diuji secara kejuruteraan untuk pergi dalam jarak yang tertentu dari permukaan dan tekanan tambahan. Jika anda pergi lebih dalam, peningkatan tekanan air akan berlaku. Berkemungkinan kanta kamera anda akan berkecai. Kamera kalis aie mempunyai kanta yang lebih tebal daripada kamera digital tetap, tetapi ianya tidak benar benar kebal. Jika anda merancang untuk pergi ke laut dalam yang untuk menyelam, pastikan anda menyemak maklumat mendalam bagi setiap model sebelum anda membeli.

Kamera kalis air boleh membolehkan percutian anda lebih bermakna. Jika sebelum ini kamera digital anda hanya boleh mengambil gambar pemandangan di luar sahaja tetapi dengan kamera kalis air anda boleh mengambil pemandangan di luar dan juga di dalam air. Anda hanya perlu pastikan anda tahu apa yang anda beli. Terdapat banyak pilihan, dan anda tidak mahu berakhir dengan kamera yang benar-benar tidak sesuai dengan keperluan anda.
 
hurmmm menariknya kalo ada kamera kalis air ni.. hmm buat masa ni shin tertarik ngan dua benda alah ni.. kamera Pentax WG-3 Gps ngan GoPro Hero 3+ hmm nk kena survey kat JB.. leh godeh sekali.. minggu dpn ar..

 anggaran harga RM1200

 anggaran harga RM1500

apapon ekot kemampuan laa.. rasanya Pentax tu shin mampu.. walaupon shin mmg teringin nak ada GoPro.. mahal skit.. lg satu.. nk nengok function kedua camera ni.. mana lagi senang pakai.. kang nnt beli tp x reti guna.. mebazir je #nanges

hope murah la rejeki.. dpt beli #hukk

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen


Sunday, July 15, 2012

acara hari minggu

ari ahad shin lebih suka bersantai kat umah.. cuaca pon agak panas pagik tadi.. sempat la shin basuh baju skit.. sib baek basuh awal.. tgh ari tadi terus hujan lebat sampai ke petang.. sempat la kering baju yak shin basuh.. pastu shin melepek dalam bilik.. sambil melayan lagu lagu lama.. haaa.. dah lama x tunjuk koleksi album lama shin.. ni gigih dok burn lagu dari cd.. yer la.. takot cd hilang atau rosak.. atleast dah ada back up.. bukan senang nak dtg lagu lagu dari piring hitam ni... ada dkt 30 cd shin sedut arini.. letih gak nak menaip tajuk lagu di setiap track album.. sib baek x terkehel jari mulus shin #nanges

haaa raya dah dekat... seronoknyerr~

album lama kak pah pon ada

bila da banyak banyak cd lagu lama ni.. kekadang terlayan gak la lagu dari artis yg shin x penah dengar pon nama dia.. x penah dengar pon lagu lagu dia maen kat radio huhu.. besh la gak.. skrg ni shin tgh minat giler kat suara EDIE SILITONGGA.. perghh hampir semua lagu dalam album dia besh besh.. huhu.. x rugi la beli ( walapon bukan CD ori ) tp nak wat camne.. nak cari yak ori tu leh ker jumpa?? #nanges

arghh esok dah nk pi keje.. boringnya.. lepas dah 4 ari becuti.. nak kena naik keje balik.. arghh mood cuti raya makin meluap meluap.. x sabar rasanya nak ngabiskan lagik keje dkt sebulan lebih ni.. pastu yehh cuti raya seminggu.. besh besh.. hopefully esok pagi Tuhan berikan shin kekuatan dan kecekalan utk berkerja walau tanpa sepenuh relaaa #nanges kekuat

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

Monday, July 9, 2012

dari Wimbledon ke Bandar Tenggara

heyo kengkawan.. ada 11 hari lagik kita nak nyambut bulan Ramadhan.. semua orang dah besedia ker?? sudah?? ececeh bagus bagus bagus.. haa sesapa yak lom lagik gantik puasa korang yak tahun lepas kantoi tu.. still sempat agi ni ek.. hurmm lama shin x bersiaran.. ari ni shin nak tepek cite pasal sabtu lepas shin lawan maen tennis ngee.. seronok seronok.. shin suka maen tennis.. lagik seronok aritu dapat no 2.. mau x seronok.. mmg la kalo leh nak menang juara.. tp shin bukan hebat sgt.. dapat no 2 pon dah kira besh la gak.. lagik besh dapat hadiah duit #sengih

masa ari lawan tu pon shin x cukup tido.. 4 jam jer tido.. malam tu shin melayan nengok Final Wimbledon 2012 kat astro.. mmg dari awal lagik shin dah follow.. lagi plak parent xde pi Kolompo.. mmg xde org kacau shin nak nengok tivi.. begasak sampai pagik.. walapon agak sentap Rafael Nadal terkandas awal.. tp sebab ada lagik sorang pemain feveret shin masuk final.. so masih lagik teruja nak follow la #senyum

tahniah la kat Serena Williams.. juara Wimbledon 2012.. hebat hebat.. tahun lepas dia x maen pasal kaki dia injured.. wat surgery pasal terpijak kaca.. then dia wat operation ada darah beku kat jantung.. lama gak la dia berehat men tennis.. tp x sangka la.. tahun 2010 dia menang.. then 2012 dia menang lagik.. ni kira kali ke 5 dia menang Wimbledon.. sama mcm kakak dia Venus.. dah 5 kali menang Wimbledon.. hebatttt.. so masa dia berucap time dpt hadiah tu.. dengar la suara dia sebak.. dia pon mcm x caya dia leh menang lagik Wimbledon walao pon kesihatan dia x berapa ok.. nak plak umo dia dah 30 tahun.. tp tu la.. semangat lawan dia tu mmg superb.. berkat masa kekecik dulu dia hidup susah.. training pon kat court awam.. penuh ngan penagih dadah.. org org jahat.. tp sapa sangka.. dah beso ni dia lah pemain tennis yak hebat.. kaya raya.. cayalah Serena #nanges

malam tu gak.. kemenangan berganda buat Serena sbb dia menang beregu ngan kakak dia Venus.. masa acara single.. Venus terkuar awal.. pusingan pertama lagik.. tp x sangka.. dia pon dapat juara gak walopon acara beregu.. hebat hebat.. focus dorang utk Olympic plak lepas ni.. hope bejaya laa #chaiyok

haa yak ni plak.. budak x berapa hebat huhu

sempat hisap eskrem lagik

acara amek hadiah #sukaaa

abaikan kete koto malas basuh #nanges

hmm shin masih lagik guna raket tennis encik Ari bagik dulu huhu.. maceh la kat dia sbb bagi.. raket masa dia skolah dulu.. still elok lagik sampai skrg.. lepas abis maen tennis.. shin terus balik membongkang huhu.. tau tau jer dah petang.. cancel terus nak celebrate utk diri sendiri.. kononnya nak makan subway ngan nengok wayang cite Lelabah Lelaki.. tp sbb dah hanyut di buai mimpi.. cancel sudaa #nanges

Serena Williams masa party Wimbledon

camtu la kesahnya.. lepas ni stop la men tennis.. nak puasa kan.. lagi plak xde geng sangat nak men pepetang.. ramai yak bizi.. badan pon kalo x bersuka rasa berat semacam jer.. naek tangga turun tanga jer da mengah.. blom lagik beraksi atas katil.. hahahah mmg la blom kaannnnnnnnnnnn!

oklah.. jumpa lagik ek kengkawan.. tataaa~

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

Tuesday, February 14, 2012

32 jota bijik henpon kat Malaysia.. fuiyohh~

 
kengkawan nak tau.. kesan ledakan teknologi telekomunikasi kat Malaysia la ni makin ketara.. kat mana-mana je boleh nampak orang menggunakan telefon bimbit sama ada untuk menelefon, menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) atau melayari Internet.. perangkaan terbaru mendapati secara purata setiap seorang daripada 28 juta rakyat Malaysia memiliki satu unit telefon bimbit... fuiyooh :3

perkembangan teknologi telekomunikasi global turut meledakkan kesannya di negara kita dengan fakta semasa mendapati penggunaan telefon bimbit di Malaysia melebihi 37 juta unit..

ini bermakna secara purata setiap rakyat Malaysia yang berjumlah 28 juta orang, mempunyai sekurang-kurangnya satu telefon bimbit manakala sebahagiannya lagi memiliki lebih satu malah mencecah enam unit pada satu-satu masa.

data itu diperoleh berdasarkan Kajian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang mendapati pada 2010, sebanyak 33,250,177 telefon bimbit digunakan oleh rakyat di negara ini.. penggunaannya semakin meningkat dengan adanya model terbaru dan canggih dikeluarkan setiap bulan oleh syarikat pengeluar telefon bimbit..

kajian mendapati 198,286 orang menggunakan lima unit telefon bimbit pada satu-satu masa manakala 254,938 orang memiliki empat unit, 849,795 orang tiga unit manakala 6.77 juta orang mempunyai dua telefon bimbit dan selebihnya 20.25 juta, satu unit..

model seperti Samsung, BlackBerry, HTC, Iphone dan Sony seakan mendominasi pasaran telefon bimbit negara dengan pelbagai ciri-ciri canggih yang ditampilkan bagi membezakan mereka dari jenama lain.

sesetengah pengguna sanggup membelanjakan lebih Rm10,000 setahun untuk membeli telefon bimbit pintar setiap kali model baru di keluarkan.. hurm.. aiyoo banyak nyer.. jap.. korang dah berabis berapa banyak duit utk beli henpon ek.. adoii... sesenyap jer kan.. beribu duit abisss #nanges

shin ada 4 telefon #nanges

boleh dikatakan setiap orang memiliki sebuah telefon pintar pada ketika ini kerana ia bukan hanya trend bahkan keperluan dalam hidup seharian.. hurmm.. tul gak kan.. tp rata rata.. golongan muda la.. macam makcik pakcik.. dorang x heran sgt telefon canggih manggih ni.. asal leh call.. sms.. udah ler.. kan~

biasanya... sistem operasi (OS) yang lebih pantas dan mesra pengguna jadi pilihan pengguna.. mungkin gak sebab luas skrin henpon.. xpon.. sbb camera henpon yg superb.. amek bideo pon besh.. HD.. amoled.. haaa dan kekadang ada orang ni beli henpon sebab jenama.. bila pakai iPhone mungkin nampak gerekk la.. bangga.. mewah gitu.. nampak kaya.. mungkin suka pakai Blackberry sbb ada BBM.. macam macam sebab laen la..

yang pasti.. setiap benda yg kita beli tu.. ikot la kemampuan ek.. kalo nak ikot trend sgt.. sanggup ikat perut.. sanggup berhutang lebih dari keperluan.. sanggup pinjam duit org len.. itu dah jadi kes lain ler bro.. x elok tu.. biar papa asal bergaya.. cehhh.. baek x yah...

macam shin.. henpon ni dah jadi kepeluan.. dan shin mmg suka henpon yak comel comel.. kalo amek gambo cantik jer.. pastu leh surfing internet.. dan shin memang tak puas ngan satu henpon.. hehehe.. tp shin agak agak la.. kalo ada duit.. baru la beli.. kalo xde.. berangan jer udah ler..  bila dah ada tu.. jaga elok elok.. jangan cuai sampai hilang.. bukan senang nak dapat kan!!

p/s : beli henpon cecangih tp xde kedit.. xleh nak surf internet.. pon x guna gak.. baek lg pakai henpon zaman size dia beso mcm remote tivi!!

korang ada berapa bijik henpon???

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

Friday, October 7, 2011

revolusi koleksi kamera shin *senyum

masa kekecik.. penah la shin beli jajan.. pastu dapat hadiah camera mainan dalam tu.. kengkonon kita snap.. pastu.. nnt kita akan nampak gambar begerak gerak dalam camera mainan tu.. x pon masa skola skolah.. nnt ada kawan buat camera guna kertas.. pastu dia snap gambo kita.. nnt dia kuarkan gambo dalam camera kertas tu.. gambo org lidi la.. gambo monyet la.. kalo time nak pekenakan org ler.. huhu..

zaman tu susah ler nak pegang camera.. nak jumpa pon payah.. kalo ada gambo raya keluarga time tu ntah guna camera sapa ntah.. time bila ambek pon x ingat.. jumpa camera time dah hujung tahun.. time nak wat majalah skolah.. haaa itu pun x heran sgt.. mcm camera ni bukan benda penting.. yg tau maennnn jer huhu

bila dah masuk usia remaja.. haaa time tu dah tau pasal camera.. lagi kalo ada kengkawan yg ada camera.. kongsi kongsi beli filem dia.. tp biasa panggil filem tu kodak jer.. walaupun jenama fujifilm.. huhu.. senang kann... nak beli xde duit.. so pinjam pinjam jer ler... kalo beli filem yak 36 keping nnt dapat free besokan gambo jadi 8R.. bebaloiii... pilih gambo paling lawa.. then besokan huhu

ini 1st camera yak shin beli.. shin x ingat tahun bila.. tp rasanya area tahun 2000 camtu ar.. masa tu Nikon tgh launching camera baru dorang.. termasuk ar natang ni... dah 2 tahun lebih keje.. ada ar duit skit.. resitnya dah tak jumpa.. so x ingat beli kat mana.. shin beli dalam harga dia dekat RM500.. masa tu dah nak raya.. bagi shin harga tu agak mahal laa gamaknya.. shin still simpan camera ni sampai skrg.. masih boleh guna lagik.. sayang woo.. kenangan ni.. kalo amek gambo pon cantek jer gambonya...

tahun 2004.. masa ni shin dah tau skit skit pasal camera digital.. haa.. masa nak beli camera ni.. shin siap simpan keratan akhbar pasal camera Nikon yak ni.. then bila dah cukup duit.. shin beli kat Jusco Taman Universiti Skudai.. pastu harga dia dalam RM899 camtu ar.. x ingat.. resit dia pun xde.. yang ada kotak jer.. kameranya abang shin pinjam tapi x pulang pulang.. harap dia jaga elok elok.. masa nak beli tu shin bawak keratan akhbar.. shin ckp la.. kat keratan tu bagitau kalo kita beli kat kedai Nikon leh dapat hadiah sekian sekian.. haa baru la tokey kedai tu bagi.. kalo tak.. cuma dapat camera jer.. helloooo.. tolong skit... shin cerewet bab ni huhu.. ada orang maen beli jer.. nnt cakap belakang.. shin x macam tu.. kan dah survey.. so kena la berkira kata orang melayu *sengih

dah dua tahun shin simpan camera pakcik ni.. memula dulu shin ckp nak beli.. tapi pakcik suh pakai jer.. happy sangat... cuma ada time kat screen dia ada kuar something error.. shin lom hantar pi service kat kedai lagi.. kalo beli kat kedai.. ntah baper harganya.. mesti mahal ek.. walaupun camera ni bukan mcm DSLR yg ada skrg ni.. tp shin suka amek gambo guna camera ni.. cantik.. dah banyak berjasa camera ni kat shin.. mekaceh kat pakcik sebab bagi kat shin ek!!!

skrg ni.. kalo tak bawak camera.. nak snap guna henpon pon boleh.. lagi ada HTC Desire HD tu.. gambo pon superb jer.. apapon.. tetap x sama mcm amek guna camera yak betul ar... 

bila cite pasal kamera ni.. mesti kengkawan penah dengar kamera jenama KODAK kan.. haa ni shin nak cite skit pasal KODAK ni.. dengar cite dah nak bungkus.. apapon meh kita baca sesama dengan hati yg tenang ek..

WARISANNYA merentasi 13 dekad dan ia bermegah sebagai syarikat Amerika Syarikat (AS) yang banyak memperkenalkan ciptaan pertama di pasaran, tetapi Eastman Kodak, yang lebih sinonim dengan kamera dan fotografi, berkemungkinan kesuntukan pilihan dan waktu.

Kodak adalah nama ikonik dalam perniagaan AS. Sejarah syarikat itu bermula pada 1881 dengan penubuhan Eastman Dry Plate Company oleh pencipta George Eastman. Menjelang 1885 beliau memperkenalkan filem fotografi telus pertama. Kamera ‘Kodak’ memasuki pasaran pada 1888, dengan slogan, “Anda tekan butang – kami melakukan selebihnya.”

Hampir seabad kemudian – 1981– jualannya mencecah AS$10 bilion. Kodak juga adalah peserta awal dalam gerakan kamera digital, dengan Sistem Kamera Digital Profesional pada 1991 yang membolehkan wartawan foto mengambil gambar elektronik dengan kamera dilengkapi pengesan 1.3 megapiksel ( ek eleh.. 1.3 mp jer? )

Kebimbangan terhadap masa depan syarikat itu memuncak Jumaat lalu, selepas ia melantik sebuah firma guaman terkenal dengan kes bankrap, menyebabkan sahamnya jatuh 54 peratus kepada 78 sen sesaham.

Sungguhpun Kodak berkata ia tidak berniat memfailkan muflis, hakikatnya ialah sahamnya ditutup di bawah AS$1, manakala permodalan pasaran mengecut kepada kurang AS$300 juta, pelabur pelabur sudah hilang keyakinan. 
Hari ini, kebanyakan gambar diambil dengan telefon dan dipertontonkan di Facebook, dan adalah sukar untuk mengingati bila jenama Kodak adalah lebih kuat berbanding laman media sosial. Kebanyakan pengguna iPhone remaja tidak pernah membeli segulung filem seumur hidup mereka!

ni la rupa bentuk filem tu ek

seingat shin la.. filem camni ada jual banyak jenis.. ada yak 12, 24 dan 36.. maksudnya.. korang leh snap sampai 12 kali snap jer.. x pun 24 atau 36.. bernasib baek korang leh snap lebih dari 36.. tapi masa cuci nnt gambonya jadi bertindih tindih.. nanges~

pastu korang xleh biar filem tu lelama dalam kamera.. kena cpt cpt la abiskan ek.. kang nnt masuk angin.. sebelum nak pi cuci.. gulung dulu filem tu huhu.. camne nak gulung.. haaa shin pun dah x ingat camne.. tp kena guna kamera la.. bukan gulung manual ek!

apapon.. semakin kita merentasi masa.. semua benda alah kat depan kita semakin canggih.. benda benda lama ni akan jadi kenang kenangan yg tak ternilai harganya.. kalo dulu kita guna filem.. gambo tu akan jadi kenangan sebab kita rajin pi cuci.. tapi skrg ni.. makin banyak kita snap.. tp cuma terperap dalam hardisk jer.. haa kalo hardisk tu rosak.. mau tak menanges... habis gambo dalam tu ghaib begitu saja.. ngee~

dan ada org ckp... kalo amek gambo guna filem.. gambo kita tu lebih jujur.. kita xde la nak snap banyak banyak kali.. kita lebih menghargai setiap kali gambo kita snap.. sebab filem yg dah di snap xleh di guna lagi.. kan kan kan... camtu la gamaknya..

sekian la entri comeback shin huhu.. lama x update ni.. sehingga berjumpa lagi di entri akan datang..  jumpa lagi ek kengkawan... daaaa~

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen