Showing posts with label nurin jazlin. Show all posts
Showing posts with label nurin jazlin. Show all posts

Monday, May 13, 2019

#nurinjazlin

Hari ini 8 Ramadhan 1440H..  12 tahun lepas, di bulan Ramadhan, hari ke lapan di mana umat Islam (Malaysia) berpuasa.. negara kita di gemparkan dengan berita penemuan mayat adik Nurin Jazlin.. ianya sungguh menyedihkan.. sangat tidak berperi kemanusiaan.. paling menghampakan, sampai ke hari ini kita tidak tahu siapa pembunuh arwah, 12 tahun kematian adik kita ni tiada pembelaan.. semoga Allah juga yak membalas ke atas manusia durjana tersebut..

hari ini masih berlaku kes kekerasa & kekejaman terhadap kanak kanak yak tidak bedosa, tidak ada kuasa dan tenaga untuk melawan, tidak ada tempat untuk mengadu dan berlindung.. jenayah terhadap kanak kanak masih tidak dapat di bendung.. jangan hanya harapkan orang lain, polis @ kerajaan untuk menghalang benda dari terus berlaku.. tapi sematkan nilai kasih sayang, kekeluargaan & peri kemanusiaan dalam diri kita.. ajar orang orang yak terdekat dengan kita supaya jangan melakukan kekejaman terhadap apa jua benda, tumbuhan, manusia @ haiwan.. semoga sifat keganasan dan kekejaman tu tak ada dalam diri kita, ahli keluarga kita dan orang orang yak kita sayang..

baru baru ini berlaku kes jenayah seksual yang melibatkan orang dewasa dan kanak kanak, remaja 16 tahun merogol anak asuhan ibunya berusia 5 tahun..

warden sekolah tahfiz 25 tahun meliwat pelajarnya berusia 15 & 9 tahun.. dan macam macam lagi..  

semoga pelaku jenayah kanak kanak ini, mendapat hukuman sewajarnya..

awasi kanak kanak di bawah penjagaan kita semasa membeli belah keperluan raya di Mall & bazar. Jangan yerlalu leka di tempat yak penuh sesak dengan orang ramai.. Penjenayah ada di mana mana.. dia hanya menunggu peluang untuk melakukanya.. jangan sudah berlaku baru kita nak menyesal, tak ada gunanya.. 

Semoga kita dan keluarga kita sentiasa selamat, semoga arwah adik Nurin tenang di sana.. marilah kita hidup aman & damai tanpa melakukan jenayah yak tak ada gunanya.. dunia masih luas untuk kita menikmatinya sebagai manusia yak bebas.. selamat berpuasa semua..

*i'm shin.. i'm inesen 

Thursday, June 25, 2015

8 ari di bulan puasa~

arini dah 8 Ramadhan.. kejap jer kan dah seminggu kita berpuasa.. lately cuaca panas.. siang malam rasa bahang.. shin rasa x selesa.. x cukup tido.. lemah tenaga #nanges

arini gak dah 8 tahun.. incident adik Nurin Jazlin ni berlalu.. kalo arwah masih hidup.. dah beso dah dia.. hmm shin rasa.. org jahat mcm pembunuh adik Nurin ni sampai skrg ni berlambak kat luar sana..  skrg ni seksa org..bunuh org... dah mcm bunuh nyamuk.. xde rasa bersalah.. biol agaknya org tu ek..

mangsa lak x kira lelaki pompuan.. kecik.. beso semua ada.. kesah budak kena bunuh pastu bapak dia simen mayat dia kat dinding.. kesah.. budak kecik kena dera.. kena sepak.. kena lambung lambung.. banting banting.. kesah pendatang kena seksa sebab nk masok Malaysia.. niat nk keje tp jadi lain plak.. last last.. di bior lapo.. di seksa sampai mati.. pastu di humban dalam lubang.. tak ke giler orang yak wat camtu..

x paham sungguh.. naper la manusia ni xmo hidup aman tenteram.. berkasih syg.. kenapa agaknya org jahat tu nk sangat jadi jahat.. apa masalah dia agaknya selain masalah mental #geram

utk adik Nurin.. semoga tenang di sana adikku #AlFatehah

*i'm shin.. i'm inesen

Sunday, July 6, 2014

cerita ari ke 8 puasa : Nurin Jazlin

arini 8 Ramadhan 1435H.. cukup 7 tahun pemergian adik Nurin Jazlin.. setiap kali masok bulan Ramadhan.. InsyaAllah.. tarikh ni shin akan ingat sampai bebila.. mana mungkin shin lupa tarikh yak menggemparkan negara kita.. hari ditemukan mayat arwah dalam keadaan yak menyedihkan.. penuh kesakitan.. begitu tragis dan melukakan hati..

kisah Nurin Jazlin berlalu bergitu saja..  tempoh 7 tahun ni boleh jer membuatkan ramai orang terlupa dalam kesibukan menguruskan kehidupan dan mengejar harta benda untuk diri dan keluarga.. lately.. kes penculikan kekanak hampir selalu kuar berita.. 

tak pasti penculikan utk tujuan apa? macam macam orang jahat tu boleh buat kat kekanak yak tak berdaya nak melawan.. dorang leh di paksa menjadi pengeli.. di paksa menjadi pelacur.. di rogol.. di liwat.. lagi ngeri kalo kekanak tu di bunuh utk mengambil organ organ dalam badan dorang.. ishhh.. memintak di jauhkan la..

ada kah kita benar benar terlupa.. leka atau tak kesah langsung.. adakah kejadian Nurin Jazlin tak cukup memberi kesan dan pengajaran utk kita hari ni? #sendirimauingat

#AlFatehah

:'(

*i'm shin.. i'm inesen

Wednesday, July 17, 2013

cerita ari ke 8 Ramadhan : Nurin Jazlin Dalam Kenangan

arini 8 Ramadhan 1434H genaplah 6 tahun pemergian adik Nurin Jazlin.. dah 6 tahun arwah adik Nurin pergi meninggalkan trauma kat diri shin.. dalam bulan Ramadhan plak tu.. lagik la shin allert..  kat org len x tau ar.. ader ker org len amek iktibar dari kejadian ni.. pembunuh arwah adik Nurin ni mmg x dengar dah kena tangkap ke belom.. hidup lagik ker dia.. dah insap ker dia.. wallahualam..

kalo shin nengok anak anak buah shin dok men seronok seronok.. selalu shin teringat kat arwah adik Nurin.. dia menanges sorang sorang.. mungkin masa dia kena seksa dia menanges mintak tolong.. panggil nama mak dia... tp orang jahat tu tetap seksa dia.. sampai arwah meninggal dunia.. shin mmg xleh nampak anak buah shin yak kekecik ni dok maen kat luar sesuka ati.. takot kes camni berlaku lagik.. tp tu la.. dorang bukan selalu datang umah.. sesekali datang leh la shin bebel.. kalo kat umah dorang.. x tau la abang ngan akak shin monitor ker tidak.. risau jer.. dah la yak sorang tu asyik x sehat jer..

hanya Al-Fatehah yak dapat shin hadiahkan utk adik Nurin.. semoga arwah adik Nurin tenang di SANA.. Al-Fatehah~

:'(

*i'm shin.. i'm inesen

Saturday, July 28, 2012

cerita ari ke 8 puasa - genap 5 tahun


arini 8 Ramadhan 1433H.. genaplah 5 tahun pemergian adik Nurin Jazlin menghadap Ilahi.. hari di mana semua umat Islam berpuasa bersama keluarga.. kawan kawan.. tetiba kita di gemparkan dengan berita penemuan mayat adik Nurin dalam keadaan yg sangat menyayat hati.. kejam.. dah sangat tak berperi kemanusiaan..

sedang kematian adik Nurin belum dapat pembelaan.. pembunuhnya masih terus bebas sampai ke hari ini.. entah apa pembunuh tu tengah buat sekarang.. entah apa lagik "napsu giler" dia dok pikir dalam kepala hotak dia.. entah sapa lagik mangsa kekejaman dia.. hanya Allah jer yak tau.. hanya Allah jer yak mampu membalas segala perbuatan jahat dia #nanges

apakah kejadian adik Nurin ni akan terus menjadi iktibar pada semua org?? shin rasa org semakin lupa.. kes budak hilang still lagik berlaku sampai ari ni.. x jumpa-jumpa.. shin x suka nak bayangkan kesedihan org yg kehilangan orang yg dorang sayang secara tragis.. shin sanggup nak bayangkan kesedihan org org yg x berdaya di seksa.. di buat sesuka hati.. xde dpt nak melawan.. hanya mampu menangis.. memanggil mak dia.. memanggil ayah dia.. memanggil adik dia.. memanggil abang dia.. merayu mintak tolong.. tapi xde sapa dapat tolong.. akhirnya dia meninggal dalam keadaan memilukan.. menyakitkan #cedey

apa yak kita wat arini utk memastikan benda benda camni x berlaku kat keluarga kita?? ada ker kita ingatkan kan anak anak kita ( kalo ada ).. anak anak buah kita.. adik adik kita.. pasal benda ni?? ada ker kita buang rasa malas.. kita selalu teman dan melayan apa jer yg dorang semua nak wat? ker kita selalu pikir kawasan tempat tinggalkan memang selamat..  hurmm fikirlah.. dulu.. mak adik Nurin pon x pernah terpikir benda ni akan berlaku kat anak dia.. so.. benda ni boleh berlaku pada bila bila masa.. kat mana mana saja.. hanya kita jer mampu mengawal dan mengubahnya dengan izin Allah s.w.t..

Ya Allah.. KAU peliharalah kesihatan dan keselamatan ku.. kesihatan dan keselamatan ibu bapa ku.. kesihatan dan keselamatan ahli keluargaku... kesihatan dan keselamatan saudara maraku.. kesihatan dan keselamatan sahabat sahabatku.. kesihatan dan keselamatan muslimin muslimat.. hindarkan la diri kami dari mala petaka yak bukan kami cari.. selamatkanlah kami dari orang orang yg zalim dan yak suka menindas.. kami merayu janganlah kau cabut sifat perikemanusiaan dalam diri kami ini Ya Allah.. sesungguhnya Kau Maha Berkuasa lagi Maha Mendengar serta Maha Mengasihani.. Ameen~

semua roh adik Nurin tenang bersama orang orang yg solleh lagi di kasihi Allah s.w.t.. semoga permergian mu meninggalkan segala keperitan penderitaan yak adik tanggung selama adik di seksa.. kesedihan orang yg adik tinggalkan hanya Allah saja yak mampu mententeramkan dan menghilangkannya..

al- Fatehah utk adik Nurin dan org org yang dah pergi selamanya

:'(

*i'm shin.. i'm inesen


Monday, August 31, 2009

cerita hari kesepuluh puasa : Nostalgia Adik Nurin Jazlin


hari ni kita dah sampai hari ke sepuluh Ramadhan dalam tahun 1430H. shin nak imbas balik apa yg berlaku pada 8 Ramadhan 1428H.. dua tahun sudah.. mungkin ada kengkawan dah lupa insiden ni.. pada hari ke lapan umat Islam berpuasa.. adik Nurin Jazlin telah selamat dikebumikan.. pergi untuk menghadap Ilahi.. dalam keadaan tragis, kejam dan menyedihkan..

adik Nurin Jazlin binti Jazimin berumur 8 tahun telah hilang semasa berjalan kaki ke pasar malam di Seksyen Satu, Wangsa Maju pada 20 Ogos lalu. Nurin keluar seorang diri ke pasar malam yang terletak cuma kira-kira 100 meter dari rumahnya di No. 206 Blok D10, Seksyen 1, Wangsa Maju.

adik Nurin Jazlin anak kedua daripada empat orang adik beradik mempunyai dua lagi adik perempuan, Nurin Jazlina, 6 tahun dan Nurin Jazlisa, 1 tahun. Kakak Nurin Jazlin, Nurin Jasira berumur 9 tahun dilaporkan demam semenjak mengetahui adiknya hilang. Mereka dikatakan amat rapat dan tidak pernah berpisah jauh untuk satu tempoh yang lama. Nurin adalah pelajar Tahun Dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak pergi ke pasar malam untuk membeli makanan kegemarannya, burger.


sepanjang tempoh kehilangan adik Nurin, ibu adik Nurin, Norazian Bistaman, memberitahu bahawa anaknya Nurin menghidap penyakit buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi. Beliau khuatir keadaan kesihatan anaknya kerana sebelum ini dia bergantung kepada ubat khas yang dibekalkan oleh pihak hospital.

akhirnya misteri kehilangan adik Nurin terjawab apabila mayatnya yang tidak berbaju dipercayai mangsa deraan seks, ditemui oleh pemilik lot kedai di Jalan PJS 1, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya pada 17 September 2007 ( 5 Ramadhan 1428H ) dan setelah ujian DNA dijalankan, ia mengesahkan mayat tersebut adalah adik Nurin Jazlin.

adik Nurin dibunuh 24 jam sebelum mayatnya ditemui dalam beg yang ditinggalkan di tangga premis perniagaan tiga tingkat di kawasan itu. Bedah siasat mendapati pembunuh telah memasukkan timun dan terung ke dalam kemaluan kanak-kanak itu, menyebabkan rektumnya pecah hingga dijangkiti bakteria dan ini antara faktor yang menyumbang kepada kematiannya.

fizikal kanak-kanak itu yang ditemui mati dengan keadaan “kurus kering" selain dengan pelbagai kesan lebam pada badannya menyebabkan ibu bapa adik Nurin Jazlin tidak mengenalinya semasa membuat pengecaman pertama kali. Selepas di buat ujian DNA.. ibu bapa adik Nurin akhirnya dapat menerima hakikat yang mayat tersebut adalah mayat anaknya, adik Nurin Jazlin.


akhirnya adik malang ini disemadikan kira-kira pukul 2.45 petang selepas solat Jumaat pada 20 September 2007 ( 8 Ramadhan 1428H ) di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Gombak. Sebelum itu jenzah adik Nurin disembahyangkan di Madrasah Assa’Adah, Seksyen 1, Wangsa Maju. Imam sembahyang jenazah, Abdul Aziz Elias Zahari juga dilihat menangis teresak-esak ketika membaca doa selepas mengimamkan solat berkenaan.

semoga adik Nurin tenang bersemadi menghadap Ilahi.. semoga Allah tempatkan adik Nurin bersama sama hambaNYA yang sollehah...

-end-

2 tahun dah berlalu... namun setiap datangnya bulan Ramadhan shin takkan lupa insiden menyedihkan ni.. walaupun shin xde ikatan kekeluargaan ngan keluarga adik ni.. tp ngan perasaan Inesen dan kemanusiaan yg Allah anugerahkan pada shin ni.. shin cepat rasa tersentuh dan sensitif bila mengenang apa yg dah berlaku

shin tak bole bayangkan... betapa sengsaranya adik Nurin ni di perlakukan begitu kejam.. tak bole nak bayangkan macam mana adik ni meraung, menangis meminta simpati, memanggil nama mak ayah dia.. kakak dan adik dia.. meminta tolong... ntah berapa banyak air mata adik ni mengalir tersedu sedu mintak di lepaskan...

kenapa la ada orang yg lebih kejam dari haiwan yg tak de akal.. mungkin masa sekarang ni... pembunuh adik ni masih bebas, tersenyum.. ketawa gembira.. mungkin juga dia menunggu mangsa yg terbaru..

dan paling menyentapkan.. di waktu keluarga adik Nurin berduka cita.. ada plak cerita cerita negatif, fitnah, khabar angin yg menuduh ayah adik ni pembunuh sebenar, peminjam ah long, tak reti jaga anak.. macam macam la.. kesian betul laa... dalam keadaan fobia, sedih.. terpaksa plak nak behadapan ngan tanggapan orang ramai yg tak sensitif... bila dah kena pada batang hidung sendiri baru la rasa.. baru padan ngan muka..

shin harap.. kita tidak cepat lupa benda benda macam ni.. sentiasa kita pastikan orang yg kita sayang dalam keadaan yg selamat.. dan shin juga doakan kita semua selamat sejahtera hendakNYA... AMIN


Al-Fatehah untuk adik Nurin Jazlin


moral of the story : negara kita mungkin dah merdeka dari serangan penjajah.. tp kita semua masih di jajah dengan orang orang jahat, orang orang zalim, ahli ahli politik dan pihak berkuasa yang mengamalkan rasuah serta mengambil harta orang lain secara haram untuk kepentingan diri.. Merdeka pada shin belum ada apa apa makna.. bila still tak rasa selamat di negara sendiri.. dan rasa politik di gunakan untuk kepentingan masing masing...

sekian~

*i'm shin.. i'm inesen