Monday, May 13, 2019

#nurinjazlin

Hari ini 8 Ramadhan 1440H..  12 tahun lepas, di bulan Ramadhan, hari ke lapan di mana umat Islam (Malaysia) berpuasa.. negara kita di gemparkan dengan berita penemuan mayat adik Nurin Jazlin.. ianya sungguh menyedihkan.. sangat tidak berperi kemanusiaan.. paling menghampakan, sampai ke hari ini kita tidak tahu siapa pembunuh arwah, 12 tahun kematian adik kita ni tiada pembelaan.. semoga Allah juga yak membalas ke atas manusia durjana tersebut..

hari ini masih berlaku kes kekerasa & kekejaman terhadap kanak kanak yak tidak bedosa, tidak ada kuasa dan tenaga untuk melawan, tidak ada tempat untuk mengadu dan berlindung.. jenayah terhadap kanak kanak masih tidak dapat di bendung.. jangan hanya harapkan orang lain, polis @ kerajaan untuk menghalang benda dari terus berlaku.. tapi sematkan nilai kasih sayang, kekeluargaan & peri kemanusiaan dalam diri kita.. ajar orang orang yak terdekat dengan kita supaya jangan melakukan kekejaman terhadap apa jua benda, tumbuhan, manusia @ haiwan.. semoga sifat keganasan dan kekejaman tu tak ada dalam diri kita, ahli keluarga kita dan orang orang yak kita sayang..

baru baru ini berlaku kes jenayah seksual yang melibatkan orang dewasa dan kanak kanak, remaja 16 tahun merogol anak asuhan ibunya berusia 5 tahun..

warden sekolah tahfiz 25 tahun meliwat pelajarnya berusia 15 & 9 tahun.. dan macam macam lagi..  

semoga pelaku jenayah kanak kanak ini, mendapat hukuman sewajarnya..

awasi kanak kanak di bawah penjagaan kita semasa membeli belah keperluan raya di Mall & bazar. Jangan yerlalu leka di tempat yak penuh sesak dengan orang ramai.. Penjenayah ada di mana mana.. dia hanya menunggu peluang untuk melakukanya.. jangan sudah berlaku baru kita nak menyesal, tak ada gunanya.. 

Semoga kita dan keluarga kita sentiasa selamat, semoga arwah adik Nurin tenang di sana.. marilah kita hidup aman & damai tanpa melakukan jenayah yak tak ada gunanya.. dunia masih luas untuk kita menikmatinya sebagai manusia yak bebas.. selamat berpuasa semua..

*i'm shin.. i'm inesen 

No comments: