Showing posts with label isu. Show all posts
Showing posts with label isu. Show all posts

Thursday, July 3, 2014

cerita ari ke 5 puasa : SOLAT TARAWIH susah ker senang?

shin ada terbaca la kat satu forum ni.. pastu ada sorang forumer tu tepek keratan artikel ni dari The Malaysia Insider.. artikel tu dalam bahasa omptueh.. so shin translate kan dalam BM dulu ek..

during Ramadhan, muslims perform the Tarawih prayer, which could last till late evening. Tarawih literally means "to rest" in arabic, but it is hardly as its name suggests. Long portion of the Quran are recited during which time ones stand upright, and perform many cycles of movement such as standing, bowing, prostrating, sitting. After two each cycles, one sits for a brief period of rest, and this is why the prayer is called "rest prayer"

semasa Ramadhan, umat Islam melakukan Solat Tarawih, di mana solat ini habis di buat sehingga lewat malam. Tarawih secara literal bermaksud "berehat" dalam Bahasa Arab, tetapi ia sukar tidak seperti maksudnya. Bacaan bahagian Al-Quran yang panjang dibacakan ketika mana berdiri tegak, dan melaksanakan kitaran pergerakan seperti berdiri, ruku', sujud, duduk. Selepas dua rakaat setiap kitaran, ahli jemaah akan berehat sebentar, dan sebab itulah solat itu dipanggil "solat dan berehat".


hurmmm kalo ekotkan forumer tu tulis.. dia ckp orang yak menulis ni macam mempertikaikan pasal solat teraweh.. namanyer solat berehat rehat.. tapi kenapa iman baca surah panjang panjang.. pastu kena plak wat sampai 8 atau 20 rakaat.. berdiri tegak.. ruku'.. sujud berulang ulang.. pastu nnt duduk sekejap.. pastu wat sampai habis lewat malam.. 

hmm shin x pasti la.. orang yak tulis artikel tu orang Islam ker.. atau baru nak faham pasal Islam ker.. atau maksud soalan dia tu di salah erti oleh forumer tu..

kita dah nak masok malam ke 6 berteraweh.. masih belum terlambat la kalo kengkawan yak still belom lagi berkesempatan menunaikannyer secara berjemaah kat masjid.. mungkin faktor keje.. penat.. so ada kengkawan yak selesa wat kat rumah.. x kesah la.. nama pon solat sunat.. wat la kat masjid atau kat umah.. yak penting kita menghidupkan malam malam bulan Ramadhan dengan solat sunat.. nak harapkan solat tahhajud.. solat taubat tengah malam mmg lagi la susah kannn huhu.. tp lagi afdhal kita wat solat teraweh ni secara berjemaah.. tak kesah la.. kat masjid atau kat umah.. cuma.. kalo wat kat masjid.. lg la bagus..

mungkin org yak tulis artikel tu dia merasakan satu kesukaran wat solat teraweh.. bila pak imam dok baca surah panjang panjang.. hurmmm mmg la x patot kan.. pak imam kalo nak baca surah panjang panjang.. wat la masa solat tahhajud ker apa.. ni kena consider jemaah yak datang tu ada orang tua.. pompuan.. orang yak bekeje.. kalo baca surah pendek pon bukan x sah solat teraweh tu..

pastu penulis tu dok cakap pasal kitaran solat.. berdiri.. ruku'.. sujud.. hmm yak ni shin musykil.. kita kan org Islam.. solat 5 waktu tu mmg kita wat camni la.. x de rasa susah pon.. takkan dia tak tau plak kann..

hurm tp tu la.. kalo ada yak rasa susah nak solat kat masjid sebab pak imam nyer baca surah panjang.. try la cari masjid lain.. mesti ada pak imam yak memahami baca surah pendek pendek.. tak pon.. ajak la anak isteri solat jemaah teraweh kat umah.. haaa leh buat sambil berehat.. x de masalah pon.. tp jangan la sampai ckp solat teraweh ni menyusahkan or memenatkan.. aiyoo.. dalam 12 bulan.. cuma 1 bulan ni jer la kita berkejo kejo nak kumpul pahala.. takkan takat solat teraweh tu pon dah ngeluh.. sampai rasa malas nak wat.. jgn la jadikan alasan ek~

selamat menyambut waktu berbuka puasa.. jgn lupa teraweh malam ni!!

"Sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan kepada Allah s.w.t. dan mengharapkan pahalanya, nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu."    
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

Thursday, June 26, 2014

masih ada yak sayang?

beberapa arini heboh pasal kesah adik Muhamad Firdaus Dullah a.k.a adik OKU ni.. kat surat kabo.. kat tivi.. kat internet.. even kat tempat keje shin pon tak terkecuali.. lagik hebat.. dorang siap stalk pesbuk mak budak ni lagik.. perghh.. 

kekadang sambil wat keje.. sambil dok meja makan.. mesti ada terkeluar cite pasal budak ni.. pasal mak budak ni.. sesekali shin celah gak la.. mmg la shin kesian nengok budak ni.. tp kita yak x tau apa apa ni.. toksah la nak cite benda yak kita x tau.. cite pasal mak budak tu ker..

kita xde anak OKU.. xde ahli keluarga OKU.. so kita x tau camne jaga dorang ni semua.. so x adil la kita nak salahkan mak budak ni 100%

even kalo ahli keluarga kita sakit sekali pon.. xde nyer kita nak 24 jam dok jaga dorang.. paling tidak pon mesti ngeluh penat.. haa tu baru sakit sekali sekala.. tp kalo budak OKU ni.. mmg sejak lahir dorang bermasalah.. perlukan 24jam perhatian.. so sgt la susah shin rasa.. camne nak jaga org camni.. camne nak cari duit lagik.. dah la kehidupan kita hari hari di belenggu ngan duit.. 

cuma shin ralat la.. kot yer miskin pon mak budak ni.. tp tolonglah jaga kerbersihan umah tu.. pastu.. kenapa la biarkan anak OKU tu camtu sekali.. pakaian dia.. makanan dia.. kata sayang anak.. tp kata kata tu x seiring dengan "kesan peninggalan" yak org len nampak masa jumpa budak tu..

time masa ni la ramai org dok tunjuk caring kat budak ni.. tetiba plak ada tabung derma utk budak ni.. pastu ada plak org org yak dok rela hati nak jaga.. aiyooo.. sblm sblm ni ada ker?? kalo x jumpa budak ni hapah buat tak tau.. masih ramai lagik OKU kat luar sana kalo korang nak jaga.. sanggup ker?? even kuceng terbior lalu tepi rumah mengiau lapo pon korang sanggup hambat guna penyapu.. ni kan nak menjaga dorang.. 

kat sini x salah jugak kalo kita nak tunding jari pada pihak berwajib yak sepatutnya bantu orang orang kurang upaya camni.. tolonglah bantu keluarga yak ada anak anak OKU.. mudahkan dan ringankan beban dorang.. jangan bila dah ada kes baru nak sebok sebok.. baru nak kepoh kepoh.. nak ckp kenapa x hubungi dorang utk bantuan.. tp bila di rujuk time xde kes.. ada jer alasan x leh nak bantu.. lambat bertindak dan sebagainya.. 

apa apa pon.. semoga golongan OKU ni dapat bantuan sewajarnya.. dan kita jgn lah nak nambahkan beban beban kepala hotak mak bapak golongan OKU ni dengan dok tuduh yak bukan bukan.. kata org.. berat mata memandang.. berat lagi mahu yak memikul.. ingatlah.. kat luar sana.. masih ramai yak kurang bernasib baek mcm kita.. bersyukurlah ek~

sekian

*i'm shin.. i'm inesen

Wednesday, June 25, 2014

apa yak korang rasa?

hukk.. apa yak korang rasa dengan nengok gambo ni?? comel? menarik? unik?? apa yak ada dalam kepala hotak orang yak amek gambo? dalam kepala hotak orang yak nobatkat gambo ni sebagai pemenang? yak shin nampak ada muka kesian kuceng tu.. lemah tak bermaya.. tak de kuasa dah nak melawan utk lepaskan diri dia dari di buat mcm tu.. hampeh betul la..

nilai Rm50 tu lagik tinggi kalo nak compare ngan nilai kemanusiaan orang yak amek gambo tu.. ngan org yak bagi gambo ni menang.. ngan surat kabo Harian Metro tu sendiri.. lowest!

cuaca la ni dah ler panas.. nk plak ko pasung haiwan kesayangan Nabi Muhammad S.A.W tu dalam pasir.. tak ke ko x de hotak.. shin nak cubit cubit meow shin kalo nakal pon x sampai ati.. ni kan nak wat camtu #grr #nanges

#nonmoralperson #Harian Metro #bingai

:'(

*i'm shin.. i'm inesen

Friday, February 28, 2014

AMARAN : risiko couple ngan pompuan yak suka melancong

ececeh.. tajuk entri tak menahan.. ok la.. arini shin nak share satu artikel shin cedok dari Harian Metro.. shin terbaca secara online.. dan oleh kerana terlalu panjang.. shin skip amek point yak menarik jer.. hikk.. sambil baca shin pahamkan dan fikirkan secara rasional.. samada shin setuju ke tidak kena artikel ni mmg shin xleh nak jawap la.. sbb shin xde awek.. sama ada yak suka melancong ato yak suka shopping.. ato yak suka dok umah manjang.. single mingle.. ni just nak sharing cite jer.. terpulang kat kengkawan utk menilai.. kot kot terkena kat batang hidung sendirik hehe #dahiberpeluh

‘Elakkan Bercinta Dengan Pompuan Yak Suka Melancong’, mungkin sekali dengar macam pelik, tetapi itu antara isu hangat dibincangkan orang lelaki time depa lepak minum atau sembang santai sesama dorang.. even shin pon pernah gak berborak ngan kengkawan keje.. shin ada kata.. kalo shin dah kawen kelak.. kalo shin travel jejauh.. shin lebih prefer gi sensorang.. x bawak anak isteri.. kalo dedekat x per.. hikk..

wokey sambung balik.. bila ditanya kenapa, mereka tidak hanya membuat tanggapan begitu saja.. tetapi beberapa konflik berlaku kepada rakan lain yak berpasangan dengan gadis kategori ini.. bermakna, tanggapan dibuat berdasarkan pengalaman.

tidak semestinya tanggapan yak dibuat boleh diguna pakai untuk semua.. yess itu shin akui lah.. bagi si kaki jalan, mungkin melancong ke tempat baru, mengenali budaya unik dan berkenalan dengan orang serata pelusuk dunia mengajar mereka untuk lebih berdikari, sekali gus tidak dilabel seperti gadis kebanyakan yang manja.. dok terperap kat umah..
 
keresahan orang lelaki berpasangan dengan gadis seperti ini bukannya bermaksud melarang dan menahan diri dari jatuh cinta.. tetapi lebih kepada berhati-hati dan siap sedia untuk menghadapi apa saja cabaran yak bakal dihadapi jika berkasih sayang dengan wanita yak memiliki hobi ini.. mostly gadis ini bukannya berperwatakan asing, tetapi ada beberapa sifat diri menjadikan mereka berbeza daripada gadis yak sukakan kecantikan.

Tak romantik
 
golongan pompuan yak suka melancong ni mostly mereka agak ‘kasar’ dan ala tomboy.. tidak hanya daripada segi berpakaian, sikap ini boleh dikenal pasti jika anda berkenalan rapat dengan mereka. Kasar merangkumi semua termasuk cara bergurau senda, berbicara dan sebagainya.. namun perlu diingat, tidak semuanya begini kerana ada banyak jenis cara melancong.. selalunya yak jenis ‘backpacker’, pastinya aura kejantanan boleh dikenal pasti pada tingkah lakunya #sengih

Cakap lantang
 
berbeza dengan yang lain, gadis ini lebih gemar bercakap ‘lepas’ iaitu meluahkan pendapat tanpa terlalu memikirkan perasaan orang lain, yak pastinya mesej hendak disampaikan itu jelas.. orang lelaku yang lembut hati macam shin ni contohnya sudah tentu  mudah ‘makan hati’ dengan sikap sebegini yang memungkinkan mereka mencari pengganti teman wanita baru  #nah #rasakan

bagi gadis ini, perspektif cara komunikasi adalah elemen penting tanpa perlu ada dolak-dalik atau bahasa kiasan kerana ia lebih mudah difahami.. mereka ini juga dikatakan aktif berbicara. Kita pasti beranggapan mereka mudah mesra dengan sesiapa saja.. kalau lelaki kuat jeles.. mmg selalu berperang laa gamaknya..

tetapi jangan salah sangka, ada di antaranya memilih bersikap ‘berat mulut’ di negara sendiri berbanding ketika meneroka tempat orang.. kaedahnya "malu bertanya sesat jalan"

Berdikari
 
sifat lelaki mahukan wanita atau pasangan menganggap mereka sebagai pelindung.. tetapi tidak jika berpasangan dengan gadis ‘kaki jalan’.. dia tidak memerlukan anda sepanjang masa kerana dia boleh melakukan bermacam-macam hal dengan sendiri.. dalam keadaan sedih, dia tidak terlalu mengharap anda untuk merangkul dan mendengar rintihannya kerana dia memiliki alam semesta dengannya #wah

jangan terlalu berlagak hero di depannya.. anda akan dipandang jelek atau dianggap menjengkelkan.. perasaan dia akan mudah bosan jika anda seorang yang suka mengikutnya ke mana saja dan selalu berusaha menjadi pemandu arah atau bertindak seperti ibu bapanya.. elakkan menyuruh dia itu ini mengikut telunjuk anda kerana pasti hubungan korang tidak akan bertahan lama #noted

ada berpendapat, gadis ini tidak terlalu memandang tinggi perihal pendidikan kerana baginya pengalaman melancong lebih berpengaruh dalam kehidupan.. tetapi tidak semuanya begitu, ada juga mereka yak seimbangkan pendidikan dan hobi ini kerana menganggap ia sebagai terapi diri #betul

Tak kisah tak cantik
 
rambut tidak bersikat tidak bermakna mereka selekeh.. tetapi setiap inci watak daripada tubuhnya menceritakan seribu satu kisah di sebaliknya.. kecantikan luaran bukan isu utama, tetapi bagaimana cara mereka ‘membawa’ diri dalam masyarakat dan orang sekeliling adalah yak terpenting membuatkan gadis ini berlainan ciri fizikal dan mentalnya kerana ia tidak dimiliki oleh perempuan lain yak luar daripada kelasnya.. 

ye lah dorang tak kesah pon nampak selebet.. takde masa nak besolek sakan.. pastu hujung hujung muka comot gak.. so simple jer.. senang nak bergerak.. jimat masa kot..

jika anda jenis lelaki yang gemarkan wanita suka berdandan, bersolek cantik, gadis seperti ini bukan untuk anda.. jangan sesekali mencuba kerana ia kemungkinan besar tidak membuahkan hasil kecuali jika kamu boleh menilai kecantikan hatinya, memahami minatnya dan sanggup berkongsi kasih sayang dengan alam semesta, pasti ia menjadikan perjalanan hidup korang lebih menarik daripada biasa..

Hadiah

pompuan seperti ini mungkin tidak akan menghabiskan wang si jejaka dengan meminta untuk dibelikan tas tangan, emas ataupun alat solekan ‘fashionista’ yang sedang popular di pasaran, tetapi dia akan meminta kamu sesuatu yak ada waktunya lebih mahal dari benda benda alah tadik! Jika bukan tiket penerbangan ke beberapa destinasi menarik di seluruh dunia, dia pasti meminta anda membawanya melihat keindahan pemandangan alam ataupun tempat menarik yak tinggi nilai sejarah dan budaya #skodengwallet
 
lebih memeritkan jika anda tidak punya masa untuk semua itu, hanya perlu tabah melepaskannya dia pergi kerana dia pastinya meminta kebebasan untuk melancong seorang diri atau bersama kawannya.

hukk.. apa macam.. takot tak nak cari awek suka melancong?? hehe.. kengkawan pompuan yak suka melancong leh terima tak apa yak penulis ni dok bebel?? hikk.. 

jujurnya.. kalo shin.. x kesah pon kalo tetiba satu hari nnt terbukak hati nak ber"awek".. memandangkan shin ni jenis pemalu.. mungkin kalo melancong adalah salah satu cara utk shin ngan si awek berkomunikasi.. time tu mungkin memasing akan lebih memahami perangai masing masing.. x kesah la sapa lagi handal berdikari.. dari situ kita tau kelebihan dan kekurangan diri memasing.. mungkin juga dalam tgh mood nak enjoy melancong akan jadi stress.. bila gadoh gadoh.. tp mungkin itu akan lebih merapatkan lagik hubungan bila ada adegan pujuk memujuk.. mungkin awek tu yak akan pujuk shin.. hahaha comel jer.. kannn..

shin tak lah kaya.. kalo pegi melancong  sekali sekala.. dpt survive utk diri sendiri jer.. so.. shin akan ajar orang yak shin sayang tu menabung.. mcm shin gak.. setiap kali nak bejalan atau nakkan something.. menabung.. cari duit sampai dapat.. sesekali boleh laaaa #sengihpalingmanis

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

Monday, January 27, 2014

KWSP

arini shin gigih mangon pepagik.. terus sesiap drive gi bando Kluang semata nak uruskan pasal kuar duit KWSP utk bayo baki loan umah.. ni tahun ke dua shin wat lepas tersedo yak bank banyak sgt amek riba' dari bayaran bulanan.. lepas 10 tahun x beganjak langung hutang shin.. rugi nyaaa x wat dari dulu.. mmg rasa ralat sgt #nanges

permohonan  utk dapatkan statement penyata baki loan umah ni shin dah wat 3 minggu lepas.. proses nak tunggu Bank Negara antar statement ni amek masa 2 minggu.. then org bank call suh amek tp shin x sempat nk settlekan.. minggu ni baru ada free skit.. 

oleh sbb shin dah penah wat settle baki loan sebelom ni.. so proses kat KWSP senang jer.. bagi IC ngan penyata balance loan daru bank.. pastu siapp.. x sampai 10 minute pon

p/s : orang yak jaga nombor giliran kat KWSP Kluang molek sgt.. hukkk manis senyuman.. siap masa shin nak duduk dia tolong tarikkan kusi.. punyalah dari jauh di kat mesin nombor giliran tu dia leh datang gi kaunter semata nak tarikkan kusi huhu.. malu tauuu.. shin pandang muka dia.. pastu pandang muka akak KWSP kat kaunter.. akak tu pon pandang staff dia ngan muka pelik.. pastu dia senyum.. hahaha.. jantung shin bedebar debar gitu.. ntah bila laaa dpt gi lagi KWSP ni.. setahun sekali je la gamoknya.. hope tahun depan di keje lagikkk #nanges

tu diaaa.. balance hutang shin.. banyak lagik.. mana nak cekau 30K.. aduhai.. semoga Allah permudahkan niat shin nak jauhkan diri dari riba' ni.. ada gak terfikir bebaloi ker shin wat camni.. mesti duit KWSP shin makin skit.. hurmm tp shin lagik sakit ati bila pikir bank banyak amek untung camni.. tertekan sgt.. shin dah la jenis x suka hutang hutang ni.. mcm hutang rumah.. kenderaan mmg x leh elak la kann.. mmg tertindas ngan riba'.. x kira la cara konvensional atu pon islamic.. sama jer..

terbaca satu berita pasal saranan Tengku Razaleigh suh kerajaan kaji sistem berbankan dan kewangan Islam yak x berapa Islamic.. hurmm mmg betul sgt.. hope kerajaan wat la sesuatu..  bank jgn la sesenang gunakan perkataan Islamic tu.. tp tetap terapkan riba'.. Islam mengharamkan riba'.. ingat tu!

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah, hari ini menyarankan satu kajian semula dilakukan ke atas sistem perbankan dan kewangan Islam untuk memastikan sistem itu berlandaskan prinsip ekonomi syariah.

Beliau berkata pada awal-awal dahulu, ketika sistem itu baru mencari tapak dalam industri, terdapat kecenderungan untuk mencipta produk kewangan Islam tanpa mengikut piawaian dan prinsip Islam yang ketat.

"Masanya kini sesuai dan tepat untuk menjalankan satu kajian semula ke atas sistem ini dengan tujuan memperkemaskannya. Ini adalah sebahagian daripada pelaksanaan jaminan kualiti yang berterusan yang perlu kita lalui untuk memastikan amalan kita benar-benar mengikut kehendak syariah," katanya dalam ceramahnya yang bertajuk "Islamic Finance: Straying From Syariah and Pioneer's Path" semasa melancarkan sebuah buku bertajuk "Islamic Transactions and Finance: Principles and Developments" di Institut Pengajian Islam Lanjutan (IAIS) hari ini.

Tengku Razaleigh berkata sistem tidak akan terjejas jika tujuannya adalah untuk mengkaji semula tentang apa yang halal dan haram dalam perbankan dan kewangan Islam.

Beliau berkata ketika peringkat awal perbankan Islam di negara ini, sememangnya ini tidak dapat dielakkan kerana pemahaman dan pengukuran sistem ekonomi dan kewangan diasaskan kepada sistem konvensional.

Ini mungkin telah menyebabkan pembangunan produk yang kurang sempurna dan tidak menyeluruh apabila diukur berdasarkan ekonomi syariah, tegasnya.

Mengenai buku itu, Tengku Razaleigh berkata ia adalah koleksi esei berdasarkan penyelidikan dan amalan kewangan Islam di negara ini.

"Saya pasti ia amat bernilai dan amat membantu bagi pengamal dan pelajar perbankan Islam," kata beliau.

Buku itu diterbitkan bersama oleh IAIS dan Malaysian Current Law Journal Sdn Bhd. Salah seorang daripada penyusun buku ini ialah Sheila Ainon Yusoff. - BERNAMA

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

Saturday, May 4, 2013

harapan pengundi biasa macam saya


fuiyoh esok dah nak mengudi.. InsyaAllah esok kali ketiga shin mengundi sejak hidup kat muka bumi ni.. semua orang dok harap parti yak depa pilih tu menang kannn.. haaa shin bersangka baek jer parti mana yak menang.. cuma.. shin cuma nak harap something jer dari kemenangan dorang tu nnt.. 

harapan shin utk bakal pemimpin kerajaan MALAYSIA samada yak BARU nnt ato yak sedia ada (kalo dia menang dan masih diperlukan la ).. x banyak pon yak shin mintak.. tak terfikir pon pembangunan yak benilai billion billion terpacak kat FELDA ni ( pening dengo perkataan billion sana billion sini masa belanjawan.. mcm banyak sgt duit negara ni..)

*PERKASAKAN AGAMA ISLAM - pembangunan rohani wajib melebihi pembangunan Malaysia yak benilai bebillion billion tu.. tegas kalo ada rakyat Malaysia yak maen maenkan isu agama ISLAM ni.. x kira la orang kuat parti ker.. VIP..  rakyat biasa ker.. tak suka ISLAM dorang boleh pindah ke negara bukan ISLAM.. ada banyakk.. pilih jer.. so hidup dorang x kan terganggu  dan risau ngan peraturan ISLAM seperti hukum hudud dan lain lain..

*AMANAH DALAM KERAJAAN - semua yak bekerja dalam kerajaan dari yak atasan sampai ke bawahan semuanya mesti la amanah.. x kira la dorang ni bangsa apa.. sifat amanah tu kena ada.. kalo ada yak melanggar amanah.. dah dah kantoi atau x sampai kantoi.. hendaklah di singkirkan dorang.. jgn kekalkan atas dasar kepentingan parti atau peribadi.. 

*HAPUSKAN RIBA' - benda ni sangat membebankan dalam kehidupan rakyat.. seharian dan seterusnya seumo hidup.. kalo orang kaya pon leh rasa terbeban ( kot-kot ) orang miskin dan sederhana lagi laa terasa.. ingat negara kita negara ISLAM.. dalam ISLAM riba' ni antara dosa besar

*RUMAH MAMPU MILIK ( betul betul mampu ) - untung jadi anak FELDA ada umah generasi kedua.. tp satu family sorang jer leh modon.. kalo ada rejeki mungkin dua orang.. tp warga FELDA ni kebanyaakkan family besar.. anak 6-7 org.. yak len tu mana nak tinggal?? x semua dorang KEJE KERAJAAN.. dan tak ramai keje swasta begaji besar..dah sah sah susah nak wat loan bank sbb keje swasta.. kerajaan sendiri menetapkan gaji asas rakyat Malaysia ni minimum RM900.. leh beli rumah ker ngan gaji kurang dari Rm1000 tu?? ckp rumah mampu milik.. tp harga RM150K - RM300K.. apa ke benda tu.. dorang nak wat loan rumah RM70K pon x lepas.. tu lom bank kenakan interest tinggi.. pinjam RM70K nnt jadi RM200K.. sbb tu haram riba' ni.. Kerajaan kena betul betul pantau dan telus dalam proses pembelian rumah ni.. rumah kos rendah dan mampu milik ni hanya utk golongan berpendapatan rendah.. tiada kompromi utk orang kaya nak beli dua tiga bijik.. 

*TURUNKAN HARGA MINYAK DAN TOL - harga barang makanan naek sbb benda ni la.. harga simen, batu, pasir dll utk wat rumah naek sbb benda ni gak.. perhubungan kekeluargaan renggang pon sbb benda ni.. anak anak yak dok jauh pikir banyak kali nak balik kampong pasal minyak mahal.. tol mahal.. ini bukan mencipta alasan.. tp ini adalah fakta dan benar kesan kenaekkan harga minyak dan tol..  yak len len korang leh pikir sendiri apa kesan kenaekkan harga minyak dan tol.. haa harga minyak masak leh la masuk sekali kat sini.. bukan minyak petrol jer.. pelik ek.. negara kita pengeluar minyak masak.. tp naper minyak masak kat kedai mahal? confirm ker minyak masak yak kita guna tu gred bagus?? atau gred yak bagus ni kerajaan jual utk pasaran negara luar jer? wallahualam..

*KURANGKAN KADAR BAYARAN BIL ELEKTRIK, AIR DAN INTERNET - ok.. ni kehendak peribadi jer.. sapa yak x suka kalo benda ni kita bayo x mahal kannn.. PEACE!!!

*TURUNKAN HARGA KERETA - ni pon kehendak peribadi shin gak #senyum

*PERBANYAKKAN DAN MUDAHKAN PENIAGAAN ISLAM - ni bukan pemintaan berunsurkan racist ek.. ni utk nampakkan keseimbangan dalam perniagaan ISLAM dan BUKAN ISLAM.. kita pon nnt xde rasa was was.. kan!!  

*INSTITUSI BADAN BADAN dan PENTADBIRAN KERAJAAN YANG MESRA SWASTA - biarpun mesra yak dibuat buat.. biar x ikhlas.. tp ia sangat di perlukan oleh rakyat biasa mcm shin yak bekerja swasta.. rakyat biasa ni la yak pilih kerajaan.. penduduk Malaysia ni bejuta.. dan dorang ni ramai yak kerja swasta.. xde rasa layanan kerajaan tu berat sebelah.. byk benefit hanya utk orang orang yak keje kerajaan jer dapat.. jgn nampakkan jurang ya jauh antara org kerajaan ngan swasta.. no double standard dalam apa jer urusan yak melibatkan swasta dan kerajaan.. 

*MENGEKALKAN KEISTIMEWAAN HAK MELAYU DAN BUMIPUTERA - kerajaan kena bagi pemahaman yak wajar pada semuaaaaaaaaaaa rakyat yak nak duduk Malaysia.. x kira la Melayu ker Cina ker India ker.. Iban ker.. Kadazan ker.. dan bangsa bangsa yak laen.. kenapa hak melayu dan bumiputera ni di kekalkan dan diberi keistimewaan.. bagi dorang paham.. supaya kurang skit racist kat Malaysia ni..

*BEBAS dan SELAMAT - kerajaan kena pikirkan dan buat something camne nak bagi rakyat Malaysia betul betul rasa bebas dan selamat.. x kira la.. bebas dan selamat dari segi jenayah.. ato undang undang.. ato penindasan pihak berkuasa x kira la dari hospital, polis, makhamah, bank dll.. 

*SEKAT KEMASUKAN WARGA ASING - kerajaan tolong lah wat something.. semak nampak dorang ada di situ sana sini.. x tau la masuk secara halal ato haram.. wallahualam.. 

*PERKASAKAN SUMBER PERTANIAN - pernah tak korang terpikir.. kita ni dapat sumber makanan dari mana? beras yak kita makan ni.. dari negara kita sendiri ato import dari negara luar? gula? dari negara kita ato negara luar.. contoh paling dekat laa.. kita nak beli durian ngan buah mangga pon org yak jual tu ckp buah tu dari Thailand.. nampak sangat laa negara kita agak kekurangan sumber pertanian.. bayangkan la satu hari nnt Thailand boikot nak export beras ato gula kat negara kita.. camne tu?? kalo negara kita kuarkan produk makanan kita sendiri.. x mustahil harga bahan utama mcm gula ngan beras ni sure x mahal.. kan kan!!

hurmmm.. tu la harapan shin sempena nak mengundi ni selaku pengundi biasa.. rakyat biasa jer.. kepada semuaaa.. semoga niat yak baek tu.. Allah akan pulangkan kita benda benda yak baek gak.. selamat mengundi shin ucapkan ek.. walo apa yak kita harapkan tu menjadi kenyataan.. atleast.. usaha tu ada.. Allah Maha Mengetahui apa yak dah Dia tetapkan kelak utk kita.. terima la qada' dan qadar tu dengan kesabaran dan ketakwaan.. sebagai pengundi, InsyaAllah kita terlepas dari menjadi orang yak menzalimi diri kita sendiri dengan mengundi pilihan yak betul..  yak sengaja x mengundi.. anda antara org org yak rugi.. sekian~


m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

Sunday, May 20, 2012

cerita pasal kawen

KUALA LUMPUR  - Sekitar 2.5 juta rakyat Malaysia yang berusia lebih 25 tahun dan mewakili 16.7 peratus penduduk negara ini masih belum atau tidak pernah berkahwin, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini. Daripada jumlah itu 60.4 peratus adalah LELAKI ( uhukk tersedakkk! )

haaa shin amek mukadimah keratan akhbar tu skit jerk.. yg penting katanya lah.. huhu.. haaa sapa yg berumur 25 tahun ke atas yg dok baca entri ni ANGKAT TANGAN!!! ops lupa.. yg belum berkahwin sahaja.. haaa nak kira ni #nanges

korang rasa la kan... kenapa  la agaknyer kan.. orang lelaki ni kan.. depa kan.. xmo maen kawen kawen kann... hurmm maen tu besh.. kawen tu x besh kot.. ops!!!!

kalo ikotkan spekulasi kat atas tu.. pertama sekali masalah lelaki ader la... fuluss... duitt... wanngggg... haaa masalah kewangan.. kalo xde duit.. camne nak pinang anak orang kan.. paling cikai skrg ni.. mak bapak org pompuan mintak RM10ribu untuk hantaran.. perghh banyak tu.. dorang biasanya dok habaq.. "kami bukan nak jual anak.. tp harga barang skrg naek.. paham paham jer la" gitu... 

pastu masalah kedua.. x jumpa pasangan sesuai.. dpt gurlpren.. berkenan.. test dulu.. pastu baru ckp.. hurmmm x sesuai.. pastu carik lagi.. test lagik.. pon x sesuai.. x ngam katanya.. kurang umphh.. dah x de dara depa ckp.. lelaki biasanya nak yg berdara jer.. ops.. depa test apa benda ni???

then masalah utamakan kerjaya.. hurmm haa hok ni.. utk mereka mereka yg educated laaa biasanya.. lepas abis belajo tinggi.. depa kerja.. pastu.. depa ckp.. nak kukuhkan ekonomi la kununnya.. bagi lelaki yg kurang berpelajaran.. takkan depa nak bagi alasan utamakan kerjaya kot.. depa keje hari hari buat benda yg sama.. kalo boring berenti carik keje lain.. dpt gaji abis pakai gitu jer.. hujung bulan mintak mak.. boleh??

pastu adalah masalah masalah lain yg agak complex jugak la.. tp mmg masalah utama sekali adalah DUIT.. takde duit.. toksah berangan nak kawen ok!

pastu agak la.. tetiba korang betul betul nekad nak kawen.. sanggup la pinjam sana.. pinjam sana.. kerja lebih masa.. amek part time.. kerja 30 hari sebulan.. cukup setahun dpt la kumpul RM10ribu.. haa.. bangga belah pompuan.. padahal lelaki tu bagai nak gila carik duit..  last last kawen la gakkk kannn.. tapi INGAT.. sebelum kawen korang kena keje bagai nak gila utk cari duit hantaran.. tp lepas kawen korang keje bagai nak mati sbb nak menyara anak orang.. pastu nnt isteri korang bukanya mandul.. sah sah korang asyik belasah dia pagi petang siang malam.. for sure nnt berhasil la benih yg korang taui selama ni.. dapat sorang dua anak.. kalo aktif.. mungkin lebih dari tu.. beranak jer la tiap tahun sorang.. banyak benda yg korang kena pikir pastu..

bila dah berkeluarga.. takkan la korang nak duduk menyewa jer.. mesti la mak bapak korang.. mak bapak mentua korang dok tanya.. bila la nak dok umah sendiri.. haa dari bayo nyewa tiap bulan tu baek korang beli umah.. haa tak ker rasa tercabar tu.. actually mmg tanggung jawab suami kena sediakan tempat tinggal yg baek untuk keluarga.. tak gitu.. kan korang ada pergi kursus kawen.. mesti xde dengar ni.. dok tidoooooooo!

bayangkan la.. gaji korang sebulan x sampai RM1500.. haa kalo kerja kilang ada gak yg tak sampai  RM1000 pun ada.. haa kenyataan yer ni.. mana korang nak bayo sewa umah.. mana nak bayo sekolah anak.. nak sediakan makan minum tiap tiap hari.. ni plak nak beli umah.. haiyoooo.. scary..

umah skrg plak harga riban riban.. rumah teres cenonet jer harga dekat RM90ribu.. haa tu kat area tempat shin.. kalo kat bando?? mau dekat RM120ribu.. tak pitam korang???

pastu takkan la anak dah ramai korang nak angkut semua naek moto.. berpanas.. berhujan.. mak bapak korang.. mak bapak mentua korang mesti dok cakap "mak nengok si polan tu dah tukar kete.. dia kan sama keje ngan ko.. ko ni bila la nak pakai kete.. x kesian ke anak bini tu naek moto hari hari " kalo asyik dok ulang jer ckp mcm tu.. x benanah telinga dengar.. aishhh dah nak kena pikir beli kete.. kete baru plak mahal.. nak beli kete 2nd hand belum tentu murah.. pastu awal tahun pertama jer ok.. pastu.. meragam.. ish ish ish..

bil semua korang kena settlekan tetiap bulan.. haaa semua nak kena bayo.. korang hingat free? amboih.. banyak cantek.. pastu lepas kawen mmg xde la nak bagi mak bapak duit bulanan agi.. utk pakai sendiri pon tak cukup.. abis tu.. simpanan utk masa depan.. utk masa sakit.. utk masa anak anak dah beso nak sekolah.. tu pon kena pikir gak.. nnt kenderaan nak gerak kena isik petrol.. rumah tetiap bulan nak kena bayo.. anto anak anak kat umah penjaga nak kena bayo.. haiyoo.. migrain kann #nanges

abis tu.. camne?? nak kawen ke tak ni?? mesti takot kalo pikir pasal duit kan.. rasa lagi best hidup bujang.. kalo bujang semuanya bebas.. nak buat itu ini xde sapa nak bising.. kalo dah kawen.. korang kena pikir banyak perasaan nak jaga.. serba serbi terkawal.. tp yg beshnya.. ada org umah leh sediakan makan minum korang.. lipatkan baju.. basuh kan baju.. yer tak.. tp kalo hidup bujan pon leh wat sendiri apa.. hurmmm


shin takot gak kali pikir pasal kawen.. tp shin selalu pikir beshnya kalo ada anak sendiri.. yg cecomel.. yg leh kita manja manja ngan dia.. mesti seronok.. tp nak ada baby kena kawen baru dapat.. hurmm.. camne tu..

InsyaAllah.. kalo pasal kewangan shin xde masalah.. shin pon dari lepas SPM shin keje.. shin simpan skit skit.. Alhamdulillah.. shin dapat beli moto.. shin dapat beli umah.. cuma kete jer la bukan keutamaan bagi shin.. lagi pon shin takot nak berhutang kete ni.. cukup la shin pikir pasal utang umah.. kang nnt stress..  cuma shin takot kalo kawen nnt.. cuma setahun dua jer seronok.. nnt lama lama boring.. x bahagia.. mula ada masalah.. aishh takot la nak pikir semua tu.. parent.. sedara mara.. jenjiran asyik dok tanya bila nak kawen.. kalo ngan mak shin biasa jawab tu jer la "takot tak bahagia" ngan org len shin wat derk jer... lately.. kalo suami yg x wat hal.. isteri plak yg buat perangai.. scandal kat tempat keje.. atau scandal ngan boipren lama.. hmmm...

moral of the storynya.. pikir la masak masak kalo nak kawen.. kalo niat tu betul ler.. InsyaAllah.. mesti Allah tunjuk jalan.. kalo rasa was was.. mampu ke idak.. slow la dulu.. ingat.. jgn la sampai pinjam ah long ker.. wat loan ker utk kawen.. nnt lepas kawen.. korang pening kepala nak settlekan.. x pasal pasal gado laki bini..

p/s : kekdang terpikir.. masa mak babah muda dulu.. camne ek depa besokan shin adik beradik.. kitaorg pindah Felda dulu hidup susah.. hurmmm...

nak kawen tu.. buat la ala kadar.. kalo pompuan tu beriyer sgt nak wat grand grand.. suruh jer la dia kuarkan duit sendiri.. sanding sorang sorang.. kita wat mana yg wajib jer.. akad nikah semua.. sbb nak kawen ni bukan sehari jer grand.. kena grand sampai ke akhirat.. masa tunang tu korang leh didik bakal isteri korang tu camne nak jadi isteri yg baek.. yg korang leh jadi penyejuk mata penenang di hati.. kalo lom lom dah control itu ini.. nak itu ini.. habislahhhh...

ok lah.. kalo nak membebel.. mmg x abis.. shin pon kena lipat baju ni.. mak dah bising.. huk huk.. esok keje lak tu.. boring tul.. jumpa lagi la yer.. Assalammualaikum.. sekian~

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

Tuesday, June 7, 2011

istimewa buat semua pelanggan ASTRO

2011/06/07 : Harga pakej pilihan bakal naik tetapi yuran langganan alami penjimatan

KUALA LUMPUR: ASTRO, pengendali tunggal perkhidmatan televisyen berbayar membuat beberapa pelarasan kepada pakej yang ditawarkannya berkuat kuasa 11 Julai ini, seiring dengan usahanya menawarkan pilihan serta perkhidmatan berkualiti kepada pelanggannya.

ASTRO terus komited mengekalkan harga Pakej Famili pada kadar RM37.95 sebulan atau hanya RM1.30 sehari untuk mengakses 38 saluran. Bergantung kepada pakej pilihan pelanggan, segelintir (pelanggan) mungkin mengalami kenaikan harga sekitar RM1 hingga RM15 sebulan serta penjimatan daripada RM4 hingga RM14.95 sebulan dalam yuran langganan mereka.

ASTRO membuat pelaburan memperluaskan pilihan kandungan bagi memenuhi keperluan menonton dan kemampuan rakyat Malaysia. Astro komited meningkatkan pilihan pengalaman menonton kepada pelanggan tetapi ASTRO tidak lagi mampu menyerap kenaikan kos kandungan.

***end***

apa macam?? seronok tak kengkawan??? mcm harammm kan.. mmg jadah la ASTRO ni.. nak naek jer harganya.. yg dorang sebok sebok nak perluaskan pilihan kandungan tu wat pe.. siaran yg ada ni pun dah ok.. lagi dorang asyik ulang tayang.. pastu nak naekkan harga plak.. bangang tul..

kalo x sebab parent shin nak nengok tv ngan siaran yg terang.. mmg shin x hingin ar nak langgan Astro ni.. arghh bertambah lagi la kos nak bayar bil pas ni *nanges

:'(

*i'm shin.. i'm inesen

Wednesday, August 19, 2009

Isu : Internet dan Pornografi


hmmm... arini shin nak sharing sharing citer ngan kengkawan.. huhuhu.. xde istilah nak memalukan diri sendiri... memalukan orang lain... atau pun yg sewaktu dengannya.. entri ni lebih kepada sharing pendapat, berita dan ke arah yg lebih inesen..

shin mula kenal internet masa lewat tahun 1998.. hmm masa tu agak teruja la.. even guna dial-up yg sangat la slow tu... tp gigih guna tenet.. jaman tu shin x de guna hp.. even x pernah rasa nak guna hp pon.. x rasa apa kepentingan hp ni...

di sebabkan kawasan tempat tinggal shin yg agak pendalaman... cara shin nak tengok dunia luar yelah ngan gunakan internet... shin x pasti lak.. jaman ni dah ada streamyx ke belum ek...

shin apply streamyx pada 25 Januari 2007.. sblm tu shin penah nak apply.. tp kawasan tempat shin memang x layak.. lom dapat line katanya... then 21 Februari 2007.. shin dah start guna streamyx... lagik la teruja sebab line tenet semakin laju...

dan paling utama... shin addict pada internet.. satu hari x main internet.. mmg rasa x sempurna hari tu... thats why shin x potong line dial-up.. kekadang bila streamyx wat taik.. shin guna dial-up sementara nak tunggu line streamyx ok semual..

-end part internet-

shin mula kenal dunia pornografi masa dalam tingkatan 3.. masa tu takat tengok video video filem omputeh.. x kisah la cite per.. mesti ada part diaorg romen romen.. hah.. bila time parent x de kat umah.. memang la akan ulang ulang part tu.. kekadang sampai jem ( pepaham jer la jaman ni x de vcd lagik )... sebenonya xde la lucah mana... takat cium cium.. pastu x nampak pon anu anu ker.. hehehehe.. tp shin rasa dah lucah habis la tu...

then masuk tingkatan 5.. penah tengah wat study group.. sorang kawan ni bawak video lucah.. aishhhhh... masa tu memang lucah habis... menggigil gigil tengok.. takut ada.. teruja ada.. mual ada ( inesen ok! ) ... tapi yg tengok tu ramai.. so.. rilex jer la.. ohhhhhh mcm tu cite lucah ek.. time ni susah nak nengok la.. pasal... tak tau nak cari kat ner.. nak pinjam member malu.. kang dia ckp shin kaki blue.. so... masa umo camtu.. x lebih 5 kali la tengok.. selalu nya.. shin rakam kat otak jer.. hahahaha yer la.. bila sorang sorang tu.. shin tayang balik melalui perakam otak.. eiii.. sengal kan..

then masa kat asrama.. time ni dah ada start guna vcd... dah selalu nampak komputer.. selalu nampak mesin taip jer... hehehehe.. so kengkawan ada la bukak.. tp selalu jarang dpt tengok.. yer la.. kalo sekali tengok berkumpulan ramainya.. lagipun x teruja pon nak nengok.. masa ni la hot cite gambar bogel Zarina Zainuddin.. tu pun shin x dpt tengok.. aishhh kedekut dioarg ni.. tau la kaya.. ada komputer...

then lepas shin tau guna tenet... time ni benda ni lagi mudah di tengok.. kekadang tengah wat keje.. tetiba ada jer iklan iklan lucah.. kekadang gatal dok click.. pastu tetiba dpt virus... nanges... lepas lepas tu.. tobat nak click sesuka hati kalo ada iklan iklan camtu..

lepas tu lambakan web porno makin menjadi jadi.. dan kengkawan ada plak yg promosi laman web tertentu... kalo dulu tengok omputeh.. tapi skrg org melayu pun ada gak.. aishh shin mmg x tergamak nak nengok melayu punya.. tp kekadang tengok gak.. tu pun pejam pejam mata sekejap sekejap hahaha ( leh caya x?? )

tp tu la.. x de la shin nak melayan web porno ni setiap hari... giler ker weii... tp ada la seminggu tu 5-6 hari gak tengok... pastu ada hari hari rehatkan mata.. malas nak pi mandi hadas.. hahahaa ( matilah pengakuan berani yg inesen ) pastu nyesal.. rasa tobat.. taknak tengok lagi.. tp time sangap tengok gak... aishhh semakin mudah.. semakin rosak akhlak shin yg selama ni terpelihara.. hope masuk bulan Ramadhan ni... shin akan tak terikut sgt napsu.. jadi budak baik mcm sediakala... AMIN

-end part pornografi -

moral of the story :

ok lah.. shin x perlu nak kata orang lain kan.. better shin jadi kan diri sendiri sebagai contoh yg kurang sihat.. mungkin korang korang pon ada wat gak.. walaupon x semuanya.. tp ada la jugak kan.. itu menandakan zahir batin shin sihat... cuma pemikiran jer kurang sihat tengok benda benda cam ni hehehe

tp yg bagusnya shin ni.. xde la tahap nak donwload filem lucah ker.. sanggup ni kat opis pun wat keje... x cukup kat umah... pastu di jilid ke cd... dan di jual jual... aiyooo.. shin mmg tak terpikir nak wat... just tengok beberapa ketika.. pastu dah.. wat benda lain plak yg lebih sihat...

maksud shin addict kat tenet.. bukan shin addict nak tengok porno.. tp shin addict pada youtube dan multiply... ni la mesin pemutar masa masa lampau.. macam macam ada.. x yah tengok tv pun xper...dan skrg shin addict pada blogging... ketiga tiga benda ni la benda wajib yg shin bukak tiap tiap ari...

so macam mana eh... kita nak elak tengok laman web porno.. kalo kengkawan ada petua.. bagi tau la kat shin ek... kot kot shin leh amalkan...

bila sebut pasal internet ni ada urat urat kerajaan nak menyekat dan menapis web web tertentu.. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim hari ini berkata tiga kementerian diberi tugas mengemukakan cara bagi menyekat bahan hasutan dan pembohongan daripada disebarkan di internet. Beberapa menteri telah ditugaskan untuk meneliti contoh-contoh hasutan, penderaan pornografi kanak-kanak dan penipuan bagi menyediakan butiran dan maklumat yang perlu kepada agensi penguatkuasaan undang-undang.

berbeza ngan pendapat bekas perdana menteri kita Tun Dr. Mahathir Mohamad, katanya , beliau tidak fikir kerajaan akan menapis kandungan Internet dan percaya dasar itu akan terus dikekalkan. Dr. Mahathir mengulas kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kebudayaan dan Kesenian, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, yang mengesahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan badan yang berkaitan diminta meneliti pelaksanaan sistem tapisan kandungan Internet.

dan yang paling sahih dan seronok... Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menegaskan, Malaysia tetap kekal dengan dasar tidak mengadakan sekatan ke atas kandungan Internet di negara ini.. horrayyyyyyyy~

hmm korang bayangkan lah.. tetiba korang masuk tenet.. nak download lagu x leh.. nak tengok youtube xde lagu lagu lagi.. nak tengok blog blog tersohor pon xleh.. aishhh semuanya xleh.. mau meroyan .. mau pitam jadinya.. mual tiap kali tengok tenet.. mcm dull jer..

dan yg penting.. sejauh mana kita nak elakkan pornografi mejerat kehidupan kita.. hanya kekuatan mental yg mampooo menjadikan kita kebal dari mengikut hawa napsu.. ( pandai plak shin jawab.. tp x reti pratikkan ) hahahahah... dan shin percaya.. even budak budak skrg pun lagi advance bebanding zaman shin kekecik dulu... oh Thankz God.. i'm still inesen..

ada kah shin malu ngan entri ni?? adakah shin malu cerita pasal diri shin.. oh tidak sama sekali.. shin x la seteruk mana ( shin rasa la ).. shin tengok pornografi.. tp shin xde la jadi perogol bersiri, shin xde la jadi perogol kanak kanak, shin xde terpikir nak rogol muhrim sendiri, shin xde amik rasuah, shin xde jadi penipu.. perompak dan lain lain... kesalahan shin hanyalah.. addict kat tenet tu jer...

sekian dulu ek celoteh shin yg ntah apa apa ni... jumpa lagi kengkawan..

m(^o^)m

* i'm shin.. i'm inesen

Sunday, August 9, 2009

Isu : elak homoseksual, onani cegah H1N1

*entri kali ni agak peribadi, sensitif atau yg sewaktu dengannya.. maaf ek.. ianya lebih bertujuan maklumat xde kena mengena dengan serangan peribadi atau memalukan sesiapa

Dipetik dari Berita Minggu ( Berita Harian ) - 9 Ogos 2009

Elak homoseksual, onani cegah H1N1

KUALA LUMPUR: Kegiatan homoseksual dan onani perlu dielakkan kerana ia adalah langkah pencegahan yang boleh diambil oleh seseorang bagi mengelakkan jangkitan Influenza A(H1N1), kata seorang pengamal terapi pelengkap Dr VM Palaniappan.

Katanya, apabila seseorang itu terbabit dalam kegiatan itu tubuh badan seseorang lelaki atau wanita akan menghasilkan geseran haba yang mengeluarkan asid menyebabkan peningkatan keasidan dalam tubuh dan oleh itu boleh menjadi sasaran yang mudah bagi jangkitan H1N1.

Bagaimanapun, hubungan kelamin yang normal antara pasangan berlainan jenis adalah selamat.

Beliau mengesyorkan orang ramai mengambil minuman beralkali seperti air kelapa yang boleh digunakan sebagai ubatan herba bagi mencegah H1N1 - air kelapa yer... bukan air kepala.. huhuhuhu

Sebagai contoh, beliau berkata mereka yang berasa demam dan mengalami rasa bahang semasa membuang air besar dan kecil kerana keasidan yang melampau boleh dineutralkan dengan meminum air kelapa selama dua kali sehari selama tiga hari.

Beliau juga mengesyorkan buah limau, lemon dan limau bali walaupun ia mengandungi asid sitrik tetapi masih kaya dengan potasium yang boleh menghasilkan urin beralkali yang dengan itu tidak menganggu ketahanan badan.

Dr Palaniappan berkata, kegiatan jasmani yang berlebihan seperti larian maraton perlu dielakkan kerana ia menghasilkan asid disebabkan kegiatan metabolik berlebihan.

Begitu juga dengan berjaga sehingga lewat malam tanpa tidur secukupnya dan bekerja tidak berhenti-henti tanpa rehat secukupnya boleh meningkatkan keasidan badan yang akan menurunkan ketahanan dan menyebabkan tubuh badan mudah terdedah kepada serangan virus.

Dr Palaniappan mempunyai laman blog di alamat http://ecohealingsystem.blogspot.com/ yang membincangkan terapi itu secara lebih mendalam.

***end***

haaa.. menjerit la korang.. meroyan la korang... nanges nanges la korang baca entri shin kali ni... buat pertama kalinya... blog shin yg inesen ni.. akan membincangkan isu berahi.. seksulili.. alam dewasa.. maklum la shin budak kecik lagi.. sbb tu sblm sblm ni xde bincang bincang pasal anu anu ni... tp di sebabkan maklumat bersama pasal H1N1 ni.. terpaksa la kan... at least shin dapat jugak kongsi maklumat dan kongsi pendapat ngan kengkawan semua

hmm shin pun xtau la.. betul ker apa yg doktor ni cakap.. wallahualam.. korang rasa.. apa yg doktor cakap semuanya betul ker ek??

contoh mcm bila kita demam.. parent kita x bagi mandi dulu.. tp bila kita jumpa doktor.. dia ckp sapa suruh x mandi??? huhuhuhu

contoh lain.. kalo kita luka.. berjahit.. parent x bagi kita makan telor.. makin daging.. minum air banyak... tp doktor plak suh makanan seimbang.. kalo dok spital.. mmg dia bagi makan ayam semua huhuhu air kena minum banyak...

kalo luka.. kita letak minyak gamat... biar cpt kering.. tp sampai spital.. dok sental.. doktor habaq.. pesal korang letak minyak gamat.. kena letak ubat kuning huhuhu

ntah la.. shin xleh ak komen apa sgt.. yg penting kita cuba elak.. dan selamatkan diri kita serta ahli keluarga kita dari jangkitan H1N1 ni ek buat la sesuatu yg wajar..

oh... korang tau tak apa tu Homosexual, apa tu onani??? hm homosexual tu perlakuan seks sesama jantina. hmm onani tu dalam bahasa melayunya melancap. hmm sapa penah melancap angkat tangan?? hahahahahahaha

homosexual tu.. shin xmo sentuh sangat ek.. sbb x semua org mengamalkannya... tp bab onani ni.. mungkin lebih harus shin tulis secara terbuka..

mengikut wikipedia, onani adalah rangsangan yang dilakukan pada organ alat kelamin untuk memperoleh kenikmatan dan kepuasan seksual. Masturbasi dilakukan oleh sebagian besar lelaki maupun perempuan. Pada sebuah kajian, di yakini bahawa 95% lelaki dan 89% perempuan dilaporkan pernah melakukan onani. hmmmmm kan kan!

sebagian besar lelaki lebih cenderung melakukan onani berbanding perempuan, dan mereka cenderung menyatakan 'selalu' atau 'biasanya' mengalami klimaks ketika beronani. hmmmm betul ker betul ker???

ketika remaja, peratusan mereka (baik laki-laki atau perempuan) yang melakukan onani meningkat dengan pesat, terutama pada remaja lelaki. Sebagian besar orang terus melakukan onani ketika mereka telah dewasa, dan banyak juga yang melakukannya sepanjang hayat dikandung badan. dengar tu!!!

dalam Islam.. ada percanggahan pendapat tentang hukum perbuatan onani. Pertamanya Haram.. dan keduanya dibolehkan. Ulama yang berpendapat Haram, mendasarkan keharamannya pada Al-Qur'an surah Al-Mu'minuun:5-7, yang ertinya: "Dan orang orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isterinya atau hamba sahya, Mereka yang demikian itu tak tercela. Tetapi barang siapa mahu selain yang demikian itu, maka mereka itu orang-orang yang melampaui batas."

manakala ulama yang memperbolehkan onani ini beralasan bahawa air mani adalah sesuatu yang lebih dalam badan manusia. Sebab itu ia boleh dikeluarkan. Hal itu seperti diibaratkan dengan memotong daging lebih. Pendapat demikian ini disokong oleh Imam Hambali dan Ibnu Hazm.

ulama Hanafiah berpendapat onani dibolehkan dalam keadaan pertama kerana takut melakukan zina, keduanya kerana tidak mampu berkahwin (tapi syahwat berlebihan)

Rasulullah SAW juga telah mengajarkan bagaimana caranya kita dapat menghindari nafsu berahi, bagi lelaki yang belum mampu berkahwin, hendaklah dia sering melakukan puasa.

Sabda Rasulullah SAW: "Hai para pemuda, barang siapa diantara kalian sudah ada kemampuan (fizikal dan harta), maka kawinlah kerana perkawinan itu boleh memelihara pandangan dan kemaluan. Tetapi barangsiapa yang belum mampu, maka hendaknya ia berpuasa, sebab puasa itu boleh membendung syahwat.

***end***

camne ek nak kawal??? kalo kita puasa siang.. malam lum tentu tahan ek.. bulan depan dah masuk Ramadhan... orang bole cakap siangnya berpuasa.. mlm plak sibuk tarawikh.. tp masih ada yg bole beronani.. mungkin masa nak bersahur heheheheh... wahhh macam tau tau jer kan... ni bukan pengalaman shin.. korang jangan wat spekulasi.. I'm Inesen~

sekian ek.. semoga kita selamat dari wabak penyakit ni.. makin kronik nampaknya.. shin doakan.. kawan kawan semua.. family korang.. orang orang Islam semuanya sihat... bersama sama lah kita berusaha dan terus mendoakan kesejahteraaan orang lain.. AMIN

sekian~

p/s : sekali lagi.. entri ni hanya penyampaian maklumat.. sekiranya ada yg terasa.. maaf la ek.. kalo korang nak komen.. silakan.. tp shin x perlukan apa apa komen yang tidak berasas yg bole menyakiti hati orang lain. Harap maklum. Terima Kasih.

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

Friday, July 31, 2009

isu : yang pergi.. biarlah pergi



shin nak mintak maaf kalau entri kali ni.. sensitif pada pihak pihak tertentu.. entri ni hanya pendapat yg shin nak kongsi bersama... apa yg tengah belegar kat kepala hotak shin ni..

puas shin cari artikel KOSMO pasal penyiaran berita berani mati.. ulasan lebih besifat peribadi tentang arwah Yasmin Ahmad. Tapi sayang... tak jumpa jumpa gak... jenuh shin google... x kesampaian rasa nak tau tu...

asalnya shin terjumpa artikel kecaman aktivis Datuk Marina Mahathir secara keras menyuarakan rasa terkilan.. janggal.. kecewa terhadap akhar Kosmo! kerana mendedahkan latar belakang pengarah terkenal... arwah Yasmin Ahmad yg sejak lahir dikenali dengan nama Zulkifli bin Ahmad.

sebab terlalu marah.. Marina Mahathir secara terbuka menggelarkan akhbar tersebut sebagai 'makhluk yang hina'... wahhh marah betul diaa...

since masih blur blur ler... sebab tak dapat nak tengok artikel dari kosmo... cari kat kosmo online bahagian arkib pun x jumpa... perghhh.. diaorg dah delete kot... haaa tau takut huhuhu

then shin check kat wikipedia.. jelajah dari blog ke blog.. dapat kumpul skit cerita cerita yg variasi nya hampir sama.... rata rata mengutuk penulis ruangan Di Sebalik Berita dalam akhbar Kosmo!, bertarikh 27hb Julai 2009.. sehari selepas arwah Yasmin meninggal dunia dan selamat di kebumikan...

pautan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Yasmin_Ahmad

laporan yg menulis tentang suatu kebenaran hampir memeranjatkan semua orang.. bahawa arwah seorang lelaki sejak dilahirkan.. dengan nama Zulkifli bin Ahamd.. malah arwah juga pernah memenangi gelaran naib juara Bintang RTM pada tahun 1975.. perghhh... adakah RTM akan sediakan slot khas untuk memberi tontonan untuk kita semua?? hmm..



bagi shin yg jenis sedikit celik IT... berita pasal benda alah ni shin dah pernah terbaca... tp shin lebih kearah keinesenan dan berbaik sangka la... lagi pula laporan tu mengatakan arwah seorang yg khunsa dan lebih ke arah wanita. Malah arwah telah bertanya pada alim ulama, pada pakar, pada bijak pandai.. sebelum melakukan transformasi dari Zulkifli kepada Yasmin Ahmad..

tapi bagi yg buta IT.. yg hanya tau baca paper.. baca majalah hiburan busuk.. tengok berita kat TV... diaorg sure terperanjat beruk.. dan berbondong bondong pergi beli akhbar Kosmo ari tu... mmg shin akui.. Kosmo! ngan Harian Metro.. sentiasa bagi cerita panas panas.. busuk busuk utk tarik perhatian..

so diaorg yg terperanjat beruk, terperanjat monyet ker apa apa jer la yg sewaktu dengannya.. mula la mencanang satu kampong.. siap sms lagik.. dok begossip pasal benda alah ni... padahal yg di ceritakan tu.. ntah semuanya betul ataupun makin di tambah tambah cerita... wallahualam..

yg kesiannya.. arwah Yasmin dah meninggalkan kita semua.. kalo dia hidup sekalipun pada hari ni.. shin percaya... arwah tidak akan berasa janggal tentang dengan semua ni.. sbb dia melakukan apa yg sepatutnya... dia tidak ada salah apa apa... khunsa bukan satu kesalahan... sbb tu dia dapat berkahwin secara HALAL ngan lelaki...

kalo ada orang orang yg dok mengutuk... fikirlah bebaik... kamu mengutuk suatu kejadian yang memang Allah dah ciptakan dalam kehidupan manusia.. ada lelaki.. ada wanita.. dan ada di tengah tengah.. iaitu khunsa...

haaa kan nak sebut pasal khunsa kangg panjang lebar plak.. cuma.. shin nak habaq ni... jgn pening pening.. korang bukak suar jap... korang tengok anu korang.. kalo satu jer.. sah la korang ni kategori lelaki atau perempuan.. ( ikut kategori bentuk anu korang la huhuhu x reti reti) so yg ada satu anu ni.. toksah mandai mandai nak habaq yg korang ni khunsa.. ngerti??? so korang memang di haramkan untuk mentransformasi kan diri korang tu untuk melawan kuasa Allah.. walau pun korang bagi alasan naluri perempuan ada dalam jiwa ker.. atau naluri maskulin mmg sarat dalam kepala hotak ker.. hakikatnya korang bukan golongan khunsa.. so.. reti reti la bahasa... yang haram tetap haram... walau camne korang xplain.. maaf cakap.. kalo yg lelaki dok makan pil hormon.. besarkan buah dada.. nanti masa korang meninggal nanti.. bila time nak di mandikan... apa kesss?? tak ker satu ke-aiban akan berlaku... perghh mintak mintak Allah selamatkan kita semua dari benda ni.. fikir fikir lah.. hidup ni tak lama.. takuttttttt~

hmmm shin harap.. keluarga arwah.. bersabar.. mengerti.. cool ngan apa yg terjadi.. peminat peminat arwah pun jgn meroyan.. bawak betenang.. bukan bertendang ek..

moral of the storynya :

bila shin pikir pikir pasal mati... memang la takut... tak besedia.. nanti bila shin mati... ader ker cerita cerita baik tentang shin yg timbul... atau cerita cerita yg tak baik plak menyusul.. aib.. family pun rasa malu... ya Allah jauhkan la shin dari benda benda aib tu...takut...

adakah shin kena betindak lebih awal... yer la mcm buang surat surat cinta jaman dulu dulu... gambar gambar ngan ex... apa apa yg bole mendatangkan syak wasangka pada diaorg...

yer la.. korang bayangkan lah.. bila korang dah meninggal nanti... family korang ni nanges nanges dok kemas bilik korang.. tetiba tejumpa la... surat cinta korang... cd blue ker... majalah lucah ker... gambar cium cium ngan kapel korang... macam macam lagi la.. hah.. mau terperanjat beruk diaorg... tak ker naya....

* psstt barang barang tersebut hanya satu dua jer ada kat shin ek.. yg lain lain tu hanya contoh.. jgn nak buruk sangka lakkkk...

aishh... camne ek??? nak buang sayang... tp bila simpan.. rasa aib plak bila ada orang tahu... tp bila shin dah bersedia nanti.. mungkin akan shin lenyapkan sikit demi sedikit.. ataupun kena tanya orang orang tertentu.. apa patut buat.. bincang sama sama...

bebalik pada arwah Yasmin Ahamd ni.. tiada yg aib pun pasal beliau... lebih aib tengok artis artis lain yg betul betul pompuan.. tp ada buat cd lucah... amik gambar lucah.. minum arak.. tayang tetek... tp Yasmin special... sopan... sentiasa senyum.. bak kata family arwah.. Yasmin tidak pernah meninggikan suara... hmm.. Allah lebih mengetahui kan...

pada penulis akhbar tersebut.. dia sekadar menjalankan tugas.. teruja menulis tentang arwah.. kebenaran yg mungkin tidak kena pada masanya... terima jer la apa orang nak kata kan....

cuma semua ni bole di elakkan.. kalo masa hayat arwah masih ada.. orang ramai dah tau pasal benda ni.. orang ramai dah faham tentang Yasmin Ahamad... so semua ni takkan berlaku... naper masa arwah masih hidup.. penulis tidak menerbitkan berita tentang ini??? itu persoalan yg shin dok pikirkan sekarang...


semoga arwah tenang bersemadi...

sekian~

m(^o^)m

* i'm shin.. i'm inesen

Sunday, July 26, 2009

Isu : relevankah pengakuan berani mati Krisdayanti??

16 Julai lalu, Krisdayanti seolah-olah melakukan 'gegaran' sehari lebih awal daripada serangan bom di Hotel J.W Marriot dan Hotel Ritz Carlton Jakarta, apabila melancarkan buku berjudulCatatan Hati Krisdayanti, My Life My Secret.

walaupun pelancaran buku dianggap menelanjangi dirinya sendiri namun Krisdayanti mempunyai alasan, hujahnya: ''Sebenarnya, saya hanya ingin membicarakan kejujuran yang ada dalam diri saya. Ini adalah kejujuran yang menuju kepada puncak kedewasaan. Saya berada di puncak ketidakselesaan dan pada masa ini berusaha berdamai dengan ketidakselesaan itu."

hasilnya terlahirlah buku yang ditulis oleh Aberthiene Endah dan ia dijangka menimbulkan kontroversi serta perbualan hangat di Indonesia memandangkan isu-isu yang didedahkan oleh Krisdayanti secara berani dan berterus-terang.

gambo KD jaman tok kadok...
terdapat lima pendedahan menarik yang pasti akan mendapat perhatian iaitu pembedahan plastik yang dilakukannya, menyuntik botox, menghisap syabu dan bagaimana dia pernah diceraikan oleh suaminya. dan yang paling mantap sekali, kisah hubungan seksual KD dengan suaminya. perghhhh bebal ker apa dia ni ek....

* suami, hubungan seks dan perceraian *

Krisdayanti mengakui perkara yang paling dia takuti ialah kehilangan suaminya Anang. Cabaran mula mendatang, apabila sudah ada cakap-cakap bahawa Anang hanya menikmati kemewahan isterinya, biarpun bagi Krisdayanti segala kekayaan yang diperolehi adalah hasil usaha bersama.

then pada April 2003, heboh khabar angin Krisdayanti mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. Walaupun Krisdayanti menafikannya, namun semua itu tidak reda begitu saja. Malah 2 tahun selepas itu, tersebar fitnah mengatakan Aurel bukan anak kandung Anang.

pergolakan rumahtanggan Kris dan Anang terus belarutan. Namun pada 2007 berlaku insiden Krisdayanti memarahi Anang di hadapan ibu Anang. Ianya menyinggung perasaan ibu mertuanya lantas terus pulang ke Bandung malam itu juga. Berlaku pergaduhan sehingga Anang melafazkan talak ke atas Krisdayanti. Walaupun Krisdayanti memohon maaf, namun Anang mengambil masa yang cukup lama untuk memaafkannya... hmm padan muka...

malah Krisdayanti cukup berani, malah bangga menceritakan bagaimana dia menjaga keharmonian rumahtangga, khusunya di bilik tidur.

''kami selalu menciptakan keseronokan. Misalnya melakukan hubungan seks di dalam kereta atau memakai sarung kaki jarang ketika hendak bersetubuh''

perghhh sengal kan KD ni...

tahun 1998, Krisdayanti menjadi penagih syabu. untuk melegakan tekanan dia berjinak jinak dengan dadah. setelah kantoi, suaminya terus membawa Krisdayanti berubat. Hmm nasib baik dah pulih...

dalam buku setebal 360 muka surat tersebut, Krisdayanti turut mendedahkan bagaimana terhasilnya kecantikan wajah dan tubuh badannya. pada tahun 2000 dia telah melakukan suntikan Vitamin C, kemudian dia semakin ghairah menggunakan bottox. pada tahun 2004, sambil di temani Anang, mereka berangkat ke Bangkok untuk pembedahan memasukkan silikon.

pada tahun 2008 Krisdayanti melakukan pembedahan serentak menggantikan silikon dan membuang lemak. dan dia terus ketagih untuk melakukannya.

''masalah pemulihan boleh dikatakan cepat, dua minggu selepas itu, saya sudah melakukan hubungan suami isteri dengan lancar. Anang nampaknya ghairah melihat bentuk tubuh badan saya yang seksi''

* bukan mencari sensasi *

walaupun pendedahan di dalam bukunya itu boleh mencetuskan kontroversi, namun Krisdayanti menafikan ia bertujuan mencari sensasi.

''sememangnya sudah sampai masanya kamu jujur. Kamu sudah melalui karier berpuluh tahun dan pencapaian kamu sudah tercatat dalam sejarah muzik Indonesia. Oleh itu tidak alasan bagi kamu untuk terus menutupi rahsia diri mu" statement Anang, suami dayus Krisdayanti.

''saya ceritakan semua itu untuk dijadikan pengajaran kepada sesiapapun dan menjadi teman bagi mereka yang berasa bersalah dan berharap ia menjadi pencetus semangat kepada orang lain'' kata tuan punya badan yang tak tahu malu, Krisdayanti


****end****

apa pendapat korang eh??? apakah yg Krisdayanti pikir dengan pengakuan ni orang berasa dia INESEN??? terlepaskah dia dari rasa bersalah pada ALLAH???

apakah peminat peminat Krisdayanti wajar berasa bangga, gembira dengan pengakuan tersebut?? apakah sebab Krisdayanti dah cukup popular, banyak duit, artis... so dia ada lesen besar untuk buat apa yg dia nak??? mungkin Krisdayanti nak jadi macam artis Hollywood yg menulis kisah hidup diaorg secara berani mati.. tapi sedarkah Krisdayanti, diaorang tu sah sah bukan Islam.. tp Krisdayanti ni adalah seorang yang beragama Islam.. sebelum menerbitkan buku ni.. ada tak dia bertanya pada orang yang bijak pandai, ahli ahli agama???

hmmm x paham betul lah... kalo selalunya kita cuba sebunyikan aib yg ada pada diri kita.. tp dia ni terang terang mencanang pada semua orang... ada kah isunya di sini dia rasa bersalah lalu bertaubat nasuha??? wallahualam...

shin dengan ini secara rasminya... meluahkan rasa menyampah.. meluat...dan yang sewaktu dengannya terhadap Krisdayanti ni... bole blah...


sekian~

m(^o^)m

* i'm shin... i'm inesen

Saturday, July 25, 2009

Isu : cukur jambul amalan bidaah orang Melayu???


kengkawan.. nak dengar cerita tak??? haaaa duduk duduk duduk... arini shin nak cite pasal cukur jambul... korang pernah dengar tak??? ker masa kekecik dulu korang x penah kena cukur jambul... huhuhu mungkin orang zaman moden dah x berapa buat benda alah ni semua... hmm ntah lah ek..

amalan cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.

dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)

apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak.

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.

hmmmm.... ntah ek... takut nak komen lelebih... cuma... benda yg bidaah memang patut kita elakkan... buat apa yg di syariatkan... kalo kita komen lelebih.. nanti mak bapak kita cakap kita tunjuk pandai.. nanti mula la tarik muka seribu... hmm susah mcm ni...

jom shin tepek tepek gambo sepanjang majlis cukur jambul anak sedara shin ni... Adam Ashraff..


pose sebelum majlis start... thomeynya dia..

alatan yg mesti ada masa majlis cukur jambul.. benda alah ni semua yg sepatutnya tak ada... sbb memang takde dalam Islam pun...

ni cenderahati untuk di beri pada tetamu... selain dari bunga telur dan goodies yang lain.. macam macam la... tu pasal kekadang ada yg bermewah mewah sampai membazir..

sebelum majlis akan di adakan doa selamat.. kemudian.. bacaan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w.. bayi akan di arak ..

shin tak kenal daun apa yg di gunakan.. huhuhu.. air ni akan di tepung tawar kat kepala baby terlebih dahulu

kemudian baru la rambut baby di gunting

rambut yang di gunting tadi akan di masukkan kedalam kelapa.. pastu beras kunyit di tabur.. dan paling budak budak suka... duit syiling bersama bunga rampai di tabur.. then diaorg akan berebut rebut kutip duit syilling tu...

mak shin dok cukur jambul cucu dia

lepas dah abis majlis.. mak bidan akan cukur habis rambut baby... tu dia.. kat kepala Adam ada ketubuhan.. dah buat scan dah.. doktor cakap ada air dalam tu.. tak membahayakan.. akan hilang.. tapi ambil masa... tp shin yg tengok rasa tak selesa.. macam sakit jer... makin lama makin besar shin tengok...

rilex jer Adam kena cukur..shin yg rasa seram...

muka sememeh Adam lepas kena cukur huhuhu dak botak!!!

lepas tu.. acara makan beramai ramai dalam dulang huhu... shin x reti.. shin makan dalam pinggan sajok hehehehe

camtu la kesahnya.... majlis cukur jambul hari ni... shin harap.. kalo shin di takdirkan berkahwin.. di kurniakan anak.. shin buat majlis cukur jambul yg seperti di sunnah kan oleh Nabi kita... InsyaAllah shin cuba... takde benda alah ni semua... hmmm sepatutnya majlis cukur jambul ni di lakukan pada hari ke 7 selepas baby di lahirkan... serentak ngan kita wat akikah sekali untuk baby tu... hmmm susah kan... bila dah menjadi adat... semuanya nampak tak salah.. tapi sebenarnya... kita telah melakukan suatu yang bidaah dalam agama kita...

shin harap.. Allah bagi peluang.. bagi petunjuk pada diri shin.. family shin dan kita semua... mungkin adat ni susah nak dibuang.. tp apa kata.. kita try elakkan adat ni dari terus berlaku dalam keluarga kita... cuba ek.. semoga kita semua terhindar dari melakukan perbuatan yg khurat dan syirik.. AMIN

sekian~


m(^o^)m

* i'm shin.. i'm inesen