Friday, July 31, 2009

isu : yang pergi.. biarlah pergi



shin nak mintak maaf kalau entri kali ni.. sensitif pada pihak pihak tertentu.. entri ni hanya pendapat yg shin nak kongsi bersama... apa yg tengah belegar kat kepala hotak shin ni..

puas shin cari artikel KOSMO pasal penyiaran berita berani mati.. ulasan lebih besifat peribadi tentang arwah Yasmin Ahmad. Tapi sayang... tak jumpa jumpa gak... jenuh shin google... x kesampaian rasa nak tau tu...

asalnya shin terjumpa artikel kecaman aktivis Datuk Marina Mahathir secara keras menyuarakan rasa terkilan.. janggal.. kecewa terhadap akhar Kosmo! kerana mendedahkan latar belakang pengarah terkenal... arwah Yasmin Ahmad yg sejak lahir dikenali dengan nama Zulkifli bin Ahmad.

sebab terlalu marah.. Marina Mahathir secara terbuka menggelarkan akhbar tersebut sebagai 'makhluk yang hina'... wahhh marah betul diaa...

since masih blur blur ler... sebab tak dapat nak tengok artikel dari kosmo... cari kat kosmo online bahagian arkib pun x jumpa... perghhh.. diaorg dah delete kot... haaa tau takut huhuhu

then shin check kat wikipedia.. jelajah dari blog ke blog.. dapat kumpul skit cerita cerita yg variasi nya hampir sama.... rata rata mengutuk penulis ruangan Di Sebalik Berita dalam akhbar Kosmo!, bertarikh 27hb Julai 2009.. sehari selepas arwah Yasmin meninggal dunia dan selamat di kebumikan...

pautan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Yasmin_Ahmad

laporan yg menulis tentang suatu kebenaran hampir memeranjatkan semua orang.. bahawa arwah seorang lelaki sejak dilahirkan.. dengan nama Zulkifli bin Ahamd.. malah arwah juga pernah memenangi gelaran naib juara Bintang RTM pada tahun 1975.. perghhh... adakah RTM akan sediakan slot khas untuk memberi tontonan untuk kita semua?? hmm..



bagi shin yg jenis sedikit celik IT... berita pasal benda alah ni shin dah pernah terbaca... tp shin lebih kearah keinesenan dan berbaik sangka la... lagi pula laporan tu mengatakan arwah seorang yg khunsa dan lebih ke arah wanita. Malah arwah telah bertanya pada alim ulama, pada pakar, pada bijak pandai.. sebelum melakukan transformasi dari Zulkifli kepada Yasmin Ahmad..

tapi bagi yg buta IT.. yg hanya tau baca paper.. baca majalah hiburan busuk.. tengok berita kat TV... diaorg sure terperanjat beruk.. dan berbondong bondong pergi beli akhbar Kosmo ari tu... mmg shin akui.. Kosmo! ngan Harian Metro.. sentiasa bagi cerita panas panas.. busuk busuk utk tarik perhatian..

so diaorg yg terperanjat beruk, terperanjat monyet ker apa apa jer la yg sewaktu dengannya.. mula la mencanang satu kampong.. siap sms lagik.. dok begossip pasal benda alah ni... padahal yg di ceritakan tu.. ntah semuanya betul ataupun makin di tambah tambah cerita... wallahualam..

yg kesiannya.. arwah Yasmin dah meninggalkan kita semua.. kalo dia hidup sekalipun pada hari ni.. shin percaya... arwah tidak akan berasa janggal tentang dengan semua ni.. sbb dia melakukan apa yg sepatutnya... dia tidak ada salah apa apa... khunsa bukan satu kesalahan... sbb tu dia dapat berkahwin secara HALAL ngan lelaki...

kalo ada orang orang yg dok mengutuk... fikirlah bebaik... kamu mengutuk suatu kejadian yang memang Allah dah ciptakan dalam kehidupan manusia.. ada lelaki.. ada wanita.. dan ada di tengah tengah.. iaitu khunsa...

haaa kan nak sebut pasal khunsa kangg panjang lebar plak.. cuma.. shin nak habaq ni... jgn pening pening.. korang bukak suar jap... korang tengok anu korang.. kalo satu jer.. sah la korang ni kategori lelaki atau perempuan.. ( ikut kategori bentuk anu korang la huhuhu x reti reti) so yg ada satu anu ni.. toksah mandai mandai nak habaq yg korang ni khunsa.. ngerti??? so korang memang di haramkan untuk mentransformasi kan diri korang tu untuk melawan kuasa Allah.. walau pun korang bagi alasan naluri perempuan ada dalam jiwa ker.. atau naluri maskulin mmg sarat dalam kepala hotak ker.. hakikatnya korang bukan golongan khunsa.. so.. reti reti la bahasa... yang haram tetap haram... walau camne korang xplain.. maaf cakap.. kalo yg lelaki dok makan pil hormon.. besarkan buah dada.. nanti masa korang meninggal nanti.. bila time nak di mandikan... apa kesss?? tak ker satu ke-aiban akan berlaku... perghh mintak mintak Allah selamatkan kita semua dari benda ni.. fikir fikir lah.. hidup ni tak lama.. takuttttttt~

hmmm shin harap.. keluarga arwah.. bersabar.. mengerti.. cool ngan apa yg terjadi.. peminat peminat arwah pun jgn meroyan.. bawak betenang.. bukan bertendang ek..

moral of the storynya :

bila shin pikir pikir pasal mati... memang la takut... tak besedia.. nanti bila shin mati... ader ker cerita cerita baik tentang shin yg timbul... atau cerita cerita yg tak baik plak menyusul.. aib.. family pun rasa malu... ya Allah jauhkan la shin dari benda benda aib tu...takut...

adakah shin kena betindak lebih awal... yer la mcm buang surat surat cinta jaman dulu dulu... gambar gambar ngan ex... apa apa yg bole mendatangkan syak wasangka pada diaorg...

yer la.. korang bayangkan lah.. bila korang dah meninggal nanti... family korang ni nanges nanges dok kemas bilik korang.. tetiba tejumpa la... surat cinta korang... cd blue ker... majalah lucah ker... gambar cium cium ngan kapel korang... macam macam lagi la.. hah.. mau terperanjat beruk diaorg... tak ker naya....

* psstt barang barang tersebut hanya satu dua jer ada kat shin ek.. yg lain lain tu hanya contoh.. jgn nak buruk sangka lakkkk...

aishh... camne ek??? nak buang sayang... tp bila simpan.. rasa aib plak bila ada orang tahu... tp bila shin dah bersedia nanti.. mungkin akan shin lenyapkan sikit demi sedikit.. ataupun kena tanya orang orang tertentu.. apa patut buat.. bincang sama sama...

bebalik pada arwah Yasmin Ahamd ni.. tiada yg aib pun pasal beliau... lebih aib tengok artis artis lain yg betul betul pompuan.. tp ada buat cd lucah... amik gambar lucah.. minum arak.. tayang tetek... tp Yasmin special... sopan... sentiasa senyum.. bak kata family arwah.. Yasmin tidak pernah meninggikan suara... hmm.. Allah lebih mengetahui kan...

pada penulis akhbar tersebut.. dia sekadar menjalankan tugas.. teruja menulis tentang arwah.. kebenaran yg mungkin tidak kena pada masanya... terima jer la apa orang nak kata kan....

cuma semua ni bole di elakkan.. kalo masa hayat arwah masih ada.. orang ramai dah tau pasal benda ni.. orang ramai dah faham tentang Yasmin Ahamad... so semua ni takkan berlaku... naper masa arwah masih hidup.. penulis tidak menerbitkan berita tentang ini??? itu persoalan yg shin dok pikirkan sekarang...


semoga arwah tenang bersemadi...

sekian~

m(^o^)m

* i'm shin.. i'm inesen

Thursday, July 30, 2009

Nostalgia : Ella

hye kengkawan... entri kali ni shin tujukan khas untuk penyanyi kesukaan shin suatu ketika dulu huhuhu.. sekarang ni idak ler suker sangat gamaknya.. Ella.. kebetulan plak esok besday Ella.. Heppi Besday ek.. yang ke 43 tahun.... mmuah muahhh..

meh shin cite skit pasal Ella ek.. mana ar tau.. kot kot.. ada peminat tegar Ella kat sini ek... leh kongsi story pasal dia ni... shin cite mana yg shin tau dan di google hehehe


Ella atau nama sebenarnya Nor Zila binti Haji Aminuddin (lahir 31 Julai 1966) merupakan penyanyi wanita yg berimejkan Rock.. sangat ler terkenal kat negara kita dan negara jiran...

Ella dilahirkan di Gelugor, Pulau Pinang dan telah dibesarkan di Lembah Klang, Selangor. Pada zaman persekolahannya, beliau sering diundang menyanyi dan membuat persembahan pada setiap majlis yang diadakan di sekolahnya. Ella telah menamatkan pengajiannya sehingga tingkatan lima di SM Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Lembah Klang, Selangor. Sebelum beliau menceburi bidang seni, beliau banyak membuat persembahan di kelab malam dan lounge yang terdapat di sekitar Lembah Klang.

Selepas menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 1983, Ella gagal mendapat keputusan yang memuaskan. Namun, dia berjaya juga mendapat tempat untuk mengulang sekali lagi peperiksaan di Sekolah Menengah Methodist, Klang.

Pun begitu, Ella gagal mendapat keputusan baik. Ini disebabkan dia tidak dapat konsentrasi sepenuhnya terhadap pelajarannya. Apa yang berlegar dikepalanya ketika itu ialah menyanyi menyanyi menyanyi... dah sebati ngan jiwa katanya... padahal.. mmg malas nak skolah hehehehe

Kali pertama Ella menyanyi di lounge..kalau tak silap nama tempat tu Portugese Lounge. Di situ Ella buat show selama sebulan. Bertolak dari situ, Ella mula mendapat perhatian daripada pemilik pubdan lounge sekitar Lembah Klang. Selepas kontraknya tamat di PortugeseLounge, dia ditawarkan pula menyanyi di sebuah pub yang lebih popular diBangsar iaitu Moonraker (Kini sudah ditutup ekoran kebakaran tahun lalu).


Mulanya, Ella dibantu oleh seorang pemain gitar, Aziz. Selepas Azizmenarik diri, barulah pemuzik baru, Lokman (Lord), muncul menggantikannya.Dialah yang bertanggung jawab memberikan nama E.L.L.A. kepada Ella. Begitu rupanya kan... cerita di sebalik nama Ella.. tp memang tak jauh ngan nama dia kan... xlah larik jauh.. mcm Wohnen ker.. hehehe

Tidak lama selepas itu, seorang lagi anggota baru, Zahari (Ayi),menyertai kumpulan mereka sebagai pemain bass. Mulai saat itulah pemilikMoonraker, Tony, menggelarkan mereka dengan nama trio komersil - Ella AndThe Boys!

Mengenai pembabitan Ella dalam nyanyian, dia telah menunjukkan kecenderungan terhadap bidang nyanyian sejak berusia tujuh tahun lagi. Lagu kegemarannya ketika itu ialah Sealed With A Kiss. Itulah lagu yang selalu dinyanyikannya kalau masuk mana mana pertandingan. Wahh lagu lama tu... huhuhuh

Ella sejak kecil lagi cergas dan sukaberlari. Malahan, kelebihannya menarik nafas panjang membuatkan dia mampuberlari dalam jarak jauh apabila mengambil bahagian dalam acara sukan disekolahnya.

Dan kalau korang nak tau.. masa kecik kecik.. Ella ni aktif dalam persatuan kompang kalo ada kerja kahwin tau... hehehe camne la rupanya kannn! Mesti brutal ngee~

Selain tu... Ella ni jenis orang yang penakut... Kakak dia Jojie la yg selalu dok teman dia pi menyanyi sampai jauh malam.. Ella gak takut pegang barang barang antik.. lama.. bila di tanya.. dia ckp... '' Eii Seram '' huhuhu hmmm shin leh bayangkan.. Ella mesti x suka tengok cite antu kan.. wahh sama ngan shin hehehee.. lagi satu.. Ella ni geli ngan ulat bulu... huhuhu


Pada 1987, Ella telah diberi gelaran Ratu Rock Malaysia oleh peminat ramai kerana beliau adalah satu-satunya penyanyi rock wanita yang berjaya ketika itu. Namun kumpulan yang ditubuhnya hanya bertahan selama tiga tahun sahaja kerana Ella telah membuat keputusan untuk bergerak solo dalam industri muzik.

Setelah membuat keputusan, akhirnya beliau telah berjaya merakamkan album solo beliau yang pertama iaitu Pengemis Cinta yang melonjakkan nama beliau sebagai antara artis wanita paling popular di Malaysia.

Setelah berjaya dengan kemunculan album pertamanya, beliau telah dilamar oleh Syarikat Rakaman EMI Malaysia pada tahun 1992. Ella muncul menerusi album solo keempat beliau iaitu ELLA 30110 yang telah berjaya mencatat jualan album tertinggi dalam masa yang singkat ketika itu. Kita Ella artis pompuan kedua mencatat rekod tertinggi jualan album selepas Ramlah Ram.. cayalah~

Ella telah berhasrat untuk menghasilkan album kelimanya dirakam di Amerika Syarikat pada 1994. Dengan kesungguhannya untuk merakamkan album yang berjudul ELLA USA, akhirnya album tersebut telah berjaya mengulangi kejayaan jualan albumnya yang terdahulu. Album tersebut telah berjaya mencatat jualan tertinggi iaitu sebanyak 350,000 unit sekaligus menjadikan beliau sebagai artis wanita paling laris penjualan albumnya.

Masa ni shin baru nak masuk tingkatan 4.. Kaset pertama yg shin beli dulu album kumpulan Slam. Dan album Ella USA adalah kaset ke dua yg shin penah beli... penat ngumpul duit taw... jaman shin susah susah dulu.. hehehehe memang tak rugi beli album Ella USA masa tu.. lagu sedap sedap.. pastu.. 1st time artis Malaysia yg buat lirik mcm nota kecil.. perghh kira paling latest la tu...

Setelah berjaya dengan kejayaan albumnya itu, Ella telah diiktiraf oleh 'Malaysia Book Of Records (MBOR)'sebagai Artis Malaysia Pertama Mempunyai Penjualan Album Terbanyak dan Artis Malaysia Pertama Merakamkan Album Penuh Di Amerika Syarikat.

Pada tahun 1998, Ella telah dipilih untuk menyanyikan lagu "Standing In The Eyes Of The World" sebagai lagu tema Sukan Komanwel 1998 yang buat pertama kalinya diadakan di Malaysia.

Banyak pencapaian yg Ella penah buat sebelum ni... biar shin listkan ek..

* memenangi pertandingan Battle Of The Bands (BOTB) anjuran Radio Televisyen Malaysia.

* artis Malaysia pertama mengeluarkan album video iaitu 'Ella-Mood' (1991)

* menjadi duta Muhibbah Persatuan Bulan Sabit Merah sebelum Siti Nurhaliza yang turut menjadi duta bagi persatuan ini.

* Ella pernah muncul di Stesen Televisyen terkenal di Amerika Syarikat iaitu 'Music Television (MTV)'. Ella juga merupakan satu-satunya artis Malaysia yang pernah ditemu bual oleh stesen televisyen tersebut selepas Datuk Sharifah Aini.

* memenangi Anugerah Artis Wanita Popular 1993 (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1993).

* memegang watak utama dalam tiga buah filem iaitu Bayangan Maut (1990), Pemburu Bayang (1992), dan Hanya Kawan (1997).

banyak lagi laa.. huhuhu..

Banyak lagu lagu Ella yg shin suka.. mcm Pengemis Cinta, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Gemilang, Kabus dan Sirna, Dua Insan Bercinta, Kasih... dan banyak lagi yg sedap sedap. Dalam banyak banyak tu.. lagu yang paling shin suka dengar...of course la Sembilu... sangat suka.. bukan ada kena mengena ngan cinta ker apa... tp bila dengar.. mcm mengibau zaman kecik kecik dulu... huhuhuh nostalgia sgt..

Tp Ella sekarang x macam dulu... mcm dah xde arah jer shin tengok... suara pun makin biang.. makin kurengggggg umph... lagu yg Ella nyanyi pun makin lama makin x sedap... makin x malar segar... susah ar camni... Ella pikir peminat peminat kat luar sana.. mungkin ada yg macam shin gak.. yg kurengg berminat ngan cara dan lagu Ella sekarang ni... so amatlah rugi yer..

Apapon shin doakan semoga Ella terus maju... sihat.. dan mendapat hidayah dari Allah s.wt. AMIN... sekian dulu biacara Nostalgia untuk entri kali ni... daaaaaaa


m(^o^)m

* i'm shin.. i'm inesen

Tuesday, July 28, 2009

hari hari terkahir sebagai DUTA LANCOME



hye kengkawan.. korang watpe tu.... hope semuanya sihat sihat la yer... makin dekat nak puasa ni.. makin ramai shin tengok kengawan shin yg demam la.. batuk batuk la... dah seminggu lebih pon diaorg x ok lagik.. mungkin cuaca.. atau sebab tengah musim buah buahan... tu pasal la semuanya x berapa sihat.. aishhh xper.. biar x sihat la ni.. tp bila masuk bulan Ramadhan nanti.. semuanya sihat sihat belaka.. selesa dan mudah untuk melakukan ibadah puasa kan!! AMIN..

hari ni shin xmo cite sedih sedih... Islam menghadkan kita mengucapkan takziah pada waris orang yg telah meninggal dunia tidak lebih dari 3 hari... semuanya ini untuk mengelakkan ahli keluarganya itu tadi terus beduka cita... haaaaaaaaa yang pergi biarkan pergi.. kita yang hidup ni kena la mengumpul semula semangat.. even bukan senang... masih ada sisa sisa kesedihan tu.. banyak banyak bedoa.. bertawakal pada Allah.. doakan yg terbaik yer..

nampak nya... kontrak shin sebagai DUTA LANCOME dah nak habis.. skit jer lagi... shin tak la ek.. sama ada nak sambung semula kontrak tu atau shin betukar menjadi duta kepada pewangi yang lain... hmmm tgh berfikir fikir lagi ni...

sepanjang shin menjadi duta LANCOME ni.. shin paling suka pakai Hypnose.. perghh bau dia masyuk... sedap.. ghairah... hahahaha... mmg bebaloi la beli... kiranya bau tu mcm dah sinonim.. sebati ngan diri shin yg inesen tp menghairahkan ni.. ngee~


menangeslah korang tengok poster shin sebagai Duta Hypnose

selain Hypnose shin suka gak guna perfume lain dari Lancome.. mcm Tresor.. hmm bau dia klasik.. memang tahan lama... then shin suka gak Miracle... pastu Magnifique.. kalo pakai sama lotion perfume dia.. perghhh memang kalo lalu lalang tu.. orang akan tercium cium bau bidadara dunia yang inesen huhuhuhuhu tp tu la.. paling superb si Hypnose tu... betul... tak tipu.. aishhhh jadi Duta mana leh tipu tipu kannn..


tinggal saki baki.. Tresor jer byk lagi sbb syg hehehe

bila perfume dah nak abis ni... mula la shin carik carik botol lama.. kot kot ada sesikit.. dapat sembur skit pun jadi ler... buat sementara waktu sahaja... aishh beguna gak botol botol lama ni...



tu dia.. pilih jer mana satu.. tp bila dah betahun lamanya di simpan.. bau perfume ni agak mual ek... hehehe wangi yg memualkan selepas di spray... tp lepas lepas tu.. ok jer.. tak hangit.. mungkin dah xpired kot...

kira macam kehidupan shin jugak la kan... dulu.. masa ada orang tu baru baru sayang shin... macam hari hari nak jumpa.. sms pun selalu... bila dah kenal orang lain.. shin di lupakan.. di tinggal tinggalkan... tp ada satu masa... tetiba contact semula... sob sob :(

hmm hari sabtu ni shin akan mula tanda tangan kontrak baru.. dah byk yg offer... semuanya jenama terkenal... tp shin tolak.. menanges nanges diaorg pujuk rayu.. tp shin tetap setia pada Lancome.. cuma baru baru ni.. shin terusik hati nak cuba Paco Rabanne Black XS Rose la... cam sedap jer bau dia... ada sesapa pakai perfume yak ni x?? tahan lama ker??


mungkinkah shin bakal menjadi Duta Black XS selepas ni???

hari ni letih main kira kira duit... dah la Prinsip Akaun failed hehehehe... tp bab kira duit depan mata.. InsyaAllah x silap.. kecuali tersonglap secara tak sengaja...

ramai ler yg dok membayo untuk Biskut Raya shin tu... hehehe advance kan diaorg.. bagusss.. mcm tu la... nanti tetau jer dah dapat biskut time dah dekat dekat nak raya kan.... hmm arini ada 2 orang cancel oder biskut raya.. sbb dah terover bajet.. hmm tu la.. tamahak sangat.. tp 3 orang baru yg ada oder ari ni.. so x la ralat sgt.. hmm ada gak yg dok bayo duit Avon walaupun barangnya x sampai lagi... bagus bagus bagus... banyak lagi la.... dan shin kena asingkan duit untuk bayar bil bulan ni.. selain bayaran bayaran berwajib huhuhu



tu dia... shin kena labelkan duit duit tu sebab tak mau terpakai dalam diam.. hahaha haru jer nanti nak kena top up semula.. rasa macam banyak duit.. tapi semuanya duit orang... bukan duit shin.. bukan duit Ahamad Albab ngee~

bila dah settlekan bil bil esok... sure semuanya rasa lega... dah xde pikir hutang ker.. hidup aman sentosa.. rukun damai selalu kan kan kan!! dan paling paling penting.. sebelum shin nak enjoy.. shin kena menabung dulu... duit baki yg ada.. baru shin guna untuk beli benda benda yg tak patut... contohnya K?, K??D??, TI?? dan yang sewaktu dengannya.. kalo korang pandai.. sila la teka.. hehehehe

sekian ek~

m(^o^)m

* i'm shin.. i'm inesen

Monday, July 27, 2009

kisah hari minggu


belum reda cerita kes kematian Michael Jackson, hari smlm satu lagi kisah kematian pengarah terkenal Yasmin Ahamd menjadi buah mulut seluruh Mesia.. baru 3 hari beliau terlantar di hospital, hari ni beliau telah meninggalkan kita semua.. meninggalkan orang orang yg menyayangi beliau.. terutamanya ahli keluarga Yasmin Ahmad.. Takziah shin ucapakan..

walaupun shin bukan lah peminat filem filem beliau ( di sebabkan dia mengambil budak Amani tu berlakon.. terus x minat nak tengok ) tp shin x pernah miss tengok iklan beliau.. terutamanya iklan hari raya... mesti nak tengok... hasilnya sangat ler menyentuh hati inesen shin ni... sob sob.. lepas ni dah xde dah iklan Yasmin Ahamd... cedihnya..

semoga arwah Yasmin Ahmad.. di tempatkan besama sama orang yg solleh... AMIN...

---> youtube kat sebelah tribute untuk Yasmin Ahmad.. kelihatan klip video nyanyian ibu bapa Yasmin Ahmad & kakak Yasmin , Orked... bersama krew krew filem Mukhsin.

hmmm semalam patutnya shin nak pergi Tangkak.. nak cari kain buat baju melayu yg ke 2 untuk raya tahun ni... tp penat nunggu kakak shin sms... tp xde pong.. paham sangat la tu... mesti x jadi.. tak inform pun.. kecewa tul... aritu janji bukan maen lagi...

then sebab x jadi pergi Tangkak.. kawan shin ajak teman dia pergi majlis kahwin.. ikut je la... sakit telinga bila ada orang yg kenal shin dok tanya bila lagi turn shin plak.. aishhh ni yg boring pergi mahlis kahwin... ader jer tanya soalan kurang bermutu tinggi... hampeh... paling malas shin jawab 'MALAS NAK KAHWIN'.. huhuhu tu jer alasan malas nak menjawab sebenonya..

lepas balik dari majlis kahwin tu... sempat lak kitaorg melawat kengkawan yg sakit... ada dua buah rumah kitaorg dok lawat... hmm bila lawat orang sakit ni... mcm biasa ler.. sebelum menjamu selera ngan juadah yg tuan umah sediakan ( wah sempat ) kitaorg dengar la seisi soal jawab ngan pesakit... sambil tu timbul la rasa insap.. muda muda dah sakit... dah kena operate.. dah kena potong kaki.... hmmm sib baik dah kawin.. ade laki.. ada anak... camne agaknya nasib shin nanti.. eiiii mintak mintak Allah jauhkan shin dari mala petaka dan penyakiy merbahaya... takut sehhhhhh....

bila dah timbul rasa insap tu.. mula la takut nak buat macam macam yg bole memudharatkan diri sendiri.. tp x tau la ek... berapa jam leh bertahan huhuhu

agak agak dah petang tu... mula la rasa ringan tulang skit... padahal badan ni sakit sakit.. montot pun rasa berat jer.. ari sabtu maen tennis sampai rasa sengal sengal jer.. huhuhu...

terus shin pegi besihkan kat luar umah bujang tu... acara menggondol pokok buah berambut... tak mo bagi dia membeso sangat.. hehehe...


tu dia.. shin lebih konfiden pakai tangga.. kalo bab manjat memanjat ni failed.. manjat nyer reti... turunnya plak mcm gayat sgt huhu better pakai tangga... ni la hasilnya lepas pokok berambut shin digondolkan... konfem tahun dpn merajuk.. x berbuah sgt.. hik hik


tu dia... lepas menggondol.. shin buat acara pembakaran terbuka plak.. hambik jirang sebelah kiri kanan dok memaki sbb hidup asap tebal hehehehe.. nak buek camno... dari tebior jer mcm sampah orang belakang umah tu... buat sarang nyamuk jer... baik bako..

lepas dah siap siap ngemas apa yang patut.. sebelum hari gelap.. baru pack dan balik umah parent.. huhuhu nak lepak umah tu sorang sorang time memalam??? SORRY... hehehehe baik shin blah cecepat...

dah hasilnya.. penat berganda.. samapi ari ni rasa penat.... ada sesapa leh tolong urut.. picit picitkan badan shin??? nanti shin bagi upah ek.. sapa nak angkat tangan!!!

sekian~


tetiba terjumpa buah dipulas bentu camni masa petik buah ni kat belakang umah... dalam banyak banyak ni seko nampak ganjil.. nampak mcm bentuk hati... hmmm teringin nak bagi kat orang tu.... tp... lupakan jer.... '' milik siapakah hati ini... '' ececeh...

m(^o^)m

* i'm shin... i'm inesen

Sunday, July 26, 2009

Isu : relevankah pengakuan berani mati Krisdayanti??

16 Julai lalu, Krisdayanti seolah-olah melakukan 'gegaran' sehari lebih awal daripada serangan bom di Hotel J.W Marriot dan Hotel Ritz Carlton Jakarta, apabila melancarkan buku berjudulCatatan Hati Krisdayanti, My Life My Secret.

walaupun pelancaran buku dianggap menelanjangi dirinya sendiri namun Krisdayanti mempunyai alasan, hujahnya: ''Sebenarnya, saya hanya ingin membicarakan kejujuran yang ada dalam diri saya. Ini adalah kejujuran yang menuju kepada puncak kedewasaan. Saya berada di puncak ketidakselesaan dan pada masa ini berusaha berdamai dengan ketidakselesaan itu."

hasilnya terlahirlah buku yang ditulis oleh Aberthiene Endah dan ia dijangka menimbulkan kontroversi serta perbualan hangat di Indonesia memandangkan isu-isu yang didedahkan oleh Krisdayanti secara berani dan berterus-terang.

gambo KD jaman tok kadok...
terdapat lima pendedahan menarik yang pasti akan mendapat perhatian iaitu pembedahan plastik yang dilakukannya, menyuntik botox, menghisap syabu dan bagaimana dia pernah diceraikan oleh suaminya. dan yang paling mantap sekali, kisah hubungan seksual KD dengan suaminya. perghhhh bebal ker apa dia ni ek....

* suami, hubungan seks dan perceraian *

Krisdayanti mengakui perkara yang paling dia takuti ialah kehilangan suaminya Anang. Cabaran mula mendatang, apabila sudah ada cakap-cakap bahawa Anang hanya menikmati kemewahan isterinya, biarpun bagi Krisdayanti segala kekayaan yang diperolehi adalah hasil usaha bersama.

then pada April 2003, heboh khabar angin Krisdayanti mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. Walaupun Krisdayanti menafikannya, namun semua itu tidak reda begitu saja. Malah 2 tahun selepas itu, tersebar fitnah mengatakan Aurel bukan anak kandung Anang.

pergolakan rumahtanggan Kris dan Anang terus belarutan. Namun pada 2007 berlaku insiden Krisdayanti memarahi Anang di hadapan ibu Anang. Ianya menyinggung perasaan ibu mertuanya lantas terus pulang ke Bandung malam itu juga. Berlaku pergaduhan sehingga Anang melafazkan talak ke atas Krisdayanti. Walaupun Krisdayanti memohon maaf, namun Anang mengambil masa yang cukup lama untuk memaafkannya... hmm padan muka...

malah Krisdayanti cukup berani, malah bangga menceritakan bagaimana dia menjaga keharmonian rumahtangga, khusunya di bilik tidur.

''kami selalu menciptakan keseronokan. Misalnya melakukan hubungan seks di dalam kereta atau memakai sarung kaki jarang ketika hendak bersetubuh''

perghhh sengal kan KD ni...

tahun 1998, Krisdayanti menjadi penagih syabu. untuk melegakan tekanan dia berjinak jinak dengan dadah. setelah kantoi, suaminya terus membawa Krisdayanti berubat. Hmm nasib baik dah pulih...

dalam buku setebal 360 muka surat tersebut, Krisdayanti turut mendedahkan bagaimana terhasilnya kecantikan wajah dan tubuh badannya. pada tahun 2000 dia telah melakukan suntikan Vitamin C, kemudian dia semakin ghairah menggunakan bottox. pada tahun 2004, sambil di temani Anang, mereka berangkat ke Bangkok untuk pembedahan memasukkan silikon.

pada tahun 2008 Krisdayanti melakukan pembedahan serentak menggantikan silikon dan membuang lemak. dan dia terus ketagih untuk melakukannya.

''masalah pemulihan boleh dikatakan cepat, dua minggu selepas itu, saya sudah melakukan hubungan suami isteri dengan lancar. Anang nampaknya ghairah melihat bentuk tubuh badan saya yang seksi''

* bukan mencari sensasi *

walaupun pendedahan di dalam bukunya itu boleh mencetuskan kontroversi, namun Krisdayanti menafikan ia bertujuan mencari sensasi.

''sememangnya sudah sampai masanya kamu jujur. Kamu sudah melalui karier berpuluh tahun dan pencapaian kamu sudah tercatat dalam sejarah muzik Indonesia. Oleh itu tidak alasan bagi kamu untuk terus menutupi rahsia diri mu" statement Anang, suami dayus Krisdayanti.

''saya ceritakan semua itu untuk dijadikan pengajaran kepada sesiapapun dan menjadi teman bagi mereka yang berasa bersalah dan berharap ia menjadi pencetus semangat kepada orang lain'' kata tuan punya badan yang tak tahu malu, Krisdayanti


****end****

apa pendapat korang eh??? apakah yg Krisdayanti pikir dengan pengakuan ni orang berasa dia INESEN??? terlepaskah dia dari rasa bersalah pada ALLAH???

apakah peminat peminat Krisdayanti wajar berasa bangga, gembira dengan pengakuan tersebut?? apakah sebab Krisdayanti dah cukup popular, banyak duit, artis... so dia ada lesen besar untuk buat apa yg dia nak??? mungkin Krisdayanti nak jadi macam artis Hollywood yg menulis kisah hidup diaorg secara berani mati.. tapi sedarkah Krisdayanti, diaorang tu sah sah bukan Islam.. tp Krisdayanti ni adalah seorang yang beragama Islam.. sebelum menerbitkan buku ni.. ada tak dia bertanya pada orang yang bijak pandai, ahli ahli agama???

hmmm x paham betul lah... kalo selalunya kita cuba sebunyikan aib yg ada pada diri kita.. tp dia ni terang terang mencanang pada semua orang... ada kah isunya di sini dia rasa bersalah lalu bertaubat nasuha??? wallahualam...

shin dengan ini secara rasminya... meluahkan rasa menyampah.. meluat...dan yang sewaktu dengannya terhadap Krisdayanti ni... bole blah...


sekian~

m(^o^)m

* i'm shin... i'm inesen

Saturday, July 25, 2009

Isu : cukur jambul amalan bidaah orang Melayu???


kengkawan.. nak dengar cerita tak??? haaaa duduk duduk duduk... arini shin nak cite pasal cukur jambul... korang pernah dengar tak??? ker masa kekecik dulu korang x penah kena cukur jambul... huhuhu mungkin orang zaman moden dah x berapa buat benda alah ni semua... hmm ntah lah ek..

amalan cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.

dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)

apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak.

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.

hmmmm.... ntah ek... takut nak komen lelebih... cuma... benda yg bidaah memang patut kita elakkan... buat apa yg di syariatkan... kalo kita komen lelebih.. nanti mak bapak kita cakap kita tunjuk pandai.. nanti mula la tarik muka seribu... hmm susah mcm ni...

jom shin tepek tepek gambo sepanjang majlis cukur jambul anak sedara shin ni... Adam Ashraff..


pose sebelum majlis start... thomeynya dia..

alatan yg mesti ada masa majlis cukur jambul.. benda alah ni semua yg sepatutnya tak ada... sbb memang takde dalam Islam pun...

ni cenderahati untuk di beri pada tetamu... selain dari bunga telur dan goodies yang lain.. macam macam la... tu pasal kekadang ada yg bermewah mewah sampai membazir..

sebelum majlis akan di adakan doa selamat.. kemudian.. bacaan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w.. bayi akan di arak ..

shin tak kenal daun apa yg di gunakan.. huhuhu.. air ni akan di tepung tawar kat kepala baby terlebih dahulu

kemudian baru la rambut baby di gunting

rambut yang di gunting tadi akan di masukkan kedalam kelapa.. pastu beras kunyit di tabur.. dan paling budak budak suka... duit syiling bersama bunga rampai di tabur.. then diaorg akan berebut rebut kutip duit syilling tu...

mak shin dok cukur jambul cucu dia

lepas dah abis majlis.. mak bidan akan cukur habis rambut baby... tu dia.. kat kepala Adam ada ketubuhan.. dah buat scan dah.. doktor cakap ada air dalam tu.. tak membahayakan.. akan hilang.. tapi ambil masa... tp shin yg tengok rasa tak selesa.. macam sakit jer... makin lama makin besar shin tengok...

rilex jer Adam kena cukur..shin yg rasa seram...

muka sememeh Adam lepas kena cukur huhuhu dak botak!!!

lepas tu.. acara makan beramai ramai dalam dulang huhu... shin x reti.. shin makan dalam pinggan sajok hehehehe

camtu la kesahnya.... majlis cukur jambul hari ni... shin harap.. kalo shin di takdirkan berkahwin.. di kurniakan anak.. shin buat majlis cukur jambul yg seperti di sunnah kan oleh Nabi kita... InsyaAllah shin cuba... takde benda alah ni semua... hmmm sepatutnya majlis cukur jambul ni di lakukan pada hari ke 7 selepas baby di lahirkan... serentak ngan kita wat akikah sekali untuk baby tu... hmmm susah kan... bila dah menjadi adat... semuanya nampak tak salah.. tapi sebenarnya... kita telah melakukan suatu yang bidaah dalam agama kita...

shin harap.. Allah bagi peluang.. bagi petunjuk pada diri shin.. family shin dan kita semua... mungkin adat ni susah nak dibuang.. tp apa kata.. kita try elakkan adat ni dari terus berlaku dalam keluarga kita... cuba ek.. semoga kita semua terhindar dari melakukan perbuatan yg khurat dan syirik.. AMIN

sekian~


m(^o^)m

* i'm shin.. i'm inesen

Thursday, July 23, 2009

Al kisah - Langkah Kanan ( sambungan )


baru semalam shin bukak entri pasal Langkah Kanan... ni shin nak tepek satu insiden pasal orang melayu kita.. yang tak tau maksud simpulan bahasa Langkah kanan... haaa.. nak tau citer nya.... meh sini shin citer kan ek...

maybe ramai yang tahu rancangan teksi tunai. Dah lama main kat Astro Prima. Kengkawan leh layari http://www.teksitunai.com/ . Rancangan ni di hoskan oleh Bob Lokman.. selaku pemandu Teksi huhuhu.. shin kureng minat skit dia ni.. tu pasang jarang tengok rancangan ni... ngee~

tapi kan... ada satu episod yang begitu menarik perhatian shin. berkenaan ngan simpulan bahasa Langkah Kanan... Klipnya kengkawan boleh nengok kat bawah ni ek ( minit ke 3:18 )


kepada yang malas nak tunggu video tersebut untuk load, boleh terus baca dialog yang shin sudah ekstrakkan ni. dialog ini tidak merangkumi keseluruhan perbualan, namun cukup sekadar apa yang ingin shin highlightkan saje. nama pesertanya Syazlina... jom kita baca~

(siren di dalam teksi berbunyi)

Syazlina : Apa tu?

Bob : Saya nak bagitau bahawa siren tu bagitau Cik Syazlina bahawa Cik Syazlina adalah penumpang saya yang bertuah hari ni

Syazlina : Ok… nama abang sape?

Bob : Nama saya Bob Lokman (sambil tersenyum)

Syazlina : Bob Lokman…

Bob : Ya … Bob Lokman…

Syazlina : Ooo… Bob lokman… cam mana nama macam tu?

Bob : Saya bob pasal saiz saya, lokman tu ayah saya

Syazlina : Ok…

Bob : Ok… Cik Syazlina bekerja di mana

Syazlina : Kerja… pelakon… eheheh (tergedik-degik)

Bob : Aaa? Kerja pelakon (sambil menerkup mulut, terkejut) saya tak perasan…

Syazlina : Ala… (gedik) nak autograph?… hehe (gedik lagi)

Bob : Syazlina, Syazlina… saya baru nak kata macam familiar

Syazlina : Macam familiar, pernah tgk movie saya?… ahaha… (gedik)

Soalan Mesin: Apakah maksud simpulan bahasa langkah kanan

Bob : Apakah maksud simpulan bahasa langkah kanan

Syazlina : Langkah kanan?… menepikan diri…

Bob: Langkah kanan… (geram, sebab Cik Syazlina tak dapat jawab)

Syazlina: Langkah kanan?… kanan kananlah, kanan kan?

Bob: (beri pembayang) Dia kalau org tu dia tgh makan, kan? Dia baru nak makan, tiba-tiba tetamu dia sampai, sekali, tetamu dia masuk rumah dia tengok, tuan rumah tengah makan. Dia cakap “alamak, langkah kanan la” ha… apa maksudnya?

Syazlina : Langkah kanan?… lambat, terlambat…!

Bob : Waaa… okay, sepuluh ringgit yang pertama…(syazlina dah bersorak kegirangan)

Bob : Tak, jawapan yang sebenarnya SALAH… (muka geram)

Syazlina : Ooo. Salah ek?


moral of the storienya:

pompuan yg bajet chantek ini tidak mengenali Bob Lokman. Mungkin alasannya Bob Lokman tidak terkenal. Tidak mengapalah. Tetapi, boleh plak bertanya pada Bob Lokman, “… nak autograph?…”...motippp~ orang johor bilang... muka tempe... jenis x tau malu...

simpulan bahasa yak mudah, itupun tak tahu maknanya. ada plak dia jawab Langkah Kanan maknanya menepikan diri. Sudah diberi pembayang, pun still tak dapat teka ngan betul. aishhh... hampeh kan.. x penah belajar simpulan bahasa kat skolah agaknya...

gedik. gedik. dan gedik. Sepanjang berada dalam teksi, tidak ubah-ubah gayanya yang gedik itu.

nak tanya lah, siapa Syazlina ini? Cerita atau filem apa lakonan dia? korang pikir la sendiri... hik hik

sekian~

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

langkah kanan


hari ni kita dah masuk ke bulan baru dalam kalender Islam.. bulan Syaaban yer kengkawan... hmm.. kengkawan nak tau tak.. apa cerita disebalik bulan Syaaban ni... haaa nak tau!!? duduk duduk duduk... ceritanya camni...

maksud Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang.

Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya, “Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui”

lalu Rasulullah SAW bersabda, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.”

so.... kita disuruh perbanyakan berselawat pada Rasulullah, berzikir, berpuasa sunat, bertaubat dan melakukan amalan amalan yang baik... camtu la kaedahnya... selamat menyambut bulan Syaaban yerk kengkawan..

oklah... sambung citer pasal entri kali ni plak... '' Langkah Kanan ''...haaa... nak tau cerita seterusnya... jom shin cerita sekarang...

mula mula shin citer pasal kuih raya shin tu dulu... hmmm nampaknya.. persaingan dah ada... orang tu jual murah seringgit dari shin.. kalo kuih tart shin tu Rm18... dia jual Rm17.. ececeh... tp dia punya xde bagi tester pon.. shin punya ada.. huhuh... dengar gak suara suara '' nakal '' yg dok cakap pasal harga kuih tu... sentap ok kalo dengar lama lama... yer la.. takkan shin nak paksa lak kan... kalo nak cancel oder.. shin x leh nak cakap per...

ni baru sorang pesaing yang shin jumpa... lom lagi ada persaing yak lain kannn.. kena tabah.. huhuhu... takut gak ni... mana la tau customer larik.... huhuhu.. tp shin confident.. kuih tart shin.. sodappppppp! korang x caya??? cuba try beli dulu sebalang dua.. huhuhuhu

haaa... smlm shin jual benda baru lak... baju yg x berapa bundle hehehe... actually ni baju mak shin... dulu.. sebelum dia pi Mekah.. dia memang suka beli baju ntah apa apa.. pastu tak pakai... yang ada.. baru pakai sekali dua... hmm mebazir kan... sib baek.. penyakit membazir tu tak menurun kat anak dia yg inesen ni.. huhuhu skrg dia dah insap katanya.. takmo pakai baju camni.. yer la.. biasa orang kalo dah jadi mak hajah.. mmg camtu la patternnya.. takkan nak pakai baju fancy fancy plak kan... tp kan.. as long as menutup aurat.. tak nampak bentuk badan.. ok wut!

so shin pon tolong pack bebaik... pastu try jual kat kengkawan... kot kot diaorg nak bagi mak mak diaorg ker... nenek ker... jiran sebelah umah ker.. murah jer shin jual ek..

yak ni Rm7

yak ni plak.. Rm6

hmm.. tak sampai sejam... shin dpt jual 9 helai baju.. wahhh berjaya jugak.. even ada yg cakap nak try dulu... hmmm xper la.. beli x beli belakang kira... baru la ada semangat nak jual lagi... banyak baju yg akan shin jual.. tunggu jer la..

yang penting.. lepas diaorg semua dah bayar.. baru shin kuarkan yak lain.. selagi lom bayar.. shin stop dulu... yer la.. kang kuar yang baru... nanti diaorg mintak tukar la.. apa la.. kannn... so better bayar dulu yak lama..

lepas penat dok menjual baju.. tekak haus.. perut lapo... huhuhu.. then ada plak kawan tempat kitaorg.. Elly nama dia... dok belanja kitaorg makan nasik kaler kaler... tak tau apa nama nasik nik.. rasa mcm nasik minyak... semua orang dapat.. sambil makan ramai ramai... sangat la berselera.. memang langkah kanan kannn huhuhu

macam macam ada.. kopok leko ada... tauhu panas ada.. air cikong ada.. huhuh meja keja dah macam meja kantin... mampos kalo bos nampak.. ngee~

nyum nyum... gambo close up~

camtulah cite shin ari ni ek kengkawan... semoga betemu lagik di lain siaran ngee... jaga diri bebaik... sekian~

p/s : simpulan bahasa Langkah Kanan bermaksud bernasib baik


m(^o^)m

* i'm shin.. i'm inesen

Tuesday, July 21, 2009

jom jual biskut raya


haa kawan kawan... korang perasan tak.... hari ni jer dah 28 Rejab tau... hari rabu nanti dah masuk bulan Sya'ban.. lepas tu.. masuk bulan Ramadhan... haaa.. tak lama jer lagi nak Raya.... kejap jer kan...

so... tanpa membuang masa.. shin pun melancarkan lah aktiviti mejual kuih raya... hik hik.. kengkawan nak beli tak??? hik hik tak mahal... satu balang Rm18 ajer...


tu diaaaaaaa... kertas oder dah kuar

sebelum ni.. shin ada pasan.. sapa punya sample kuih raya ntah dah kuar... shin pun x mo kalah... advance gak... kena cepat cepat bukak kertas oder... pastu... cari customer.... kalo lambat.. melepas la.. diaorg oder ngan orang lain la plak.. ngan kawan baik ker.. ngan sedara mara diaorg ker.. huhuhu.. baik cpt kannnn... jangan tunggu lama lama.. nanti customer di kebas orang ngee~

atas budi pekerti shin yg inesen ni... shin xde la nak pulun habis... nak jual macam macam kuih raya... aishhh... kuih yak lain tu.. bagi kat orang lain plak yg jual... so peluang untuk orang lain berniaga pon ada kan.... x kisah la diaorg nak jual Almond London ker Mama Carries ker, kerepek kerepek ker... jual ler selagi bole.. tadak sapa nak marah...

pesaingan tu memang ada... orang akan tengok ropa bentuk kuih tu.. chantek ker tak... beso ker kecik saiznya... diaorg akan beza bezakan harga... haaa.. byk songeh memang.. sabo jer la...

tp shin memang sasarkan penjualan kuih tart jer.. tahun lepas pun sama... cuma tahun ni shin selitkan dua lagi kuih raya yg lain... tak sangka lak.. ada jugak yg oder...

kalo kita sedikan sample kuih raya.. bagi diaorg rasa... lagi lah diaorg puas hati... nanti ada la yg oder... camtu la yg shin buat... kuar modal skit... bagi sample rasa.. mcm biskut tu.. shin pecah pecahkan la.. kuih tart tu.. sebijik potong dua.. hah.. tu baru namanya sample.. kalo depa nak mencekik byk byk... perghh beli la kan... motip sgt nak makan byk byk.. beso beso.. tp xmo oder.. huhuhuhu... benda mcm ni kena sabo skit.. ada gak customer yg mcm tu...

mengikut pengalaman tahun sebelum ni... ramai customer akan oder... tp bila dah byk persaingan yg masuk... dah byk sample kuih raya kuar.. diaorg akan rambang mata.. diaorg akan lupa... dgn sapa diaorg akan oder... siot jer kan..

sib baik la shin ni tangkas dan cekap lagi inesen orangnya.. bila dah dekat hari nak raya... shin akan follow up balik.. calling calling atau jumpa orang yg oder kuih tu... bawak list nama diaorg.. tanya lagik sekali.. diaorg jadik atau tak nak beli... kalo dah ok.. baru shin buat penghantaran.. beserta ngan mintak payment nya skali.. cash.. tadak hutang hutang.. huhu

shin wat semua ni sbb tak mo rugi.. atau rasa tertipu la kan... sbb tahun lepas jer ramai yg cancel oder sbb gaji lom masuk.. hah.. menanges la kalo sapa sapa yg jual kuih.. pastu dah amik oder banyak banyak.. tetiba.. orang yg oder xmo bayar.. atau cancel oder last minute.. rugi la kan.. abis kuih raya tu sapa nak makan?? aishh kurang bermoral la sapa sapa yg cancel oder tu.. tak pasal pasal menyusahkan orang lain..

moral of the story nya di sini... berpada pada kalo korang nak beli sesuatu... jangan rambang bijik mata... plan bebetul... jgn sampai over bajet.. dan yg paling ponting.. catit la kat buku nota ker.. kalender ker.. korang ada oder.. atau ada hutang ngan sapa sapa... berapa hb nak kena settlekan bayaran... hah... tu namanya mendisiplinkan diri... ececeh.. kan kan!!

so kepada bakal bakal usahawan chipsmore mcm shin ni... selamat berbisnes... ingat.. jgn nak kaut untung yg x munasabah... jual la benda benda yg betul2 sedap.. jgn main jual jer.. promote ckp sedap.. tp yg ado... kurengggggggg... buat orang lain sakit hati atau marah jer nanti... dah kena black list tahun depan kan.. sapa yg rugi??? korang jugak...




Paling SEDAP PINEAPPLE TART

sekian ek~

m(^o^)m

* i'm shin.. i'm inesen

Monday, July 20, 2009

acara hari minggu


hye kengkawan... korang wat pe tu??? haaaa.. nak dengar cerita tak??? duduk duduk duduk... cerita nya camni..

mula mula.. shin nak ucapakan selamat menyambut hari yg ke 27 Rejab.. yakni Isra' Mikraj untuk kengawan semua yg beragama Islam.. hari ni bagus kita berpuasa sunat tau... actually dalam bulan Rejab ni.. bukan hari ni jer bagus kita berpuasa... tp hari hari yak lainnya pon bagus gak... haaa kejap jer nak habis daa bulan Rejab kan.. pastu masuk Sya'ban.... habis Sya'ban terus masuk bulan Ramadhan.... besh kan!!!

haa hari ni... shin buzy sangattttt... company tempat shin bekerja ada bikin Sport Day hari ni... di sebabkan shin xmo join acara acara sukanek ngan progam yg di anjurkan hari ni.. so ngan gigihnya shin join bukan gerai.. just suka suka...


hari tu ada la dekat 11 gerai yg di bukak... macam macam ada.... ada gerai bikin game, gerai jual makanan, jual bundle dan macam mana lagi ler.. shin x sempat nak ambik gambo semua gerai.. yer laa.. sbb shin sibuk jaga gerai... dan yg paling hampeh.. x sempat nak jadi paparazi ari ni.. x dpt nak snap snap orang lalu lalang... aishhh ruginya...


haaaaaaaaaa... ni lah gerai shin... cuma x sempat nak pasang tabir jer... sbb takut hujan... cuma bikin apa yg mampu jer... nama gerai shin Idaman Seri Collection.. sempena nama pusat andaman kakak shin.. Idaman Seri Pengantin huhuhuh....

actually shin buka gerai ni just nak tolong promosi adik beradik shin punya bisnes... shin xde ambik upah pon.. just buat untuk tolong dan suka suka... abang abang shin kebanyakkannya bekerja sendiri... so.. pendapatan diorg ni susah nak jangka... so kena ada alternative la untuk promosikan dioarg ni skit skit...


ni shin tolong promosi bisnes abang shin yak no 4... bisnes andaman abang ngan kakak ipar shin... so penat la jugak dok melayan customer yg tanya macam macam.. pakej semua la... kira bebaloi la shin wat promosi ni.. tahun lepas shin tolong promosi gak.. hasilnya bagus... ramai kawan kawan shin yg amik pakej perkahwinan ngan diaorg...


yak ni plak.. hasil kerja tangan kakak ipar shin... wife abang shin yg no 3... ala abang shin yg dok promote awning kawan dia tu... abang shin tu pun pendapatan dia jarang tetap.. yer la.. keje menukang.. bikin rumah.. pasang jubin semua... bila ada kerja.. ada la duit.. kalo xde kerja.. susah la.. nak bayar umah.. bayar kereta.. anak skolah... so kakak ipar shin pun wat la keje sambilan.. ngan bikin kusyen camni... harga dia Rm30 sepasang... kalo yak bersulam jer Rm40 sepasang...


selain tu.. kakak ipar shin tu ada bikin frozen karipap putar.. ngee... 15 bijik Rm3.50.. hmm ntah apa rasanya.. shin pun x penah makan lagik...

haaa.. yak ni pla.. produk kesihatan CNI... bisnes abang shin no 2 ngan wife dia...


yak ni plak.. produk AVON.. shin baru jer masuk ahli beberapa minggu lepas... asalnya shin just nak tolong promosi bisnes kawan shin.. che Lan.. tp dia suh shin masuk ahli la plak... x yakin la sgt nak jual produk ni.. sbb shin xde guna barang AVON.. so camne nak jual.. tp utk 1st jualan shin jer.. dekat Rm 500 bila campur 2 kempen.. tak sangka plak.. tp haritu shin just jual barang barang AVON yg lebih pada produk untuk nak raya.. bekas bekas kuih semua dan yg seangkatan dengannya... bole tahan gak laku... :)

cuma shin kecewa che Am x dapat datang ari ni.. yg tolong bagi semangat.. che Lan ngan che boi.. tu pun diaorg sibuk cuci cuci mata... x tolong cari customer.. siot jer!


pelanggan pertama shin.. che Niza... ngan anak sapa ntah

actually... rata rata orang yg datang acara camni.. diaorg lebih suka pegi gerai makanan... memang diaorg pulun habis... gerai gerai jual air... buah potong.. lebih laku la.. tp sebelum ni.. shin dah bagi tau abang abang.. kakak kakak ipar shin... hmm shin just tolong jer promosi ngan jual barang... berjaya atau tak... laku atau tak.. shin memang x leh nak jamin... diaorg ok jer..

hasilnya Allahmdulillah.. tak lah mendukacitakan.. even tak lah pada tahap berjaya sangat... tp shin tak ralat la.. masa pun terhad.. dari kul 7.30 pagi sampai acara sport day tu tamat jam 12.30 tengah ari... banyak juga barang barang yg terjual.. seronok seronok seronok...


sempat la shin sambung edit gambo sambil tunggu customer.. hari ni due date.. kena serahkan pada abang shin... Alhamdulillah siap jugak akhirnya.. even dah rasa nak muntah dah .. dok hadap jer..

masa tengah ramai orang datang gerai... tak rasa pun badan sakit sakit ker.. penat berdiri ker.. sakit tekak bercakap ker... tp bila dah habis kemas semua.. baru la rasa penat sangat... balik umah... kemas skit skit.. terus tertido sampai petang...

tahun depan.. shin nak buka gerai lagi... sambil promosi barang.. shin nak jual makanan sekali.. atleast.. ada income lain yg masuk huhuhuhu... berangan jer kan!!! hope panjang umo tahun depan..

camtu la kengkawan.. cite hari minggu shin... nanti lenkali shin cite lagi ek... sekian~


ni upah pertama shin dapat... hasil edit gambo orang kahwin.. yeahhhh... even rasa mcm nak demand lebih.. tp 1st job kan... terima jer la.. bole wat tambah tambah beli cat umah nanti


m(^o^)m
* i'm shin.. i'm inesen