Thursday, July 30, 2009

Nostalgia : Ella

hye kengkawan... entri kali ni shin tujukan khas untuk penyanyi kesukaan shin suatu ketika dulu huhuhu.. sekarang ni idak ler suker sangat gamaknya.. Ella.. kebetulan plak esok besday Ella.. Heppi Besday ek.. yang ke 43 tahun.... mmuah muahhh..

meh shin cite skit pasal Ella ek.. mana ar tau.. kot kot.. ada peminat tegar Ella kat sini ek... leh kongsi story pasal dia ni... shin cite mana yg shin tau dan di google hehehe


Ella atau nama sebenarnya Nor Zila binti Haji Aminuddin (lahir 31 Julai 1966) merupakan penyanyi wanita yg berimejkan Rock.. sangat ler terkenal kat negara kita dan negara jiran...

Ella dilahirkan di Gelugor, Pulau Pinang dan telah dibesarkan di Lembah Klang, Selangor. Pada zaman persekolahannya, beliau sering diundang menyanyi dan membuat persembahan pada setiap majlis yang diadakan di sekolahnya. Ella telah menamatkan pengajiannya sehingga tingkatan lima di SM Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Lembah Klang, Selangor. Sebelum beliau menceburi bidang seni, beliau banyak membuat persembahan di kelab malam dan lounge yang terdapat di sekitar Lembah Klang.

Selepas menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 1983, Ella gagal mendapat keputusan yang memuaskan. Namun, dia berjaya juga mendapat tempat untuk mengulang sekali lagi peperiksaan di Sekolah Menengah Methodist, Klang.

Pun begitu, Ella gagal mendapat keputusan baik. Ini disebabkan dia tidak dapat konsentrasi sepenuhnya terhadap pelajarannya. Apa yang berlegar dikepalanya ketika itu ialah menyanyi menyanyi menyanyi... dah sebati ngan jiwa katanya... padahal.. mmg malas nak skolah hehehehe

Kali pertama Ella menyanyi di lounge..kalau tak silap nama tempat tu Portugese Lounge. Di situ Ella buat show selama sebulan. Bertolak dari situ, Ella mula mendapat perhatian daripada pemilik pubdan lounge sekitar Lembah Klang. Selepas kontraknya tamat di PortugeseLounge, dia ditawarkan pula menyanyi di sebuah pub yang lebih popular diBangsar iaitu Moonraker (Kini sudah ditutup ekoran kebakaran tahun lalu).


Mulanya, Ella dibantu oleh seorang pemain gitar, Aziz. Selepas Azizmenarik diri, barulah pemuzik baru, Lokman (Lord), muncul menggantikannya.Dialah yang bertanggung jawab memberikan nama E.L.L.A. kepada Ella. Begitu rupanya kan... cerita di sebalik nama Ella.. tp memang tak jauh ngan nama dia kan... xlah larik jauh.. mcm Wohnen ker.. hehehe

Tidak lama selepas itu, seorang lagi anggota baru, Zahari (Ayi),menyertai kumpulan mereka sebagai pemain bass. Mulai saat itulah pemilikMoonraker, Tony, menggelarkan mereka dengan nama trio komersil - Ella AndThe Boys!

Mengenai pembabitan Ella dalam nyanyian, dia telah menunjukkan kecenderungan terhadap bidang nyanyian sejak berusia tujuh tahun lagi. Lagu kegemarannya ketika itu ialah Sealed With A Kiss. Itulah lagu yang selalu dinyanyikannya kalau masuk mana mana pertandingan. Wahh lagu lama tu... huhuhuh

Ella sejak kecil lagi cergas dan sukaberlari. Malahan, kelebihannya menarik nafas panjang membuatkan dia mampuberlari dalam jarak jauh apabila mengambil bahagian dalam acara sukan disekolahnya.

Dan kalau korang nak tau.. masa kecik kecik.. Ella ni aktif dalam persatuan kompang kalo ada kerja kahwin tau... hehehe camne la rupanya kannn! Mesti brutal ngee~

Selain tu... Ella ni jenis orang yang penakut... Kakak dia Jojie la yg selalu dok teman dia pi menyanyi sampai jauh malam.. Ella gak takut pegang barang barang antik.. lama.. bila di tanya.. dia ckp... '' Eii Seram '' huhuhu hmmm shin leh bayangkan.. Ella mesti x suka tengok cite antu kan.. wahh sama ngan shin hehehee.. lagi satu.. Ella ni geli ngan ulat bulu... huhuhu


Pada 1987, Ella telah diberi gelaran Ratu Rock Malaysia oleh peminat ramai kerana beliau adalah satu-satunya penyanyi rock wanita yang berjaya ketika itu. Namun kumpulan yang ditubuhnya hanya bertahan selama tiga tahun sahaja kerana Ella telah membuat keputusan untuk bergerak solo dalam industri muzik.

Setelah membuat keputusan, akhirnya beliau telah berjaya merakamkan album solo beliau yang pertama iaitu Pengemis Cinta yang melonjakkan nama beliau sebagai antara artis wanita paling popular di Malaysia.

Setelah berjaya dengan kemunculan album pertamanya, beliau telah dilamar oleh Syarikat Rakaman EMI Malaysia pada tahun 1992. Ella muncul menerusi album solo keempat beliau iaitu ELLA 30110 yang telah berjaya mencatat jualan album tertinggi dalam masa yang singkat ketika itu. Kita Ella artis pompuan kedua mencatat rekod tertinggi jualan album selepas Ramlah Ram.. cayalah~

Ella telah berhasrat untuk menghasilkan album kelimanya dirakam di Amerika Syarikat pada 1994. Dengan kesungguhannya untuk merakamkan album yang berjudul ELLA USA, akhirnya album tersebut telah berjaya mengulangi kejayaan jualan albumnya yang terdahulu. Album tersebut telah berjaya mencatat jualan tertinggi iaitu sebanyak 350,000 unit sekaligus menjadikan beliau sebagai artis wanita paling laris penjualan albumnya.

Masa ni shin baru nak masuk tingkatan 4.. Kaset pertama yg shin beli dulu album kumpulan Slam. Dan album Ella USA adalah kaset ke dua yg shin penah beli... penat ngumpul duit taw... jaman shin susah susah dulu.. hehehehe memang tak rugi beli album Ella USA masa tu.. lagu sedap sedap.. pastu.. 1st time artis Malaysia yg buat lirik mcm nota kecil.. perghh kira paling latest la tu...

Setelah berjaya dengan kejayaan albumnya itu, Ella telah diiktiraf oleh 'Malaysia Book Of Records (MBOR)'sebagai Artis Malaysia Pertama Mempunyai Penjualan Album Terbanyak dan Artis Malaysia Pertama Merakamkan Album Penuh Di Amerika Syarikat.

Pada tahun 1998, Ella telah dipilih untuk menyanyikan lagu "Standing In The Eyes Of The World" sebagai lagu tema Sukan Komanwel 1998 yang buat pertama kalinya diadakan di Malaysia.

Banyak pencapaian yg Ella penah buat sebelum ni... biar shin listkan ek..

* memenangi pertandingan Battle Of The Bands (BOTB) anjuran Radio Televisyen Malaysia.

* artis Malaysia pertama mengeluarkan album video iaitu 'Ella-Mood' (1991)

* menjadi duta Muhibbah Persatuan Bulan Sabit Merah sebelum Siti Nurhaliza yang turut menjadi duta bagi persatuan ini.

* Ella pernah muncul di Stesen Televisyen terkenal di Amerika Syarikat iaitu 'Music Television (MTV)'. Ella juga merupakan satu-satunya artis Malaysia yang pernah ditemu bual oleh stesen televisyen tersebut selepas Datuk Sharifah Aini.

* memenangi Anugerah Artis Wanita Popular 1993 (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1993).

* memegang watak utama dalam tiga buah filem iaitu Bayangan Maut (1990), Pemburu Bayang (1992), dan Hanya Kawan (1997).

banyak lagi laa.. huhuhu..

Banyak lagu lagu Ella yg shin suka.. mcm Pengemis Cinta, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Gemilang, Kabus dan Sirna, Dua Insan Bercinta, Kasih... dan banyak lagi yg sedap sedap. Dalam banyak banyak tu.. lagu yang paling shin suka dengar...of course la Sembilu... sangat suka.. bukan ada kena mengena ngan cinta ker apa... tp bila dengar.. mcm mengibau zaman kecik kecik dulu... huhuhuh nostalgia sgt..

Tp Ella sekarang x macam dulu... mcm dah xde arah jer shin tengok... suara pun makin biang.. makin kurengggggg umph... lagu yg Ella nyanyi pun makin lama makin x sedap... makin x malar segar... susah ar camni... Ella pikir peminat peminat kat luar sana.. mungkin ada yg macam shin gak.. yg kurengg berminat ngan cara dan lagu Ella sekarang ni... so amatlah rugi yer..

Apapon shin doakan semoga Ella terus maju... sihat.. dan mendapat hidayah dari Allah s.wt. AMIN... sekian dulu biacara Nostalgia untuk entri kali ni... daaaaaaa


m(^o^)m

* i'm shin.. i'm inesen

3 comments:

Unknown said...

ella mmg cool

Susan said...

I was surfing net and fortunately came across this site and found very interesting stuff here. Its really fun to read. I enjoyed a lot. Thanks for sharing this wonderful information.
sims 4 news

Secret Dreams... said...

Ehh..dulu Ella penah putus tunang kan..siapa bekas tunang dia tu?? Rasa ingin tahu hahahah