AL-Kesah flight kena cancel (Krakatao meletup) 6 September kelmarin, waktu tu shin transit di Bali untuk teruskan flight ke Tambolaka, Sumba Indonesia.
Letih menunggu di airport dari jam 6 pagi. Sepatutnya berlepas jam 9 pagi tapi delay hingga pukul 11pagi.. kemudian delay lagi sampai pukul 1 petang sebelum di maklumkan flight cancel. Tak buang waktu beli ticket baru untuk ke Sumba. Pilih flight yang base nya bukan dari Jakarta, tapi dari Surabaya. Alhamdulillah dapat juga ke Sumba.
Sebelum travel shin ada beli insurance etiqa, di sebab kan jarang berlaku apa apa incident yang mengharus kan claim, maka shin beli “silver package” sebab tu paling murah. Shin bajet trip kali ini baik baik sahaja. Tak sangka jadi macam ni. Kalau tau beli “Platinum” banyak dapat claim hehe
Ini pertama kali shin berdepan dengan “flight cancel”. Lepas shin dapatkan “Cancelation Flight Notice” dari pihak airlines, shin snap “Departure Notification” yang menunjukkan flight ke Sumba kena cancel. Ia sebagai bukti tambahan untuk shin submit ke etiqa. Juga boarding pass dari KL. Segala mala kerugian yang shin rasa patut claim shin attach bukti seperti grab car, check in hotel waktu terkandas, burn cost yang di sebabkan oleh flight cancel, semua shin attach sekali. By the way, pihak airlines tidak menyediakan kemudahan apa apa sekiranya flight cancel di sebabkan oleh bencana alam.
Selain claim etiqa, shin claim refund di Traveloka, ia lebih mudah berbanding claim insurance etiqa, tak rumit dan tak perlu bukti apa apa, Traveloka sedia maklum flight cancel. Cuma masa kita beli ticket tu pastikan kita beli ticket yang refundable. Bayar lebih sedikit tak apa, Dari beli yang murah tapi tak boleh refund jika berlaku apa apa.
Lepas lebih sebulan menunggu.. akhirnya.. dapat juga claim insurance etiqa sebanyak Rm850 dan refund dari Traveloka lebih awal dapat Rm655. Boleh la buat tambah tambah untuk trip ke Raja Ampat bulan November nanti.
Total travel ke Bali - Sumba shin habis Rm2000, dan dapat claim sebanyak Rm1500. Beerti shin cuma keluar Rm500 je utk trip ini dari 5 - 12 September 2026. Alhamdulillah. First time travel dengan full service airlines Garuda, coklat dia sedap hehe

No comments:
Post a Comment