Friday, August 14, 2009

bersin vs sangap

Demam, batuk dan selesema yang menjadi mimpi ngeri kepada kita hari ini disebabkan serangan wabak selesema babi yang meragut berpuluh nyawa turut menghalang kita meneruskan rutin harian kerana bimbang dijangkiti atau menyebabkan jangkitan.

Benar hanya Allah SWT yang menentukan sesuatu berlaku, tetapi makhluk wajib berikhtiar menjauhi kebinasaan sama ada di dunia atau akhirat.

Justeru, dalam keadaan genting seperti hari ini, umat Islam perlu lebih tekun bertahajud dan berdoa (al-ma'thurat khususnya) seperti dilakukan Rasulullah SAW dan mengetahui cara hidup Islam sebenar, termasuk ketika menghidapi penyakit berbahaya.

Antara tanda awal selesema babi ialah demam diikuti selesema, batuk, sakit tekak dan sebagainya. Kebiasaan orang yang menghidap selesema akan bersin dan berasa tidak selesa. Memang ia agak menyukarkan, tetapi ajaran Islam menganjurkan umatnya supaya beradab ketika bersin seperti menutup mulut dan menahan suara supaya tidak terlalu kuat yang sedikit sebanyak mengurangkan penularan wabak penyakit.

Tahukah kengkawan... Allah SWT menyukai bersin kerana orang bersin akan memuji-Nya. Dengan pujian itu, saudara atau sesiapa yang mendengar lafaz 'Alhamdulillah' yang diucapkan akan mendoakan kita dirahmati Allah kembali.

Bayangkan jika hanya seorang bersin dan ungkapan 'Alhamdulillah' didengari ramai orang, tentulah semua yang mendengarnya mendoakannya kembali dengan lafaz "Yarhamukallah'.

Haa... Berapa ramai yang mendoakan orang bersin dirahmati Allah? Dengan wabak yang menular, kita wajar saling mengingatkan mengenai penyakit itu, di samping mengambil langkah pencegahan agresif.

Rasulullah SAW bersabda seperti yang diriwayatkan Imam Bukhari maksudnya: "Jika seorang antara kamu bersin, hendaknya ia mengatakan Alhamdulillah (segala puji hanya bagi Allah). Kemudian saudaranya atau temannya mengucapkan Yarhamukallah (mudah-mudahan Allah merahmatimu).

"Jika dia mengucapkan Yarhamukallah, maka ia mengucapkan Yahdikumullah wa yushlih balakum (mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk-Nya kepadamu dan memperbaiki keadaanmu."

Dalam hadis diriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyintai bersin dan membenci menguap. Jika ada antara kamu bersin dan memuji Allah Azzawajalla, wajib bagi setiap Muslim yang mendengarnya untuk mengucapkan Yarhamukallah.

"Menguap berasal daripada syaitan. Jika ada antara kamu yang menguap, ia perlu menahan sekuat tenaga kerana jika menguap, maka syaitan akan mentertawakannya." (Hadis Riwayat Bukhari)

Memang tiada sesiapa pun yang memuji Allah selepas menguap, malah kadangkala terlupa untuk menutup mulut, tetapi hakikat bahawa Allah menyukai bersin kerana ia akan memuji Allah, jika tidak ia tiada bezanya dengan menguap.

-end-

haaaaaa kengkawan.. itu la bezanya antara bersin dan menguap... hmm so sekarang dah tahu kan... next time kita pratikkan apa yg patut..

kekadang bila kita tengah lepak ngan kengkawan.. atau kita kuar memana.. sure kita rasa x selesa.. tetiba ada org yg bedekatan kita bersin tak cover cover... betul betul ngadap kat muka kita. atau orang lain... haaa.. so kita pon jangan buat benda tu kat orang lain.. baik baik ada orang nak ngurat kita.. sure cancel terus huhuhu dah rugi kan kan..

camtu gak kalo kita tengok orang menguap sebeso beso alam... dari nampak lawa terus herut herut muka dia dok nganga luas luas.. huhuh failed terus... lagi plak kalo kita ngaga beso beso mau cramped rahang mulut heheehe

moralnya.. mungkin benda yg kita x pernah pikirkan sebelum ni.. agak remeh... tetapi sebenarnya ada hikmah.. mungkin dengan ini kita dapat mengelakkan penularan penyakit H1N1 ek... kita mcm satu usaha gak la ni...

gitu la citer shin di hari Jumaat ni.. semoga shin ada ilmu yg dapat di share share kan.. sekian dulu ek.. jumpa lagi..

p/s : pasan tak.. menguap ni mcm penyakit berjangkit.. pantang tengok orang menguap.. kita pon nak terikut sekali heheheh.. tp bersih x la plak kan kan..

m(^o^)m

* i'm shin.. i'm inesen

4 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

manafaat entry ni, shin =D

fahruzzaman.Ismail said...

peringtan yg bergna...
terima kasih.
h1n1...
smpai majlis konvo pun ada taklimat h1n1.
mask adalah perkara wajib dlm majlis.
hehehe

i'm shin... i'm inesen said...

nuar : manafaat besama ek

fahruzzaman : peringatan untuk semua gak... termasuk diri shin sendirik ek..

Anonymous said...

thanks for this entry