Tuesday, October 27, 2009

dari bilik berita



well kengkawan... saje shin nak tepek entri 'dari bilik berita' hari ni... khas untuk tatap diri shin sendiri... mungkin ada gak kengkawan yg terlepas pandang pasal berita berita tanah air kita.. almaklumlah.. kekadang korang penat.. x sempat nak beli paper.. mana yg ada tenet tu.. x sempat nak baca online paper ( pasal bz hadap web porno, facebook, blog ops! dan yg sewaktu dengannya ) dan ada gak yg hanya baca part tertentu jer.. sukan jer.. hiburan jer.. atau ruangan mencari jodoh.. eh silap.. mencari kerja.. ngee~

xper xper.. jangan risau.. oleh sebab shin ni budak inesen yg baik hati.. shin tolong tepek berita berita yg rasa shin bekenan jer.. hahahaha.. yg mungkin ada gak bersangkut paut ngan korang jugak... kan kan~

shin maleh nak ulas isu bajet 2010 yg ntah apa apa tu... bajet tu untuk sapa ek??? pening la dengar suntik suntik modal bejuta juta.. untuk sapa semua tu???? untuk orang kerajaan jer ek?? apa benefit nya untuk orang kampong mcm shin ni???

ops larik tajuk... orait.. meh kita baca berita pilihan shin ni ek~

p/s : shin bukan anti kerajaan.. tp shin anti ketidakadilan dan kesamaran yer.. ngee... harap jgn amik ati.. ni just pendapat peribadi...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Bhd. (TNB) mencatatkan keuntungan bersih sebelum tukaran mata wang asing sebanyak RM408.8 juta untuk suku keempat berakhir 31 Ogos 2009.

moral of the storynya : ingatkan depa nak cakap pasal rugi sokmo... hmmm betulkan shin kalo silap yer... bagi seisi rumah yg bilnya x lebih Rm20 sebulan.. then free la kann x yah bayar bil.. hanya sampai hujung tawun ni jer ek??? pesal tak teruskan jer... apesal x masuk dalam bajet 2010 aritu ek??? kot yer untung la sgt.. kot yer kerajaan cuba nak bantu rakyat2 miskin.. rakyat luar bandar... kan kan~

KUALA LUMPUR - Kerajaan mencadangkan cukai perkhidmatan sebanyak RM50 setahun dikenakan ke atas setiap kad kredit dan kad caj, berkuat kuasa 1 Januari tahun depan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah ini juga termasuk kad yang diberi percuma. Manakala cukai perkhidmatan sebanyak RM25 setahun juga dikenakan ke atas setiap kad kredit tambahan.

moral of the storynya : hairan....kenapa pemegang kad kedit kena charge rm50?apa kena mengena ngan gov, kann bank yg kasi kad la.. daripada tak perlu nak bayar, di paksa utk bayar.. kalu btol nak elakkan rakyat dari muflis dari berhutang dgn kad kredit, suruh ajer la siapa yg ada lebih dari 1 kad kredit utk bayar fees rm50 for each card tu.. nie tak.. yg 1 kad pun kene bayar..... hampeh tol....

walaupun katanya cadangan.. tp ada plak tulis berkuat kuasa 1 Januari tawun depan.. cehhhhhh... tu bukan cadangan lagi namanya.. mangkuk!

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja- Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan menimbangkan pemberian bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam seperti dicadangkannya sebelum ini bagi menghargai usaha mereka dalam membangunkan sektor awam negara.

moral of the storynya : x habes habes... menyampah dengar... kerajaan plak x plak bantuk pekerja pekerja swasta yg rata rata di tindas majikan... dah la nak tubuhkan Union pun payah... pesal kerajaan x wajibkan semua syarikat swasta membenarkan pekerja pekerjanya tubuhkan Union.. naper mesti nak tunggu kena ada tandatangan syarikat.. baru la Union bole di tubuhkan... kalo gitu.. sampai bilaaaaa???

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan Internet Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) dijangka ditawarkan kepada pengguna mulai pertengahan tahun depan. RM11.3 bilion untuk pertingkatkan jalur lebar negara. Sebagai permulaan 10Mb/saat akan disediakan di kawasan terpilih di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor pada tahun depan dan dikembangkan ke kawasan lain sehingga 2012.

moral of the storynya : mari kita lihatttttt sambil menunggu.. betul ker idak yer! sejak shin asyik poblem streamyx ni... kurang kepercayaan jer.. lagi la... kawasan terpilih kat Kuala Lumpur ngan Selangor... pesal tak wat kat Johor dulu???? hahahaha gitu~ kannn ntah dapat ke idak.. kang makin lebar jalurnya.. makin lebar dan besar la plak nak kena membayarnyaa... x gitu..

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menubuh Dana Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan tabungan terbesar RM100 juta untuk membiayai aktiviti kemasyarakatan.

moral of the storynya : hmmmmmmmmmmmmm... aktiviti apa kah itu agaknya??? aktiviti terpilih??? hanya untuk individu terpilih????? kawasan terpilih???? bole blahhhhh!! pastu camne ngan masyarakat luar bandar yg banyak kes remaja rosak akhlak.. pregnant luar nikah.. sebelum ni.. apa yg aktiviti diaorg dapat?? sebab kurang la.. diaorg wat aktiviti sendiri.... ngerti!!

hmm bakal bersambung la yer huhuhu... emo jap~

p/s : shin harap.. next time PM bentangkan plak bajet Yellow Pages... mana mana syarikat/peninaga bumiputera yg patut di bantu... ye la kan.. dalam banyak banyak kat situ.. berapa kerat jer laa bumiputera.. kalo korang x caya.. pi la bukak Yellow Pages tu ek!!! haaa yg tu memang patut di suntik.... so jgn la asyik suntik bebillion billion.. tp apa yg di suntik.. betulkah tempat disuntik tu.. wallahulam...


marilah kita sama sama berdoa.. supaya kita sentiasa bersama dengan orang yg beriman, adil, cekap dan amanah.... semoga negara yg kita sayangi.. di pelihara Allah s.w.t dan terus aman makmur.. maju.. berjaya dunia akhirat.. ek~

sekian~


dapatkan CD album terbaru Nikki - Hawa.. yang ori ek~

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

4 comments:

Unknown said...

pening paler baca tentang ekonomi and politiks nie..
soooo.. im out lol. :P

bestke said...

sejuk hati tenguk gambar tok guru duk berdoa...

i'm shin... i'm inesen said...

terry : i have to.. sebab shin adalah rakyat Malaysia yg di beri hak memilih pemimpin negara.. shin gunakan hak tu semasa pilihan raya.. so shin ada gak hak juga menyuarakan rasa tidak puas hati, rasa bangga, rasa terima kasih atas apa jua yg telah shin dapat.. baik buruk.. semua kena ada tindak balas yg relevan... ek!

bestke : ek!?

Anonymous said...

Salammmm Shinchannn...

Setuju dengan pendapat shin! Sebagai pemilih kerajaan dan pembayar cukai kepada kerajaan kita haruslah peka dengan apa yg mereka hendak buat kepada negara.Laporan ketua juruaudit negara jelas menunjukkan banyak pembaziran duit rakyat. Perkara yg baik dibuat tetapi dalam masa yg sama membazir! huh pikir perut sendereyy jerr,, perut rakyat how?

Bersyukur Syabab dengan pemerintahan Selangor yg baru. Walaupon tak byk.. tetapi semua warga negeri selangor dapat www.selangorkini.com.my/my/

Best Regards
Syabab