Wednesday, December 15, 2010

sakit pinggang sebab kuat melancap?? iyer ker ek??


masa shin skolah skolah dulu.. kalo ada kengkawan yg dok ngadu sakit pinggang la.. sakit belakang la... lenguh kaki la... mesti ada mulut puaka yg dok cakap.. ''haaa tu la.. kuat melancap.. tu pasal sakit'', eh iyer ker?? sesedap rasa jer kan nak ckp camtu.. rasa kalo kita tido salah bantal ker.. atau tilam dah makin nipis.. suka tido atas lantai.. tu yg datang rasa sakit tu semua kan.. huhu.. entri kali ni shin sharing sharing cite pasal sakit belakang ek..

haaa kengkawan.. apa yang korang lakukan ek bila tetiba rasa sakit belakang atau sakit pinggang? ada ker cukup ngan amik ubat penahan sakit, berurut, mendapatkan rawatan pakar atau mencuba rawatan alternatif? haa apa pun jawapannya, jangan ambil mudah kerana sakit belakang kronik juga boleh mengundang gangguan fungsi seksual terutama kepada kaum lelaki.. ayioooo x tau.. takot x??

sakit belakang kronik yang berterusan boleh menjejaskan keupayaan seks lelaki secara langsung atau tidak.. kesakitan tersebut menekan atau menghimpit saraf sakrum menyebabkan ia menekan terus saraf pelvik lalu mengganggu keupayaan seksual termasuk mati pucuk.. erkk ngeri kan~

pesakit juga boleh mengalami gangguan fungsi seksual secara tidak langsung akibat pengambilan ubat terapeutik dan juga disebabkan kemurungan, stres dan gangguan psikologi.. mungkin ini disebabkan oleh sikap sambil lewa, anggap sakit belakang ni mcm sakit biasa jer..

apa itu sakit belakang ek?


haa.. rasa sakit di bahagian tengkuk, tulang belakang dan punggung yang berpanjangan lebih daripada enam minggu hingga tiga bulan boleh ditafsirkan sebagai sakit belakang kronik.. tapi bila diambil paracetamol atau ubat tahan sakit dan berehat, lama kelamaan kesakitan itu akan hilang..

sakit belakang berpunca daripada kecederaan di bahagian otot, saraf, tulang, sendi atau struktur lain pada tulang belakang.. rasa sakit belakang tu mungkin seperti dicucuk-cucuk, rasa sengal atau berdenyut, mungkin untuk tempoh yang panjang atau sekali sekala..

jenis sakit belakang yang kerap menyerang lelaki berusia antara 30 hingga 40 tahun adalah sakit sendi dan slipped disc atau disc tergelincir.. bagi mereka yang berusia antara 40 hingga 50 pula kerap mengalami sakit sendi faset... then bagi lelaki berusia 60 hingga 70 tahun pula biasa mengalami spinal stenosis..

tanda-tanda utama sakit belakang adalah rasa sakit di bahagian pinggang yang menjalar ke punggung, paha dan seterusnya ke betis.. ada jugk pesakit yang rasa sakit dan kebas mencucuk hingga bahagian betis, paha dan kaki..

jenis-jenis sakit belakang

1. Slipped disc - disc tergelincir adalah masalah kecederaan pada tulang lembut (disc) yang juga dikenali sebagai disc intervertebral.. dalam istilah perubatan ia disebut spinal disc herniated/ prolapsed. Disc intervertebral boleh diumpamakan sekeping tulang lembut di antara tulang vertebra. Ia terdiri daripada satu tisu yang kuat (annulus fibrosus) di mana di dalamnya terkandung sejenis bahan yang lembut (nucleus polposus).. kecederaan pada disc intervertebral menyebabkan kerosakan pada annulus fibrosus.. akibatnya, ia menjadi bengkak dan seringkali juga pecah pada disc intervertebral.

2. Ankilosing spondilytis - merupakan sejenis artritis yang menjejaskan tulang belakang. Simptom termasuk kesakitan daripada leher hingga ke bahagian tulang bawah. Sakit tulang belakang jenis ini menjejaskan hingga 0.1 hingga 0.5 peratus orang dewasa. Biasanya kerap berlaku di kalangan lelaki berusia antara 20 hingga 30an. Ia jarang berlaku di kalangan wanita dan jika ada sekali pun, tidak begitu serius.

3. Sakit sendi faset- Adalah masalah yang jarang berlaku dan ia boleh menjejaskan bahagian bawah serta leher. Boleh menyebabkan simptom serius dan mengundang kecacatan kekal kepada pesakit. Bagaimanapun, masalah sendi faset jarang melibatkan saraf tulang belakang.

4. Spinal stenosis - Keadaan dimana saluran spinal mengecil dan menekan saraf spinal. Ini biasanya melibatkan kemerosotan spinal disebabkan penuaan. Kadangkala ia juga berpunca daripada disc tergelincir, osteoporosis atau tumor. Spinal stenosis boleh melibatkan kawasan cervical (tengkuk), torasik atau lumbar spinal. Jika ia berlaku di kawasan lumbar boleh menyebabkan kesakitan di bahagian bawah juga rasa kelainan di bahagian kaki, paha, tapak kaki atau punggung. Kadang kala ia juga boleh menjejaskan kawalan pundi kencing dan usus.

5. Sindrom myofasial - Berlaku kesakitan kronik dan bagi sesetengah kes, sakit yang teramat sangat dirasai. Ia diikuti sakit pada bahagian tertentu yang menyucuk.

6. Sindrom kauda equana - Kesakitan di bahagian bawah termasuk punggung, paha dan kaki. Juga berlaku kesakitan kronik dan bagi sesetengah kes, sakit yang teramat sangat dirasa. Boleh melibatkan penekanan di bahagian kelamin, menjejaskan kawalan pundi kencing dan sistem usus.

rawatan

mereka yang mengalami sakit belakang tidak memerlukan pembedahan major.. pesakit memerlukan rawatan multimodel peringkat demi peringkat.. rawatan tanpa pembedahan memerlukan kaunseling, fisioterapi, rehat otot corticosteroid dan pengambilan ubat tahan sakit neuropatik..

selain itu pemakaian alat sokongan tulang belakang juga membantu. Sekiranya rawatan tidak berkesan, doktor akan mengesyorkan suntikan minimalis seperti radio-frekuensi dan prosedur neurolysis.. salah satu rawatan yang termaju adalah spinal cord stimulation. Stimulasi ini dilakukan dengan memasang implan pada saraf tunjang dan kos rawatannya agak tinggi ek..

begitulah kisah sakit pinggang.. sakit belakang.. sakit otot.. haaa.. even shin pun ada rasa ni... hope xde la melarat ek.. huhu... sekian dulu ek entri kesihatan dan info untuk kali ini.. semoga kita semua sihat sihat... ngee~





senam ek.. jgn malas malas..

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

6 comments:

Admin said...

boleh la t try2 exercise,
hehe mownem..! ^^

pakcik said...

..hmmm. I wonder...

i'm shin... i'm inesen said...

ahsfantasy : haaa jgn malas2 senam ek

i'm shin... i'm inesen said...

pakcik : wonder pet ker? ngee~

saynsein said...

Haha....shin...xsgke awk ade blog..nice blog neway...:-)

saynsein said...

Haha....shin...xsgke awk ade blog..nice blog neway...:-)