Tuesday, March 15, 2011

sapa mau susu shin???


haa sapa nak susu shin.. cepat angkat tangannn!! haa beratur beratur.. ngee.. kengkawan, korang suka minum susu x??? hurm.. shin x suka sgt.. x tau ar naper ek.. sbb rasa susu kot.. then nnt cpt sakit perut.. kalo shin sakit perut.. pi klinik.. biasanya doktor akan bagitau.. jangan minum susu, makan lemak2 atau jauhkan sekekap cekelet.. ngee~

org bilang.. sapa minum susu.. nnt cepat tinggi.. dulu ar.. tp masa kekecik.. mana la parent shin nak menitikberatkan makanan seimbang ker.. makanan berkhasiat semua.. beli susu tin suda ar.. nak beli susu KLIM ker.. susu everyday ker.. toksah harap.. bukan mampu sgt.. sbb tu adik beradik semua x cukup tinggi huhu..

actually kan.. susu bagus utk tumbesaran kanak kanak.. itu tulang dan gigi.. so.. korang yg ada adik.. anak ker.. haa bagus bagi dorang minum susu ek.. biasakan.. jgn selalu bagi jajan..

shin pun dah mula minum susu skit skit.. trainer suruh.. sbb badan ni sakit sakit lepas angkat besi.. so otot koyak ler.. then protein kat susu ni la bole baikkan tisu tisu otot yg koyak tu.. nk tinggi lagi x bole ar.. tp utk kuatkan.. keraskan sesuatu kat tubuh ni.. InsyaAllah.. bisa~

ok.. jom shin cite serba skit pasal susu ek~


sebelum tu.. info ini di bawa khas oleh HTC huhu

kengkawan tau x.. susu mempunyai dua jenis protein iaitu kasein (80%) dan wei (20%).. so di antara kedua jenis protein ini, protein susu wei adalah lebih mudah larut berbanding kasein.. badan manusia memerlukan protein dalam pembinaan sel-sel baru serta membina otot dan tulang.. betul kan.. mcm shin ckp td.. protein juga amat penting di dalam pemprosesan badan terutama yang melibatkan metabolisma badan..

namun begitu terdapat beberapa pertikaian mengenai sama ada pengambilan susu lembu baik untuk orang dewasa atau tidak.. pengambilan susu selalu dikatakan bagus bagi kesihatan kerana kandungan kalsium yang tinggi, terdapat kajian (yang dipertikaikan) yang mencadangkan bahawa terdapat protien dalam susu yang menganggu penyerapan kalsium untuk membentuk tulang kerana ia meningkatkan aras asid dalam darah.. dengan ini memulakan tindak balas mengimbangi aras asid tersebut dengan menggunakan kalsium sedia ada yang berada dalam tulang.. ntah la ek..

mereka yang mengalami kesan melecur akibat kebakaran serta yang selesai proses pembedahan juga di galakkan untuk mengambil makanan tambahan yang mengandungi protein.. hal ini kerana, protein dapat membantu dalam mempercepatkan proses penyembuhan luka selain membantu penghasilan sel-sel baru.. haa kot kot korang gado ngan kapel.. pastu dorang simbah air panas ker.. leh la korang amalkan ek.. kalo dorang simbah asid.. x dapek den nak nolong...

ahli sukan yg lama atau yg baru berjinak jinak mcm shin ni.. amat memerlukan protein jenis wei kerana kandungan asid amino yang tinggi.. selain itu, protein ini juga mengandungi komponen asid amino penting yang di kenali sebagai “Leusina”. Komponen ini dapat membantu dalam menghasilkan protein otot selain keupayaannya dalam pertumbuhan otot.. ouh itu macamm..

apa yang paling penting adalah protein jenis ini adalah lebih cepat untuk diserap di dalam badan kerana cirri-cirinya yang larut serta mudah dicernakan.. sebelum mendapatkan produk apa apa yg berkaitan susu di pasaran, korang perlulah mendapatkan nasihat terlebih dahulu dari pihak doktor.. ini dapat membantu di dalam memastikan korang mendapatkan produk makanan yang bersesuaian dengan kesihatan badan korang ek..

sekian info sihat dari shin.. ngee~

p/s : shin dah minum susu.. korang bila lagi??


seksi kan minum susu jadi rupa dan badan camni huhu

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

10 comments:

::FAIZ:: said...

hahahaha lol

MOHD HAFIZI NOR SALIN said...

dan yg pasti bla ak minum konpem seharian ulang alik pi toilet....

Calvin Charles said...

Orang Melayu panggil Leucine(Protein), Leusina ekk??? hahhaha... Pelik.... =__=

Unknown said...

ahaha..susus bagus..sedap..susu blh cuci perut..

i'm shin... i'm inesen said...

faiz : minum susu.. nnt kulit gebu taw

i'm shin... i'm inesen said...

faiz : minum susu.. nnt kulit gebu taw

i'm shin... i'm inesen said...

hafizi : sama ler

i'm shin... i'm inesen said...

calvin : ntah la ek huhuhu.. x pakar sgt

i'm shin... i'm inesen said...

fir : tu yg pi toilet jer ngee~

Anonymous said...

shin...seksinya pic pegang susu..ngeee