Thursday, April 14, 2011

dengan kuasa bulan~


heyo.. kengkawan nak tau takk??? haaa... dalam banyak banyak anime yg ada kat muka bumi ni.. antara yg shin suka nengok yeler Sailor Moon.. lelagi kalo yg cakap melayu huhu.. tp nak cari dvd Sailor Moon cakap melayu mmg harapan punah ler.. xde kat pasaran.. kalo ada pon.. ntah ceruk mana.. susah nak jumpa ek~

la ni shin dok ngabiskan skit skit citer Sailor Moon ni.. ntah ngaper.. terasa nak nengok balik.. lama dah beli..tp x nyempat nak nengok.. bukan sebab bz.. tp sebab x abis nengok dah beli yak laen huhu.. dulu laa.. skrg ni dah lama x beli dvd anime.. dah misekin *nanges

eh.. korang penah nengok tak citer Sailor Moon ni?? aiyooo x penah?? ish ish ish.. rugi woo.. best citernya.. tomey mcm shin ngee.. hahahaha.. haa apa kata shin citer skit pasal citer Sailor Moon ni ek.. jom shin citer sekarangggg!

siri anime popular SAILOR MOON ni berkisar tentang kumpulan pelindung yang telah diberikan kehidupan baru setelah kerajaan mereka musnah. .

watak Usagi Tsukino diperkenalkan sebagai pelajar sekolah yang hidup pada abad ke 20 di Tokyo.. dia dipaparkan sebagai orang yang baik tetapi kuat menangis dan lebih suka kehidupan yang biasa sebagai gadis remaja bumi. Namun begitu, dia berterusan melawan kejahatan dari hayatnya yang silam dan melindungi Bumi dengan 'Kristal Perak Khayalan' sebagai penegak keadilan, Sailor Moon.

perjalanan cerita bermula apabila ketika Usagi sedang berlari ke sekolah, dia terlihat kanak-kanak mencederakan seekor kucing dan dia menyelamatkan kucing tersebut.. kemudian, kucing tersebut memasuki biliknya dan mendedahkan dirinya sebagai seekor kucing yang boleh bercakap dan bernama Luna.. erkk bukan Luna Maya yg maen ngan Arel Peterpan tu yer..

Luna telah memberi Usagi satu kerongsang yang mampu menukarkannya kepada Sailor Moon ("pahlawan cinta dan keadilan"), Luna juga memberitahunya Usagi yang Usagi adalah seorang perajurit yang harus berlawan untuk keamanan. Luna mahu Usagi mencari perajurit yang lain dan juga merupakan puteri mereka.

Usagi berjuang dengan menggunakan identiti Sailor Moon, dan semakin cerita berkembang, dia mempelajari yang lebih banyak musuh yang ditentangnya. Lama kelamaan, dia mendapati kebenaran tentang kelahirannya semula, cinta sebenarnya dan kemungkinan bagi masa depan Sistem Suria... walau bagaimanapun, ending cerita Sailormoon ini sangat tragis dan menyedihkan.. erk.. maksundnya.. bukan happy ending yer.. *nanges

banyak laa edisi anime Sailor Moon ni.. ada Sailor Moon R, Sailor Moon S, Sailor Moon Supers ngan Sailor Moon Stars... pastu ada movie lagik.. haaa so watak wataknya pun banyak ler.. tapi shin nak cite pasal watak watak utama dalam anime ni ek.. ngee~

(月野 うさぎ Tsukino Usagi)


watak utama dalam siri.. Usagi merupakan gadis sekolah yang ceria dan sangat menyayangi semua orang. Dia menjelma menjadi srikandi yang digelar Sailor Moon. Pada permulaan siri, dia digambarkan sebagai perempuan yang kuat menangis, tidak matang, bencikan peperangan, menentang kejahatan dan tidak mahu apa-apa selain menjadi gadis biasa. Lama kelamaan, dia mampu menggunakan kuasa yang ada dan menjaga keamanan. Di dalam Siri pertama, ingatan masa lampaunya dikembalikan, dan dia mendapati dirinya adalah Princess Serenity dari Kerajaan Bulan.. dalam Siri ketiga, dia akhirnya mengetahui bahawa Usagi Kecil adalah anaknya pada abad ke-30. Di dalam Siri Super Sailor Moon, kuasanya meningkat, menjadikan dirinya Super Sailor Moon dan ia ianya berterusan sehingga ke Siri Sailor Star di mana dia akhirnya bergelar Sailor Moon Abadi.

(地場 衛 Chiba Mamoru)


Seorang pelajar yang lebih tua daripada Usagi. Ketika kecil, dia mengalami kemalangan ngeri yang meragut nyawa ibu bapanya serta ingatannya. Ketika dalam siri, dia mempunyai kebolehan prarasa, termasuk mimpi yang mengilhamkannya untuk menyamar sebagai Tuxedo Mask dan berlawan di samping Srikandi Sailor. Selepas perhubungan awal mereka, dia dan Usagi mengingati zaman silam mereka bersama dan jatuh cinta kembali.

(水野 亜美 Mizuno Ami)

Seorang pelajar ulat buku yang pendiam di dalam kelas Usagi. Dia mempunyai kebijaksanaan yang tinggi, dan mampu bertukar menjadi Sailor Mercury, mempunyai kuasa terhadap semua fasa air. Keghairahan Ami terhadap ilmu pengetahuan dan sikap prihatinnya terhadap orang sekelilingnya ditutupi dengan sifat pemalu beliau. Dia bercita-cita untuk menjadi doktor seperti ibunya dan sering menjadi orang yang praktikal dalam kumpulan. Dalam diam, dia meminati muzik pop dan novel romantik, dan menjadi malu apabila perkara ini diketahui orang.

(火野 レイ Hino Rei)

Bomoh wanita yang anggun (gadis tokong). Disebabkan pekerjaannya sebagai seorang tokong Shinto, Rei mampu merasa kehadiran dan menghalau kejahatan walaupun dalam bentuk orang biasa. Apabila dia bertukar menjadi Sailor Mars, dia mampu mengawal api, Rei sangat serius dan fokus, tetapi senang terganggu dengan sikap Usagi dan sangat menjaganya. Rei dipaparkan sebagai orang yang tidak meminati suasana romantis.

(木野 まこと Kino Makoto)

merupakan pelajar yang baru berpindah ke sekolah Usagi. Dia mempunyai badan yang tinggi dan kuat bagi seorang pelajat sekolah Jepun, dan mampu bertukar menjadi Sailor Jupiter Kuasanya termasuklah serangan petoir dan mampu mengawal tumbuhan. Kedua-dua ibu bapa Makoto meninggal dunia akibat kapal terbang yang terhempas, dan hal tersebut menyebabkan dia tinggal keseorangan dan menjaga dirinya sendiri. Dia mengembangkan kekuatan fizikalnya disamping minat domestik seperti berkebun, memasak dan menghias rumah. Dia berhasrat untuk berkahwin muda dan memiliki kedai kek dan bunga.

(愛野 美奈子 Aino Minako)

Orang yang kuat berangan-angan ini pernah menjado Sailor V buat satu tempoh. Dia ditemani oleh kucing yang dipanggil Artemis yang bekerjasama dengan Luna dalam memimpin Srikandi Sailor. Minako mampu menjelma kepada Sailor Venus, Srikandi cinta dan ketua kepada Pelindung Dalaman Sailor Moon. Dia juga berhasrat untuk menjadi penyanyi terkenal dan idola remaja dan menghadiri uji bakat selagi boleh.

(ちびうさ Chibiusa)

Bakal anak perempuan kepada Usagi dan Mamoru, Chibiusa mengembara dari abad ke 30.. untuk mencari bantuan menyelamatkan ibu bapanya, dan kemudian berlatih bersama Sailor Moon untuk menjadi perajurit. Dia belajar untuk bertukar menjadi Sailor Chibi Moon. Perhubungannya dengan ibunya dalam abad ke 20 kadang kala mencetuskan pergaduhan, kerana dia menganggap dirinya lebih matang daripada Usagi, tetapi semakin cerita berkembang, hubungan antara mereka semakin rapat. Chibiusa mahu membesar menjadi wanita seperti ibunya.

(海王 みちる Kaiō Michiru)

seorang pakar violin yang mempunyi sedikit prarasa. Dia setahun lebih tua dari kebanyakan Srikandi Sailor dan mampu bertukar menjadi Sailor Neptune, yang mampu mengawal kuasa lautan.. Dia bekerja bersendirian sebelum bertemu dan jatuh cinta pada rakan hidupnya, Sailor Uranus. Michiru merupakan seorang yang anggun dan baik paras rupa dan dikenali kerana hasil kerja muzik dan lukisannya, tetapi menghentikan cita-citanya itu untuk kehidupan sebagai seorang srikandi. Dia menyerahkan masa sepenuhnya untuk tugasan in dan sedia untuk berkorban kerananya.

(天王 はるか Ten'ō Haruka)

Gadis maskulin yang kelihatan seperti lelaki secara semula jadi dan menjelma menjadi Sailor Uranus, Srikandi Penjaga Langit.. Sebelum menjadi Srikandi Sailor, dia mengimpikan untuk menjadi pelumba dan dia sememangnya berbakat dalam pemanduan kereta. Dia sering berpakaian lelaki. Dia sungguh ramah dan mesra hingga hampir semua tertarik kepadnya. Apabila bertarung dengan musuh, dia tidak mempercayai bantuan luar dan lebih cenderunguntuk bekerja sendirian bersama Sailor Neptune dan, kemudian, Pluto dan Saturn.

(土萠 ほたる Tomoe Hotaru)

Gadis muda yang manis dan sunyi. Anak perempuan kepada seorang saintis gila yang telah dirasuk kuasa jahat, dia menjadi sakit dan lemah selepas kemalangan di makmal ketika kecil. Selepas mengatasi kegelapan yang menyelubungi keluarganya, dia mampu menjadi Srikandi Keheningan, Sailor Saturn. Dia memiliki kuasa pemusnah yang sungguh kuat hinggakan dia jarang sekali menggunakan kuasanya. Sifat srikandinya berbeza daripada sifat normalnya. Dia sering murung, dan sebagai manusia, dia mempunyai kuasa yang mampu menyembuhkan orang lain.


haaa jangan jelessssssss.. shin ada patung figure Sailor Venus.. shin beli natang ni ada dekat 5 thn lepas.. lebih lagi kot.. huhu x ingat.. memang dah lama.. shin beli kat Skudai Parade.. x tua ar.. kedainya adal lagi ke tak... huhu.. syg wooo .. mesti kalo jual balik ni harga dia mencecah Rm5 juta *nanges

haa kalo korang nak nengok citer Sailor Moon.. meh la datang umah shin.. kita nengok sesama ek.. shin nak ngabiskan dalam minggu ni gak.. pastu nak nengok citer laen plak.. huh? nak pinjam??? xleh! jangan hanrapppppppppp!

dengan kuasa bulannnnn akan menghukum mu!

sekian~


woaaa Sailor Venus nyer spender kaler puteh!

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

17 comments:

::FAIZ:: said...

Dengan kuasa bulan akan menghukummu.. hehehehe

i'm shin... i'm inesen said...

faiz : fire faiz kalo degil ato miang sgt!

Abu Uwais said...

suka taxedo bertopeng. hahaha

i'm shin... i'm inesen said...

Jey : kan kan.. shin suka banyak kat dia!

pakcik said...

why the females ALWAYS dont have enough clothes to cover their bodies?
Very suspicious........

i'm shin... i'm inesen said...

pakcik : hahahaah.. itu pun nak heran.. buwekkk..

TheFlyingBitch said...

Napa x include Sailor Fighters skali? Best

i'm shin... i'm inesen said...

voiceitout : itu watak watak tambahan.. agak confuse huhu..lelaki yg pakai costume pompuan masa perform sailor *nanges

Anonymous said...

mana sailor yg kawal masa tu? tongkat ala2 kunci gergasi..

i'm shin... i'm inesen said...

tanpa nama : sailor pluto ek.. dia watak sampingan sajok...

Anonymous said...

shin aku pun minat sailor moon gak. Dulu antara tahun 2001-2002 (tk brape ingat la tahunnya)ada tayang kat tv. Time tu org dok gila DRAGON BALL tp aku gile SAILOR MOON hehehe...

henry yamashita said...

xde2...x jeles pon!!...**sambil jeling ank mata kat shin!

henry yamashita said...

xde2...x jeles pon!!...**sambil jeling ank mata kat shin!

ejans said...

hahaha i pon salah sorg die hard fan sailormoon kot.. dlu2 tiap2 pagi sabtu kot tnggu..

siap beli cd.. miniature.. n boleh hafal lagu yg version melyu.. haha..

paling dinanti dlm salaimoon time tuxedo mask nk keluar.. n my fav sailormoon is sailormercury.. sbb dia mcm cute.. *pingsann..

EMANNUAR said...

minat cardcaptor sakura lagik lorh.
;D

imaz said...

waaa...comei jer.
laa ni main kat ntv7 lak..hari ahad.kul 10 kot

izwan_sgmt said...

saya pun ade patung besar sailor venus mcm awak.. saya ade semua kecuali sailor mars.. xde jual..