Friday, March 27, 2009

i'm not married yet becoz i'm too inesen


hujung minggu datang lagik... masa ni la memasing nak wat aktiviti sendirik.. sama ada duduk umah sajokk atau lepaking ngan kengkawan.. jumpa buah ati.. jumpa scandal.. masing masing mencari aktiviti.. melawan kesepian.. dan yg ada ngan rela hati menjerumuskan diri sendiri ke perangkap kehidupan...

dulu orang wat keje kawin.. time cuti cuti skolah.. hah tp ini jam.. orang dah x yah tunggu cuti skolah.. asal sabtu ahad jer ada keje kawin.. asal ada keje kawin jer time tu la sabtu ahad.. macam dah xde hari lain.. tengok mcm PLU skrg ni.. hari hari leh kawin ngee~

lemah betul kalo tetiba mencanak canak kad jemputan kawin sampai.. kalo ada lucky draw x per lak gak... hadiahnya bermalam ngan pengantin lelaki untuk pakej 3 ari 2 malam.. huhuhu atau pakej honeymoon ker.. oklah gak.. ni... ngan nak redah jalan jem.. para jemputan yg x skolah.. x reti nak paking kenderaan elok elok.. ngan hujan la.. ngan panas.. ngan bunyik bising... ngan makanan x sedap.. layanan kurang memuaskan.. xde kendarat mat mat jamboo ker.. anak anak dara yg chomey ker.. balik balik.. makcik makcik yg dah monopos tu dok ke hulu ke hilir melayan tetamu... rasa mcm x tertelan nasik... boring yg amat dowh..

bila umo dah nak masuk 31 tahun ni.. mesti kena tebalkan muka.. pekakkan telinga bila ada kengkawan dok tanpa segan silu tanya bila turn kita plak.. ado ke patut.. lain la kalo dia hulur sponsor utk majlis perkahwinan kita tu.. lain cite.. masalahnya.. yg diaorg sibuk sibuk tanya tu.. BAHAGIA SANGAT ker hidup diaorg lepas kawen?? kalo tanya cukup tata bahasa.. peribadi mulia x per la gak.. ni siap pakej lazer.. sambil memperkecilkan kebolehan kebatinan plak.. aduhaii... memang berasap skit la.. keEgoan beb... yg bole di buat.. just tukar topic.. takkpun cepat cepat blah.. kalo dok lama lama mau migrain..

tu lom bab parent dok bebel.. sedara mara dok pakat nak jodohkan ngan sapa sapa jer.. oh puhlezzzzzzzeeeee... layak ker?? mantap ker?? alasannya lom sedia.. padahal.. yang ado.. taste kat mahluk sejenis... huhuhuh.. Nauzubillah.. hope di percepatkan dapat hidayah!

ok..mukadimah dah abis.. nak start cerita pasal bila tetiba orang yg kita admire.. kita suka... kita cinta... tetiba nak kahwin.. atas dasar apa?? wallahualam..

ada orang berkahwin sbb dah mmg sampai seru.. sampai jodoh.. ada orang berkahwin sbb di paksa.. ada yg kahwin sbb nak cover kelemahan diri... padahal yg ado.. lebih suka main belakang dan di permainkan.. give n take utk lebih mesra pendengaran.. berkahwin semata mata untuk dapatkan zuriat.. untuk sebab sebab yg tertentu la senang cakap...

yang ado.. yang menjadi mangsa... bf dia.. scandal dia.... wife dia... hmm hanya sebab si dia berkahwian.. banyak hati yg terluka.. termasuk la hati ayam.. hati lembu yg menjadi korban utk di buat jamuan majlis perkahwinan tu.. hampeh..

ada sesetengah PLU suka sangat ngan kaum kaum str8 .. walau pun kekadang belagak str8.. yang ado.. propa semata mata.. tidakkan diaorg ni dah pikir panjang.. pikir masak masak.. pikir separuh masak ker.. yg meke meke yg str8 ni.. akhirnya akan berkahwin.. walaupun masa tengah dok dapat bahan penyedap tu.. bejanji sakan.. takkan tinggalkan.. sanggup menghadapi masa depan bersama... perghhhhhhhh... mcm 'tut'..

tetiba sampai masa.. si dia bagitau nak bertunang.. masa tu korang pun gundah gulana.. kecewa.. merana.. bersedih dalam pelukan si dia.. tp di pujuk.. bukan takat usapan.. rangkulan semata mata.. beround round.. macam macma skilll... semua ni utk membuktikan.. even dah kahwin nanti.. tetap sama... KATANYA!

korang lak.. punya lah sentap... bila makin hari makin dekat majlis kahwin si dia... nak nak.. si dia mintak tolong sama sama buat persiapan.. perghh apa perasaan..??

ada lagi kronik.. si bf ni mintak kapel dia jadi pengapit masa akad nikah... masa bersanding.. masa potong kek.. aik masa tido.. masa malam pertama xmo amik kapel jadi pengapit skali ker.. untung untung 3some terus.. punya la mangkuk.. x pikir perasaan orang lain.. yg korang lak.. punya la baik.. sanggup ikut jer...

lepas dah lama kahwin.. dah ada anak.. makin kurang sms.. makin kurang jumpa.. makin jarang dapat nafkah batin.. yg merana diri korang jugak....kannn.. LIHATLAH DUNIA.. ini lah nasib kaum kaum PLU seperti korang.. ( bukan seperti shin ok! ) huhuhu

hmm apa yg boleh korang buat?? tepuk kepala.. tanya otak... apa patut korang buat... korang nak cari bahagia.. atau korang nak tempah merana.. bukan shin anti golongan str8.. even yg patah riuk.. pun mampoo berkahwin.. cuma shin rasa.. perhubungan mcm ni.. penghujungnya adalah kekecewaan.. kalo kita berharap sesuatu yg memang mustahil.. tp kalo awal awal kita dah paham konsep kehidupan mcm ni.. kita seharusnya bersedia.. berlapang dada.. tidak mimpikan kehidupan yg mungkin memang xde.. kita banyak berdoa pada Tuhan.. satu hari nanti.. kita pun berpeluang hidup aman bahagia.. pada jalan yg benar.. seorang diri atau berkahwin.. itu hak Tuhan untuk tentukan jodoh dan ajal kita...

sekarang ni.. korang cari la bahagia yg sewajarnya.. besederhana.. elakkan sesuatu yg mungkin mengundang bahaya.. kita sama sama cuba.. walau ari ni kita mampu.. esok kita gagal.. jangan putus asa...

dan jika sekarang ni korang melalui pengalam pahit.. bf larik.. bf nak kawin.. bf curang.. amik tempoh berehat seketika.. lepas lepas tu.. mulakan balik kehidupan korang.. kalo ex bf korang bole bahagia... korang pun bole berkali kali ganda bahagia dari dia...

pada korang yg dah pernah melalui proses kehidupan seperti ini... mungkin ada hikmahnya.. jangan putuskan persabahatan hanya sebab tiada lagi ikatan kemesraan dan persefahaman.. kalo dari awal niat kita elok elok jer.. kenal untuk happy happy.. xde sebab kita nak akhirkan perhubungan dengar dendam dan permusuhan.. bersangka baik..rilex.. bagus untuk awet muda huhuhu nanti.. saham sentiasa ada.. kalo asyik nak sedih... dendam dendam.. raut muka pun jadi kusam.. muram.. dah asyik salahkan nasib.. takdir...

semoga kita di beri peluang untuk mengapai bahagia.. mungkin bukan ari ni.. tp esok lusa mungkin dah ada yg menunggu kita.. kalo x menjadi.. cuba lagi... hidup ni bukan untuk bersendiri.. family.. kawan kawan.. teman istimewa itu yg buat kita rasa happy untuk teruskan kehidupan.. Ingat.. perpada pada.. tahu mana had dan kemampuan kita..


sekian dulu... sekadar coretan hati.. jumpa lagi

* shin merenung masa depan yg macam lampu lip lap lip lap


m(^o^)m


* i'm shin.. i'm inesen

Wednesday, March 25, 2009

Nostalgia - Uji Rashid



..indahnya sungguh di hari raya.. ramainya orang bersuka ria.. adik ku manis.. cantik bergaya.. bolehkah abang ikut bersama....

..usahlah abang membuang waktu.. mari menuju ke rumah bonda.. sanak saudara sedang menunggu.. di hari mulia bertemu mesra....

tu dia..lihat bait lagu ni.. sapa yg x kenal kan... lagu Seloka Hari Raya.. lagu wajib tiap kali nak raya... kalo dengar sure mood nak raya tu datang.. mau taknya.. dengar suara lemak merdu empunya penyanyi.. melonjak lonjak semangat nak raya.. itu la hebatnya penyanyi wanita popular Malaysia satu ketika dulu.. Uji Rashid....

Uji Rashid antara penyanyi yg sangat shin minat.. suara dia.. lakonan dia.. semuanya shin suka.. kali ni.. untuk entri artis pilihan melalui slot Nostalgia.. shin pilih Uji Rashid untuk tatapan kengkawan semua.. shin sertakan sedikit cerita tentang artis kegemaran shin ni.. x banyak info yg shin dapat.. kasihan.. artis hebat macam Uji Rashid ni... ceritanya di pandang sepi.. xde orang nak tulis kisah dia kat website.. nanti bila dah arwah.. baru la sibuk... nak buat biografi la, tribute la.. filem la.. nak bagi tittle datuk.. hampeh~

jom baca baca...

Fuziah Hj Haroun Al Rashid atau lebih dikenali sebagai Uji Rashid merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia yang terkenal pada zaman kegemilangannya dan sehingga kini nama Uji Rashid setiasa terpahat di hati peminat dan pengiat seni tanah air.

pembabitan Fuziah Harun Al Rashid dalam bidang seni bermula pada zaman persekolahannya iaitu pada awal 70-an. Ketika itu dia yang belajar di sekolah perempuan dan meminati aktiviti sukan ini didesak oleh rakan-rakan sekolahnya untuk menyertai sebagai penari kebudayaan sekolah. Biarpun sekadar suka-suka, beliau seterusnya tidak ketinggalan menyertai pertandingan tarian dan pada masa sama mula berjinak-jinak dengan teater.

boleh dikatakan apa jua cabang seni yang disertainya, sama ada tarian dan lakonan serba menjadi.. lantas membuatkannya mencuba nasib dalam pertandingan nyanyian yang berlangsung di Panggung Anniversary Kuala Lumpur dan berjaya meraih tempat ketiga. Bersama rakannya, Fauziah Nawi, mereka memberanikan diri menyertai Pertandingan Bintang RTM tetapi yang ado..tak mencapai sebarang kejayaan. kira kes Sarah Raisuddin ngan Misha Omar la ni
psst : gamaknya Uji Rashid aka Misha, Fauziah Nawi aka Sarah la kannn huhuhu sedey~

biarpun tidak berjaya, bakatnya dikesan Ahmad Nawab dan berikutan galakan yang diterima daripada penggubah terbabit, Uji merakamkan empat lagu di sebuah studio di Singapura tetapi lagu berkenaan tidak diterbitkan. Pesal lak kan.. takkan karam kat tambah Johore kot.. atau x lepas dek kastam.. aiyooo...


nasibnya berubah selepas itu sebaik saja bertemu Jamil Sulong yang secara kebetulan mengajaknya membintangi filem baru berjudul Permintaan Terakhir bersama Nozie Nani, Sani Abdullah dan Yusof Haslam ( hensem mamat ni masa muda muda ngee~) Tuahnya kemudian cukup menyerlah di layar perak. Apabila filem pertamanya itu mendapat sambutan hangat di pawagam dan namanya semakin menjadi sebutan, barulah lagunya yang pernah dirakamkan dulu diedarkan sekali gus meledakkan lagi popularitinya sebagai bintang baru.

sama ada lakonan mahu pun nyanyian, kedua-dua bidang ini cukup sinonim dengannya. Dia dianggap sebagai bintang idola yang menjadi ikutan ramai. Sebut apa saja, fesyen pakaiannya, fesyen rambut.. hingga ikan di pasar pun digelar Ikan Uji Rashid dek matanya yang besar.. kannnn glamer.. kalo jaman ramai ni orang pompuan kuat pegangan agama ( ops! ) sure dah ada tudung Uji Rashid kannn huhu.. ingat tundung Ikin ngan CT jer ado~

psst : tp memang betul zaman dulu... 50an sampai awal 80an.. memang pompuannya seksi abishhh.. baju ketat... sendat.. melekat kat badan.. huhuhu x caya.. korang tengok la gambo gambo lama mak korang ( kalo ada la )

filem lakonannya yang cukup berkesan ialah Jiwa Remaja, Yasin, Langit Tidak Selalu Cerah dan Dendang Perantau. Uji juga merakamkan lebih puluhan piring hitam (EP), cartridge dan album termasuk berduet dengan Hail Amir dan DJ Dave. perghh ensem siot mamat dua orang ni masa muda muda dulu.. aish.. agak agak kalo ada Blue Boy ngan La Queen jaman tu.. ada x muka muka Yusof Haslam.. Hail Amir ngan DJ Dave dalam tu.. huhuhu DJ Dave maybe kot.. iyolah sbb dia jadi DJ.. kannn! wahhhh korang fantasi lelebih plak! shin jugak yg inesen...

semasa EMI mula serius dalam industri muzik Malaysia pada tahun 1975, Uji Rashid merupakan salah satu artis yang pertama merakamkan album penuh. Empat album terawal Uji Rashid berjaya terjual melebihi 30,000 unit menjadikan Uji Rashid sebagai salah satu artis yang paling laku pada waktu itu





antara album yang dihasilkan ialah Semakin Hari Semakin Sayang, Antara Matamu Dan Mataku, Ku Kekosongan, Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu, Hujan, Mengapa Derita Yang Dicari, Ku Kejar Bayanganmu, Merpati dan Bisikan Hati.

satu-satunya pesanan arwah Saloma yang hingga kini masih kekal dalam ingatan Uji Rashid ialah mencari identiti sendiri apabila ingin bergelar penyanyi. Pesan arwah "Hanya dengan mempunyai gaya serta cara tersendiri, seseorang penyanyi akan lebih mudah dikenali dan dihormati. "Kalau meniru orang lain, peminat akan ingat penyanyi asal. Jadi bakat kita akan tenggelam.''

Uji Rashid mula mengenali arwah Saloma ketika usianya belasan tahun dan masih di bangku sekolah iaitu sekitar hujung 1960-an. Ketika itu, Uji mula berjinak-jinak sebagai penari dan membuat persembahan di Shah's Motel, Petaling Jaya ketika arwah Saloma menyanyi di situ. Malah apabila Uji menjadi penari Kumpulan Budaya Negara (kini Akademi Seni Negara), arwah pasti dijemput sebagai penyanyi undangan. Pada waktu itu, Hail Amir turut serta dalam kumpulan tarian itu.

Uji Rashid adalah antara penyanyi yang sering diundang Saloma untuk sama-sama menyerikan persembahannya. Apabila Uji mula menyanyi, Saloma banyak memberi perangsang malah mengetengahkan bakat penyanyi muda itu kepada EMI. Padahal Uji Rashid tidak begitu meminati bidang nyanyian. Sebelum lagu Mengapa Dirindu di nyanyikan semula.. Uji Rashid meminata keizinan penyanyi asalnya terlebih dahulu.. Saloma merupakan penyanyi asal lagu tersebut. Saloma memberi keizinan tetapi bersyarat, Uji perlu membawanya dengan gaya sendiri dan tidak merosakkan lagu itu. Apabila album itu siap dirakamkan, Uji Rashid memberinya salinan. Saloma memuji kerana lagu tersebut di bawa dengan gaya tersendiri Uji Rashid. Uji yang turut merakamkan semula lagu popular Allahyarham seperti Jikalau Abang Merindu, Aku & Dia dan Bintang Malam.

Uji banyak berkongsi suka duka dengan Saloma. Malah dia terkilan dengan sikap sesetengah promoter pertunjukan ketika itu yang tidak menghormati arwah sebagai penyanyi veteran.

"Kami pernah dibayar dengan note seringgit. Bayangkanlah, betapa tebalnya wang yang kami terima. Dah jadi satu kerja pula untuk mengiranya. Simpati melihat keadaan arwah yang ketika itu sudah lemah. Hail Amir menyuruh Saloma berhebat.. selepas habis mengira, Hail menyerahkan wang tersebut kepada Saloma.'' Hmm nasib baik note seringit.. kalo sen sen.. mau pengsan dok ngira...

"Kami juga pernah ditipu promoter. Satu sen pun bayaran tidak kami terima ketika mengadakan persembahan di Sabah. Arwah sempat berpesan, jika saya ke situ, tolong minta wang yang dijanjikan. Hingga dia menutup mata, wang itu kami tidak pernah dapat.''

begitulah kisah pengalaman beharga Uji Rashid bersama biduanita Saloma yg di gelar MAMA.


pada zaman kegemilangan Uji Rashid.. namnya sering di kaitkan dengan Hail Amir dan D J Dave.. ramai dok gosipkan mereka sebagai pasangan kekasih.. banyak spekulasi mengatakan Hail Amir dan DJ Dave saling cuba memikat hati Uji Rashid.. namun sehingga sekarang.. masing masing memilih pasangan hidup sendiri... sib baik Melodi xde jaman tu.. kalo x.. sure dah kena terjah kann~

banyak lagu dendangan Uji Rashid malar sagar sehingga ke hari ini.. antara yang popular Ku Ingin Selalu Di Sampingmu, Ku Kekosongan, Mengapa Dirindu, Antara Matamu Dan Mataku, Rintihan Rasa, Semakin Hari Semakin Sayang, Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu dan banyak lagi... tp tetap lagu Seloka Hari Raya menjadi pujaan halwa teligan shin.. sampai bebila..

walaupun kehebatan Uji Rashid sering dibandingkan dengan Sharifah Aini.. malah, kelebihan tentunya lebih kepada Sharifah Aini.. namun Uji Rashid telah berada pada kelasnya yg tersendiri bersama peminat peminat suara nya yg tersendiri...

semoga Allah.. memberi kesihatan dan keselamatan kepada Uji Rashid agar terus menyumbangkan suara untuk peminat peminatnya.. tidak lupa..terus mendapat hidayah dan bahagia bersama keluarganya di dunia dan akhirat.. AMIN

sekian dulu la ek... len kali shin cerita artis lain plak...


m(^o^)

* i'm shin.. i'm inesen

Tuesday, March 24, 2009

jom pegi Pulau Redang



hye guys..

last friday shin lepak lepak KL.. terhenti kejap dunia blogging ni.. encik Izam Ezri ada kursus kat Hotel Istana.. so dia ajak shin lepak skali.. sambil tu kitaorang ( ari, mohd shamsul bahari and me ) bincang pasal cuti cuti ke Pulau Redang bulan May nanti.. InsyaAllah..

kitaorang dah decide nak stay kat Laguna time tu.. bajet RM500 sorang untuk pakej 3 hari 2 malam.. ngee.. kena gigih menabung ni... ikat perut skit.. x leh nak bazir duit beli yg bebukan..

tarikh pun dah ada, kitaorang akan pegi 15hb May sampai 17hb May... hope semuanya berjalan lancar seperti mana yg dah di plankan.. encik Izam Ezri gigih dok uruskan booking semua ngee.. mekasih ek...

so bersempena dengan itu.. shin tepek tepek gambo Pulau Redang untuk korang ambik mood skit hehehe.. nikmatilah gambarannya sebelum kita menikmati pecutiaan yg sebenar..

jom tengok tengok..

hah.. ni mungkin bot yg akan bawa kita daru jeti ke Pulau Redang..

ni plak pandangan dari atas.. kelihantan Laguna Resort di situ yer~

ni semua gambar Laguna Redang Beach Resort yg bakal kita check in






ni la pemandangan pantai di area Laguna Redang Beach Resort.. cantik kann


hmm ada swimming pool


ni mungkin bot yg bawak kita semua pi snorekeling






ni plak pemandangan waktu malam... perghhh cantik sangat..



****


hmm ni ler yg takat shin mampu tepek.. nanti masa kita kat sana nanti ambik ler gambo banyak banyak ek.. hmm lamanya nak bulan May.. huhu


sekian~


m(^o^)m



* i'm shin.. i'm inesen