Friday, April 3, 2009

Masters Series Sony Ericsson Open 2009 part 2




arini shin dok rasa happy dan x happy.. duka nestapa.. x sempat nak update awal.. pagi tadi dok training tennis.. cuaca sekarang kalo time pagi tu.. baru nak masuk kul 9 dah panas.. rasa matahari dok dah tercacak..mencanak canak panasnya.. leh masak otak.. kepala dah senoneng.. penat.. x larat sangat nak main pagi tadi.. huhuhu bila nak turun petang lak.. asyik hujan saja.. hmm apa nak buat kan..

yessssssssssssss!!!

hmm.. seperti yang shin harapkan.. Serena Williams menang dalam perlawanan menentang kakak dia Venus. Dalam wawancara kelmarin. Serena dapat rasanya diaorg akan bermain tiga set sebelum menentukan sapa yang menang.. Serena menjangkan Venus mempunyai kelebihan untuk menang.. begitu juga Venus memilih Serena yang bakal menang.. namun.. kemenangan memihak pada Serena..

esok Serena akan bertemu Victoria Azarenka dalam perlawanan akhir... semoga Serena akan berjaya menjadi juara... ganbate kudasai!!!


walaupun kalah... venus tetap melemparkan senyuman kelat.. sentap!

****
tapi yang paling menyentapkan adalah kekalahan pemain no 1. dunia Rafael Nadal menentang Juan Martin Del Potro semalam.. aduihhh... kalah masa set yang ke 3.. tie break lagi.. mmg sentap la.. rasa macam nak lempang lempang tv ngan astro deck tu... mencik tul..

Potro akan menentang Andy Murray pada perlawana separuh akhir esok... huh.. macam dah xde mood nak nengok.. sib baik Serena menjadi pengubat kedukaan..


ko beromen ker sblm turun court nadal?? dah lemah lutut.. citt!

sekian dulu ek... salam duka lara...



potro : apa macam geng.. jadi bahan la ko ngan verdasco mlm karang.. memang kena la tu.. dua dua jadi bottom sebab kalah... huhuhu suka suka suka hati aku..

nadal : sibuk la ko... tau laaaa aku!



verdasco : ciss.. korang memang tau.. asal kalah jer aku.. asal jadi bottom jer aku.. tak aci betull... nasib nasib.. melecet lagi la jawabnya..

potro : aci kat india laaa!


m(^o^)m

* i'm shin.. i'm inesen

Thursday, April 2, 2009

Masters Series Sony Ericsson Open 2009



bermula 25 Mac sampai 4 April2009.. bertempat di Miami Florida.. kejohanan tennis terbuka wanita Masters Series Sony Ericsson Open 2009. sekarang ni dah sampai ke separuh akhir dah... yg menariknya.. kita bakal menyaksikan pertembungan adik beradik Williams di perlawanan separuh akhir.. shin rasa sedikit ralat la.. kalo bole nak dioarg beraksi di pelawanan akhir nanti.. tp nak wat camne kan... undian tak memihak pada diaorang.. pasti sengit.. perlawanan pertembungan mereka sebelum ni banyak memihak kakak Serena iaitu Venus Williams.. hmm apapon.. shin nak Serena Williams menang dan mara ke perlawanan akhir.. Serena mesti tunjukkan keunggulan dia selaku pemain no 1 dunia.. walau berlawan dengan kakak sendiri.. hope Serena x lemah semangat... chaiyoooook chaiyokk..


satu lagi perlawanan separuh akhir wanita.. bakal menyaksikan petembungan antara Victoria Azarenka dari Berlarus dan Svetlana Kuznetsova dari Russia.


***

manakala bertempat dan kejohanan yg sama... sehingga 6 April ini, perlawanan terbuka Masters Series bahagiaan lelaki pula.. menyaksikan Roger Federer menempah perlawan separuh akhir. Dia bakal menentang Novak Djokovic. Kedua duanya di ragui sapa yang bakal mara ke pusingan akhir.. ye la.. prestasi dua orang ni semakin menurun kebelakangan ni.. mungkin lebih memihak kepada Federer..



manakala hari ini, Rafael Nadal akan menentang Juan Martin Del Potro pada perlawanan suku akhir, dan satu lagi perlawanan suku akhir antara Andy Murray menentang Fernando Verdasco. wow hebat.... shin rasa Nadal akan menang.. tapi Murray ngan Verdasco ni tak pasti la ek.. Mungkin Murray.. prestasi dia semakin hebat.. tp Verdasco x kurang hebatnya.. ensem lak tu bebanding Murray heheehehe.. kita tengok jer la.. untuk perlawana separuh akhir.. pastinya Nadal bertemu salah sorang dari mereka.. isk.. hope Nadal menang la ek...


common abg nadal.. do it for me ek~

sekian dulu ek.. shin akan update keputusannya.. tunggu~


hmm Novak.. wut can i say~

m(^o^)m

* i'm shin.. i'm inesen

Wednesday, April 1, 2009

Awas Bila Umur Cecah 30 Tahun



hah kengkawan.. jom baca keratan akhbar ni..

KUALA LUMPUR - Bagi mereka yang berumur 30 tahun ke atas berhatilah-hatilah kerana anda mungkin terdedah kepada risiko penyakit berbahaya seperti sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Justeru, pemeriksaan awal amat penting kepada golongan umur berkenaan bagi memastikan tahap kesihatan mereka dan seterusnya menjalani rawatan pemulihan yang disarankan.

Pakar diet dan nutrisi Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof. Dr. Fatimah Arshad berkata, beliau dan beberapa penyelidik lain pernah menjalankan kajian yang sama di beberapa gugusan Felda di Pahang sebelum ini membabitkan 1,000 responden berumur antara 35 dan 55 tahun.

"Kesemua responden yang diambil merupakan individu yang dianggap sihat, bagaimanapun selepas pemeriksaan didapati satu per-tiga daripada mereka menunjukkan tanda-tanda menghidap penyakit sedemikian."Ini amat mengejutkan, memandangkan kebanyakan responden merupakan golongan yang aktif melakukan kerja-kerja di ladang dan sebagainya," katanya di sini semalam.

Kami semalam melaporkan kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad bahawa tinjauan yang dilakukan kementerian mendapati ramai di kalangan rakyat di negara ini tidak menyedari bahawa mereka adalah penghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Tambah Fatimah, sebagai langkah awal adalah disarankan mereka yang berusia 30 tahun ke atas menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan risiko terhadapnya dapat dikurangkan.

****

aiyooooooo.. takut.. hah berapa umo korang?? cpt kuarkan IC.. bagi bahan bukti.. huhuhu.. adehh patut la shin rasa mengah semacam jer kebelakangan ni.. badan ni rasa di pam pam.. jalan pun mcm x stabil dah.. berat sebelah kanan.. ops.. berat pahala kah?? huhuhu

hah.. la ni.. korang ada perasan x apa apa perubahan pada diri korang.. body tu semakin mengembang ker.. semakin menyusut ker.. la ni slalu rasa letih x bermaya.. x aktif macam masa muda remaja dulu.. bila rasa bengang kat tempat keje.. asyik nak marah marah pastu rasa pening pening lalat.. rasa semput.. haaaaaaa... shin labelkan di disini.. korang telah mendapat penyanyit orang tua yg pra matang boleh?? huhuhuhu

anyway sekarang ni.. penyakit mcm darah tinggi.. kencing manis.. serangan jantung.. orang muda muda pun bole kena.. faktor pemakakanan yg x seimbang.. ambil terlalu banyak makanan berkalori tinggi.. manis manis... tidak bersenam.. merupakan faktor utama kita semua terdedah kepada penyakit berbahaya ni.. uikz.. mintak mintak di jauhkan Tuhan.. takut takut takut..

waktu tido tu kena teratur la.. jangan selalu berembun.. dalam keadaan umo korang ( korang laaa! ) badan kena selalu berehat.. tp jangan over rehat.. nanti sembam... tembam dan lembam.. huhuhu



selalu la korang mengambil berat dengan cara selalu menimbang berapa berat korang.. update selalu.. kurangkan benda yang manis manis.. jangan ikutkan napsu sangat.. hah.. nanti melarat..



sentiasa bersenam untuk menguatkan dan mengimbangkan keadaan jantung kita... rajin rajin guna tangga.. sesekali x payan guna kemudahan lift ek.. kepada sesapa yg suka window shoping tu.. bole la jadikan alasan pada ur husband ker.. ur bf ker.. cakap jer.. hobi windows shoping ni kira macam bersenam gak la.. dok bejalan kehulu kehilir.. tau tau.. satu shoping complex tu korang dah redah huhuhu.. bagus bagus bagus...



kurang kan dan berhentilah merokok... bukan nyer membahayakan diri sendiri tapi kat orang lain di sekeliling korang.. mcm mak shin selalu cakap kat abah shin.. '' lain kali isap rokok tu.. sedut asapnya sekali '' .. huhuhu derhaka kan pada suami... hehehe.. tp memang x tahan la bau asap rokok ni... ishh...

kalo korang rasa ada apa yg x kena ngan kesihatan korang... pi jumpa doktor.. check la apa yg patut.. check darah tinggi ker... kencing manis ker.. apa apa jer.. untuk memudahkan korang pergi klinik yg ada doktor ensem ensem.. kacak kacak.. lawa lawa... hah.. mesti tiap selang dua ari korang ngan rela hati nak pi wat mediacal special check up... huhuhu


calon pertama - howt~

calon kedua - lemak berkrim disukai ramai

calon ketiga - ( xmo cakap nanti kena saman )

sekian dulu ek.. jumpa lagi di lain siaran.. amalkan kesihatan.. kurangkan manisan dalam makanan tp lebihkan manisan dalam senyuman.. sayangi diri anda, keluarga anda dan scandal scandal anda ngee~


nak jadi mcm ni ker??? - kesan kencing manis

m(^o^)m

* i'm shin.. i'm inesen