Tuesday, October 6, 2009

Nostalgia : Alleycats


dah lama shin tak tepek entri Nostalgia ek.. sibuk sangat countdown masa Ramadhan aritu huhu.. kali ni shin pilih kumpulan yg sangat sangat terkenal kat Malaysia ni.. so kepada pembaca pembaca blog shin.. yg mengikuti slot entri Nostalgia.. terimalah.. entri kali ni shin tujukan khas untuk korang semua.. ngee~

TERIMA KASIHHHHHHH... laungan bersahaja yg begitu sinoninm ngan kumpulan yg satu ni.. Alleycats... entri Nostalgia untuk bulan ni.. shin tuliskan khas untuk sebuah kumpulan kesukaaan shin dari dulu sampai ler sekarang... agak kecewa.. sebab terlalu sedikit infomasi pasal kumpulan ni kat tenet.. aishhhhhh...

so shin tepek apa jer yg ada ek... hope bagi yg meminati kumpulan ni.. dapat gak skit info yg boleh di kongsi bersama... jom kita baca ek~

kumpulan Alleycats, memulakan perjalanan seninya pada tahun 1969,Kumpulan ini berasal daripada Pulau Pinang. Ahli kumpulan ini terdiri dari Loganathan Arumugam dan David Arumugam-Nyanyian utama, Tan Chin Hock -Drummer, Shunmugam Arumugam-Gitar utama, Chester Anthony Passerella-saxophone, Khoo Fook Sin- Keyboards, Grenville-keyboards, Frank Ong-Bass Gitar.



kumpulan Alleycats pernah membuat persembahan di kelab Mocambo di Hong Kong pada tahun 1976. Sepatutnya kontrak persembahan mereka hanya selama tiga tahun tetapi atas sambutan meriah, pendiaman mereka di wilayah tersebut dipanjangkan menjadi tiga tahun dan mereka juga meraih perhatian melalui persembahan televisyen. Setelah itu, mereka berpindah ke Singapura setelah menerima tawaran merakam album.

Alleycats telah menandatangani kontrak bersama Polygrame Records(Philips) pada tahun 1979 untuk melahirkan/mengeluarkan album bersama dengan pertolongan Eric Yeo. Di Singapura, album pertama mereka Terima Kasih diterbitkan pada tahun 1978, menonjolkan dua vokalis adik beradik kelahiran Pulau Pinang ini dengan stail rambut Afro sebagai trademark mereka. Untuk album pertama kebanyakan lagu yang terkandung dalam album ini adalah lagu saduran kecuali lagu Senandung Semalam.


mereka menyanyi lagu-lagu saduran (cover version) daripada penyanyi barat popular seperti Air Supply, Bob Dylan, The Beatles, John Lenon, Phill Collins, Bee Gees, Breads, Santana and Paul McCartney dan sebagainya. Hmmm masa era ni, memang ramai penyanyi yang merakamkan album dengan menyanyikan lagu lagu saduran contohnya Saloma, Uji Rashid, Anita Sarawak, Carefree, Black Dog Bone dan ramai lagi... lagu lagu tersebut ternyata menjadi hits dan kesukaan ramai. Jaman sekarang pun ramai penyanyi kita menyanyi lagu saduran dari korea kannnn.. so... agak menarik la juga... walaupun hanya cover version.

apabila membuat album, lagu-lagu mereka mendapat sambutan hangat dalam pasaran. Kesemua lagu yang di cipta daipada komposer yang berwibawa dan semangat yang kuat. Maka lagu-lagu alleycats menjadi lagu 'Nostalgia' sehingga sekarang. Kesemua rakaman lagu di Polygram, Singapura telah di kendalikan oleh Eric Yeo, selaku producer album tersebut. Senikata untuk lagu kumpulan ini adalah hasil ciptaan Wan Ibrahim, M.Nasir, A.Amin Shahab, Bakri Johari, A.Ali, Milda dan ramai lagi.

pada Tahun 70an Alleycats telah ke Hong Kong untuk merakamlan album di dragon studio. Selepas itu, Lion Studio di Singapore bertanggungjawab ke atas semua terbitan album seterusnya. Lagu yang paling popular dan paling berjaya memikat hati pendengar,dalam album pertama adalah, 'SENANDUNG SEMALAM' dan 'JIKA KAU BERCINTA LAGI'.

Loganathan Arumugam meninggal dunia akibat penyakit barah paru-paru di Hospital Mount Miriam, Pulau Pinang, pada jam 10:50 pagi pada 4 Jun 2007 pada usia 54 tahun. Beliau meninggalkan seorang balu serta seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.


setelah bertahun tahun mengembara.. menyumbang suara untuk peminat dan memperkenalkan Malaysia pada negara luar.. akhirnya David Arumugam dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun keputeraan ke-78 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada 24 Oktober tahun lepas. Hmmm tu pun sebab Loga dan mati kot.. baru pihak yg terlibat bukak mata... aishhh.. Shah Rukh Khan yg x de kena mengena leh dapat gelaran Datuk... sengal~

kalo shin nak nulis tajuk lagu lagu kumpulan ni.. adehhh terlalu banyak ar.. tp antara lagu lagu Alleycats yg menjadi kegemaran shin secara peribadi adalah, Berita Dari Rantau, Andainya Aku Pergi Dulu, Suratan, Setahun Sudah Berlalu, Sampaikan Salam Cintaku, Seribu Bintang, Suara Kekasih, Sekutum Mawar Merah Sebuah Puasi, Layang Layang Terputus Talinya, Hingga Akhir Nanti dan Kerana... sedap sedap wehh..

antara lirik lirik lagu yg sgt berkesan buat diri shin...

''kau tanya kepadaku mengaku aku merayu.. kau tanya kepadaku mengapa aku mengganggu.. bukahkah kau yang dulu mengharapkan kasihku.. setelah ku serahkan dikau membisu.. namun mengapa kini.. kau kata yang kau benci.. setelah jiwa raga.. ku serahkan untukmu..'' lirik lagu Suratan

''apakah dosa ku.. dan apakah salah ku.. sering gagal dalam becinta.. mengapa cinta hanya sementara.. api yang menyala padam tiba tiba..'' lirik lagu Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puasi

''setahun sudah berlalu Februari muncul kembali.. Dengan kehangatan semalam.. Tanpa ku sedari ku petik mawar merah.. ku tulis sekuntum puisi.. Tapi sayang pada siapa kan ku beri..'' lirik lagu Setahun Sudah Berlalu

''mengapakah ku diluka.. mengapakah harus ku tanggung semua ini... tidakkah kau merasakan.. yang kesedihan ini tak lain hanyalah... kerana mu..'' lirik lagu Kerana

''sampaikanlah salam cintaku padanya.. walaupun terluka namun ku masih sayang.. kerana cintaku mewangi dan harum.. walau tercampak di mana jua..'' lirik lagu Sampaikan Salam Cintaku

'' hingga akhir nanti.. kau tetap jadi pujaan.. walau seribu tahun.. walau seribu zaman.. ku tetap menanti.. hingga akhir nanti.. kau tetap idaman hati.. segala rasa sayang.. segala rasa rindu.. hanyalah untuk mu..'' lirik lagu Hingga Akhir Nanti

'' ingin ku pergi jauh darimu.. agar ku kenal erti rindu ini.. ingin aku menyelami jiwamu.. agar ku kenal dirimu kasih.. ingin aku membenci dirimu.. tapi kebencian tiada padaku.. walau apa yang kau sangkakan.. aku tetap cinta padamu.. kalau kau sudi menyentuhi hatiku.. aku kan selalu dekat padamu.. tapi jangan kau hanya coba.. untuk mempermainkan cintaku..'' lirik lagu Seribu Bintang

sekian~

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

Monday, October 5, 2009

arghhh.. shin x suka budak kecik

hye kengkawan... korang watpe tu?? hmm kejap jer ek kita dah masuk Hari Raya yg ke 16.. iskk.. masa countdown dulu macam lamaaaaaaaa sgt.. bila tiba Raya jer.. macam kejapp jer.. hmm korang pon xde beraya kat umah shin pon........ naper eh??

nak habaq.. 17hb nanti kat umah parent shin nak wat makan makan sempena penutup Hari Raya.. datang la ek... jangan malu malu... konfem ada ketupat, rendang semua... then kitaorg plan nak buat Laksam, roti jala.. babah dah pajak shin suh wat ayam bakar.. nyum nyum.. datang ek!



p/s mekaseh untuk blogger tersohor tanah air KesahDuniaLelaki (KDL) .. walaupun bz.. dia ada masa nak wat benda alah ni untuk shin hahahah.. suka sangat tengok... *malu

akhirnya semalam kunun xmo pegi open house... tapi last last pegi la jugak malam tu... hmm tu pun sebab nak makan ketupat... encik aman pun asyik msg jer suh datang.. tp awal awal lagi shin dah pesan kat dia.. mintak jauhkan anak sedara dia yg hype tu dari shin... ngeee... x larat nak melayan..

bila shin sampai jer umah encik aman.. dah dengo suara dia panggil nama shin... ahhhhhhh tidakk.. shin wat wat x nampak dia.. terus ngadap makanan ( segan nak snap snap ) huhuhu.. sedap sangat...

pastu budak kecik tu duduk sebelah shin.. aishh sebok jer... dengar la mulut dia membebel cite apa apa jer.. shin layan skit skit.. sbb tgh tekun membaham makanan... kat sebelah shin ada sorang kenalan berbangsa India.. kawan encik aman.. shin pun kenal gak la.. beberapa kali kuar sama sama.. nama dia encik Baska

tetiba dak kecik tu pangil... pakcik Itam.. pakcik Itam.. aishhhhhh.. terbantut shin nak teruskan makan.. pastu shin marah dak kecik tu...

''eh apa pasal panggil nama orang mcm tu.. x baek ok???''

dak kecik tu cakap la sebab dia tak tau nama.. dia panggil la pakcik Itam.. perghhh siot jer... shin cakap la.. len kali kalo tak tau.. diam jer.. atau tanya... pastu budak tu pegi jauh jauh dari tempat shin makan.. hmm tenang skit.. agaknya dia majuk kot kena marah huhuhu

p/s : sorry encik aman... hahahah tak pasal pasal cite pasal anak sedara encik yg hyper ni.. tp encik kena tego selalu perangai dia ni ek... kang sampai ke beso.. cuba cuba ajar dia jadi inesen mcm shin ek ngee~

actually bukan ngan anak orang ker.. adik orang ker... kalo shin rasa tak berkenan ngan perangai dak kecik tu.. shin sound jer.. even mak ayah diaorg ada dekat dekat situ gak.. mcm tu gak ngan anak anak sedara shin... shin xmo diaorg gunakan 'tiket' diaorg as budak kecik.. diaorg leh wat sesuka hati..

dulu masa shin kekecik.. tengok mak shin dah bulat bulatkan mata.. tenung semacam jer shin dah tau mak shin marah... kalo ada jiran jiran.. sedara mara datang umah.. mak shin suruh duduk dediam.. atau masuk bilik jer.. time makan.. jangan nak sibok sibok.. aishhh kalo degil gak.. hambik.. kena cubit lepas tu.. sakit.. memang takut la...

tengok la hasilnya sekarang.. shin jadi budak paling inesen sekali.. hasil dari layanan parent shin dulu dulu.. sebab tu shin rasa budak budak kecik sekarang amatlah melampau.. manja semacam.. wat apa pon parent diaorg x kesah... isk isk

penah banyak kali tengok kat shoping mall.. kat kedai kedai.. tengok budak budak kecik ni meraung.. menanges.. bila apa yg dia nak x dapat.. terkulat kulat parent dia dok pujuk.. tahan malu pun ada.. isk isk... anak anak sedara shin pun ada yg mcm tu... dulu masa shin kekecik.. jarang sekali parent shin nak bawak pi jalan jalan tempat mcm tu.. selalu dok umah.. sambil kakak ngan abang abang jaga.. apa yg mak babah shin bawak balik.. terima jer la.. kekadang xde bawak apa pon.. ngee.. sanggup x tido sebab nak tunggu apa yg diaorg belikan.. bila dah xde.. terus masuk tido.. sambil ada air mata tetiba kuar.. tp xmo bagi dengo nanges.. kang nanti kena marah plak...

p/s : biasanya... kalo nak nanges tu.. sambil tekup muka guna bantal.. nanges la kuat kuat .. xde sapa dengar.. tau tau jer.. dah tetido... huhu

anak sedara shin yak sorang ni.. nama dia Muhaizan.. adoiii ... umo dah nak masuk 3 tahun.. tp x pandai cakap lagi... manjanya dia ngan abi dia.. asyik nak menanges jer... kalo dia haus.. dia nak mintak umi dia 'u'u' ( susu), pastu nak pakai baju 'M' ( upin ipin ).. aishhhhhhh sekarang ni kalo dia balik.. semua orang panggil nama dia M jer.. punya la panjang nama upin ipin tu.. dia leh sebut M jer... hampess..


yak ni lagi sorang.. Farhan.. hyper skit budaknya... cakap pon x betul lagik.. kuat makan... suka ayam toyeng ( goreng ), kalo shin datang.. banyak cengkadak dia.. tanya macam macam.. cite macam macam.. termasuk cite pasal Max ( nama kuceng dia )... perghh sebut perkataan lain pelat... tp sebut nama kuceng omputeh dia terer la plak..

kalo bab duet.. ingat jer dia.. masa ari Jumaat aritu.. ada ke patut dia tanya shin..pasal duit raya dia... actually masa Raya pertama aritu.. dia join marhaban.. dapat la duit raya tetiap umah yg kitaorg masuk.. dia bagi shin pegangkan.. sambil layan dia makan mcm x berenti.. pastu bila balik.. shin bagi la duit dia semua kat mak dia.. pasal dia tido penat ( kenyang )..

'' acik acik... a'an lupa laa nak mintak duit raya masa aritu.. a'an nak bagi mak'' dia sound shin mcm tu laa...

pastu shin ckp laa '' hello... acik dah bagi mak ko occay! ''

'' ouh ye ker??'' dia jawab ngan nada yg konon comel.. sambil sengih sengih..

pastu shin cite la kat kakak ipar shin... si farhan ni ada kat sebelah.. sambil gelak gelak malu... perghh pasal duit ingat jer dia..

paling tak tahan dia persoalan tahik lalat shin... kat belakang tengkok shin ada la tahik lalat besar... dia tanya laaa...

''acik.. aritu ada lalat ek kat hmm belakang tu.. acik pukul ek.. pastu mati.. pastu dia tumbuh besar ek.. '' dia cakap sambil gagap gagap la..

shin tengok jer muka dia.. malas nak layan... kang kalo shin jawab.. makin banyak dia tanya... pastu dia tanya soalan lain.. sebab soalan 1st tu x jawab... shin terus blah hahahaha.. kejam x??

p/s : camne ek nak buang tahik lalat???

tu baru skit anak perihal anak sedara shin.. semua skali ada 13 orang.. arghhh mcm mcm perangai.. tp yg pasti.. shin cuma suka budak kecik umo setahun kebawah.. tu pun time diaorg tak nanges hahaha.. comel jer.. kalo yg beso beso ni.. bising... stress woo dengar..

kengkawan suka dak kecik tak?? normal tak ada orang besar skit mcm shin ni yang tak suka melayan dak kecik ek??? huhuhu..

sekian ek~

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

Sunday, October 4, 2009

acara hari minggu


alkisah.. dah 4 tahun beli umah bujang ni.. baru tahun ni la shin join group marhaban.. tu pun lepas abang shin yg suruh shin campur masyarakat skit.. ngee... ntah apa apa... bukan apa.. shin malu.. diaorg semua dah mcm pangkat abang abang.. bapak bapak.. shin nak dak kecik lagik.. bujang lak tu..

aktiviti marhaban tahun ni start 1hb aritu.. dan berakhir malam tadi.. cuma masa 2hb tu shin skip la.. pasal wat makan makan kat umah parent.. masa 1st day lagi.. diaorg dah remind pasal diaorg nak masuk umah shin masa 2hb tu.. tp shin dapat xcuse la.. 3hb baru diaorg masuk.. perghh shin x tau nak bagi diaorg makan apa...

dan yg paling shin cuak... kena berucap selaku tuan umah.. perghhhhhh neves siot.. tak tau nak cakap apa... abang shin suh rilex jer.. beri ucapan macam orang lain.. just ucap selamat hari raya jer.. nak mintak mahap pun mcm x perlu sbb shin tak duduk kat situ huhu.. tul gak~

hmm shin datang umah bujang dari tengah ari semalam lagik.. sapu satu umah dekat 8 kali.. tapi rasa mcm tak bersih jer.. hahaha... neves kot.. actually seblm ni dah 2 kali wat makan makan.. 1st time masa tu wat kenduri doa selamat.. 4 thn lepas la.. then last year wat open house.. tp tu ngan kawan kawan jer.. bukan ngan orang orang tua kat taman ni...

kakak ipar shin pun dah pesan.. x payah susah susah sediakan makanan.. pasal diaorg semua x kesah.. sebab tahu shin bujang lagi.. dan lagipun.. rumah rumah orang lain pun dah ada sediakan makanan... hmmm masa 1st day shin ikut marhaban tu.. shin dah pasan daa.. tak semua makanan diaorg makan.. isk.. kekadang sian lak ngan tuan umah.. penat jer bikin.. so far.. shin kalo x makan banyak.. memang shin rasa sedikit kat semua umah yg shin masuk.. ngee~

Align Center
sib baek tak banyak perabut.. tak bayak kemas.. sapu jer besih2

Align CenterAlign Center
shin just bancuh air sirap.. letak bijik selasih

Align CenterAlign Center
haaa ni la bijik selasih kalo korang nak tau.. sedap~

Align Center
Align Center
pastu shin beli buah semangka laa.. hehehe cukup la kot

Align Center
jangan ingat umah bujang xde kueh raya ok!

kitaorg start jam 7.30 malam... hmm malam tad ada 18 bijik buah umah.. dan umah.. 2nd last ler.. hmm sib baek.. shin sediakan buah jer.. so.. mesti diaorg dah kenyang.. macam macam makanan ada malam td.. satay ada, mee ada, ayam golek ada, nugget ngan kentang tu mcm makanan paling popular la diaorg sediakan.. ada satu umah tu x sediakan apa apa pon.. mungkin dia kongsi ngan jiran sebelah..

dekat jam 11.30 malam.. tibalah giliran umah shin.. wahhh neves.. hahaha... then ada plak sorang pakcik tu.. lazer kat shin.. dia dok tanya.. pesal nak masuk umah shin? sebab dalam doa marhaban tu untuk suami isteri dan anak anak.. shin bujang lagik.. cissssss.. x de insurance tu.. sib baek ada sorang lagi pakcik tego la.. dia backing shin la.. siot jer.. dah tua tua pon bengkak otaknya...

Align Center

alhamdulillah.. semuanya masuk.. muat satu umah..

masa shin kena berucap tu.. neves giles... pastu ada lak suara nakal yg perli perli.. mana orang rumah.. naper bujang lagi la semua.. arghhh.. sebelum berucap tu sempat shin msg msg Mohd Shamsul Bahari... dok ngadu la neves semua..

pastu.. kena temu ramah la skit.. sebab ni 1st time shin join.. ada gak yg puji sebab shin nak campur orang orang taman.. walaupun shin kecik lagi.. hmm pastu diaorg ni semua masuk sampai dapur hahaha.. malu ok.. sib baek shin dah kemas semua.. tak bajet diaorg nak masuk sampai dapur.. yg shin rasa kembang hidung.. diaorg puji umah shin mcm bukan umah bujang.. hahaha.. x baek tau puji puji!!!


dalam ramai ramai tu.. tersnap focus budak ni plak.. x sengaja
Align Center
hmmm abis marhaban dekat jam 1 pagi.. arghh letih... shin tak tido umah bujang.. perghhh.. tak berani woo tido sorang sorang.. terus balik umah parent.. then tido sepuas puasnyaa.. hahaha la ni baru dapat hapdet blog..

shin rasa seronokkkkkkk sgt dapat join marhaban tahun ni ngan orang orang taman tempat umah bujang shin.. tawun depan.. shin nak join lagi ar... kalo pajang umo ek!

ni jap lagi nak pi angsana.. nak hantar handycam babah shin yg rosak.. pesal ntah.. aritu lagi dia dah emo emo.. paksa shin antar handycam ni kat kedai.. aishhhhhhh nak tak nak.. terpaksa la pegi.. kang lagi kena bebel... dah la pagi tadi shin basuh baju banyakkkkkkkkk sgt.. mak shin dah suruh dari semalam lagi.. tp shin tak buat.. arghh beginilah nasib jadi diri shin... sob sob~

arini ada 3 open house.. tp satu pun shin x pergi.. penat.. xde mood nak makan makan.. ada mood nak ehem ehem jer..... hahahaha... daaa~

sekian dulu ek kengkawan.. jumpa lagi!

m(^o^)m

* i'm shin.. i'm inesen