Saturday, August 6, 2011

6 hari di bulan Ramadhan - terima kasih

mangon jer tido pagi tadi dekat jam 10.30 pagi.. terus shin call Araf.. ajak teman pi Metrojaya Plaza Pelangi Johor Bahru.. shin nak mintak Araf tunjukkan jalan nak pegi Celcom Centre kat Taman Molek..  makin teruja shin nak amek henpon Blackberry tu huhu.. so kena la tau selok belok nak pegi tempatnya.. shin bukan reti sgt jalan area Jaybee *nanges


sampai Plaza Pelangi dekat kul 2.30 petang.. pastu tunggu dak yg nak pass suar shin tu abis rehat dekat kul 3 petang.. merayap jap ler.. Araf pegi jumpa kawan dia dok berniaga kueh raya kat situ.. hurm.. pastu.. rasa mcm x berbaloi tunggu lama.. suar yg shin dapat tu.. x sama pattern ngan yg sepatutnya.. suar yg shin beli tu patternya mcm kaler cekelet.. tp dorang bagi suar kaler hitam tu.. pastu dorang ckp.. dah xde stok.. nak tak nak.. shin terima jer la.. nak ulang alik pi Jaybee tu bukan dekat.. duit minyak jer dah lebih dari harga suar tu.. x berapa minat sgt patter suar hitam tu.. tp nak wat camne *nanges

lepas settle amek suar.. shin ajak Araf jumpa Khairi kat SSF... sambil tu shin cuci mata nengok barang barang yg ada jual kat situ.. shin mmg giler skit nengok barang barang yg bertema english pattern.. lelagi part dapur.. termasuk la pingan mangkuk dia ngee.. leh giler.. duit jer xde *cedey

masa petang tu mak shin dah call.. dia dok ingatkan time berbuka puasa dah dekat.. dia pelik kot sbb shin x balik balik lagi.. Araf ngan Khairi dok pujuk shin berbuka kat Jaybee jer.. huhu.. serba salah.. shin lebih berat nak balik.. memadangkan dah lewat.. shin follow la dorang.. shin call mak shin dulu.. dok cakap shin buka kat luar.. lately.. shin mcm nak selalu teman mak shin.. hurmm.. sorry mak.. shin buka kat luar arini..

1st time Araf bawak shin pegi bazar Ramadhan kat Kampung Melayu area Majidee.. seronok ar gak.. cuci mata hehehe.. pastu kitaorg bebuka dekat betul ngan Masjid.. senang nak solat dan wat terawih.. lepas abis terawih.. kitaorg jenjalan kat bazar area Pandan.. pastu makan mekdi.. cuci mata lagik ngee~

seronok ar.. x sangka lak bole bebuka kat luar arini.. teringat insiden tahun lepas.. gara gara nk berbuka kat luar.. terus kete rosak kat Plaza Angsana.. tu yg mcm serik nak kuar.. tp Alhamdulillah.. arini xde apa yg buruk berlaku.. yg bestnya.. 22hb tu Khairi x keje.. dan dia ok jer shin mintak temankan pegi amek henpon Blackberry kat Celcom time tu nanti.. yeh yeh!!

sebelum gerak balik.. Araf bagi shin hadiah besday.. ngee.. dah lama dah dia simpan.. pastu ngan ole ole dari Bali.. sejak Araf balik dari Bali itu hari mmg shin xde jumpa dia.. hurm.. haa gegelas mekdi pon ada... lor.. ingatkan satu set.. 6 gegelas mekdi hahahaha.. xper.. mekaceh ek Araf.. mekaceh banyak banyak~

Araf mcm tau tau jer shin suka kumpul gegelas.. tomey la gegelas ni.. hmm.. nak kena wat air cekelet camni ek time Araf ngan kengkawan lain datang Raya nnt.. 

ok la.. mata shin dah ngantok.. kengkawan jgn lupa mangon sahur tau.. haa kunci jam awal awal k.. semoga berjumpa lagi ek.. shin sayangggg korang... daaa~

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

Friday, August 5, 2011

5 hari di bulan Ramadhan - hilang sabar

akhirnya.. terlepas juga perasaan yg terbuku.. memang susah.. x tahan lagi.. lepas solat subuh.. parent ketuk pintu bilik..babah bagi duit utk renew road tax ngan insurance kete awan nan kelabu.. mak suh shin simpan.. masa tu la shin luahkan apa yg shin rasa kat parent..

tak banyak perkataan yg keluar dari mulut.. tersekat sekat.. air mata lebih banyak meluahkan perasaan.. shin dah cukup bersabar ngan apa yg orang lain buat kat shin.. semuanya parent suruh pikir pasal orang lain.. tapi kenapa dorang semua tak fikir pasal shin..

dah masuk 3 bulan kete awan nan kelabu tu ada hamba Allah tu pakai.. dah macam harta dia plak.. even shin dah sms.. dah call.. bila jumpa shin ada cakap kat dia.. yg shin nak kereta tu balik.. tp sampai skrg dia x pulangkan jugak.. sms shin langsung dia x reply.. lepas settle kes rumah shin dia bagi kengkawan dia duduk.. ni dia amek kete plak..

masa kete tu rosak.. tak pulak dia sibuk sibuk betulkan.. lepas dah shin betulkan.. kuarkan saving semata mata nak betulkan.. dia plak suka suka pakai.. pastu masa rosak.. shin yg susah susah cari duit.. dia langsung tak kuar satu sen.. mcm mana la shin tak geram..  pastu mak ngan babah asyik nak backing dia jer.. kecik ati shin :'(

sblm shin berkurung dalam bilik.. shin dah bagi tau kat mak shin.. shin mintak mak call hamba Allah tu.. bagitau kat dia yg shin nak ambik kereta tu.. kalau dia xde transport lepas ni. itu pandai pandai la dia fikir.. sebab sblm ni dia buat apa apa keputusan dia x pernah tanya orang lain..mungkin dia lebih tahu apa yg patut dia buat pasni..

shin xmo la cite lelebih.. kang dah mcm entri mengumpat.. shin dapat dosa.. yg baca pon dapat dosa.. rosak ibadah puasa.. cuma shin nak ckp.. arini.. mood agak kurang stabil.. sedih.. marah.. semua ada.. hurm.. harap ada benda baik berlaku hari ni utk redakan perasaan shin..

*** dah nak dekat tengah ari tadi.. mak shin ketuk pintu bilik.. dia ckp slow slow.. dia dah cakap kat hamba Allah tu.. mak ngan babah dah pikirkan cara camne nak settlekan benda ni.. kete awan nan kelabu tu akan balik kat shin x lama lagi.. tp ada masalah laen plak.. aishh lepas satu.. satu.. sian kat mak.. terpaksa pening kepala nak pikir benda ni semua.. semoga Allah ringankan segala masalah yg semua org Islam yg berpuasa.. terutamanya masalah mak yg sangat shin syg *nanges

sekian~

:'(

*i'm shin.. i'm inesen

Thursday, August 4, 2011

4 hari di bulan Ramadhan - manis tak kurma ini


Allah SWT berfirman : Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon kurma, tanam-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya) dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan disedekahkan kepada fakir miskin); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan. (al-An'am: 141)

kengkawan.. haa arini shin nak sambung skit entri yak lepas.. manis tak kurma ini.. kali ni shin nak tepek citer pasal pokok kurma ngan kisah kisah zaman dahulu kala.. dan kisah tu ada di citerkan dalam Al-Qur'an..

kengkawan nak tau.. haa kat dalam al-Quran, Allah SWT ada memberi perumpamaan terhadap pohon kurma dalam dua ayat iaitu surah al-Qamar ayat 20 dan surah al-Haqqah ayat 7.

kedua-dua ayat itu menceritakan kisah kaum 'Ad yang dimusnahkan Allah kerana keingkaran dan kekufuran mereka dengan ribut yang sangat kuat.. keadaan kemusnahan mereka itu diumpamakan seperti pohon-pohon kurma yang telah tumbang (Nakhlin mun'aqir) dan pohon-pohon kurma yang sudah usang (Nakhlin Khawiyah).

dalam surah al-Baqarah ayat 266 pula Allah SWT memberi satu perumpamaan terhadap orang-orang yang menafkahkan hartanya dengan riak dan membangga-banggakan tentang pemberiannya kepada orang lain (tidak ikhlas), seperti seorang pemilik kebun kurma dan anggur yang luas namun ketika itu dia sudah tua, dia tidak dapat menjaga kebunnya dengan baik, sedangkan ketika itu juga anak-anaknya masih kecil..kemudian kebunnya itu musnah kerana terkena angin yang kencang dan terbakar oleh api marak. 

maksudnya di sini adalah orang yang bersedekah tanpa keikhlasan tidak akan mendapatkan pahala di akhirat nanti seperti kebun kurma tersebut.

haa ingat tu kengkawan.. kalo kita belaja pandai.. keje bagus... gaji banyak.. jangan la kita sombong.. takbur.. kalo bagi something tu mengungkit ungkit.. menujuk nunjuk.. sedangkan penjalanan masa depan tu masih jauh lagi.. masih panjang.. kita tak tau apa yg akan berlaku pada masa depan.. kot kot nnt kita muflis..  takpon xcident masa nak pergi kerja... lumpur.. sakit.. segala kepandaian.. kejayaan dan kekayaan yg pernah korang kecapi sekejap ketika itu akan jadi sia sia.. sapa yg akan bantu korang masa tu?? semua org benci ngan perangai korang yg sombong.. menunjuk nunjuk.. mengungkit.. korang rasa dorang nak tolong ker??? mesti dorang padankan muka korang lagi ada laa.. ingat tu!!!

dalam surah al-Israk ayat 91, Allah menceritakan kisah orang-orang kafir Mekah yang tidak mampu menandingi al-Quran, meskipun mereka adalah sasterawan yang hebat. Oleh kerana tidak mahu beriman, maka mereka mencari pelbagai alasan lain untuk menolak dakwah Nabi SAW.

mereka turut mencabar agar nabi menunjukkan kemukjizatan-kemukjizatan baginda. Antara permintaannya adalah nabi membuat kebun kurma dan anggur yang mengalir di tengahnya sungai-sungai.

dalam surah Taha ayat 71 pula diceritakan kemarahan Firaun kepada tukang-tukang sihirnya, selepas mereka beriman kepada Nabi Musa... Firaun mengancam bahawa dia akan memotong tangan dan kaki tukang-tukang sihirnya yang beriman secara bersilang, dan dia akan menyalib mereka pada pangkal pohon kurma supaya orang ramai melihat keadaan mereka. 

ayat ke 23 hingga 25 dalam surah Maryam menceritakan keadaan Maryam semasa hendak melahirkan Nabi Isa. Ketika itu Maryam merasa amat sakit sehingga dia bersandar pada pangkal sebatang pohon kurma. Semasa sakit tersebut dia mengadu kepada Allah dengan mengatakan alangkah baiknya sekiranya dia mati sebelum ini.

namun Allah memberi khabar gembira kepadanya melalui malaikat Jibril agar jangan bersedih kerana Allah telah menciptakan aliran air di bawahnya dan memerintahkannya untuk menggoyangkan pangkal pohon kurma yang berada berhampirannya dan pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadanya.. dia kemudiannya meminum air dan memakan buah kurma yang jatuh tersebut untuk mengembalikan kekuatan tubuhnya. 

Kurma sama ada pohon dan buahnya sering diulang-ulang oleh Allah SWT dalam al-Quran lebih daripada 20 kali.. ini memberi gambaran bahawa pohon ini amat dekat di hati masyarakat ketika itu apatah lagi ia mempunyai nilai khasiat yang besar kepada kesihatan manusia. Nabi SAW sendiri menjelaskan kelebihan buah kurma dalam beberapa hadis baginda malahan perkara ini turut diakui oleh kajian sains moden.

kelebihan-kelebihan kerana kandungan gizinya menjadikan ia salah satu juadah yang sangat sederhana namun sangat berkhasiat baik semasa berbuka maupun ketika sahur.. jika kita memilih untuk berbuka dan bersahur dengan kurma maka semaikan pengajaran bagi diri dan seluruh kaum keluarga kita bahwa bahawa kurma itu sesungguhnya adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah SWT jua. 

so.. pada kengkawan yg ada memepelehkan buah kurma.. apa kata.. cari alternative lain.. skrg ni mcm mcm pattern buah kurma ada kat pasaran.. ada yg bersalut cekelet.. ada yg bijiknya di ganti ngan badam.. di ganti ngan buah peach.. ada yg manis.. ada yg dibiarkan rasa asli.. siap ada tangkai lagi.. macam macam lagi ada...

 
macam macam ada kannnnn!


semoga kita mendapat khasiat yg sepatutnya ngan memakan kurma ek.. selamat meneruskan ibadah puasa.. akhir kata.. manis tak kurma ini?? jika manis.. hiasi ibadah puasa ngan amalan amalan yg manis.. kurangkan makanan manis semasa berbuka dan besahur.. sampai jumpa lagi.. Assalammualaikum~

semua nampak sedap *nanges


m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen