Tuesday, October 20, 2009

makcik merry fan club


kannn.. tetiba still lagi nak membebel pasal drama/movie... mood entri arini berkenaan ngan benda alah ni la kot... motip kan muka makcik merry ni jadi main pic plak untuk entri kali.. huhuhu... sapa makcik ni?? popularkan dia???

dalam ramai ramai yg dok baca entri ni ( ramai ker masalahnya?) mesti ada yg x kenal.. sapa kah gerangan empunya gambo ni kann... haaaa meh shin nak habaq.... makcik ni lebih popular ngan nama glamernya MAKCIK MERRY @ makcik mekropon.. hik hik

nak cerita sikit pasal makcik merry ni.. makcik ni nama dia betul diaNorhayati Taib, tinggal kat Pasir Gudang, Perjiranan 9, anak dia ada 4 orang, dia dah ada cucu dah... yang sulung ngan yg no 2 dah berkahwin.. si Faizul yang rajin berlakon jadi anak beranak ngan makcik ni merupakan anak no.3. Makcik ni asal orang Kg. Melayu Majidee. Seri yang berlakun dalam cerita Qasih Ramadhan tu anak saudara dia, anak adik dia. Makcik ni mmg ramah, mulut lama dia dok kat Pasir Gudang belum membangunlah..dari tahun 1979



walopun shin bukan kaki tengok drama.. tp shin rajin gak tengok kat youtube.. bila dah xde benda nak di buat.. bila dah kurang mood nak tengok web tertentu sebab tertunai sudai apa yg di hajati huhu.. so layan la youtube plak.. dengar lagu ker.. tengok filem ker.. drama ker.. semua ada laa..

tetiba shin tertengok la cite benda alah ni.. drama Raya.. Mak Abang Panggil Balik tajuk dia (klik tajuk tu untuk tengok cite tu ek) sejak tu shin mula mengenali makcik merry ni.. sangat la gamat.. ada class lakonan dia... tak kering gusi dok nengok gelagat makcik ni yg spontan berlakon.. cerita ni sgt besh.. semua pelakonnya hebat hebat belaka.. terutamanya Isma Yusof, Rushdi Ramly, makcik merry ngan ku Faridah.. ngan watak watak pembantu yg membantu menjayakan drama ni.. sesak ngan jalan cerita... bukan sesak sbb tak besh.. tp sesak sbb nak tau apa kesudahan cite ni huhu



dua makhluk Tuhan yg menggamatkan drama ni

tp apa yg shin nak tekankan kat sini.. populariti makcik merry ni telah mengovershadowkan pelakon pelakon utama drama drama yg dia lakonkan.. haaaa.. org org yg tengok drama dia tu.. lebih menghayati watak makcik merry yg sgt la lawak antrabangsa.. ngan selamba badak dia tu.. di tambah ngan bantuan anak makcik merry ni si faizul yg pun sama gak.. selamba badak gak..

makcik merry ni ada la berlakon dalam cite Sindarela (klik utk tengok yer ) dan cite terbaru tari Tirana... so memang watak dia ngan anak dia menjadi la...

perkataan makcik merry yg paling popular "something goes wrong somewhere" huhuh... akan menjadi trade mark makcik ni yer... pastu kalo dia speaking omputeh.. aiyooo sgt la kelako ek..

antara dialog makcik merry ngan anak dia masa belakon dalam cite sindarela yg masih shin ingat.. yg bole buat shin sengih yer la..

ada satu adegan.. part dalam hutan.. anak makcik ni si Faizul dok ckp kat mak dia.."Mak jom la nyanyi...Faizul rindu suara mak yg suam2 kuku tu..."

pastu part makcik merry dok bebel kat sharipah amani... haaa.. ni dialog nya~
makcik merry : "INGAT AKU TAK TAHU KE MAK KAU SIAPER?!?!"
faizul : "dah jgn bising.. tapi mak dia siaper eh?"
makcik merry : "ADA AKU KISAH MAK DIA SIAPER? siaper mak dia?"
faizul : "Entah!"

banyak lagi la diaorg lo makcik merry yg buat shin semput nak layan... korang tengok la sendiri ek... hmmm sapa sapa yg penah tengok drama drama makcim merry ni.. sure tau la ek..

kira makcik ni la pelakon hebat kat mesia ni selepas Norlia Ghani.. chaiyok chaiyok makcik merry.. hope lepas ni.. leh belakon pilem plak ek..

oklah guys.. sekian dulu ek.. jumpa lagi nanti.. tata~

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

AWAS pisau cukur


hye kengkawan.. korang nak tau takkk... haaa.. duduk duduk... actually kan.. shin ni jarang jaranggggggg tengok wayang.. pasal apa eh.. pasal mcm rugi sangat tengok wayang.. ngan bayar mahal mahal.. pastu cite ntah apa apa.. mostly cite melayu.. huhuhu.. buang masa ok~

shin jenis yg jarang suka tengok drama tv... haaa.. pasal apa.. pasal.. balik balik citer nya macam tu jer.. kalo arahan Rashid Sibir tu.. shin dah leh agak cerita basi dia.. kalo drama Yusop Haslam pon sama gak.. mcm tu jer la..

shin akan tengok wayang.. kalo cerita tu betul betul shin minat.. lelebih lagi cite cartoon la.. atau pon yg fantasy fantasy mcm Harry Potter ker.. Lord Of The Ring ker.. baru la besh tengok wayang.. kan kan..

dalam banyak banyak pelakon melayu la kan... selain dari Norlia Ghani.. shin sangat la minat ngan pelakon sweet ni.. NorFazura.. tp naper ntah.. tiap kali dia belakon pilem.. mesti pilem tu x box office... alahai~

tp kan... shin tertarik la ngan filem terbaru yg bakal kuar pawagan 5hb November depan.. semestinya lakonan Fazura la.. ralatnya.. pesal la ada Maya Karin.. sampai skrg shin x leh nak terima dia berlakon.. huhuhu.. tp mana tau.. mungkin cite ni jadi pilem terbagos lakonan Maya Karin.. wallahualam...

jom shin cite sinopsis cite ni ek~

apa yang akan terjadi bila mangsa dan pemburu sama-sama terperangkap di atas kapal percutian mewah? Dua orang gadis pisau cukur, Bella dan Intan, bertembung dengan tiga orang Datuk, tiga orang isteri Datuk, dua orang anak Datuk, seorang detektif dan seorang peminat setia Bella. Siapakah yang memburu dan siapa pula diburu? Dalam pelayaran yang penuh kejutan dan kelucuan, apa pun boleh terjadi!


Intan - lakonan Nur Fazura

Intan merupakan seorang penyampai dan personaliti TV yang mengacarakan sebuah rancangan popular bertajuk "Jejak Jenayah". Sebenarnya Intan memang bercita-cita untuk menjadi penyampai TV sejak kecil lagi selepas melihat ramai pengacara wanita TV3 akhirnya berkahwin dengan orang yang kaya dan ternama. Kini, Intan juga telah berjaya mendapatkan calon suami yang berpangkat iaitu Datuk Salleh, seorang ahli politik yang sudah pun berkeluarga. Datuk Salleh memanjakan Intan dengan hadiah-hadiah mewah seperti kereta, pakaian dan aksesori berjenama, serta percutian-percutian ke luar negara. Lalu, Intan pun sudah biasa dengan hidup senang.

Bila Datuk Salleh tidak dapat pergi bercuti dengannya di atas kapal persiaran, Intan merajuk dan memutuskan untuk pergi sendiri bersama rakan serumahnya, Bella. Setibanya di atas kapal, Intan cuba mencari calon suami yang kaya untuk Bella. Mereka terserempak dengan Ari, seorang penyiasat persendirian yang pernah diupah oleh isteri Datuk Salleh untuk mengekori Intan. Intan yang memang tidak puas hati dengan Ari mula memerhatikan gerak-gerinya untuk memastikan mengapa sebenarnya Ari berada di situ. Bila salah seorang penumpang kapal dijumpai terbunuh, Intan dan Ari sama-sama menyiasat kes tersebut dan mendapati mereka sebenarnya saling melengkapi antara satu sama lain…

Walaupun pada luarannya Intan kelihatan seperti seorang yang pentingkan diri sendiri semata-mata, pada hakikatnya dia seorang kawan yang amat setia. Dia juga panjang akal dan penuh dengan sifat ingin tahu. Sikapnya yang nakal, periang dan berani memberikannya daya penarik yang cukup hebat.


Bella - lakonan Maya Karin

Bella datang dari keluarga susah dan telah dijaga oleh neneknya selepas kematian ibu bapanya pada usia yang muda. Nenek Bella selalu memberitahunya yang arwah ibu Bella telah mensia-siakan hidup dengan mengahwini seorang pelaut miskin yang akhirnya pergi tanpa meninggalkan sesen pun. Oleh sebab itu, dari kecil lagi Bella mengidamkan suami yang kaya sebagai jalan keluar dari kemiskinan. Bella tidak ingin anak-anaknya kelak menjalani hidup susah seperti dirinya sendiri. Lantas dia berusaha membentuk dirinya menjadi calon isteri yang sempurna untuk lelaki yang kaya dan berpangkat. Selepas meninggalkan sekolah, dia memulakan kerjaya sebagai pramugari dan telah cuba mencari calon suami dari kalangan penumpang yang kaya. Namun selepas bertahun-tahun, dia masih tidak berjaya, lantas dia memutuskan untuk berhenti kerja demi menyertai rancangan realiti "Siapa Nak Kahwin Jutawan?".

Nasib Bella begitu malang ; di pengakhiran rancangan tersebut, si jutawan telah memutuskan untuk berkahwin dengan peserta yang lain. Bella kini tanpa pekerjaan, tanpa calon suami dan dengan reputasi sebagai gadis mata duitan. Untuk menghiburkan hatinya, rakan serumahnya Intan telah membawanya bercuti di atas kapal persiaran. Memandangkan ramai orang kaya turut belayar bersama mereka, inilah peluang Bella untuk mencari calon suami baru. Calon tersebut muncul bila Bella bertemu dengan Datuk Hisham. Namun begitu, Bella segera mendapati yang hubungan baru ini bukan semudah yang disangka…

Bella sebenarnya tidak mempunyai naluri seorang pisau cukur, namun dia berpendapat apalah susahnya berkahwin dengan seseorang lelaki semata-mata untuk duit. Perwatakannya yang manis, anggun dan lemah-lembut menjadikannya seorang yang cukup menawan di mata lelaki.


Ari - lakonan Aaron Aziz

Ari merupakan seorang penyiasat persendirian dengan agensi penyiasatannya sendiri. Dia pernah bertembung dengan Intan bila diupah oleh seorang Datin yang curiga tentang hubungan Intan dengan suaminya.

Ari merupakan anak tunggal dan telah dibesarkan oleh ibunya sendirian setelah ayahnya meninggal ketika dia masih kecil. Kenangan suami tersayang begitu kuat di hati ibu Ari, lantas dia tidak berkahwin lagi sehinggalah Ari menjangkau usia tiga puluhan. Ari begitu menyanjungi kesetiaan ibunya terhadap arwah ayahnya, lalu dia berazam tidak akan berkahwin selagi tidak bertemu cinta yang sebegitu hebat.

Tugas Ari yang selalu memerlukannya menyiasat kecurangan suami isteri menjadikannya seorang yang sinis terhadap cinta. Dia lebih-lebih lagi tidak mempunyai pandangan yang tinggi terhadap orang seperti Intan yang dirasakan mempergunakan cinta demi mencapai hidup senang. Namun begitu, sedikit demi sedikit Intan berjaya juga meretakkan dinding yang menutup hati Ari…

Datuk Hisham - lakonan Eizlan Yusof

Datuk Hisham merupakan seorang tokoh korporat yang tersohor. Dalam mengendalikan urusan syarikat-syarikat milik keluarganya, Datuk Hisham telah mencipta nama yang disegani. Dengan latar belakangnya dari keluarga kelas atasan, ditambah pula dengan perwatakannya yang terkenal budiman, serta raut wajahnya yang kacak, Datuk Hisham semestinya jatuh ke dalam kategori calon suami yang amat diingini.

Setelah kematian isterinya yang tersayang, Datuk Hisham belum lagi menjumpai wanita yang boleh mengisi kekosongan di hatinya. Bukan sebab dia tidak ingin mencari, tetapi situasinya dirumitkan oleh keluarganya yang agak cerewet. Sebagai anak lelaki tunggal, tentu saja keluarganya inginkan hanya yang terbaik untuknya. Arwah isterinya merupakan menantu yang amat disayangi, lalu kini setiap wanita yang muncul di dalam hidup Datuk Hisham pasti diteliti dan dibandingkan oleh keluarganya.

Datuk Hisham sendiri sebenarnya seorang yang telus dan serba ringkas, tidak sukakan komplikasi. Bila bertemu dengan Bella, dia serta-merta tertarik. Namun, adakah tarikan semata-mata cukup untuk mengisi jurang antara pipit dengan enggang?


Faqir - lakonan Redza Minhat

Faqir merupakan salah seorang penumpang kapal percutian yang dinaiki oleh Intan dan Bella. Dengan tidak disangka-sangka, dia terserempak dengan Bella yang telah diminatinya sejak menonton "Siapa Nak Kahwin Jutawan?". Walaupun Bella langsung tidak berminat dengannya, Faqir cuba sedaya-upaya untuk mendekati Bella dan akhirnya mereka menjadi kawan.

Faqir adalah seseorang yang amat berterus-terang, tidak takut untuk meluahkan fikirannya. Sebab itulah, walaupun rasa tertarik dia tetap tidak dapat mengelak dari bergaduh dengan Bella. Faqir langsung tidak bersetuju dengan pendirian Bella tentang cinta dan wang, namun mula mengambil berat tentang Bella. Dapatkah dia mengetepikan perasaannya dan membantu Bella mencapai hasrat untuk bersama Datuk Hisham?



***end***

haaa camtu la xde sikit tapi sebanyak mungkin shin tepek sinopsis cite ni.. mcm dah leh agak jalan citenya kann.. tp bila tengok teaser pilem ni kat youtube.. ngan lakokan gedik gedik diaorg ni.. terasa nak menengok plak hahaha..

mungkin jalan cite ni amat sesuatu ngan golongan sesuatu dan tertentu yg secara sengaja atau pon tidak.. diaorg ni adalah golong yg suka perabih harta benda orang lain @ pisau cukur.. jenis x segan segan leh mintak itu dan ini tanpa dia sedar risiko yg bakal dia tanggung..

mungkin akan wujud perasaan dendam bila tetiba berlako pergadohan.. ungkin mengungkit... sehingga memburukkan keadaan semasa.. memudharatkan diri sendiri..

malah mungkin dia akan jadi terbiasa hidup mewah melalui orang lain.. mungkin juga dia menipu untuk mendapatkan apa yg dia nak.. hmmm susah la kan..

tp bagi shin.. walau pun apa jenis orang tu.. kalo matlamat hidup dia memang nak hidup senang.. hidup mewah.. dapat bersama sama ngan orang yg bole memberi dia kebahagiaan.. wang ringgit.. masa depan yg cerah.. memang xde salah laa.. tp biar lah berusaha ngan cara yg elok.. bukan menipu..

ingat senang ker nak ngurat orang kaya.. mesti lah banyak pelaburan dia kena buat kan.. nak kena lawa lawa... nak kena maintain cara hidup yg high taste.. siapalah kita nak mengutuk.. mempelekehkan orang sebegini..

cuma yg shin x leh terima.. kalo dia gunakan cara yg kotor... menipu.. ilmu sihir.. atau memporak perandakan hidup orang lain... hidup mcm tu sangat la keji.. takde nilai langsung.. lebih baik lupus dari muka bumi ni.. ngee~

sekian dulu ek.. jaga diri hiasi peribadi.. kalo nak dapatkan sesuatu tu.. ukurlah spender dikelengkang sendiri... tata


ada sesapa nak dating ngan shin tengok cite ni??

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

Monday, October 19, 2009

kembali senyum


akhirnya... setelah hampir 9 hari... selepas hari hari shin wat report kat streamyx.. pagi td shin telah berjaya mengconnectkan semula network streamyx shin ni.. walopun sedikit susah pada mulanya.. namun berkat kecekalan, kegigihan, kesabaran dan kesungguhan shin yg inesen ni.. maka.. shin dapat menikmati streamyx semula..

Alhamdulillah.. ngan kuasa Allah melalui pekerja pekerja streamyx yg lambat tu.. setelah beberapa menukar kable ( katanya laa ).. dan berulang kali mereset jumper ( kononnya laa ), segala masalah yg shin hadapi hampir selesai.. shin dah leh senyum dah.. xde masalah lagik... kiranya.. masalah streamyx ni telah mengganggu kelancaran hidup shin.. lantas merampas keceriaan dah kebahagiaan hidup shin di muka bumi ni.. kiranya ia macam masalah besar la bagi shin ( sebab shin memang xde masalah lain selain ni huhu ) oh ada gak masalah lain.. desperate.. hahaha.. cuma lom tahap kronik.. desperate apa tu?? ada laaa..

so dapat lah shin mengecapi nikmat betenet sepuas ati.. dapat la shin ngapdate blog selalu, baca blog korang selalu, bukak laman web tertentu hampir selalu hahaha.. dapat la mengumpul ilmu selalu, dapat la buat memacam lagi laa..

shin x pasti la ek.. ari ni dah masuk Zulkaedah atau hari terakhir Syawal.. kat kalender diumah ni... mcm mcm versi ada.. hmm ada yg tulis hari ni 1 Zulkaedah... ada yg tulis 30 Syawal.. ntah mana betul..

shin tepek lagu Raya kat blog shin yg inesen ni.. didedikasikan untuk semua kengkawan yg shin syg.. untuk kita pulun dengar sesama.. amik mood nak tinggalkan bulan Syawal yg mulia ni.. sob sob... hope jumpa lagik tawun depan kan...

oklah guys... shin tulis entri ni just nak bagitau.. yg streamx shin hampir ok.. huhuhu tetap x pasti lagi dah ok ker belum sebenarnya.. dan nak berkongsi rasa gembira.. tu jer.. bagi yg tgh beduka lara... hope hadirnya shin dalam hidup korang.. dapat la menceriakan dan meringankan sedikit perasaan korang tu ek..

sekian.. jumpa lagi..


budak inesen kembali lagik.. ngee~

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen