Friday, December 10, 2010

Nostalgia : Jamal Abdillah


kengkawan nak tau tak?? haaa.. duduk duduk.. mcm ni.. ni shin nk bikin balik entri Nostagia kat blog shin.. haa lama sungguh shin x tepek cite retis retis kegemaran shin ek.. entri nostalgia kali ni.. khas utk peminat peminat penyanyi lelaki bersuara jantan kaedahnya.. kat Mesia ni x ramai gamaknya penyanyi lelaki bersuara jantan.. huhu.. istimewa bersama Jamal Abdillah... *tepuk tangan

haa dah tepuk ker??? sekian. terima kasih huhu.. dulu masa skolah skolah.. slalu wat camtu.. beriyer iyer ni kengkawan nak dengo cite.. pastu suh tepuk tangan dulu.. nnt bila depa dah tepuk.. cakap ar.. sekian. terima kasih.. sapa suh tepuk kan.. huhu bebulu jer dorang.. ok.. jom shin cite skrg ek...

al kisah.. tersebutlah la kisah.. taiyibbb.. sudah lebih 20 tahun (sejak 1979) Jamal Abdillah menceburkan diri dalam bidang seni tanah air.. even Jamal ada meninggalkan kontroversi, namun nama Jamal Abdillah tetap utuh sebagai penyanyi lelaki terbaik dan terunggul kat negara kita.. sebut jer nama Jamal Abdillah.. ramai yg kenal akan kelunakan “vokal emas” nya yang mampu mengalunkan pelbagai genre lagu baik balada, pop mahupun tradisional.. lantas meletakkan namanya abadi dalam sejarah seni dan budaya tanahair buat selama-selamanya... ni shin tepek sikit biodata pasal penyanyi hebat feveret shin ni..


Nama Betul : Jamal Ubaidillah Bin Haji Ali
Nama Glemer : Jamal Abdillah
Nama Manja : Amal
Tarikh Lahir : 7hb Mei 1959
Asal : Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan
Pendidikan : SPM (Sekolah Menengah Seri Perak, Teluk Intan)
Keluarga : Anak sulung dari 7 orang adik-beradik

Jamal Abdillah atau nama sebenar beliau Jamal Ubaidillah Bin Haji Ali dilahirkan pada 7hb Mei 1959... Jamal merupakan anak sulung daripada 7 orang adik beradik yang terdiri dari 5 orang adik
lelaki.. Jamilul Hayat, Helmi Husseini, Elby Husni @ Kamal Abdillah dan Ahmad Tihami @ Hamka selain 2 orang lagi adik perempuan.

Jamal mendapat pendidikan awal sekolah rendah di negara Brunei Darussalam dan menyambu
ng persekolahan menengah dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga di Sekolah Menengah Seri Perak, Teluk Intan, Perak.. then dia meneruskan persekolahan dari tingkatan empat ke tingkatan lima di negara Brunei Darussalam sekali lagi kerana mengikut ayahnya yang bertugas kat sana ek..

sebelum menyertai pertandingan Bintang RTM 1979, Jamal pernah menyertai Pertandingan Bintang Kecil seluruh negara Brunei Darussalam pada tahun 1973 dan juga telah menyertai 9 p
ertandingan nyanyian yang kesemuanya beliau menjadi johan.. hebat kan..

masa entri
Nostalgia bersama Wann... shin ada pasal cite yg penyanyi Wann ni selalu la masuk pertandingan menyanyi.. tp asyik kalah ngan Jamal Abdillah.. biasa dia dapat no 2 atau no 3, sebab adik Jamal pun ada celen gak huhu.. nasib ko la Wann ek..

Jamal Abdillah adalah satu-satunya penyanyi solo yang paling popular di Malaysia dan setiap golongan masyarakat meminati beliau.. populariti Jamal meningkat lagi apabila beliau mula mencuba bakat dalam bidang lakonan.. Jamal telah diberi peluang berpasangan dengan bint
ang pujaan tanahair, Fauziah Ahmad Daud dalam filem ‘Azura’ keluaran Sabah Filem pada tahun 1984.. kemudian banyak ar lagi filem filem lain.. honestly shin x minat pon nengok lakonan Jamal Abdillah.. shin cuma suka dia jadi menyanyi huhu

Jamal Abdillah sering menimbulkan kontroversi di arena hiburan tanahair... setiap perkembangan Jamal diikuti oleh peminat-peminat beliau dan seringkali menjad
i berita panas di akhbar-akhbar harian dan mingguan tanahair.. sapa x tau pasal Jamal Abdillah pernah terlibat ngan najis dadah kan.. tp peminat peminat Jamal sentiasa memberi sokongkan agar Jamal berubah..

pada tahun 1985 Jamal pernah mencetuskan isu hangat apabila Jamal menegaskan yang dia akan keluar WEA dan sekaligus meninggalkan Ahmad Nawab yang b
anyak membimbing beliau sebagai penyanyi... kes x pikir panjang la ni ek..

namun.. ketegasan Jamal bukanlah “ibarat kacang lupakan kulit” tetapi dia nak kan perubahan dalam muzik serta lagu demi menjamin karier nya sebagai penyanyi.. tup tup.. tetiba Jamal Abdillah muncul dengan album seterusnya iaitu ‘Mati Hidup Semula’ s
etelah menyertai semula WEA... kannn~


semua peminat Jamal tau.. permulaan kejayaan seni Jamal Abdillah banyak dibantu oleh komposer terkenal, Datuk Ahmad Nawab.. sejak menjuarai Bintang RTM 1979, namanya menuju ke puncak persada seni dengan hasil karya Ahmad Nawab.

bermula dengan album pertamanya,
Perpisahan Tanpa Relaku (1980), satu demi satu album Jamal yang diterbitkan komposer tersohor, Ahmad Nawab membantu menaikkan dan mengekalkan populariti penyanyi itu. bersama Ahmad Nawab, sebanyak enam album telah diterbitkan antaranya Derita Cinta (1981), Hatiku Luka Kembali (1982), Sendiri (1984) dan Sepi Seorang Perindu (1989).

gandingan mereka berdua bagaikan irama dan lagu yang tidak boleh dipisahkan. antara Jamal dan Ahmad Nawab, mereka saling memerlukan untuk ke atas dan kekal di kedudukan mereka.



namun tiada siapa menduga *ada sound effect.. setelah satu dekad bekerjasama, 'pasangan ideal' itu berpisah pada tahun 1990 gara-gara proses rakaman lagu Seniman Menangis yang dinyanyikan oleh Jamal Abdillah. entah macam mana selepas rakaman itu, Ahmad Nawab tanpa berselindung memberi kata putus bahawa itulah rakaman terakhir kerjasamanya dengan Jamal Abdillah.

''No more recording!'' *sambil libas rambut.. itu yang terlontar dari bibir seniman terkemuka negara, Ahmad Nawab tatkala menyempurnakan rakaman lagu Seniman Menangis menjadi titik noktah kerjasama Jamal dan Ahmad Nawab... amek ko kan...


percanggahan pendapat yang berlaku serta sikap kurang sabar rupa-rupanya mencipta garis yang membuka jurang pemisah di antara mereka. Sejak itu, Jamal dan Ahmad Nawab dikatakan saling berjauh hati antara satu sama lain.. malah, mereka tidak lagi bekerjasama untuk menghasilkan album baru.
biarpun selepas kejadian itu populariti yang dikecapi Jamal sehingga kini tidak mampu dinafikan, peminat tetap merindui sentuhan lagu-lagu Ahmad Nawab yang dialunkan oleh penyanyi itu.

haaa.. kengkawan mesti nak tau kan... apesal la Jamal Abdillah ngan Ahmad Nawab ni dok bekelahi pasal lagu Seniman Menangis tu kan... haa ni shin nak cite ni.. alkisahnya.. Datuk Ahmad Nawab ni.. mandai mandai ( dia mmg genius pon ) dok cipta lagu yg key nya tinggi melanggit..

Datuk Ahmad Nawab sengaja wat key tinggi sebab dia tau kemampuan Jamal ketika itu... haa ni kes lagu Seniman Menangis la ni.. Datuk Ahmad nak kelainan Jamal melalui lagu tu..
tp.. agaknya mood Jamal Abdillah tak berapa ok aritu.. sampai dia terlepas cakap something yg buat Datuk Ahamd Nawab rasa nak bunuh Jamal Abdillah kat situ jugak huhu.. dasat yer Datuk.. sabo sabo...

Jamal berasa teruji ngan lagu yg memaksa dia berkerja keras untuk mejayakan apa yg Datuk Ahmad Nawab nak.. puas la Jamal wat macam macam cara.. sampai bukak tali pinggang.. haa.. sib baek tak bukak suar kan.. Jamal rasa tersiksa sampai kuar urat urat leher dia.. Jamal rasakan lagu ciptaan Datuk Ahmad Nawab tu macam nak bunuh dia jer..

Jamal rasa bengang bila Datuk Ahmad Nawab wat donno jer bila Jamal bagi pendapat.. tu yg sampai kaki Jamal naik kerusi.. haa kira kuang ajo la tu ngan tok guru kan..
itu la punca dorang clash..

haaa.. mau x clash.. sampai ler skrg.. xde lagu baru dari Datuk Ahmad Nawab untuk Jamal Abdillah.. sian Datuk kan.. semua penyanyi hebat ciptaan Datuk ghaib.. mcm Nasier Wahab.. Ramlah Ram.. isk isk..


selepas tu.. lagu lagu nyanyian Jamal banyak di cipta oleh komposer lain.. seperti.. M.Nasir, Manan Ngah, S. Atan dan Fauzi Marzuki.. peminat peminat maukan Jamal menyanyikan lagu ciptaan Datuk Ahamd Nawab... tapi kerana Jamal telah berpindah syarikat rakaman.. makan.. kerjasama dorang susah nak direalisasikan.. malah Jamal pernah dikenakan tindakan undang udang.. tarak boleh nyanyi lagu popularnya semasa di Syarikat lama selamat dua tahun... ngee~


tentu peminat peminat Jamal Abdillah dah tau kan.. pasal Jamal nak wat konsert di Istana Budaya dari 7hb hingga 10 Januari 2011.. menariknya.. Jamal akan menyanyikan lagu lagu lama yg jarang di nyanyikan masa wat sebarang persembahan.. tapi peminat peminat setia Jamal mesti tau lagu lagu yg bakal dia nyanyikan masa kat konsert tu nanti..

dan lagi satu berita menarik... Datuk Ahmad Nawab akan bekerja sama ngan Jamal Abdillah untuk konset tu nanti.. malah dia dah cipta satu lagu baru.. yg bakal di perdengarkan utk semua peminat peminat yg menyaksikan konsert tu nanti.. walla~



we all dah rujuk daaaa~

p/s : bagi korang yg nak menyaksikan konsert Jamal Abdillah.. boleh la mendapatkan tiket tiket dengan harga Rm85, Rm105, Rm135, Rm225 dan Em305.. tiket tiket boleh didapati di kaunter Box Office, Istana Budaya.. untuk keterangan lanjut.. sila layari laman web
www.tiket2u.biz

hurm.. sedih.. shin yg dok jauh ni.. agak payah nak pegi.. lagi plak.. bulan Januari tahun depan.. banyak nak amek cuti.. kalo nak pegi pun.. kena konsert hari sabtu.. 8hb... tp ada ker yg nak teman?? huhu

jenuh ni selalu melalak lagu Jamal.. antara lagu feveret shin dari Jamal Abdillah termasuklah lagu.. Derita Cinta, Sepi Seorang Perindu, Kabus Di Wajahmu, Sendiri, Mati Hidup Semula, Cinta Yang Terbiar, Keinsafan, Keluhan Perantau dan banyak lagi laa..

doa shin.. semoga Jamal Abdillah sentiasa sihat... hidup secara sihat.. dimurahkan rejeki yg halal.. dijauhkan rejeki yg haram ek.. semoga Jamal terus menyanyi ngan lagu dan suara yg sedap...sekian dulu ek.. shin penat menaip.. jumpa lagi entri akan dtg.. daa~


m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

4 comments:

ferdaus al-adney razlan said...

kipas susah mati jamal la ni.. huhu

::FAIZ FARISH:: said...

minat lagu dia nyanyi ngan siti sarah. lupa tajuk.

i'm shin... i'm inesen said...

ferdaus : sgt susah nak matikan huhu

i'm shin... i'm inesen said...

faiz : lagu sandarkan pada kenangan tajuknya