Tuesday, June 7, 2011

istimewa buat semua pelanggan ASTRO

2011/06/07 : Harga pakej pilihan bakal naik tetapi yuran langganan alami penjimatan

KUALA LUMPUR: ASTRO, pengendali tunggal perkhidmatan televisyen berbayar membuat beberapa pelarasan kepada pakej yang ditawarkannya berkuat kuasa 11 Julai ini, seiring dengan usahanya menawarkan pilihan serta perkhidmatan berkualiti kepada pelanggannya.

ASTRO terus komited mengekalkan harga Pakej Famili pada kadar RM37.95 sebulan atau hanya RM1.30 sehari untuk mengakses 38 saluran. Bergantung kepada pakej pilihan pelanggan, segelintir (pelanggan) mungkin mengalami kenaikan harga sekitar RM1 hingga RM15 sebulan serta penjimatan daripada RM4 hingga RM14.95 sebulan dalam yuran langganan mereka.

ASTRO membuat pelaburan memperluaskan pilihan kandungan bagi memenuhi keperluan menonton dan kemampuan rakyat Malaysia. Astro komited meningkatkan pilihan pengalaman menonton kepada pelanggan tetapi ASTRO tidak lagi mampu menyerap kenaikan kos kandungan.

***end***

apa macam?? seronok tak kengkawan??? mcm harammm kan.. mmg jadah la ASTRO ni.. nak naek jer harganya.. yg dorang sebok sebok nak perluaskan pilihan kandungan tu wat pe.. siaran yg ada ni pun dah ok.. lagi dorang asyik ulang tayang.. pastu nak naekkan harga plak.. bangang tul..

kalo x sebab parent shin nak nengok tv ngan siaran yg terang.. mmg shin x hingin ar nak langgan Astro ni.. arghh bertambah lagi la kos nak bayar bil pas ni *nanges

:'(

*i'm shin.. i'm inesen

1 comment:

Amir Aidid said...

rumah ame tak ada astro pun . *nanges* lalala ~