Thursday, December 3, 2009

shin tembam ker?? i need diet ker??

AL-Kesah - Remaja Singapura obses kurus

Kecenderungan golongan remaja di republik itu yang mahu kurus mengakibatkan ramai yang menghidap anoreksia sekali gus menimbulkan kebimbangan pakar-pakar perubatan.

BAGI sebahagian besar remaja Singapura, Fauzi Rassull merupakan idola mereka. Lelaki bertubuh langsing yang berumur 20 tahun dengan ketinggian 1.73 meter dan berat badan 60 kilogram (kg) itu turut meletakkan gambar dalam laman webnya. Beliau dianggap antara blogger popular dalam di kalangan remaja yang hidup mewah dan mempunyai cita rasa dalam berfesyen di kota Singa.

Melalui laman webnya, para pengikut Fauzi dapat berkongsi tip-tip pemakanan beliau. Fauzi mengamalkan makan dua kali sehari iaitu roti, mi segera dan salad.

Bertubuh langsing kini menjadi kegilaan sebahagian remaja dan lelaki dewasa Singapura, namun pakar-pakar memberi amaran bahawa sindrom tersebut menimbulkan kebimbangan lebih ramai yang menghidap masalah gangguan pemakanan.

"Saya tidak menganggap diri saya kurus dan saya tidak rasa saya kurus sekarang," ujar beliau yang masih berusaha menurunkan berat badannya daripada 60 kg ke 53 kg.

Lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu tetapi hanya menjual iklan menerusi blognya mungkin berdepan dengan risiko penyakit kekurangan nutrisi dan osteoporosis berdasarkan skala BMI Lembaga Promosi Kesihatan Singapura.

Fauzi yang memiliki laman blog The Male Bitch dan dipilih sebagai laman blog paling popular selama empat tahun berturut-turut pada tahun 2009 turut menafikan yang dia mempromosi corak pemakanan anoreksia.

blogger popular di abad ini.. caya lah~

"Saya hanya inginkan tubuh yang kurus, bagaimanapun ramai yang tersalah anggap mereka kurus kerana menghidap anoreksia," kata Fauzi yang merujuk kepada surat-surat yang menuduhnya menggalakkan penyakit gangguan pemakanan dalam kalangan remaja.

Fauzi yang mempunyai kumpulan maya di dalam laman web Facebook iaitu Get Thin or Die Trying dengan pengikut kumpulan terbabit seramai 900 orang. Bagaimanapun, Facebook telah mengharamkan kumpulan Fauzi pada April lalu.

Beliau turut diberi amaran dan larangan untuk membentuk kumpulan maya selepas beberapa kali cubaan.

Fauzi yang juga pengasas kumpulan maya melalui laman web sosial Friendster iaitu The Thinspo Club menyatakan bahawa dia hanya berniat untut membentuk kumpulan di mana ahli-ahlinya berkongsi pendapat yang sama untuk mempelajari tip-tip mengurangkan berat badan.

"Saya juga mahu seluruh rakyat Singapura menjalani gaya hidup yang sihat," tegas beliau.

Fauzi kini tekad untuk mengejar impiannya untuk menjadi seperti idolanya iaitu sosialis terkenal Amerika Syarikat (AS), Paris Hilton.

"Dia merupakan personaliti kegemaran saya, dia sangat cantik dan sebab itu saya mahu menjadi sekurus mungkin.

*** end ***

shin rajin gak baca blog Fauzi Rasull ni.. bagi shin.. blog dia best... glemer.. menarik.. hmm shin tertarik baca sebab suka tengok life style dia.. hmm x mungkin shin jadi mcm tu.. so shin baca jer la.. hmm sebagai seorang yg dah besar skit.. so shin dah tau pikir.. xperlu la nak risau sangat ngan blog dia ni.. ok jer shin tengok.. apesal plak nak ditakutkan.. ntah apa apa.. hanya sebab dia ni berpengaruh dan ada pengikut sendiri.. takkan sebab tu nak sabotaj blog dia.. aishh x baek ok!

cuma lately dia dah takde update.. bz kot.. hmm tetiba arini kuar paper Kosmo plak pasal mamat ni.. huhuh.. tu pasal shin tepek dalam entri kali ni..

shin tengok dia ni xde la kurus sangat.. still nampak ok.. tp pasal dia nak kurskan lagi badan dia tu.. ntah la ek.. mungkin sebab kat gambar dia nampak berisi sikit.. even berat dia 60kg.. so kalo dia kurus lagi.. baru nampak ok kot.. utk kepuasan sendiri.. jangan sampai memudharatkan kesihatan sudah la ek..

shin pun rasa shin dah tembam skit.. kena kurangkan makan kot.. asyik makan pizza jer.. huhuh.. makan malam pun shin dah kurangkan.. hope xde la yg cakap shin tembam lagi lepas ni.. bukan kat blog jer.. shin tanya kawan kat tempat kerja pun sama gak jawapannya.. shin tembam.. aishhh..

ok jer kan dia ni.. apa nak di takutkan~

p/s : gambar shin amik dari blog Fauzi Rasull

sekian dulu ek.. jumpa lagi~

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

10 comments:

Comic Lover said...

kannnn kannnn kannn? tajam jugak mata sy ni, shin dh tembam... tapikan lagi nmpk kiut klu shin tembam mcm gini... nak wat apa ikut c fauzi tu...anoreksia dia tu tapi xnak ngaku...

pki high heel lagi xkanlahshin nak tiru dia kot, simpang malaikat 44, klu shin jadi mcm c fauzi tu, sumpah sy x dtg lagi ke blog shin yg inesen ni...

x yah le diet tu shin, cuma jgn tambahkan lagi ketembaman tu udah, skrg ni dh kira ok dah... hadkandlm sebulan mkn pizzahut 2 kali je... leh?

i'm shin... i'm inesen said...

azaz : kamu memamg jahat!!! xper.. nanti x lama lagu kurang la tembam tu.. high heel?? pehal plak shin nak pakai cik azaz oii... huhu shin dah cukup tinggi dah ni nger~ aishh x baek kutuk fauzi tu ek.. tu style dia jer.. still xde over sgt ( tetap nak backing ) huhuh...

p/s : nanti belanja shin pizza ek!

Lisa said...

tembam ke shin nih?? nmpk ok jer la.. seimbang dh tu.. takmo la kurus2 lg shin oiii

Hans said...

ko jd vegitarian jek ..
hehe ..

Unknown said...

hohoho. shinnnn.. gi exercise. senang citerrr.

airu said...

rsnya shin x tembam sgt kot..ok je tgk..
x yah nk kurus mcm fauzi..kurus sgt..
hehe...

ceri merah said...

menakutkan la jk kurus sgt..cengkung nt!

i'm shin... i'm inesen said...

but for me Fauzi still ok lagi.. nampak perfect...

Comic Lover said...

perfect hapa c fauzi tu, klu tenun kain songket dia sure rasa smua tulang montot dier, oopss...

shin kira dah ok tu... gi gymlah bina otot seket2 baru best dipegang eh dipandang... :)

i'm shin... i'm inesen said...

erk.. sorry ler.. x minat gym gym ni.. cukup la shin sihat dok men tennis..lagi pun shin x 'taste' manusia berotot hehehe