Friday, July 4, 2014

cerita ari ke 6 puasa : surat untuk PM

berita baek utk semua penulis penulis blog yak rajin menulis menaip hehe.. terutamanya sahabat blog shin Sobri Yaacob dan akak Aisyah yak suka melancong.. abam Sylarius Yusof pom boleh gak sbb setiap penulisan abam kat entri mmg terbaek huhu.. haa apa berita baeknya ek.. cer nengok tajuk entri kat atas #sengih

CYBERJAYA - Rakyat Malaysia berpeluang menulis surat tidak rasmi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyalurkan cadangan untuk meningkatkan industri pelancongan di negara ini melalui ’Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2014’.

Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi) Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Che Azemi Haron berkata, tema pelancongan dipilih bersempena Tahun Melawat Malaysia, dengan sasaran penyertaan yang lebih banyak pada tahun ini berbanding 79,875 tahun lalu.

Peserta boleh memilih satu daripada tiga tajuk iaitu :-
1. "Kenapa Malaysia Menjadi Destinasi Pilihan Pelancong Asing",
2. "Pengalaman dan Keistimewaan Melancong di Malaysia",
3. "Cadangan Untuk Meningkatkan Industri Pelancongan di Kawasan Anda yang Berkonsepkan Pelancongan 1Malaysia".

"Selain kategori Sekolah Rendah (150-250 patah perkataan), Sekolah Menengah (350-500 patah perkataan) dan Terbuka untuk 18 tahun ke atas (550-700 patah perkataan), kategori baharu yang diperkenalkan adalah untuk orang kelainan upaya (OKU) dari 9 hingga 45 tahun (tidak melebihi 300 patah perkataan).

"Surat mesti bertulis tangan dan tidak boleh ditaip kecuali bagi kategori OKU (penglihatan) surat itu hendaklah menggunakan mesin taip braille dan karya yang dihantar disertakan dengan terjemahan,” katanya pada sidang media di sini hari ini. - Bernama

tp surat ni mesti nak yak puji pujian jer kot.. indah indah belaka.. kalo pon pilih tajuk yak ke 3 pasal cadangan tu.. mesti la cadangan yak bajet bagus jer huhu.. adehhh.. kalo shin yak menulis surat tu x tau la.. mesti banyak kondem..

mana taknya.. dah beberapa bulan shin survey pasal plan trip utk ke Kota Kinabalu bulan Ogos ni nanti.. rata rata mahal bebeno.. utk transport satu hari je dalam Rm300-Rm350.. kalo kete murah skit.. tp nak peginyer ramai.. hotel lagikk.. hmm #nanges

camtu gak shin survey pasal Pulau Rawa.. Pulau Redang.. semua pakej 3hari 2malam dalam Rm800 ke atas.. mati la nak oii.. tu lom lagi berangan nak gi Pulau Mabul or Sipadan.. hukk

kalo jenjalan gi Indonesia.. Rm300 tu settle utk transport.. hotel.. makan.. hukkk 3hari 2malam.. siap ada lebih lagik.. yer laaa.. selalukan Malaysia suka claim.. apa apa kita still murah kalo banding negara lain.. hampehhh

apa apapon.. larat ke PM nak baca surat puluh puluh ribu tu?? #sengih

Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:" Penghulu bulan adalah bulan Ramadhan dan penghulu hari adalah Hari Jumaat".
(Hadith Riwayat al-Tabarani)

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

No comments: