salam Jumaat kengkawan...
kawan kawan nak dengar cerita tak?? nak?? hah duduk duduk duduk.. al-kisah benda ni berlaku kemarin.. shin paste dulu keratan akhbar ni ek..
JOHOR BAHRU: Demi kasih, seorang ibu sanggup berpatah balik ke dalam rumah yang marak dijilat api kerana menyangka anak lelakinya terperangkap di bilik tidur menyebabkannya mati rentung di Taman Setia Indah di sini, semalam.
Amat menyayat hati apabila mayat Kong Le Lee, 44, ditemui di depan pintu bilik anaknya, Ryan Ling, 14, selepas pasukan bomba dan penyelamat dari Balai Johor Jaya berjaya mengawal kebakaran di rumah teres dua tingkat di Jalan 5/3.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu, Kong, seorang suri rumah, dikejutkan dengan jeritan Ryan selepas mendapati bilik tidurnya bersebelahan bilik tidur utama disambar api.
Difahamkan, mangsa bersama suaminya, Ling Terng Fong, 44, seorang tutor, bergegas keluar bilik dan turun ke tingkat bawah sebelum menyambar kunci kereta dan segera mengalihkannya dari tempat letak kenderaan. Bagaimanapun, selepas mengalihkan kereta, Kong dipercayai menyedari ketiadaan Ryan.
Panik kerana menyangka Ryan masih berada di atas rumah itu, Kong berlari masuk dalam rumah bagi mendapatkan anaknya tanpa memikirkan keselamatan diri.Menurut Ryan, dia keluar dari rumah itu selepas mengejutkan ibu bapanya sejurus menyedari biliknya terbakar. Katanya, dia tidak menyangka dalam keadaan kelam-kabut itu, ibunya sanggup menggadai nyawa kerana menyangka dia masih terperangkap dalam rumah.
“Mayat dijumpai dalam keadaan terlentang dan dihempap genting bumbung rumah yang jatuh selepas dijilat api.
sumber Harian Metro 23 April 2007
****
hmm apa yg korang rasa lepas baca kisah ni?? yak ni baru satu kisah.. lom lagik kisah kisah yg lain... 1st time shin baca paper ni semalam.. semacam jer rasa.. ketepikan soal mangsa ni berbangsa lain.. beragama lain ngan shin... tp terharu ngan pengorbanan dia sebagai seorang ibu kat muka bumi ni... macam kebanyakkan ibu ibu yang lain.. yg melayu.. yg india.. walau bangsa apa sekalipun.. sifat perikemanusiaan.. kasih sayang.. naluri nya lebih kepada golongan ibu bebanding kasih seorang bapa...
bebalik pada cerita ni.. mesti anak lelaki dia rasa ralat.. kecewa ngan diri sendiri... menyesal x sudah... rasa bersalah... camne plak kalo kebakaran tu berpunca dari kelalaian dia.. lagi la menyesal x sudah... stress kann!
bila kita dah xde ibu.. barulah rasa kehilangan... lebih lebih lagi.. kehilangan secara drastik.. padahal.. pagi tadi dia yg kejutkan kita bangun tido... dia buatkan breakfast... kita dengar suara dia panggil nama kita... tetiba x sampai berapa minit.. terjadi kemalangan yg meragut nyawa orang yg kita sayang.. kita tak dapat jumpa dia selama kita hidup kat dunia ni.. sedeynya!
korang bole ker berkorban macam ibu korang?? bole ker korang pendam perasaan.. mcm mana seorang ibu yg banyak pendam perasaan ngan kerenah suami dia... anak anak dia... walau hati terguris... tapi tugas seorang ibu tetap di buat... tugas seorang isteri tetap di laksanakan..
selalu kalo kita sakit.. pening.. time tu la kita baru ingat ibu kita.. nama ibu kita yg kita sebut dulu.. kalo terperanjat pon kita sebut ibu kita '' oh mak kau! '', kalo ibu kita masak masak kat umah.. sure dia ingat kat kita..sebut sebut nama kita.. kita yg jauh ni.. tersedak sedak.. tp buat donno jer.. bila time kita makan sedap sedap kat luar.. manede ingat kat ibu kita.. kalo kita sakit.. demam.. kita call ibu kita.. cakap sakit... tp bila ibu kita sakit... dia diam jer.. x bagitau takut kita risau... tp kalo dia bagitau pon.. lom tentu kita balik jenguk dia.. bz kan.. tunggu ari minggu baru nak pi jengkuk.. itu pon kalo tiba time nya ibu kita dah sihat semula.. terus cancel balik jenguk dia.. haii haii...
kita sebagai anak anak.. selalu je buat x nampak.. buat x kisah... apa yg pengorbanan yang dah kita buat untuk ibu kita... cukupkah sekadar wang ringgit yg kita bagi tiap bulan? ( even ada missed ) apa benda yg sepatutnya kita korbankan untuk ibu kita?? wallahualam.. shin sendiri x tau apa benda..
as long as.. shin pandai jaga diri sendirik.. try xmo wat dia membebel.. try x wujudkan perselisihan faham.. memaksa perang urat sarap.. stress huhuhu
so apa kata.. di hari Jumaat yang mulia ni.. korang calling calling ibu abah korang... tanya khabar.. lebih bagus... pi la balik kampong.. balik umah diaorg... bawak buah tangan skit.. jangan bawak buah dua bijik tu jer... ngee~
sebelum terlambat... balik lah... ingat.. kita xkan dapat penggantinya mcm kita cari sparepart moto.. sparepart kete... atau diaorg xde di jual kat IKEA... xde jual kat GIANT mahupun Jusco.. jangan korang menyesal udah ler yer... shin kabo kan jer...
sekian dulu ek~
m(^o^)m
* i'm shin.. i'm inesen