Saturday, July 5, 2014

cerita ari ke7 puasa : perginya seorang Sharifah Aini

seawal kul 3.30 pagi shin terjaga dan mendapat khabar dukacita mengenai penyanyi kesayangan shin Sharifah Aini yak di laporkan meninggal dunia.. arwah meninggal 2 jam sebelom tu lebih kurang pukul 1.26 pagi di Pusat Perubatan Pakar Damansara kerana penyakit paru paru.. terkejut ada.. macam tak percaya pon ada #sedih

setelah 2 tahun arwah menghidap penyakit paru paru.. akhirnya di bulan Ramadhan yak mulia ni.. arwah telah di jemput menghadap Ilahi.. semoga arwah di tempatkan bersama sama orang yak beriman #nanges

setelah Saloma.. Sudirman.. kini sorang lagi penyanyi kesayangan shin telah pergi.. Sharifah Aini.. hanya suara lunak dalam lagu lagu dendangan arwah yak tinggal dan akan terus terdengar sepanjang zaman #sayu

Tiada lagi gemersik suara buluh perindu
Tida lagi pujukan untuk seorang perindu
Tiada kata-kata dan sanjungan bagai dulu
Segala keagungan kini sejarah yang pilu

Semenjak kau pergi
Meninggalkan ruang kesepian
Kekosongan ini
Bagai malam gelap berpanjangan
Satu demi satu
Yang berlalu tidak seperti mu
Suatu hari pasti dikau
Kan ku jejaki

Kehadiran mu dulu
Bulan menyinari alam
Pemergian dikau sayang
Bagi ku satu kehilangan

#AlFatehah

:'(

*i'm shin.. i'm inesen

1 comment:

sobri yaacob said...

al fatihah..
salam takziah buat kluarga kak pah :(