Sunday, April 5, 2009

Al-Kisah : Mona Fandey


mungkin korang x begitu familiar dengan lagu yg shin mainkan kat blog ni.. tapi bila sebut nama penyanyinya jer sure korang kenal.. anyway.. shin suka lagu ni.. dengar lama lama sedap lak.. kalo korang x suka.. pause kan saja ek. yang ponting.. shin nak kongsi cerita pasal tuan punya suara ni..

psstt : entri ni agak panjang.. khusus untuk yg suka membaca ek~

kredit : pakcik tukang taip

Jom baca baca..

MONA FANDEY

wajah dan suaranya penah menghiasi arena seni tanah air pada awal 90-an. Namun kehadirannya sebagai penyanyi tidak begitu di sedari. Lagunya pernah masuk dalam Muzik Muzik Muzik terbitan TV3. Minggu pertama masuk dah terkeluar.


iras dan raut wajahnya macam 'jantan' Masa zaman ni.. kalo penyanyinya x cantik.. x seksi.. sure x laku. Tiba-tiba pada 1993 - namanya meletup dan menjadi sebutan ramai. Bukan kerana lagunya menduduki carta lagu atau menang pertandingan menyanyi - tetapi dikaitkan dengan pembunuhan ngeri.

kalau sebut kes Mona Fandey dah ramai yang tahu siapa wanitaini. Dia bersama suaminya dan pembantu mereka ditahan kerana dituduh membunuh Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang antara pukul 10 malam - tengah malam 13 Julai 1993 di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang. Mona Fandey, suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka Juraimi Hussin telah dibicara dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995.

rayuan mereka kepada Lembaga Jumaah Pengampunan Negeri Pahang telah ditolak. Mereka dihukum gantung hingga mati pada 6 hingga 6:30 pagi Jumaat 2 November 2001.


nama sebenarnya Maznah binti Ismail. Berasal dari Perlis. Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang ketika kesnya dibicarakan pada 1994, dia turut memperkenalkan dirinya sebagai Mona Fandey. Mona juga memberitahu mahkamah bahawa dia seorang artis, ahli perniagaan dan bomoh serta bekas ketua cawangan sebuah parti politik.

dia memberi keterangan memang cukup dramatik - ada kala serius, menangis dan ketawa. Malah Monya Fandey pernah menyanyi dalam mahkamah ketika memberitahu hakim bahawa dia seorang artis. Lagunya Menangis Tak Berair Mata yang dipopularkan oleh JamalAbdillah. Nasib baik intronya saja. Kalau tidak... dah macam mini konsert dalam makhamah..

tapi dalam percaya tak percaya - banyak peristiwa aneh berlakuketika kes ini. Yang ini tak dilaporkan media. Ada yang sakit perut, kemalangan jalan raya, kereta rosak ketika hendak pergi ke tempat kejadian hingga peguambela dimasukkan ke hospital.

berbalik pasal Mona Fandey, tak tahu macam mana dia dapat nama glamour ni. Tak pernah wartawan tanya masa hayat dia. Yang pasti Mona tu nama mesra dia. Fandey tu kemungkinan panggilan pendek suami dia, Mohd Affendy Abdul Rahman. Gabungan itu, maka jadilah nama komersial - Mona Fandey. Nama Mona Fandey sebenarnya berada di persada seni pada 1987 dengan kemunculan album - Diana I ( semoena nama anak pompuan dia )

album sembilan lagu ini terbitan syarikatnya MFJ Productions Sdn Bhd dan pengedarnya Warnada Music. Mona mempunyai strategi sendiri untuk melariskan album ini dengan mengadakan kuiz yang menawarkan hadiah wang tunai RM3,000.

nak tahu soalan kuiz nya?? Berapakah usia Mona? Jawapan pilihan 27, 29 dan 31. Soalan lain, tahun berapakah Mona mendapat gelaran Ratu Trengkas Melayu Malaysia - A. 60-an, B. 70-an dan C. 80-an. Di negeri manakah Mona dilahirkan - A. Kelantan, B. Perak dan C. Perlis. Soalan lain - Berapa hari bulankah album pertama Mona dikeluarkan. A. 15.6.1987, B. 13.6.1987 dan C. 20.6.1987. Dan last soalan... Siapakah nama suami Mona. A. Mohd Affandi Ab Rahman, B. Afandi Rahman dan C. Afendi Rahman. Korang try la jawab ngee~

album ini hanya meletup selepas kes Mona mendapat perhatian ramai. Bukan apa - orang nak dengar juga macam mana suara Mona ni.

pada 1991, Mona menggemparkan dunia seni tanah air apabila keluar berita dengan tajuk - Artis miliki pulau persendirian. Dalam laporan itu Mona mendakwa membeli sebuah pulau di selatan thailand. Fuh kayanya dia. Laporan itu menyebut Mona Fandey dan suaminya, Affendy Abdul Rahman, menjadi artis pertama Malaysia yang memiliki sebuah pulau persendirian seluas 4,800 hektar yang hendak dimajukan sebagai pusat peranginan terbesar di rantau ini. Mona dilaporkan membeli Pulau Oaks berhampiran Pulau Langkawi, Phuket dan Pattaya, dengan harga RM5.8 juta pada 1990. Mona juga mendakwa gemar mengumpul kereta sehingga beliau dan suaminya memiliki lima BMW dari siri 3 hingga 7, Honda Prelude, Mercedes Benz, Jaguar, Trooper dan beberapa wagon. Wahhh kaya.. korang ado?? ke propa semata mata!!!


12 September 1994 - Pada hari itu di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang, pasangan bomoh Maznah Ismail atau Mona Fandey, ketika itu berusia 38 tahun dan suaminya, Mohd Affendy Abdul Rahman, 37, serta pembantu mereka Juraimi Husin, 24, mula dibicarakan.Mereka bertiga menghadapi tuduhan membunuh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Talam, Allahyarham Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Perusa, Ulu Dong, Raub, di antara jam 11 malam 2 Julai hingga 9.30 malam 13 Julai 1993.

ketiga-tiganya dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahannya. Kes ini juga mempunyai sejarah tersendiri apabila menjadi perbicaraan terakhir menggunakan khidmat juri di Malaysia. Selepas itu sistem juri dalam membuat keputusan perbicaraan dihapuskan.. Kes yang pada awalnya boleh diselesaikan dalam tempoh sebulan berlarutan hingga sembilan bulan. Kes itu didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mokhtar Sidin.

mohd Affendy dan Juraimi ditahan di Penjara Pudu, manakala Mona di Penjara Kajang, sebelum dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh.

siasatan awal kes itu dijalankan selama 17 hari di Mahkamah Majistret Raub, mulai 26 Oktober 1993. Pendakwaraya hanya memanggil 70 saksi untuk memberi keterangan dalam itu dan menawarkan 86 saksi lain kepada penguambela tertuduh. Dalam siasatan awal juga 295 barang kes, termasuk pelbagai jenis senjata serta barang kemas, dikemukakan kepada mahkamah.

mayat Allahyarham Mazlan dijumpai dalam keadaan terpotong kepada 18 bahagian, tertanam di bawah sebuah stor di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Hulu Dong, pada 22 Julai 1993. Perghh dasyat kannn~


CHANTEKKK ker Mona Fandey uols? Persoalan itu sukar untuk dijawab. Pada shin cantik atau tidak terpulang kepada mata orang yang memandangnya. Tapi apapun, Mona Fandey yang muncul kali pertama di khalayak ramai selepas lebih lapan bulan - pada 12 September 1994 - memang berbeza dengan penampilannya sebelum itu. Dia pada masa itu kelihatansemakin cantik dan seksi. Mona tidak kelihatan seperti umurnya yang menjangkau hampir 40 tahun pada waktu itu.

ada yang kata Mona bukan 38 tahun, tetapi sebenarnya lebih 50 tahun. Kannn korang jangan jelessssss~ Malah, ketika dia keluar mahkamah untuk menaiki trak, orang ramai yang berdiri di luar pagar mahkamah berteriak: "Mona makin lawa! Mona makin lawa!" Mona hanya membalas dengan senyuman berikutan pujian orang ramai itu. Beberapa anggota polis, saksi dan wakil media massa juga berpendapat Mona semakin anggun dan berseri-seri. Kelass Kak Mona kita kann..



GAMBAR RAJAH di atas membawa banyak cerita dalam kes Mona Fandey. Gambar rajah itu adalah keratan badan jasad Datuk Mazlan idris yang dipotong 18 bahagian.

memang mengerikan. Dalam keterangan di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 23 November 1994 tertuduh pertama kes ini, Juraimi Husin mengaku menetak leher Datuk Mazlan. "Saya tetak leher Datuk Mazlan dengan kapak sebanyak tiga kali baru kepalanya putus selepas mendapat isyarat tangan daripada Affandi (Mohd Affandi Abdul Rahman)," kata Juraimi
dalam keterangan membela diri.

kejadian itu, menurut Juraimi, dilakukan atas rancangan dan arahan Mona Fandey (tertuduh ketiga) dan Affandi (kedua). Juraimi Husin mengaku hanya diberi RM180 selepas selesai melaksanakan arahan menetak leher, memotong sendi-sendi, melapah kulit dan daging serta menanam jasad Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris. Ek eleh.. ciput jer kannn.. x bebaloi…

juraimi dalam keterangannya di mahkamah berkata, dia menetak leher Datuk Mazlan dengan kapak sehingga tiga kali. Ini kerana kepala Datuk Mazlan tidak putus dari badannya selepas tetakan pertama dan kedua. Aiyo yo.. sadis tul.. mcm potong ayam lak..

ini plak keterangan Affandi. Katanya, sebanyak 21 lilin menerangi Datuk Mazlan Idris ketika dibunuh sewaktu upacara mandi bunga. Lilin itu dipasang oleh Mona Fandey di bilik air, tempat bekas Adun Batu Talam itu mati ditetak dengan kapak oleh Juraimi. Menurutnya, dia nampak Juraimi dengan jelas menetak leher Mazlan dengan kapak sebanyak dua kali dalam sinaran cahaya lilin. Bagaimanpun, katanya, dia dan Mona tidak dapat menahan Juraimi daripada menetak leher Mazlan kerana tergamam. Dia melihat Juraimi dalam keadaan seperti orang hilang pedoman. selepas kejadian itu, dia, Mona dan anaknya, Mazdiana, meninggalkan rumah itu selepas diarahkan oleh Juraimi supaya berbuat demikian.


Gambar Rajah Songkok dan Tongkat Sakti kepunyaan Mohd Affandi Abdul Rahman, Maznah Ismail atau Mona Fandey, yang dikatakan bernilai lebih RM2.5 juta itu mesti dipakai
bersama semasa upacara spiritual di lakukan.. korang ado??

barangan tersebut telah di jual kepada bekas Adun Batu Talam, Datuk Mazlan dengan cengkeram RM500,000. Nak power punya pasal kan.. sanggup! Datuk Mazlan menyerahkan geran tanahnya kepada bomoh Affandi sebagai cagaran RM2 juta iaitu baki bayaran bagi azimat,songkok dan tongkat yang dikatakan boleh menjadikan Mazlan sebagai Menteri Besar.

Yang ni plak kenyataan dari Mona Fandey plak..

''Saya cakap benar, demi Allah, jika saya cakap tak benar, saya terkeluar dari umat Nabi Muhammad.''


air matanya mula mengalir dan dia mengesatnya dengan sapu tangan. Mona fandey mengadu, dia di seksa di dalam bilik gelap, keadaan bilik itu kecil, tak ada tingkap, tak ada masuk angin, dia didera semasa seisi soal jawab dengar pasukan polis yang bertugas.. dia merayu supaya tidak di cederakan.. Mona Fandey menceritakan dia di tengking.. di paksa membuat pengakuan bersalah. Malah dia menunjukkan bekas parut di kepalanya semasa didera dalam tahanan.. kasihannya..

Mona Fandey berkali kali menafikan dia dan suaminya terlibat dalam pembunuhan tersebut. Malah hatinya terguris dengan tuduhan polis yang menuduhnya melakukan perbuatan tidak bermoral dengan VIP dan Menteri menteri.. Namun apa kan daya.. semuanya atas budi bicara hakim dan juri untuk menghakimi cerita cerita dioarg semua.. bersalah atau tidak.. semua kuasa Allah yang menetukan.


9 FEBRUARI 1995 tepat jam 2.31 petang, tujuh juri membuat keputusan sebulat suara bahawa ketiga-tiga tertuduh perbicaraan kes bekas Adun Batu Talam bersalah menyebabkan kematian Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris di rumah tak bernombor di Kampung Peruas, UluDong, Raub Julai 1993. Juraimi Husin (tertuduh pertama), Mohd Affandi Abdul Rahman (kedua) danMaznah Ismail atau Mona Fandey (ketiga), dijatuhi hukuman mati mandatori.

tiada tangisan, tapi senyuman diberikan oleh pasangan bomoh Maznah Ismail atau Mona Fandey dan Mohd Affandi Abdul Rahman ketika ketua juri memberi keputusan 7-0, bahawa mereka dan Juraimi Husin bersalah membunuh Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris. Juraimi pula terdiam sambil menahan sebak ketika ketua juri menyampaikan keputusan sebulat suara itu kepada Hakim Datuk Mokhtar Sidin.

Mona dan Affandi yang duduk bersebelahan di kandang tertuduh sempatberbual dan bergurau sebelum keputusan itu dibuat. "I am very happy (saya gembira)," kata Mona Fandey dalam kandang tertuduh ketika ditanya mengenai keputusan itu sejurus hakim membacakan hukumanterhadapnya.

Affandi pula berkata: "Ini keputusan mahkamah, bukan keputusan Tuhan. Saya cuma minta maaf to God. I'm not the one who do it (bukan saya melakukan pembunuhan itu), but he the one who do it ( merujuk pada Juraimi)."

Affandi sempat mengucup dahi Mona sebelum dibawa keluar dari kandangtertuduh.


"Hukuman itu adil dan saya sudah jangka macam itu. Saya juga ucapkan terima kasih kepada wartawan dan seluruh rakyat Malaysia. Saya cintakan Malaysia. I love Encik Fandi very much. Saya sayang pada keluarga Datuk semua. Sebagai adik kandung saya." Kata Mona Fandey ketika dibawa keluar dari bilik mahkamah untuk ke trak polis.

Pada Subuh 2 November 2001, Mona, Affandi dan Jurami menjalani hukuman gantung sampai mati di Penjara Kajang selepas rayuan mereka ditolak Mahkamah Rayuan. Jenazah mereka selamat disempurnakan dan dikebumikan pada hari sama.



jenazah Mona dan Affandi dikebumikan sebelah menyebelah di Tanah Perkuburan Ahli-ahli Kariah Masjid Kajang di Kampung Sungai Kantan, Kajang.

jenazah Juraimi pula dikebumikan di kampungnya, Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor.

****

begitulah tragis kisah Mona Fandey.. kita tidak tau apa sebenarnya yang berlaku dalam kejadian tersebut.. so shin harap korang baca jer.. x yah lah wat andaian apa apa.. yg pergi telah pun pergi menghadap Ilahi.. kita yang hidup ambik iktibar.. jangan percaya tahyul, khurafat semua untuk mengecapi kesenangan di dunia.. Ingalah.. Khurafat ni adalah dosa besar dan bole membuat kita terkeluar dari Islam.. Nauzubillah..

apa perasaan kita.. kalo Mona Fandey, Adun yg di bunuh ngan kejam atau Affandi atau Juraimi tu adalah dari kalangan family kita.. sure kita x sampai ati kan.. thats why, hidup ni biarlah aman damai sentosa.. jangan cari pasal.. jangan wat jahat... InsyaAllah semuanya selamat.. banyak banyak lah bedoa supaya hidup kita dan keluarga kita serta kawan kawan kita tidak di timpa bencana atau di sesatkan sedemikian rupa atau pattern lain lagi..


Al-Fatehah utk arwah arwah ni..

Sekian dulu dari shin… kalo korang nak tengok aksi dan wajah Mona Fandey masa nyanyi kat Muzik Muzi dulu.. klik la video klip kat bawah ni.. kredit utk abangcantik yg bagi permission shin sedut video ni dari youtube dia.. mekasih ek..

m(^o^)m
*i'm shin.. i'm inesen

33 comments:

Hazwan Hassan said...

agak terkejut gak bile ewan tau yg mona fendy nie artis..huhu..
tp nk wat cma ne, populariti die lebh pd sorang bomoh...huhuhu

Anonymous said...

Seriauu syabab tengok video clip mona fendey tuh...

Anonymous said...

ape yg nk dtakutkn...die pon manusia jgk...live n die...cme ape yg die wat yg mmbezakn diri die...x mcm ape yg brkalu skg...sume mke nk bek...tp ati mcm smph....

Anonymous said...

akak pernah mengenali Allahyarham Dato Mazlan Idris....sampai skrg masih terkenang kan dia... alfatihah utk Datuk...

kak anne said...

walaupun sudah 18 tahun berlalu tapi kenagan terhadap Allahyarham Datuk Mazlan Idris masih segar di ingatan....semoga roh nya di cucuri rahmat dan tenang di sana... InsyaAllah..
Alfatihah utk mu Datuk...

Comic Lover said...

org skrg makin teruk kan... lbh teruk dr mereka ni... manusia semakin kejam...kan...kan...

yg herankan kenapa tanam mayat tu, klu dibakar sure ssh nak jumpa bukti... kan...kan... x trpikir kot?

dia kan buat pemendahan plastik shin ooiii... klu atok usia 80an pun kena bedah itu ini boleh jadik 20an... cuma sediakan duitnya sajork, dosa pahala tu.. kesah dlm kubor... tapi sy x sanggup...

apalah rasanya datuk tu waktu tu ye... musti cakit kan... cian dier...

irai said...

hye guys, dlu aq ingtkn jnazah arwah mona fandey nie yg dkebumikn at tlok gong, rupenye pembntu dye, sbb aq pown tggl at plbuhan klg, dkt ngn kmpung tlok gong,

chegu abbas said...

yang pergi tu biarla pergi//

nur alia nadira said...

Ya Allah , agak terkejut bila baca cita neh . Tak sangka manusia yang sebegitu kejam ada di dunia ni . act , maaf la nk tnya . kenapa muka Mona Fandey neh macam LELAKI ? her face buat sy takot semasa baca cite neh . erm

Miss Ai said...

hi...she's a bit scary..btw,nice song from your inesen heart...nice blog.:)

Anonymous said...

alangkah bahagianya Malaysia kalau semiannually kroni kroni dan pemimpin UMNO ditetak cam Datuk ni dan dikebumikan...

hafiz_buill said...

mungkin ade dendam yg trsimpan..sbb tu die bnuh dato mazlan...

Lianie said...

Salam...Sbg rakyat jati Raub, sy amat terkejut dgn peristiwa yg berlaku sekitar thn 1993 ni..Smua org Raub, Pahang mencemuh perbuatan pasangan bomoh & pembantunya ni..Kasihan pada Dato' Mazlan kerana dia meninggal dunia dgn keadaan yg begitu tragis..Dato' Mazlan adalah YB yang murah hati serta dihormati di seluruh daerah Raub ni..Kami juga amat berpuas hati dgn hukuman yg dikenakan terhadap mereka2 yg begitu zalim dlm kes ini. Semoga smua roh2 mereka ditmptkan dikalangan org2 yg beriman..Seluruh warga Raub akan jadikan peristiwa ini sbgai satu ikhtibar di masa2 akan dtg..

Anonymous said...

yang pergi tetap akan pergi, semoga kita mengambil iktibar diatas semua yang terjadi. AL-FATIHAH buat Allahyarham dato mazlan idris.

Anonymous said...

yang pergi tetap akan pergi, semoga kita mengambil iktibar diatas semua yang terjadi. AL-FATIHAH buat Allahyarham dato mazlan idris.

Anonymous said...

Hi there everyone, it's my first pay a quick visit at this site, and post is really fruitful in support of me, keep up posting such content.
my web page: facebook vcc

Anonymous said...

Thank you for the good writeup. It in fact was a amusement account it.
Look advanced to far added agreeable from you! By the way, how could we communicate?
My weblog : bootsausrustung

Anonymous said...

This design is spectacular! You definitely know how to keep a reader amused.
Between your wit and your videos, I was almost moved to start my own blog (well, almost.

..HaHa!) Fantastic job. I really loved what you had to say, and more than that, how
you presented it. Too cool!
Also visit my homepage :: Denon Flight Case

Anonymous said...

Good way of describing, and nice piece of writing to get data about my presentation subject
matter, which i am going to deliver in college.
Look at my site ... GeeksonSteroids

Anonymous said...

I could not refrain from commenting. Well written!
Here is my page - High Desert

Anonymous said...

Malaysia & Singapore & brunei greatest internet blogshop for wholesale & quantity
korean accessories, earrings, earstuds, choker, rings,
bangle, hair & bracelet accessories. Deal 35 % wholesale discount. Ship Worldwide
My webpage > validição científica

Anonymous said...

Malaysia & Singapore & brunei finest internet blogshop
for wholesale & supply korean accessories, accessories, earstuds, pendant,
rings, bracelet, hair & trinket accessories. Offer 35 % wholesale discount. Ship Worldwide
Have a look at my blog post : My clean pc scam

Anonymous said...

obviously like your website but you have to test the spelling on several
of your posts. Many of them are rife with spelling problems and I to find it very bothersome to tell the truth on the other hand I'll certainly come again again.
My page > Click On this website

Anonymous said...

Undeniably believe that which you stated. Your favorite
justification seemed to be on the web the simplest thing to be aware
of. I say to you, I certainly get annoyed while people
consider worries that they plainly do not know about.
You managed to hit the nail upon the top and defined out the whole thing without having
side-effects , people could take a signal. Will likely be back to get more.
Thanks

Also visit my webpage; domain names for sale

Anonymous said...

We're a group of volunteers and opening a new scheme in our community. Your website offered us with valuable information to work on. You've done
a formidable job and our entire community will
be thankful to you.

Feel free to surf to my blog ... web design indonesia
My website :: jasa pembuatan website

Anonymous said...

I do agree with all the concepts you've presented for your post. They're really convincing and will certainly work.
Nonetheless, the posts are very quick for starters. May you please lengthen them a bit from next time?
Thank you for the post.

Here is my web-site; safco office supplies

Anonymous said...

Because the admin of this web page is working,
no uncertainty very shortly it will be renowned, due to its feature
contents.

my web blog ... http://www.xxxvideofix.com/video/149227/classic-porn-for-sexy-girl-on-the-seashore.html

Anonymous said...

What's Going down i'm new to this, I stumbled upon this I have discovered It absolutely useful
and it has helped me out loads. I am hoping to contribute & aid other customers like its helped me.
Great job.

my blog post ... Free Sex

Anonymous said...

Thanks for your personal marvelous posting! I seriously enjoyed reading it, you might be a great author.
I will be sure to bookmark your blog and may come back later in life.
I want to encourage you continue your great writing, have a nice holiday weekend!


Look at my weblog; www.pussyxxx.org

Anonymous said...

all the time i used to read smaller posts that as well clear their motive, and that is also happening with this post which I am reading at this time.


My weblog; www.xxxmoviegalls.com

Anonymous said...

Great story. Contact me for happy ending...
siakbin@yahoo.co.uk
shleow911@hotmail.com
kennyleow@theblacksheepgroup.com.my
calvinleow@theblacksheepgroup.com.my
+60125155122
+60125248936

Unknown said...

Entah kenapa , lepas baca kisah dia , lpas tu dgr pulak lagu dia nie , terasa mcm seram , layan pun ade , menjiwai pulak tu . Muzik dia mndamaikan . Hahaha . Mcm mne lah lagu dia nie tak top ehh , bg aku klau zman2 mcm tu , ssuai jer lagu dia nie . Hehehhe #Seram

Anonymous said...

Ppoxpy