Friday, April 17, 2009

Nostalgia : Wann



SEKSI dan suka 'meneran'. Kalau ditanya siapakah empunya identiti itu - peminat seni suara pada era 1980-an sure tahu. Hmm kira halal lah shin tepek cite Wann kat entri Nostalgia ni ek almaklum lah.. dia ni dah x berapa aktif sangat dalam arena seni suara tanah air kita..


terlebih dulu shin nak wish Happy Besday kat adik shin.. selamat hari jadi yg ke 23.. hope jadi lebih berotak/berakal.. jadi anak/adik yang baik pada mak babah dan family. buang sikap manja.. malas.. hope murah rejeki.. dapat kerja.. jangan dok goyang kaki jer.. mentang mentang.. mak babah support ( jeles! )

juga Happy Besday kat penyanyi Wann yang ke 39.. hope murah rejeki..bahagia selalu ngan family dia.. cepat cepat la wat comeback!!

nak bagi tau gak.. sedikit terubat perasaan ni.. bila encik lappy dah pulang ke pangkuan shin.. mekasih buat encik aman... sbb bertungkus lumus selamatkan hayat encik lappy.. hope memori lama encik lappy dapat di pulihkan... buat masa ni.. shin guna apa yg ada.. windu woo!! muahh muahhh kat encik lappy..

ok.. continue pasal entri ni.. shin minat sangat kat Wann.. lain dari yang lain.. album dia ada gak shin beli.. huhuhu minat punya pasal la kan… shin nak kongsi skit info dia ni kat kengkawan semua..

jom baca baca..



nama sebenar penyanyi Wann ialah Wan Rashidah Meor Abdul Rashid. Lahir pada 17 April 1970. Di lahirkan di Durian Sebatang, Telok Intan, Perak. Wann meruapakan anak sulung daripada tujuh beradik.Kiranya family Wann bukan dalam kategori family berada.. namun

kemunculan Wann sebagai penyanyi rakaman pada 1988 juga membawa rezeki kepada keluarga susah itu.Sikap Wann yang pendiam itu juga membuatkan dia tidak mempunyai ramai kawan. dia juga jenis yang tidak suka merayau dan lebih gemar duduk memerap di rumah. Di rumah pun dia tidak banyak bercakap apatah lagi setelah jadi penyanyi.. memang itu lah sikap Wann.. namun Wann tidak pernah di label sebagai penyanyi wanita yang sombong.. bagus bagus bagus!

bakat menyanyi dalam diri Wann mula timbul sewaktu dia berumur 10 tahun. Menurut bapanya, Meor Abdul Rashid, ketika itu lagu pilihannya ialah lagu dendangan Sharifah Aini, Khatijah Ibrahim dan Uji Rashid. Daripada minat itu juga, Wann memberanikan diri menyertai persembahan hiburan anjuran persatuan masyarakat Teluk Intan. Ini diikuti dengan pertandingan menyanyi. Tapi ketika itu, saingan hebatnya ialah Jamal Abdillah dan adiknya Jamilul Hayat. Kebiasaannya Jamal akan meraih gelaran juara, manakala Hayat nombor dua dan Wann pula tempat ketiga.Tempat Hayat dan Wann selalu bertukar-tukar. Kalau Hayat memperolehi tempat kedua, Wann dapat tempat ketiga. Begitulah sebaliknya.. kira pertandingan sengit la ni ek.. wahh hebat.


bermula daripada situ, Wann mendapat pendedahan menyanyi di studio. Cuma bakatnya kurang menonjol berbanding Jamal dan Hayat, mungkin disebabkan dia masih terlalu muda. Bagaimanapun, yang membantu Wann manapak secara langsung sebagai penyanyi rakaman ialah Shidee dan abangnya Azmi. Mereka yang membawa Wann ke syarikat rakaman Suara Cipta Sempurna (SCS). Sewaktu itu Shidee sudah menjadi penyanyi dan baru selesai merakamkan album pertamanya.akhirnya Wann diterima menjadi artis rakaman dan menandatangani kontrak pada 1988.

sebagai penyanyi baru, Wann di undang menyanyi dalam album koleksi lagu drama Cina bagi siaran televisyen yang dialih bahasakan bersama penyanyi SCS yang lain. Sehinggalah sekarang, namanya sudah tidak asing lagi di kalangan peminat seni suara.Pada tahun 1988 lahirlah album sulung Wann berjudul Lamunan Hati. Sewaktu itu, komposer A Ali menjadi penerbit album. Daripada situ bermulalah hidup Wann sebagai penyanyi.

dulu, sewaktu kanak-kanak Wann bercita-cita menjadi pegawai kebajikan masyarakat. Katanya, dia kasihankan orang susah dan nak bantu mereka. Selain pegawai kebajikan masyarakat dia juga pernah berhasrat menjadi doktor. Tapi apabila dewasa, dia berubah fikiran dan akhirnya menjadi penyanyi. Walaupun dia tak dapat bantu masyarakat, sekurang-kurangnya dia dapat membantu keluarganya yang susah.

selepas album Lamunan Hati mendapat sambutan, Wann diberi peluang merakamkan album keduanya, Terlerai Kasih pada 1989. Sekali lagi album berkenaan diterbitkan oleh komposer A Ali.Waktu itu, nama Wann semakin popular tak kurang juga yang mengutuk suaranya yang keluar seperti orang meneran. Nak buat macam mana itu sudah pemberian Tuhan, bukan sengaja dibuat-buat. Lama-kelamaan suara meneran itu jadi identiti dia pula. Malah semakin ramai yang minat mungkin juga kerana suara itu berlainan daripada penyanyi lain.Kalu penyanyi lain terpaksa meneran untuk mendapatkan nada tinggi, Wann pula meneran semula jadi.

itulah yang diakui pencipta dan juga penerbit, Wan Zul. Selain A Ali dan Jimmy Ali, orang paling banyak menerbitkan album Wann ialah Wan Zul. Daripada lima album solo, Wan Zul diberi kepercayaan menerbitkan empat album, termasuk dua secara bersama dengan A Ali. Ini belum dicampur dengan album koleksi, yang mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat Wann. Malah jualan album koleksi lagu lama lebih laris daripada album solonya. Lagu lagu Saloma dan P Ramlee berjaya Wann bawakkan dengan gaya tersendiri. Sedap dan tidak mengubah originality lagu tersebut. Malah Wann menyanyi seperti lagunya sendiri.. tidak terikut ikut penyanyi asal.. hebat kan!

sejak menjadi penyanyi, Wann tidak lepas daripada perhatian masyarakat. Ada yang kurang senang dengan penampilan seksinya, baik di segi pakaian mahupun gaya persembahan. Tapi itulah imej Wann yg shin kenal… superb. Shin penah jumpa Wann masa kat N9 dulu… kecik jer.. lawa.. muka dia x berapa bersih.. bedak tebal huhu.. tp seksi.. membuak buak huhuhu

di sebalik kesibukannya, Wann masih sempat berkawan dengan beberapa jejaka, termasuklah dua anggota tentera berpangkat kapten. Namun takdir menentukan jodohnya bukan bersama mereka. Kini Wann bahagia bersama suaminya Taza dan anak anak mereka serta menetap di Singapura.

Wann meninggalkan kenangan indah buat peminat peminat nya.. Setiap kali dengar lagu Lamunan Hati & Terlerai Kasih.. shin teringat balik jaman skolah dulu.. syahdu.. Semoga Wann sihat sihat selalu.. bahagia ngan keluarga, dilimpahi rezeki dari Ilahi. Mendapat hidayah dan petunjuk.. agar bahagia dunia dan akhirat.. Amin

Sekian dulu dari shin ek…

m(^o^)m

* i'm shin.. i'm inesen

7 comments:

Faizal Sulaiman said...

wan mang top dulu.ingat lagi lagu dia "bosanova" hahahahaha.ala2 kaberet tuh:-)

blalanglalang said...

minat gak wann ni..dia nyanyi bossanova besh...hihi suka terlerai kasih-wann

Sukateran said...

Wann ada tarikan.Dah ada anak dua pun masih seksi macam dedulu.

Anonymous said...

minat kat wann.. semua album2 wann ada di http://shahmyra.multiply.com atau di http://mycdcollections.blogspot.com

Anonymous said...

satu hari dulu2, tgh seronok main bola takraw bulatan kat depan rumah sama kawan2. Tiba-tiba terdengar lagu wann 'lamunan hati' kat radio dalam rumah....terus aku lari masuk rumah, nak concentrate dengar suara meneran wann ...huhuhu

edy

Anonymous said...

mana satu btl..lahir kat kuala kangsar ke kat teluk intan? amik kat mana fakta ni..

Anonymous said...

dia orang teluk intan,