Tuesday, August 2, 2011

2 hari di bulan Ramadhan - manis tak kurma ni

kengkawan...  Ramadan datang kembali menemui kita.. haa kedatangannya pada tahun ini sama jugak macam kedatangannya pada tahun-tahun lepas.. Ramadhan membawa rahmat, keberkatan dan pengampunan daripada Allah SWT... suka tak??? sukerrrrr!

kedatangan Ramadan juga tidak dapat lari daripada membawa pelbagai jenis makanan dan buah-buahan kepada kita.. macam tak sah xde buah kat atas meja time berbuka puasa.. antara buah yang paling sinonim dengan Ramadan ialah buah kurma.

kengkawan nak tau? haa kurma adalah sejenis buah yang sering diulang-ulang dalam al-Quran.. setakat yang diketahui, perkataan yang memberi maksud pohon kurma atau buah kurma disebut lebih 20 kali di dalam al-Quran.. ia menggunakan beberapa lafaz iaitu al-Nakhl, al-Nakhlah, al-Nakhil, Rutab dan Linah.

macam buah anggur plak time dorang memuda ek

berbanding kalimah lain, kalimah al-Nakhl paling banyak disebut dalam al-Quran iaitu 11 kali, perkataan al-Nakhil pula diulang sebanyak tujuh kali, manakala perkataan Rutab dan Liinah pula masing-masing disebut sekali. 

secara umumnya, perkataan al-Nakhl memberi maksud pohon kurma... perkataan al-Nakhlah digunakan untuk maksud sepohon kurma manakala al-Nakhil pula untuk memberi maksud pohon kurma yang banyak.

perkataan Rutab pula memberi erti buah kurma yang masak, manakala perkataan Liinah pula mempunyai pelbagai tafsiran, antaranya pohon kurma yang tidak mengeluarkan 'ajwah atau kurma nabi dan ia adalah kurma yang paling bermutu.. ada jugak yang menafsirkan Liinah sebagai pohon kurma yang masih kecil dan sebahagian ulama mengatakan Nakhlah dan Liinah adalah dua nama yang mempunyai maksud yang sama. 

di dalam al-Quran, Allah sering mengingatkan manusia bahawa pohon kurma yang tumbuh di bumi ini merupakan salah satu daripada tanda-tanda kekuasaan-Nya.. oleh itu manusia hendaklah memerhatikan kekuasaan Allah itu dan mengakui keagungan-Nya. 

 contohnya, firman Allah SWT yang bermaksud: Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan. Maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu biji yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. (al-An'am: 99)

haa ayat di atas jelas menunjukkan kekuasaan Allah di dunia ini dengan menumbuhkan pelbagai jenis tanaman dan tumbuhan. Antaranya kurma, anggur, zaitun dan tumbuhan lain. Semua kejadian itu menunjukkan tanda-tanda kekuasaan Allah SWT bagi orang-orang yang beriman..
makan kurma semasa berbuka puasa pun adalah salah satu dari sunnah nabi S.A.W.. so.. moleklah kalo kalau kita mencontohi amalan nabi kesayangan kita masa bulan puasa ni ek.. tak de banyak.. makan sebijik masa berbuka dan makan sebijik sesama sahur pun jadi lah.. dengan niat kita mengkiut sunnah nabi.. mudahan mudahan kita mendapat syafaat dan khasiat dengan memakan kurma..

esok.. shin akan sambung entri manis tak kurma ini PART 2... kisah kisah orang terdahulu dengan kurma.. sehingga berjumpa lagi.. selamat berbuka puasa... akhir kata.. manis tak kurma ini???


m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

10 comments:

che Ahmad wasfied said...

manisnyerr kurma shin... best entry nih tggu part 2 plak... hihihihi

luddin said...

shin...selamat berpuasa..selamat berbuka dengan kurma yang manis...

ed shokolath said...

tp kan... kurma yg ada kt bazar kebanyakan x manis sgt.. kalau dlu2.. sedap...

::FAIZ:: said...

aku suka gak makan kurma ni

vendoline said...

mcm buah sawit pon ade

i'm shin... i'm inesen said...

che ahmad : tunggu ye.. entri kedua bakal menyusul beberapa ari lagi..

i'm shin... i'm inesen said...

luddin : mekaceh luddin.. utk kamu juga ek.. selamat menjaga puasa dengan baek~

i'm shin... i'm inesen said...

ed : shin x beli yg kat bazar.. beli la yg dalam kotak kat pasar raya atau stokis2 yg ada

i'm shin... i'm inesen said...

faiz : wahhhh kurma cekelet ek?

i'm shin... i'm inesen said...

edy : a'ah.. lebih kurang sama.. pokok mcm sama.. buah dia plak.. mcm buah pinang kan