Thursday, August 4, 2011

4 hari di bulan Ramadhan - manis tak kurma ini


Allah SWT berfirman : Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon kurma, tanam-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya) dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan disedekahkan kepada fakir miskin); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan. (al-An'am: 141)

kengkawan.. haa arini shin nak sambung skit entri yak lepas.. manis tak kurma ini.. kali ni shin nak tepek citer pasal pokok kurma ngan kisah kisah zaman dahulu kala.. dan kisah tu ada di citerkan dalam Al-Qur'an..

kengkawan nak tau.. haa kat dalam al-Quran, Allah SWT ada memberi perumpamaan terhadap pohon kurma dalam dua ayat iaitu surah al-Qamar ayat 20 dan surah al-Haqqah ayat 7.

kedua-dua ayat itu menceritakan kisah kaum 'Ad yang dimusnahkan Allah kerana keingkaran dan kekufuran mereka dengan ribut yang sangat kuat.. keadaan kemusnahan mereka itu diumpamakan seperti pohon-pohon kurma yang telah tumbang (Nakhlin mun'aqir) dan pohon-pohon kurma yang sudah usang (Nakhlin Khawiyah).

dalam surah al-Baqarah ayat 266 pula Allah SWT memberi satu perumpamaan terhadap orang-orang yang menafkahkan hartanya dengan riak dan membangga-banggakan tentang pemberiannya kepada orang lain (tidak ikhlas), seperti seorang pemilik kebun kurma dan anggur yang luas namun ketika itu dia sudah tua, dia tidak dapat menjaga kebunnya dengan baik, sedangkan ketika itu juga anak-anaknya masih kecil..kemudian kebunnya itu musnah kerana terkena angin yang kencang dan terbakar oleh api marak. 

maksudnya di sini adalah orang yang bersedekah tanpa keikhlasan tidak akan mendapatkan pahala di akhirat nanti seperti kebun kurma tersebut.

haa ingat tu kengkawan.. kalo kita belaja pandai.. keje bagus... gaji banyak.. jangan la kita sombong.. takbur.. kalo bagi something tu mengungkit ungkit.. menujuk nunjuk.. sedangkan penjalanan masa depan tu masih jauh lagi.. masih panjang.. kita tak tau apa yg akan berlaku pada masa depan.. kot kot nnt kita muflis..  takpon xcident masa nak pergi kerja... lumpur.. sakit.. segala kepandaian.. kejayaan dan kekayaan yg pernah korang kecapi sekejap ketika itu akan jadi sia sia.. sapa yg akan bantu korang masa tu?? semua org benci ngan perangai korang yg sombong.. menunjuk nunjuk.. mengungkit.. korang rasa dorang nak tolong ker??? mesti dorang padankan muka korang lagi ada laa.. ingat tu!!!

dalam surah al-Israk ayat 91, Allah menceritakan kisah orang-orang kafir Mekah yang tidak mampu menandingi al-Quran, meskipun mereka adalah sasterawan yang hebat. Oleh kerana tidak mahu beriman, maka mereka mencari pelbagai alasan lain untuk menolak dakwah Nabi SAW.

mereka turut mencabar agar nabi menunjukkan kemukjizatan-kemukjizatan baginda. Antara permintaannya adalah nabi membuat kebun kurma dan anggur yang mengalir di tengahnya sungai-sungai.

dalam surah Taha ayat 71 pula diceritakan kemarahan Firaun kepada tukang-tukang sihirnya, selepas mereka beriman kepada Nabi Musa... Firaun mengancam bahawa dia akan memotong tangan dan kaki tukang-tukang sihirnya yang beriman secara bersilang, dan dia akan menyalib mereka pada pangkal pohon kurma supaya orang ramai melihat keadaan mereka. 

ayat ke 23 hingga 25 dalam surah Maryam menceritakan keadaan Maryam semasa hendak melahirkan Nabi Isa. Ketika itu Maryam merasa amat sakit sehingga dia bersandar pada pangkal sebatang pohon kurma. Semasa sakit tersebut dia mengadu kepada Allah dengan mengatakan alangkah baiknya sekiranya dia mati sebelum ini.

namun Allah memberi khabar gembira kepadanya melalui malaikat Jibril agar jangan bersedih kerana Allah telah menciptakan aliran air di bawahnya dan memerintahkannya untuk menggoyangkan pangkal pohon kurma yang berada berhampirannya dan pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadanya.. dia kemudiannya meminum air dan memakan buah kurma yang jatuh tersebut untuk mengembalikan kekuatan tubuhnya. 

Kurma sama ada pohon dan buahnya sering diulang-ulang oleh Allah SWT dalam al-Quran lebih daripada 20 kali.. ini memberi gambaran bahawa pohon ini amat dekat di hati masyarakat ketika itu apatah lagi ia mempunyai nilai khasiat yang besar kepada kesihatan manusia. Nabi SAW sendiri menjelaskan kelebihan buah kurma dalam beberapa hadis baginda malahan perkara ini turut diakui oleh kajian sains moden.

kelebihan-kelebihan kerana kandungan gizinya menjadikan ia salah satu juadah yang sangat sederhana namun sangat berkhasiat baik semasa berbuka maupun ketika sahur.. jika kita memilih untuk berbuka dan bersahur dengan kurma maka semaikan pengajaran bagi diri dan seluruh kaum keluarga kita bahwa bahawa kurma itu sesungguhnya adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah SWT jua. 

so.. pada kengkawan yg ada memepelehkan buah kurma.. apa kata.. cari alternative lain.. skrg ni mcm mcm pattern buah kurma ada kat pasaran.. ada yg bersalut cekelet.. ada yg bijiknya di ganti ngan badam.. di ganti ngan buah peach.. ada yg manis.. ada yg dibiarkan rasa asli.. siap ada tangkai lagi.. macam macam lagi ada...

 
macam macam ada kannnnn!


semoga kita mendapat khasiat yg sepatutnya ngan memakan kurma ek.. selamat meneruskan ibadah puasa.. akhir kata.. manis tak kurma ini?? jika manis.. hiasi ibadah puasa ngan amalan amalan yg manis.. kurangkan makanan manis semasa berbuka dan besahur.. sampai jumpa lagi.. Assalammualaikum~

semua nampak sedap *nanges


m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

6 comments:

::FAIZ:: said...

aku bru je bli kurma td...

i'm shin... i'm inesen said...

Faiz : bagusnya.. mcm tu laaaa

Unknown said...

fuuuuhhhh panjang tazkirah hari ni...TQ yeee atas ingatan itu..

i'm shin... i'm inesen said...

pojie : sama sama ek *senyum

che Ahmad wasfied said...

bertambah manis kurma shin hr nih...akirnya ade gak part 2... ske sgt2 bce ebtry nih....

i'm shin... i'm inesen said...

che ahmad : ngee.. mekaceh