Friday, January 23, 2009

bila cerita pasal duit...

Salam Jumaat kengkawan... m(^o^)m

ngan perasaan inesen dan sedikit bangga... di hari Jumaat yang mulia ni.. shin dah settlekan pembayaran cukai Pintu utk penggal pertama... kelmarin .. kebetulan ari Jumaat jugak.. shin pi settlekan cukai Tanah huhuhu ( utk 2 thn sbb thn lepas x bayo hik hik )

selalunya... bila awal tahun camni banyak benda orang orang 'dewasa' dok pikir.. migrain dok pikirkan bajet manjang... mana bajet utk anak anak skolah.. bajet utk yang wajib... rumah, kete.. keperluan harian, bayar penjaga anak anak.. kadang kadang belanja untuk diri sendiri pun x lepas... nak pi keje pun kena pikir gak.. duit minyak kete.. minyak moto.. duit makan lg... mana yg merokok... kena bajet rokok plak.. huhuhu kannnnnnn sapa suruh!

huh kejap jer leh habih.. cukup makan untuk 2 org kat restoran kedekut resepi..


bila cerita pasal duit.. masing masing dok congak, tiap awal bulan dah mcm acountant berkaliber.. huhu mana yg dah berkeluarga fomula nya lain.. mana yg bujang macam shin ni fomula nya lain.. tp semuanya bermotipkan benda yg sama... nak settle hutang.. nak bayar tu.. nak bayar ni... sesak napas bila tau bajet larik... rasa nak pitam bila kenangkan hutang lama x settle lagi.. interest makin bertambah.. betul lah.. bila hidup di kejar hutang.. hati kita jadi kalut, otak berserabut... x ceria.. serba serbi buntu dok kenang hutang...

kenapa kita berhutang.. adakah sebab kerperluan atau kehendak kita yg bukan bukan.. gaya hidup kita yg biar papa asal bergayer atau sebab lain yg memaksa kita berhutang.. ada masa memang kita perlu berhutang... contohnya pembelian rumah... pembelian kereta.. aset penting yg memaksa kita berhutang.. lain la kita ni golongan kaya raya yg mampu beli cash.. ko mampo??? adooo! nan ado kan.... so kita membayarnya pelan pelan... bebeza kita berhutang sebab kad kredit, pinjaman peribadi ( utk kawin, utk enjoy dll ), pinjam duet kawan, pinjam duet isteri... dan sebagainya... itu mmg cari penyakit kan...

mcm shin bagitau tadi... sebut pasal hutang.... masing masing akan mula mengeluh.. rasa migrain.. huhuhu tp itu kan kenyataan kan.. cuma jangan kita biasakan meminjam kawan kawan... apatah lagi ALONG... buruk padahnya.. kerana duit.. sesama keluarga pun sanggup bermusuhan.. ini kan plak ngan orang yg xde pertalian ngan kita.. setakat kawan biasa.. kawan sekerja.. kenalan chating.. ish cuba lah elakkan..

ok.. skrg ni shin nak sebut pasal kengkawan yg dah ada membeli rumah.. so, korang dah bayar ker cukai tanah.. cukai pintu segala... kadang kadang.. cukai mcm ni sering kita dok abaikan.. bila dah sampai surat peringatan baru kita dok kalut nak pi bayar.. masa tu.. bayaran dah berganda sbb tertunggak.. dah pula kita rasa amountnya banyak.. cuba kita awal awal bayar.. jumlahnya sedikit dan kita mampu utk bayar... so.. better korang cepat cepat bayar k..

di sini shin ada tips camne nak settlekan cpt pembayaran rumah. shin copy dari buku yg ditulis oleh Sdr. Azizi Ali. jom kita sama sama baca.. ambik point tersebut kalo kita rasa bersesuaian. Antara pointnya adalah :


1. Bayar loan setelah dapat wang

Apabila kita kena bayar loan rumah setiap 30 hb setiap bulan... tetapi gaji masuk 25 hb contohnya... tak perlu tunggu sampai 30hb baru nak bayar, sebaliknya bayar terus bila dapat gaji... Ramai yang tak tahu anda boleh bayar sebelum due date... dengan cara ini interest dapat dikurangkan dari 30 hari interest ke 25 hari... Jimat untuk 5 hari...

2. Bayar lebih sikit setiap bulan

Sekiranya kena bayar RM 725.78 setiap bulan, jadikan ia nombor bulat seperti RM 730.00 ataupun RM 750.00. Lagi bagus bayar RM 800.00.. jangan terkejut kerana dengan cara ini anda boleh mengurangkan tahun bayaran secara signifikan.

3. Bayar dua minggu sekali

Kita boleh bahagi dua bayaran itu daripada RM 800.00 sebulan kepada RM 400.00 setiap 2 minggu sekali. Ini kerana di dalam kalendar Gregorian - setahun ada 12 bulan tetapi ada 26 forthnights (2 minggu). ia boleh mengurangkan tahun bayaran sehingga 3 tahun! (bergantung kepada bayaran)..

4. Bayar lebih kalau ada tunai di tangan

Kalau ada duit lebih daripada keuntungan perniagaan, bonus gaji, wang pusaka dan wang lebihan cukai boleh dibayar untuk pinjaman rumah.

5. Teruskan bayaran yang sama walaupun interest rate jatuh

Pada kebiasaannya apabila BLR jatuh, bank akan kurangkan bayaran bulanan. Ini kerana bank tak nak kita bayar lebih - kerana lebihan akan mengurangkan principal - so bank rugi dari segi interest... Oleh itu adalah penting kita mengekalkan bayaran untuk mengurangkan bayaran principal dan sekaligus mengurangkan interest.

6. Bayar lebih sekiranya naik gaji

Kalau gaji kita naik, kita boleh naikkan bayaran rumah sesuai dengan kenaikan gaji. Point Azizi Ali ialah... kalau selama nih kita boleh hidup dengan gaji sebelum ini, apakata kita maintain dengan cara hidup yang sama dan lebihan gaji boleh dibayar kepada bank.

7. Jual barangan terpakai untuk bayar pinjaman rumah

Cadangan yang pelik tapi praktikal. Adakala banyak barang2 lama tetapi berharga yang kita boleh jual. Hasilnya kita boleh bayar kepada bank.

8. Refinance pinjaman rumah ke Bank lain yang menawarkan interest yang lebih Rendah

Sekiranya ada bank yang boleh menawarkan interest yang lebih rendah misalnya dari 8 percent sekarang ke 6.5 percent, apa salahnya kita ambil peluang itu. Walaubagaimanapun setiap kiraan mestilah termasuk charge-charge seperti MRTA, moving cost, lawyer fee dan sbgnya (hidden fee).. Silap-silap... bayaran bulanan boleh lebih tinggi pula..

mungkin kita juga bole create cara bagaimana nak settlekan cepat pembayaran rumah. banyakkan bertanya dan kita rajin rajin search kat internet pasal interest in property..

shin tulis takat ni dulu.. petang ni ada men tennis.. nanti shin sambung balik k..

sekian.




* i'm inesen






3 comments:

AzAz said...

oh shin beli rumah ker? ingatkan rumah sewa... kannn kannn.... ada gak reta, kata x de, menci!

i'm shin... i'm inesen said...

azaz : umah jer... x kira la lelaki ker pompuan.. dia kalo cari kapel.. yg ada kete.. kalo datang umah bakal mentua.. mesti anak dia kena tanya dulu.. bf ko pakai kete apa.. keje apa... haaa.. mana ada tanya.. dah ada umah belum..

AzAz said...

yg ni salah.... mak bapak mata duitan mmg tanya yg tu tapi klu mak bapak kg, depa slalu tanya apa reta dia ada? klu kata ada umah... msuk meminang trus dpt, sb beli kete... blh dok ker dlm tu slamanya???

kete klu dh 20 years dh reput pon, rmh 20 value dh naik ocayy... sedeh ni xde rumah lagik... tapi klu dpt waris umah mak bapak kira occay gak... besau!