Saturday, January 31, 2009

Nostalgia : Puan Sri Saloma


Saloma - Salmah Ismail ( 1935 - 1983 )

Salmah Ismail dilahirkan pada 23 Januari 1935 di Singapura. Di atas pentas seni beliau lebih dikenali sebagai Saloma. Beliau meninggal dunia pada usia yang muda.. 25 April 1983.. Saloma meninggalkan kita pada usianya 48 tahun. Beliau bukan saja meninggalkan peminat peminatnya.. keluarganya.. tetiba beliau meninggalkan kesepian dan kesedihan beliau. Lebih lebih lagi setelah suaminya meninggal dunia.

Saloma pernah berkahwin sebanyak 2 kali.. Suami pertamanya pelakon terkenal A R Tompel dan di kurniakan seorang anak lelaki Aramli. Kemudian beliau bercerai dan pada 21 November 1961.. beliau berkahwin dengan seniman Agung P Ramlee. Perkahwinan beliau kekal sehinga akhir hayat beliau.. malangnya..tidak di kurniakan cahaya mata.

Selain terkenal dengan kecantikan dan susuk badan yang ramping... Saloma mempunyai aset yang sangat bernilai.. kurniaan Allah S.W.T.. iaitu suara yang merdu. Lagu lagu dendangan beliau sentiasa menjadi hits dan malar segar sehingga ke hari ini.. Antara lagu paling wajib beliau adalah.. Selamat Pengantin Baru.. dan sudah tentunya Selamat Hari Raya... sentiasa relevan pada kita semua.. Selain menyanyi Saloma juga berbakat dalam bidang lakonan..

Saloma sangat sayangkan suaminya, P Ramlee... kerana baginya P Ramlee seorang lelaki yang baik.. seorang yang rajin berusaha.. seorang insan seni yg memberikan segalanya untuk orang ramai. Idea, bakat dan pengorbanan beliau hanya untuk jadi penghibur. Saloma berkongsi suka duka sewaktu zaman kejatuhan P Ramlee.. lebih malang lagi.. di akhir hayat P Ramlee.. segala hasil karyanya di kritik dan di pandang sepi. Saloma turut merasai kekecewaan suaminya itu..

Pada 1 Jun 1984 bersamaan dengan 1 Ramdhadan 1404, satu wawancara terakhir Saloma dalam majalan Dewan Budaya diterbitkan, waktu itu beliau di temubual oleh wartawan Asiah Sarji seminggu sebelum beliau meninggal dunia. Saloma pada ketika itu sangat uzur dan lemah. Saloma menyampaikan rasa kekecewaannya tetang satu laporan di sebuah majalah hiburan ketika itu. Laporan itu menulis kononnya suaranya sedap kerana Saloma ada memakai susuk dan sebagainya. Antara kata kata beliau dalam responnya :

'' Kalau ikut hati, i nak saman majalah tu ''

Beliau adalahlah lagenda penyanyi wanita tanah air kita.. nama beliau seiring dengan populariti lagu lagu beliau sehingga hari ini.. semoga kita terus menghargainya..

Al-Fatehah

dengarlah keluhan hati Saloma.. di tujukan khas utk P Ramlee.. sajak keluhan Saloma ni diperdengarkan pada tahun 1975.. selepas 2 tahun pemergian suaminya. Sayu sekali suara Saloma melontarkan sajak ini... terasa kita sama sama turut merasakan perasaan Saloma ketika itu.. getaran suara kesedihan dan kesepian..

* untuk lebih menghayati sajak ni.. korang mainkan la video kat bawah ni

Sajak : Keluhan Hati Saloma - 1975


Abang Ramlee
Sejuk Tanah Ampang di redup petang
Rimbun daun tembusu memayungi pusara mu
Germersik bisikannya menyambutku
Seakan terdengar suara abag
Dalam syahdu di sayap angin lalu
Abang..
Ku simpan sendu di lapis hati...

Ku keringkan air mata Kuala Lumpur yang sepi
Piano dan biaolamu tetap seperti dulu
Rumah kita dan alam seni lah duniaku
Tiap pagi Jumaat mengusapi rindu
Membacakan Fatehah di nisan pusara mu

Kenanganku..
Adalah juga kenangan masyarakat
Seniman seniwati dan para sahabat
Yang merasa terhutang budi kerana pimpinan Abang Ramlee..

Melalui sejuk tanah Ampang
Melalui rimbun senyum tembusu
Melalui wangi kuntum kemboja
Hmmm.. berkat keramat selendang putihku
Yang Abang belikan dulu...
Semoga abang mendengar bisikan kenangan
Dari sebuah lagu kesayangan ciptaan Abang Ramlee ku
Dalam rindu kasih suara isterimu..

Damai kekasihku di pusaramu
Sejuk tanah Ampang di redup petang
Angin lalu bisikan lah oh rinduku
Dalam lagu kesayangan oh abangku...

* i'm shin.. i'm inesen

6 comments:

classicguys said...

temuramah terakhir bersame saloma tu masih ade dlm simpanan saye ie telah pun saye taip semula dan muatkan dlm laman muzik nusantara di bahagian saloma sesape nk bace cari kat situ

Comic Lover said...

no comment... dh xde camner nak lazer kan.... kan....

Raz Costra said...

salam shin . leh x send kt sy video sajak keluhan hati saloma ni ? da puas cari kt web x jmpe . ni jmpe kt blog shin . boleh email kpd sy ?

fiqri hashim said...

promo skek blog ni...I am quite impress

maetrox's mas cotek said...

Pada 1 Jun 1984 diwawancara tp dah meninggal pada 25 April 1983,

...mcm mana tu?

Peminat Saloma said...

Sebenarnya ar tompel bukan suami pertama saloma dan dia bukan setakat kahwin 2 kali. Antara suaminya ialah Kenneth dan seorang mekanik Singapura. Dia kecewa pabila mengetahui P ramlee berkahwin lain lantas dia ambil keputusan untuk berkahwin tapi semua tak kekal sehinggalah berkahwin dengan Pramlee.