Wednesday, April 1, 2009

Awas Bila Umur Cecah 30 Tahun



hah kengkawan.. jom baca keratan akhbar ni..

KUALA LUMPUR - Bagi mereka yang berumur 30 tahun ke atas berhatilah-hatilah kerana anda mungkin terdedah kepada risiko penyakit berbahaya seperti sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Justeru, pemeriksaan awal amat penting kepada golongan umur berkenaan bagi memastikan tahap kesihatan mereka dan seterusnya menjalani rawatan pemulihan yang disarankan.

Pakar diet dan nutrisi Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof. Dr. Fatimah Arshad berkata, beliau dan beberapa penyelidik lain pernah menjalankan kajian yang sama di beberapa gugusan Felda di Pahang sebelum ini membabitkan 1,000 responden berumur antara 35 dan 55 tahun.

"Kesemua responden yang diambil merupakan individu yang dianggap sihat, bagaimanapun selepas pemeriksaan didapati satu per-tiga daripada mereka menunjukkan tanda-tanda menghidap penyakit sedemikian."Ini amat mengejutkan, memandangkan kebanyakan responden merupakan golongan yang aktif melakukan kerja-kerja di ladang dan sebagainya," katanya di sini semalam.

Kami semalam melaporkan kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad bahawa tinjauan yang dilakukan kementerian mendapati ramai di kalangan rakyat di negara ini tidak menyedari bahawa mereka adalah penghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Tambah Fatimah, sebagai langkah awal adalah disarankan mereka yang berusia 30 tahun ke atas menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan risiko terhadapnya dapat dikurangkan.

****

aiyooooooo.. takut.. hah berapa umo korang?? cpt kuarkan IC.. bagi bahan bukti.. huhuhu.. adehh patut la shin rasa mengah semacam jer kebelakangan ni.. badan ni rasa di pam pam.. jalan pun mcm x stabil dah.. berat sebelah kanan.. ops.. berat pahala kah?? huhuhu

hah.. la ni.. korang ada perasan x apa apa perubahan pada diri korang.. body tu semakin mengembang ker.. semakin menyusut ker.. la ni slalu rasa letih x bermaya.. x aktif macam masa muda remaja dulu.. bila rasa bengang kat tempat keje.. asyik nak marah marah pastu rasa pening pening lalat.. rasa semput.. haaaaaaa... shin labelkan di disini.. korang telah mendapat penyanyit orang tua yg pra matang boleh?? huhuhuhu

anyway sekarang ni.. penyakit mcm darah tinggi.. kencing manis.. serangan jantung.. orang muda muda pun bole kena.. faktor pemakakanan yg x seimbang.. ambil terlalu banyak makanan berkalori tinggi.. manis manis... tidak bersenam.. merupakan faktor utama kita semua terdedah kepada penyakit berbahaya ni.. uikz.. mintak mintak di jauhkan Tuhan.. takut takut takut..

waktu tido tu kena teratur la.. jangan selalu berembun.. dalam keadaan umo korang ( korang laaa! ) badan kena selalu berehat.. tp jangan over rehat.. nanti sembam... tembam dan lembam.. huhuhu



selalu la korang mengambil berat dengan cara selalu menimbang berapa berat korang.. update selalu.. kurangkan benda yang manis manis.. jangan ikutkan napsu sangat.. hah.. nanti melarat..



sentiasa bersenam untuk menguatkan dan mengimbangkan keadaan jantung kita... rajin rajin guna tangga.. sesekali x payan guna kemudahan lift ek.. kepada sesapa yg suka window shoping tu.. bole la jadikan alasan pada ur husband ker.. ur bf ker.. cakap jer.. hobi windows shoping ni kira macam bersenam gak la.. dok bejalan kehulu kehilir.. tau tau.. satu shoping complex tu korang dah redah huhuhu.. bagus bagus bagus...



kurang kan dan berhentilah merokok... bukan nyer membahayakan diri sendiri tapi kat orang lain di sekeliling korang.. mcm mak shin selalu cakap kat abah shin.. '' lain kali isap rokok tu.. sedut asapnya sekali '' .. huhuhu derhaka kan pada suami... hehehe.. tp memang x tahan la bau asap rokok ni... ishh...

kalo korang rasa ada apa yg x kena ngan kesihatan korang... pi jumpa doktor.. check la apa yg patut.. check darah tinggi ker... kencing manis ker.. apa apa jer.. untuk memudahkan korang pergi klinik yg ada doktor ensem ensem.. kacak kacak.. lawa lawa... hah.. mesti tiap selang dua ari korang ngan rela hati nak pi wat mediacal special check up... huhuhu


calon pertama - howt~

calon kedua - lemak berkrim disukai ramai

calon ketiga - ( xmo cakap nanti kena saman )

sekian dulu ek.. jumpa lagi di lain siaran.. amalkan kesihatan.. kurangkan manisan dalam makanan tp lebihkan manisan dalam senyuman.. sayangi diri anda, keluarga anda dan scandal scandal anda ngee~


nak jadi mcm ni ker??? - kesan kencing manis

m(^o^)m

* i'm shin.. i'm inesen

5 comments:

kaka crackr said...

alamak..shin ni tau2 jer kaka di ambang 30-an..
:P

abgdark said...

sib baik dah 6 pax balik...


1 pax minum pagi
1 pax minum teh pukul 10.30
1 pax lunch
1 pax hi-tea
1 pax dinner
1 pax supper

Hazwan Hassan said...

yg best nye if dpt duk jupe doc yg ke 3 tu...sure famous gilor...huhuhu...

i'm shin... i'm inesen said...

hik hik... jumpa jer haaa.. kang tak pasal pasal main tarik rambut ngan kak CT Hasmah..

Comic Lover said...

eeeiii g,br ujung tu... ngeriiiiii.... takotttt...