Friday, June 18, 2010

si bongsu ngan putera ular part 2

haaa kengkawan.. nak dengar lagi tak sambungan cerita si bongsu ngan putera raja??? ok.. kali ni shin sambung ek.. apa yg berlaku pada si bongsu pada keesokan harinya... haa korang duduk duduk ek..

shin sambung ek part ibu tua tu masuk bilik bongsu.. then dia terperanjat dan menangis..

lalu ibu tua tu pun berkata..'' bongsu.. kau hidup lagi nak.. mak fikir kau dah mati kena telan ngan ular sawa malam tadi ''

si bongsu segera memeluk ibunya '' tak mak.. ular sawa itu menunaikan janjinya utk tidak memakan kita, lihatlah.. bongsu masih hidup kan mak ''

si sulung ngan si tengah yg duduk di tepi pintu segera masuk ke bilik lalu mendapatkan si bongsu

'' wah cantiknya pakaian kau bongsu.. macam puteri raja la.. mana kau dapat? '' kata si sulung

si tengah pun mencelah '' bongsu.. mana kau dapat gelang kaki emas ni.. cantiknya bongsu.. berilah pada aku ya ''

si sulung pun berkata '' bongsu..aku suka gelang tangan emas kau.. besarnya.. kita kan miskin.. tapi macam kau bole ada.. berilah pada aku ya ''

si tengah membelek beleh leher bongsu '' mak tengok la ni mak.. bongsu ada rantai emas besar.. cantik mak.. tengah nak juga.. mak sampai hati beri pada bongsu saja ''...

'' a'ah la mak.. kesian kat kami.. mak sampai ati pilih kasih.. amboi bongsu.. cantik nya mahkota di atas kepala kau tu.. '' kata si sulung kekaguman

ibu tua itu menggelengkan kepalanya melihat tingkah laku si sulung dengan si tengah '' apalah yg kamu merepek ni sulung, tengah.. mana la ibu ada barang barang kemas ni semua.. ish sepatutnya kamu bersyukur adik kamu masih selamat ''

'' eh bongsu.. mana perginya ular sawa tu.. mak tak nampak dia dari tadi.. eh eh.. tengok tu..hanya ada kulit nya saja...'' tanya si ibu tua itu

'' mak.. sebenarnya, memang benar ular sawa itu membelit bongsu malam tadi.. bongsu berserah sahaja.. asalkan mak, sulung ngan tengah tidak di apa apakan... tapi.. ada kejadian pelik yg berlaku.. bongsu pon tak mengerti mak '' jelas si bongsu..

tiba tiba... keluar seorang lelaki tampan yg dari tadi bersembunyi di tepi daun pintu.. ibu tua ngan si sulung serta si tengah berasa ketakutan..

lelaki itu lengkap ngan persalinan yg cantik, rupanya tanmpan, bersinar bercahaya.. lagaknya mcm seorang putera raja..

'' jangan takut.. beta manusia macam kamu.. asal nya beta seorang putera raja... biarlah beta ceritakan duduk perkara.. ''

'' ada satu masa, rakyat ayahnda beta telah menangkap seorang nenek kebayan.. orang orang yg menangkapnya memberitahu bahawa nenek kebayan itu seorang perempuan sihir yg kejam.. tanpa usul periksa ayahnda beta telah menitahkan supaya nenek kebayan itu di hukum bunuh ''

'' semasa hukuman dijalankan.. beta ada sekali menyaksikan.. tp malang sekali, sewaktu nenek kebayan itu hendak menghembuskan nafasnya yg terakhir, dia sempat membuat sumpahan ke atas beta... beta di sumpah menjadi ular sawa ''

kemudian putera itu menyambung ceritanya lagi '' nenek kebayan sempat berkata.. dia difitnah oleh manusia manusia yg busuk hatinya, hilang sifat kasih sayang, dengki ssesama manusia.. nenek kebayan itu mengatakan bahawa sumpahan ke atas beta akan berakhir sekiranya beta berjumpa dengan seorang manusia yg ikhlas serta penuh sifat kasih sayang.. barulah beta akan menjelma menjadi manusia semula '' jelas putera lagi..

'' selama beta duduk di dalam hutan.. kebanyakkan manusia yg beta temui.. semuanya takut untuk menghampiri beta, ada juga yg ingin mengambil kesempatan untuk menjual malah membunuh beta.. sehinggalah beta bertemu bongsu dan makcik malam semalam... beta tak sangka.. masih ada manusia yg bersifat ikhlas, baik hati, sanggup menggadaikan nyawanya semata mata untuk menyelamatkan keluarganya ''

'' segala kelengkapan yg ada pada bongsu, adalah hadiah dari beta.. dan beta ingin mengambil bongsu menjadi isteri beta.. itu pun kalau makcik izinkan '' kata putera raja itu lagi..

ibu tua itu tadi berasa gembira... tidak lama selepas hari itu, berlangsunglah majlis perkahwinan antara Putera raja itu tadi ngan si bongsu.. hidup ibu tua itu tidak lagi miskin..

tapi...rupa rupanya.. si sulung ngan si tengah berasa iri hati dengan apa yg berlaku pada si bongsu.. mereka menyimpan perasaan cemburu yg meluap luap...

pada satu hari... putera raja itu meminta keizinan untuk balik ke istana.. oleh kerana tiada kenderaan.. bongsu dan keluarganya terpaksa menunggu putera raja itu kembali semula utk membawa mereka ke istana..

ketiadaan putera raja itu telah memberi peluang si sulung dan si tengah membuat rencana... pada satu malam...

bersambung ek huhu... tunggu entri akan dtg tau..

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

8 comments:

@reltzsensei said...

wa dh jadik penulis novel la plak ek..hik3..gud2..ngee..

cik xxx said...

boleh masuk pertandingan bercerita nih

b0b0y said...

alaaaaa....sambung lagiiiii...

AzAz said...

apa ni 1001 mlm ker, citer sekerat2... hiks!

i'm shin... i'm inesen said...

arel : bukan penulis novel la.. x layak nak tulis novel huhu

i'm shin... i'm inesen said...

cik x : cite kanak kanak ek :P

i'm shin... i'm inesen said...

boy : dah sambung.. sila baca entri part 3 k

i'm shin... i'm inesen said...

azaz : macam tu la kaedahnya