Saturday, June 19, 2010

si bongsu ngan ular sawa part 3

haa kengkawan.. selamat pagi sabtu ek.. semoga hari ni semuanya sihat sihat.. ceria ceria.. bersemangat nak menyambut cuti hujung minggu... yeahhhhh... masa untuk berscandal hahaha.. kengkawan tau tak.. sekarang ni kita dah masuk bulan Rejab.. haa dan lebih seminggu pon.. habis Rejab nanti Sya'ban, haa lepas tu Ramadhan.. kejap jer dah nak masuk bulan puasa kan... seronok seronok..

jangan lupa.. bulan Rejab ni kita digalakkan untuk berpuasa... bersedekah dan banyak berdoa. mintak ampun pada Tuhan.. sapa sapa yg ada cuti puasa tahun lepas.. elok ganti cepat... haaa.. ingat tu..

pagi ni shin nak cite sambungan kisah si bongsu ngan putera ular.. haa kengkawan suka tak cerita tu?? sorry la kalo shin terpasang cerita sambung sambung.. cari ilham huhu.. oklah.. jom shin cite sekarang..

ok ni sambungannya ek.. semasa ketiadaan putera raja, si sulong dan si tengah telah membuat satu rencana.. semuanya kerana perasaan cemburu yg meluap2 terhadap bongsu.

pada malam tersebut si sulong dan si tengah telah membawa 2 ekor ular sawa yg besar ke dalam rumah..

'' mak... mak.. marilah tengok ni mak.. sulong ada bawak ular besar.. mesti putera ni lebih kacak dari suami bongsu kan mak '' kata si sulong...

'' mak.. mak.. ular sawa yg tengah bawak ni lagi besar kan mak.. haa bongsu.. ko tengok la nanti.. tengah akan barang kemas lagi banyak dari kau.. huh '' kata si tengah pulak

bongsu terkejut melihat perbuatan kakak kakak nya.. lantas dia pun berkata '' kenapa kakak kakak ni semua.. ular sawa yg bongsu jumpa itu hari bukan ular biasa.. tidak semua ular sawa bole betukar menjadi putera raja.. mungkin ular sawa ni adalah ular yg benar.. mungkin kita semua dalam bahaya ''

si sulong mejawab '' alah.. kau fikir kau sorang nak kawen dengar putera raja ya.. kami pun mau juga.. kau sengaja mau menggagalkan rancangan kami ''

'' kau cemburu yer bongsu.. kau takut kami dapat putera raja yg lebih kacak dari suami kau.. kau cemburu kalau kami dapat barang kemas lebih banyak dari apa yg kau dapat '' kata si tengah pula..

'' jangan la kau pedulikan hal kami.. kami tahu.. kamu dengki kalo kami dapat kawen dengan putera raja esok kan..'' tambah si sulong

'' mak apa yg patut kita buat mak.. kalau la suami bongsu ada di sini.. tentu perkara ni tak kan berlaku '' rintih bongsu sedih

'' biarlah bongsu.. mereka pon nak jadi macam kau.. nak kawen dengan anak raja.. nak dapat banyak harta.. keluarga kita dah lama hidup susah.. masa ni la kita nak dapat kesenangan.. kau tak gembirakah bongsu kalau kakak kakak kau dapat kawen dengan putera raja '' kata ibu tua itu..

bongsu berasa terkejut dengan jawapan ibunya '' bukan begitu mak.. bongsu cuma takut.. kalau kalau.. ''

belum sempat bongsu meneruskan kata kata.. ibunya itu pun berkata '' sudah lah.. marilah kita tidur.. malam ni mesti kakak kakak kau menjerit seperti mana yg terjadi pada kau dulu.. kita duduk di bilik diam diam ya ''

bongsu hanya mampu menahan kesedihan..dia segera mengunci bilik tidurnya '' biar bongsu kunci bilik ni ya mak.. bongsu takut kalau kalau ular sawa tu masuk ke bilik kita''

'' suka hati kau la, kau suka fikir yg bukan bukan '' kata ibu tua itu

pada tengah malamnya.. seperti yang di duga, bongsu dan ibunya terdengar suara si sulung menjerit kesakitan '' aduh mak... sakitnya kaki sulung mak.. macam nak patah rasanya''

'' haa kau dengar tu bongsu.. mesti sulong dapat rantai kaki emas yg besar.. wahh gembiralah sulong nanti '' kata ibu tua..

bongsu pun berkata '' mak... bongsu takut lah mak... ''

''shhh diam.. dengar tu tengah sedang menjerit '' pintas ibu tua..

'' aduh mak.. sakitnya tangan aku mak.. tengah tak tahan mak.. aduh tolong mak..''

'' haaa... mesti tengah dapat gelang emas sampai ke lengan.. dia mesti suka kan bongsu... bertuah mak akan dapat menantu semuanya putera raja mcm suami kau' '' bisik ibu tua tadi kegirangan

'' aduh mak sakitnya leher sulong mak.. sakitnya macam nak patah leher sulong.. matilah sulong..mak.. matilah sulung mak... tolong sulung mak.. ''

'' haa.. sulung dapat rantai emas.. mesti besar rantai sulong sampai nak patah leher dia kan bongsu '' kata ibu tua sambil tersenyum..

'' mak.. sakitnya kepala aku mak... matilah tengah.. bongsu.. tolong tengah bongsu.. tengah menyesal bongsu.. mak tolong tengah mak... ''

'' wahh tengah dapat mahkota apa agaknya... betuah tengah.. lepas ni mesti dia tidak cemburu lagi dengan kau'' kata ibu tua itu..

selepas itu.. tiada lagi dengar jeritan si sulung dengan si tengah.. senyap sunyi keadaan rumah itu..

'' mak.. bongsu takut mak.. kalau kalau.. sesuatu yg tak baik berlaku pada kakak kakak ''

'' takperlah.. marilah kita tidur.. kita tunggu sampai esok pagi.. mak tak sabar nak tengok menantu menantu mak.. kau jangan fikir yg bukan bukan ya.. sudahlah.. mak dah mengantok ni '' kata ibu tua itu..

si bongsu tidak dapat melelapkan matanya.. fikirannya tidak tenang.. dia cuma berharap.. kakak kakaknya selamat.. dia juga berharap suaminya segera pulang...

bersambung la plak... tunggu episod akan datang ek..

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

5 comments:

haNIz said...

shin ni..
buat suspens je..

Edzwan said...

ALAMAK SHIN..>CERITA TERUS JE LAH :P

Edzwan said...
This comment has been removed by the author.
cik xxx said...

ala, macam telenovela pulak.
saje je tau shin nih..

AzAz said...

ishk... dh mati dh depa ber2 tu kan... x pon dh jumpa abg awang hitam... "besar" gak depa tu, OPS!