Friday, February 28, 2014

AMARAN : risiko couple ngan pompuan yak suka melancong

ececeh.. tajuk entri tak menahan.. ok la.. arini shin nak share satu artikel shin cedok dari Harian Metro.. shin terbaca secara online.. dan oleh kerana terlalu panjang.. shin skip amek point yak menarik jer.. hikk.. sambil baca shin pahamkan dan fikirkan secara rasional.. samada shin setuju ke tidak kena artikel ni mmg shin xleh nak jawap la.. sbb shin xde awek.. sama ada yak suka melancong ato yak suka shopping.. ato yak suka dok umah manjang.. single mingle.. ni just nak sharing cite jer.. terpulang kat kengkawan utk menilai.. kot kot terkena kat batang hidung sendirik hehe #dahiberpeluh

‘Elakkan Bercinta Dengan Pompuan Yak Suka Melancong’, mungkin sekali dengar macam pelik, tetapi itu antara isu hangat dibincangkan orang lelaki time depa lepak minum atau sembang santai sesama dorang.. even shin pon pernah gak berborak ngan kengkawan keje.. shin ada kata.. kalo shin dah kawen kelak.. kalo shin travel jejauh.. shin lebih prefer gi sensorang.. x bawak anak isteri.. kalo dedekat x per.. hikk..

wokey sambung balik.. bila ditanya kenapa, mereka tidak hanya membuat tanggapan begitu saja.. tetapi beberapa konflik berlaku kepada rakan lain yak berpasangan dengan gadis kategori ini.. bermakna, tanggapan dibuat berdasarkan pengalaman.

tidak semestinya tanggapan yak dibuat boleh diguna pakai untuk semua.. yess itu shin akui lah.. bagi si kaki jalan, mungkin melancong ke tempat baru, mengenali budaya unik dan berkenalan dengan orang serata pelusuk dunia mengajar mereka untuk lebih berdikari, sekali gus tidak dilabel seperti gadis kebanyakan yang manja.. dok terperap kat umah..
 
keresahan orang lelaki berpasangan dengan gadis seperti ini bukannya bermaksud melarang dan menahan diri dari jatuh cinta.. tetapi lebih kepada berhati-hati dan siap sedia untuk menghadapi apa saja cabaran yak bakal dihadapi jika berkasih sayang dengan wanita yak memiliki hobi ini.. mostly gadis ini bukannya berperwatakan asing, tetapi ada beberapa sifat diri menjadikan mereka berbeza daripada gadis yak sukakan kecantikan.

Tak romantik
 
golongan pompuan yak suka melancong ni mostly mereka agak ‘kasar’ dan ala tomboy.. tidak hanya daripada segi berpakaian, sikap ini boleh dikenal pasti jika anda berkenalan rapat dengan mereka. Kasar merangkumi semua termasuk cara bergurau senda, berbicara dan sebagainya.. namun perlu diingat, tidak semuanya begini kerana ada banyak jenis cara melancong.. selalunya yak jenis ‘backpacker’, pastinya aura kejantanan boleh dikenal pasti pada tingkah lakunya #sengih

Cakap lantang
 
berbeza dengan yang lain, gadis ini lebih gemar bercakap ‘lepas’ iaitu meluahkan pendapat tanpa terlalu memikirkan perasaan orang lain, yak pastinya mesej hendak disampaikan itu jelas.. orang lelaku yang lembut hati macam shin ni contohnya sudah tentu  mudah ‘makan hati’ dengan sikap sebegini yang memungkinkan mereka mencari pengganti teman wanita baru  #nah #rasakan

bagi gadis ini, perspektif cara komunikasi adalah elemen penting tanpa perlu ada dolak-dalik atau bahasa kiasan kerana ia lebih mudah difahami.. mereka ini juga dikatakan aktif berbicara. Kita pasti beranggapan mereka mudah mesra dengan sesiapa saja.. kalau lelaki kuat jeles.. mmg selalu berperang laa gamaknya..

tetapi jangan salah sangka, ada di antaranya memilih bersikap ‘berat mulut’ di negara sendiri berbanding ketika meneroka tempat orang.. kaedahnya "malu bertanya sesat jalan"

Berdikari
 
sifat lelaki mahukan wanita atau pasangan menganggap mereka sebagai pelindung.. tetapi tidak jika berpasangan dengan gadis ‘kaki jalan’.. dia tidak memerlukan anda sepanjang masa kerana dia boleh melakukan bermacam-macam hal dengan sendiri.. dalam keadaan sedih, dia tidak terlalu mengharap anda untuk merangkul dan mendengar rintihannya kerana dia memiliki alam semesta dengannya #wah

jangan terlalu berlagak hero di depannya.. anda akan dipandang jelek atau dianggap menjengkelkan.. perasaan dia akan mudah bosan jika anda seorang yang suka mengikutnya ke mana saja dan selalu berusaha menjadi pemandu arah atau bertindak seperti ibu bapanya.. elakkan menyuruh dia itu ini mengikut telunjuk anda kerana pasti hubungan korang tidak akan bertahan lama #noted

ada berpendapat, gadis ini tidak terlalu memandang tinggi perihal pendidikan kerana baginya pengalaman melancong lebih berpengaruh dalam kehidupan.. tetapi tidak semuanya begitu, ada juga mereka yak seimbangkan pendidikan dan hobi ini kerana menganggap ia sebagai terapi diri #betul

Tak kisah tak cantik
 
rambut tidak bersikat tidak bermakna mereka selekeh.. tetapi setiap inci watak daripada tubuhnya menceritakan seribu satu kisah di sebaliknya.. kecantikan luaran bukan isu utama, tetapi bagaimana cara mereka ‘membawa’ diri dalam masyarakat dan orang sekeliling adalah yak terpenting membuatkan gadis ini berlainan ciri fizikal dan mentalnya kerana ia tidak dimiliki oleh perempuan lain yak luar daripada kelasnya.. 

ye lah dorang tak kesah pon nampak selebet.. takde masa nak besolek sakan.. pastu hujung hujung muka comot gak.. so simple jer.. senang nak bergerak.. jimat masa kot..

jika anda jenis lelaki yang gemarkan wanita suka berdandan, bersolek cantik, gadis seperti ini bukan untuk anda.. jangan sesekali mencuba kerana ia kemungkinan besar tidak membuahkan hasil kecuali jika kamu boleh menilai kecantikan hatinya, memahami minatnya dan sanggup berkongsi kasih sayang dengan alam semesta, pasti ia menjadikan perjalanan hidup korang lebih menarik daripada biasa..

Hadiah

pompuan seperti ini mungkin tidak akan menghabiskan wang si jejaka dengan meminta untuk dibelikan tas tangan, emas ataupun alat solekan ‘fashionista’ yang sedang popular di pasaran, tetapi dia akan meminta kamu sesuatu yak ada waktunya lebih mahal dari benda benda alah tadik! Jika bukan tiket penerbangan ke beberapa destinasi menarik di seluruh dunia, dia pasti meminta anda membawanya melihat keindahan pemandangan alam ataupun tempat menarik yak tinggi nilai sejarah dan budaya #skodengwallet
 
lebih memeritkan jika anda tidak punya masa untuk semua itu, hanya perlu tabah melepaskannya dia pergi kerana dia pastinya meminta kebebasan untuk melancong seorang diri atau bersama kawannya.

hukk.. apa macam.. takot tak nak cari awek suka melancong?? hehe.. kengkawan pompuan yak suka melancong leh terima tak apa yak penulis ni dok bebel?? hikk.. 

jujurnya.. kalo shin.. x kesah pon kalo tetiba satu hari nnt terbukak hati nak ber"awek".. memandangkan shin ni jenis pemalu.. mungkin kalo melancong adalah salah satu cara utk shin ngan si awek berkomunikasi.. time tu mungkin memasing akan lebih memahami perangai masing masing.. x kesah la sapa lagi handal berdikari.. dari situ kita tau kelebihan dan kekurangan diri memasing.. mungkin juga dalam tgh mood nak enjoy melancong akan jadi stress.. bila gadoh gadoh.. tp mungkin itu akan lebih merapatkan lagik hubungan bila ada adegan pujuk memujuk.. mungkin awek tu yak akan pujuk shin.. hahaha comel jer.. kannn..

shin tak lah kaya.. kalo pegi melancong  sekali sekala.. dpt survive utk diri sendiri jer.. so.. shin akan ajar orang yak shin sayang tu menabung.. mcm shin gak.. setiap kali nak bejalan atau nakkan something.. menabung.. cari duit sampai dapat.. sesekali boleh laaaa #sengihpalingmanis

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

Wednesday, February 26, 2014

cerita pasal meow 2

haaa.. arini shin nak cite pasal meow lagik ek.. nak dengar tak? nak tak??? hehe.. duduk duduk.. shin dah banyak kali tido ngan meow.. kengkadang.. sengaja xmo tutup pintu.. pasal nnt pandai masok bilik shin.. pastu naek atas katil.. geram nengok.. nak pelok xleh.. sbb pantang nak pegang nnt dia mesti nk geget.. dah banyak calor calor kaki ngan tangan shin ni ha di kejekan budak kecik tu.. so far shin ok jer tido ngan meow.. x penah plak terhempap dia sampai penyek #hukk #sengih

ok.. topic meow arini pasal kenapa meow ni kekadang bising tetengah malam.. atopon secara tetiba dia mengeong x tentu pasal.. meow shin mmg jenis senyap.. x tau la naper.. susah betul nak dengo suara dia.. mungkin dia ekot perangai shin kot.. pemalu #blushing

bagi kengkawan yak suka bela kuceng.. korang kena la selalu peka ngan keadaan kuceng korang ek.. ada beberapa sebab dan tanda tanda kenapa tetiba kuceng korang mengeong tetengah malam time korang tengah sedap membuta ek.. antara sebab sebabnya yelah :

1. Sakit
- kuceng tua yak suka memangonkan tuan dia tetengah malam berkemungkinan besar dia nak gitau kat tuan dia yak dia sakit.. kalo dah kerap sangat kuceng tu asyik mangonkan kita jer.. better cecepat bawak kuceng tu gi kelinik haiwan ek.. wat medical check up

2. Bosan
- haaa jangan tak tau.. kuceng pon ada perasaan bosan tau.. ingat korang jer ker.. mungkin kita x pasan.. kita dok bizi keje sepanjang hari,. balik lewat malam.. pastu xde masa nak memaen dan belai belai kuceng kita.. jadi kuceng ni tadi dok wat bising utk bagi hint ajak kita maen maen ngan dia.. so.. sebelom korang membuta.. amek la masa skit memaen ngan kuceng tu ek.. kang x pepasal kena cako time tido pasal kuceng tu dah bosan giler tahap gaban #dahipeluh

3. Kebiasaan
- salah satu sebab naper kuceng mengeong adalah sebab dah jadi kebiasaan dia di manjakan dari budak lagik.. so dia dah terbiasa nak kena belai selalu.. so korang plak jenis time kekecik jer nak belai belai.. dah beso korang x layan sgt.. tu pasal kuceng tu dok wat bising.. sian la kat dia ek.. seumpama mcm x di hiraukan lagik #sedey

4. Lapar
- haa ni biasa lah.. kalo lapo mmg dorang akan bising.. macam shin.. shin akan letak makanan dan susu meow shin kat dapo.. dekat ngan meja makan.. so kalo meow shin lapo.. mmg dia tahu nak menuju ke mana.. so far meow shin xde la kelaparan #sengih

5. Cahaya
- gelap bagi mata manusia x sama dengan gelap pada mata kuceng.. kalo kuceng mengeong tetengah malam.. mungkin dia nk suh kita matikan lampu.. terang sangat.. susah nak tido katanya.. jimat skit letrik #kan

6. Reaksi Negatif
- kalo kuceng tu tetiba kena marah.. yer la.. korang penat lik keje.. pastu dia dok meleset.. korang marah kuceng tu.. xpon kuceng tu tetiba wat sepah.. maen x reti kemas.. korang tengking tengking dia.. haa nnt kuceng tu akan mengeong la.. mungkin  dia dok bebel tuan dia x sayang dia lagik.. saja nak tarik perhatian.. suh korang pujuk.. jadi.. korang kena la beralah.. dari korang x lena tido sbb kuceng tu asyik bising jer.. bek korang slow talk ngan dia.. belai belai.. ckp ngan dia jangan wat lagik.. sure malam korang akan lena di buai mimpi indah..

itu la serba sikit cerita pasal kenapa kuceng mengeong di tengah malam.. semoga cite shin ni menjadi iktibar untuk kengkawan yak suka bela kuceng ek..

iklan : petang tadik shin kerat rambut.. asalnya shin suh member tu trim jer.. sbb shin x suka nampak pendek sangat.. pastu member tu komplen.. dia bosan nengok muka shin.. rambut dari zaman skolah sampai la ni sama jer.. hok oloh.. pastu dia terus suggest ubah skit.. terus dia kerat jadi mcm la ni.. kojekkk.. terus nampak telinga shin mcm capang jer #nanges

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

Tuesday, February 25, 2014

cerita pasal meow 1

nengok la budak kecik ni.. sebok nk guling guling ngan shin.. pastu tido terbongkang camtu.. x sakit agaknya batang leher dia.. sok kalo sakit salah bantal ker jgn nak nanges udah ler.. kalo dah kenyang ato penat memaen.. mmg sesuka ati dia jer nk tido #sayang

haa kengkawan nak tau tak kenapa kuceng ni tak menjadi najis pada manusia.. yer la.. penah shin dengo dulu bulu kuceng ni najis kalo dah tanggal tanggal.. haa ni Nabi Muhammad s.a.w ada gitau yak kuceng ni x jadi najis pon pada manusia.. haa nak tau kenapa.. 

camne plak Rasulullah s.a.w tahu yak badan meow ni xde najis ek.. siap baginda penah kata kita leh amek air semayang guna air belen dari kuceng minum.. haaa camni citenya..

kalau kengkawan nak tau.. kulit kuceng mempunyai otot oto yak berfungsi untuk melawan sel bakteria.. otot otot dorang ni boleh menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia..

pada permukaan lidah kuceng ni plak di lapisi dengan pelbagai benjolan kecil yak runcing.. benjolan ni berbentuk bengkok menguncup seperti gergaji atopon kikir.. bentuk bentuk ni la yak sangat beguna utk membersihkan kulit..

ada lagikkkk.. masa kuceng minum.. tidak ada setitik pon air yak akan jatuh dari lidah dorang.. kalau kengkawan nak tau.. lidah kuceng sendiri merupakan alat pembersih yak paling canggih.. permukaan lidah yak kasar boleh membunag bulu bulu mati dan membersihkkan bulu bulu yak tersisa di badan dorang.. 

ada beberapa kajian dan penyelidikan telah di buat ke atas kuceng mengikut pelbagai perbezaan usia.. posisi kulit.. punggung.. tapak kaki.. bibir dan ekor.. pada part badan dorang ni telah di ambil contoh sample dan di letakkan kuman.. di ambil jugak air liur dalam mulut dan lidah kuceng utk di buat kajian..  hasilnya... jeng jeng jeng #soundeffect

1. takde kuman kat kulit kuceng.. tempat yak sengaja di letak kumen pon hampir 80% bersih kuman.. bermaksud.. lidah kuceng mampu melawan kuman kuman tersebut..

2. takde kuman kat air liur kuceng.. air liur kuceng tu sendiri membantu untuk membersihkan diri dorang..

3. kuceng mempunyai peranti pembersih yak bernama lysozyme

kengkawan nak tau tak.. naper kuceng ni x suka air.. haaa sebabnya.. air adalah tempat yak subur untuk pertumbuhan bakteria.. sebab tu kuceng lebih suka berjemur dari dok dekat ngan air..  ini adalah satu sebab kenapa kuman tak suka melekat kat kuceng huhu..

hmmm baru plan nak beli shampoo utk mandikan meow shin gaji ni.. sekali sekala mandi x pe kot.. hehehehe..

ni la wajah sugul meow masa dia baru baru kena buang kat belakang umah shin.. x tau baper umo dia masa ni.. shin bajet dalam 2 bulan kot.. betul betul nak new year 2014.. x sangka lak adik shin ada snap gambo budak kecik ni.. mmg sian sgt muka dia.. mesti dia ngah keliru.. yer la masa tu baru kena buang.. mesti dia trauma.. takot.. hukkk cian sgt #nanges

masa kitaorg jumpa.. budak kecik ni sangat ganas.. asyik nak marah jer.. x bagi dekat.. mungkin dia x kenal lagik kot.. skrg ni.. melebih plak manja dia.. asyik nak geget kaki org.. pantang org gi dapo dia ngejo sampai tegolek golek sbb x sempat break.. comel sgt.. skrg ni mmg dia la penghibur kat umah ni.. kalo x nampak mmg kitaorg akan cari.. even shin gi keje pon rindu nak balik umah memaen ngan dia.. huhu.. hope x yah beso la.. kecik jer cam sekarang.. nnt dah beso takot ngandong luar nikah ker.. x pasal pasal kannnng kitaorg kena jadi pak sanggup bela anak anak diaaaa #nanges

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

Sunday, February 23, 2014

acara hari minggu - terbang

shin la ni bersiaran kat tempat keje.. overtime katanya lah.. gigih semata sebab mata $$$.. ada byk masa terluang utk godeh lappy.. godeh tepon.. xde la bosan sgt.. selalu kalo shin maen tenet mesti shin godeh laman web air asia..ngee.. suka benor.. saje nengok ticket murah tempat tempat yak shin teringin nak gi.. tp selalunya xde la selalu beli kalo ada murah pon.. sbb xde kawan sudi travel sesama hukkk #nanges

sekonyong konyong masa shin bukak tadi nampak la iklan pasal Big Shot day... lom check tempat lagi shin dah start msg encik shamsul.. bagitau dia awal awal bagi dia standby.. hope dia leh teman shin travel.. pastu terus shin terjah tempat yak shin teringin nak pegik.. Boracay, Philippines #sengih

taraaaaaa... RM122 je gi balik.. pastu cecepat shin pujuk encik shamsul pegi.. aritu masa ada promosi gi Boracay.. kitaorg x dpt pegi sebab lambat booking.. patot nak gi bulan May ni.. RM221 masa tu.. sekali nengok ada lagik murah.. tp flight untuk tahun depan ler huhu March 2015.. xpe xpe.. tahun ni pon byk nak guna duit.. 4 tempat dah dok menunggu.. 

malangnya.. masa nak booking tu baru terpikir.. kad Big shin xde duit.. kosong.. yillek.. masa tu gak la dok berhempas pulas top up kad Big tu.. bebaek memula bole beli 3 seat.. terus xleh.. dpt beli 2 seat jer.. terpaksa la shin beli dulu 2 seat.. satu lagi seat utk encik Zull terpaksa tunggu promo akan dtg.. sabo ek encik Zull #dahiberpeluh


 KL - Boracay - KL

 JB - KL ( untuk shin sorang jer )

 
tu diaa.. menanges nengok gambo Boracay.. hukk.. semoga Allah panjangkan umo shin ngan kengkawan yak nak gi merasa nikmat Boracay.. lama tu.. ada lagik setahun nak nunggu #nanges

so start gaji bulan ni.. shin dah leh wat satu lagi tabung baru.. "Tabung Boracay".. haa leh la simpan Rm50 setiap bulan.. nnt cukup setahun dapat la Rm600.. lepas la kot utk duit sewa chalet.. kalo x cukup pon.. leh la wat tambah tambah.. hukkk

kengkawan sempat lagi kalo nak beli.. promosi ni utk satu hari ni jer.. sampai tengah malam.. haaa gi Langkawi Rm55 jer gi balik.. Penang pon sama Rm55 gi balik.. gi JB pon samaaa Rm55.. sesapa teringin nk ajak shin dating.. meh la dtg JB #sengih

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

Friday, February 21, 2014

cerita baek arini~

mau yang panjang atau yang pendek
terserah saja maunya anda
mau yang besar atau yang kecil
yang tua enak
yang muda asyik
satu persatu di kupas kulitnya
setelah itu kelihatan isinya
janganlah lupa buang bulu-bulunya
itu la dia buah jagung namanya

hikkk.. kengkawan penah dengo lagu pasal Jagung ni tak?? haa kalo x penah.. silalah godek kat YouTube ni ek.. mood ada baek arini pasal esok cuti dahhhh.. yeah yeah.. dah la tu.. ari Ahad dapat offer keje overtime.. Alhamdulillah.. rejeki jgn di tolak huhu.. haa ni baru 1st cerita baek hehe

2nd cerita baek.. esok ada orang ajak dating hahaha... lama dah xde org ajak dating.. tp tu la.. dia baru plan.. jadi atau tak wallahualam.. lagi plak.. td mak shin cite pasal nak anto anak buah shin balik asrama kat Kluang esok.. hurmm mcm nak ekot.. leh try survey GoPro kat Kluang lak.. tp kalo shin gi Kluang mmg x jadi dating laaa huhu

tadik balik keje shin singgah pasar lambak.. niat nak cari buah semangka kuneng.. cuaca pepanas ni sedapnya makan buah semangka.. dpt la beli 1 potong semangka merah.. 1 potong semangka taiwan.. 1 potong semangka kuneng.. semua RM6 jer.. pastu beli buah jagung untuk mak shin.. shin xleh makan sgt.. skit leh la.. kalo makan jagung nnt asyik nak ke tandas jer hehe #nyumnyum

 3 potong RM6 #murah #besh

3 bijik RM5

 ni pokok mak shin tanam kat depan umah #sengih

cerita baek yak ke 3.. dinner tadik adik shin belanja makan kepci.. duit BR1M2 dia dah masok.. hehehe.. layan laa.. tp mak ngan babah asyik cite pasal nk makan ketam jer haha.. x puas lagik kot.. next time la.. makan kat Kukup Pontian lak.. tp shin x tau sgt area situ.. kat ne sedap ntah..

 shin try Golden Wrap.. hurm indah iklan dari rupa #nanges

iklan kemaen lagikkk #hukk

p/s : ada org komplen pasal BR1M.. depa kata.. yak kutuk kerajaan x layak dapat.. x malu kemaen kutuk.. tp duit BR1M nak pulak.. hurmm apesal lak ek.. pi lantak depa la.. depa still bayo cukai bagi kat kerajaan.. so depa still berhak dapat benefit selaku warganegara kat negara ni.. depa cuma kutuk apa yak x elok tentang kerajaan.. mana yak baek depa amek.. mana x baek depa xmo.. logik la kan.. walao parti politik mana yak perintah Malaysia.. itu yak bakal dorang kena hadapi.. suara rakyat! apapon.. untunglah sapa yak dapat BR1M tu.. gunalah sebaeknya #nanges

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

Wednesday, February 19, 2014

2-3-4 i'm loving it~

dah kul 10 malam.. hukk.. sangat lapo.. td petang shin cuma makan nasik ngan keropok jer hukk.. dah nak tido ni time tu laaaaaa terasa lapo nak makan beger bigmac.. hukk.. mana nak cekau #nanges

dalam bebanyak fast food shin paling suka makan big mac.. pizza hut ngan air coke hik.. tau x bagus.. tp shin bukan makan selalu.. kengkadang jer.. la ni mekdi ada wat promosi.. tp bigmac xde tersenarai.. xper la.. janji murah.. haa sesapa umah dia dekat ngan mekdi untunglaaa #nangeshiba

 urghh coke.. sedapnyaaaa #gulp

 sundae cekelet.. cis beger.. arghhh #stress

 #aummmm

dapatkan di pasaran skrg ek!!!

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

Sunday, February 16, 2014

acara hari minggu

cakk.. heyo kengkawan.. selamat mengabiskan saki baki cuti hari minggu ek.. korang wakpe jer cecuti ni?? seronok?? hik.. semalam shin abiskan cuti kat umah hadap lappy.. study pasal camera.. study pasal travel.. sambil di temani kucen tersayang.. hikkk.. dah beso dah budak ni.. kuat mkn.. kuat tido.. kuar gigit orang.. tp perot dia dah x moncit lagik.. mesti dia happy dok umah ni.. semua org sayang dia huhu..

citt.. x manis tido terkangkang.. ekot perangai sapa la tu #nanges

cuaca kat Kulai lately panas betul.. panas merentung.. hukk.. around kul 3 semalam.. mak shin x baper sehat.. dia mintak anto kat klinik.. jenuh cari klinik yak bukak.. satu pon xde.. aiseyman.. lupa.. negeri Johor kan cuti hujung minggu nyer dah tuko ari sabtu.. pastu terus shin decide ajak mak ngan babah gi bando Kulai jer.. cari jer klinik mana yak bukak.. 

sib baek la ada klinik bukak.. x ramai pesakit lak tu.. Alhamdulillah di permudahkan.. lepas jer mak dapat obat.. shin ajak dorang gi meround Plaza Angsana jap.. semata nk skodeng camera GoPro ngan Pentax.. hmm malangnya.. Pentax xde jual.. GoPro plak ada 2 kedai yak jual.. satu kedai mahal.. tokey nyer pon muka cam tahik.. satu lagi kedai.. muka dia xde perasaan.. tp still melayan la soalan soalan shin ngan nada bosan.. harga GoPro dia jual murah byk dari kedai memula tadik.. tp xde stock #nanges

tarraaaaa~

lepas dah puas skodeng GoPro.. lepas solat Maghrib kat Angsana.. terus shin begegas gi area Pantai Lido.. Restaurant Seri Linau Tom Yam Seafood.. ajak mak ngan babah makan ketam.. nyum nyum

murah banyak la kat sini banding makan kat Senibong.. rasa pon leh tahan sedap.. shin makan ketam 2 eko + ikan sembilang masak asam pedas + ikan pari bako sambal + sayo + telo + air + otak otak = RM106 jer mmg syorkan kalo kengkawan makan kat sini.. dah 4 kali shin makan ketam kat sini #sengih

pastu arini plak.. shin pegi keje overtime.. hikk.. gigih ni.. mangon pepagik.. kul 6.30 dah masok keje.. Alhamdulillah dapat gak overtime.. so leh la shin top up duit nak beli camera nnt #nanges

pastu masa morning break shin gi umah encik Azim jap.. collect ole ole dari Australia.. hurmm nengok gambo gambo dia rasa gi Indonesia lagi best hahaha.. sbb Australia nampak modern sgt.. x kena ngan jiwa shin #sengih

suka kumpul topi Hard Rock Cafe yak camni #nanges

oklah.. shin dah sesiap nak gi men badminton ni.. umo dah meningkat.. kena cergas skit.. jom kengkawan kita men sesamaaaa #bersemangat

ngepose dulu~

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

Saturday, February 15, 2014

bekas kekasih hati

hukkk.. gigih menaip entri pepagik kannn.. arini cuti.. so rasa fresh jer.. zahir batin fresh.. huhu.. mood ada baek.. esok pon cuti tp Alhamdulillah dapat offer keje overtime.. gila x amek.. $$$ kachinggg!! so arini leh la gegolek pepuas.. petang karang nak gi makan ketam.. sapa nak ekot angkat tangan!!!

haa.. kengkawan mimpi apa ek malam tadi?? besh?? shin mimpi dok jumpa bekas kekasih hati.. hukk.. actually.. minggu ni dah 3 kali shin jumpa bekas kekasih hati.. 3 kali mimpi.. 3 orang bekas kekasih yak berlainan.. sib baek shin mmg xde ramai bekas kekasih hati.. paling latest malam tadi laaa #nanges

naper ntah leh termimpi dorang.. padahal sblm tido shin xde pikir pon pasal dorang.. jgn kan pikir.. dok ingat pon xde.. so acaner leh termasok dalam mimpi lak ek..

start masa awal minggu aritu.. shin dok mimpi bekas kekasih hati yak paling lama shin couple ngan dia.. almost 5 tahun.. akhirnya shin tinggalkan dia.. cian dia.. tp nak wat camne.. barang yak lepas x leh di kenang.. masa shin mimpi tu dia datang tanya shin pasal trip gi Boracay.. eh.. boleh plak.. cam tetau plak shin teringin nak pegi Boracay.. 

next day plak.. shin mimpi jumpa bekas kekasih hati masa shin memuda dulu.. takde cerita dalam mimpi tu.. tetiba jumpa dia.. kitaorg xde ckp apa apa.. tp ada pegang pegang tangan la.. huhu.. tau tau dah sedo.. aiyaaa.. kejapnyaa.. x hilang rindu lagik #nanges

haa shin kenal bekas kekasih hati tu masa umo shin baru nak masok 20.. kenal dia pon secara x sengaja.. masa tu shin ada komen kat satu forum kat tenet.. x ingat dah forum apa.. pastu dia reply komen shin tu.. pastu mcm x puas hati la jawapan dia tu.. kitaorg bertekak gak.. last last dia mintak email.. dari email dia mintak no tepon.. pastu kitaorg jumpa.. pastu shin suka kat dia.. last last dia semakin senyap.. email x bereply.. masa shin call kawan dia yak jawabkan.. last last masa hari raya dia call.. dia ckp dia dah jauh dari shin.. dia kat Jepun masa tu.. kena dok Jepun 5 tahun.. beberapa kali la dia call.. mostly time raya.. pastu shin dpt tau dia dah kawen.. dia keje ngan duta Malaysia kat sana.. x lama pastu dia balik Malaysia.. ada call shin.. tp dia ckp mungkin dia akan kena gi Jepun lagi.. pastu bila shin tanya pasal family dia.. berapa orang anak.. dia mcm elak elak.. hurmmm ntah la.. 2 kali dia penah datang JB utk kursus.. dia call ajak jumpa.. tp xde rezeki.. nak plak time tu weekdays.. xde keje shin nak gi JB tu.. kalo dekat xpe la gak #nanges

email shin akira_akiko@yahoo.com still ada sampai skrg.. sempena perkenalan kitaorg shin wat email akaun tu.. email email lama dia antar masa kitaorg berkawan still shin ada simpan.. x penah buang.. tp xde la shin nak baca ulang ulang.. x kuasa.. biarlah jadi kenangan sampai bebila #hukk

and last sekali mlm td.. shin mimpi jumpa bekas kekasih hati "dak comel".. pon mimpi dia xde ckp ckp.. jumpa sambil melepas rindu jer.. tau tau mimpi tu jadi kacau bilau bila ada acara bos shin nak benti keje.. adehhhh.. awat jadi lagu ni.. terus spoiled.. terjaga.. nengok jam dah kul 6.12pagik.. terus bangkit solat subuh..

shin kawan ngan "dak comel" ni kejap je.. kenal time bulan puasa.. umah kitaorg pon xde lah jauh sgt.. tp bahana nak jumpa tu mmg payoh ler.. lg plak dia sambung belajo kat Melaka.. hurmm shin tinggalkan dia pon sbb masa tu dapat tau dia nak sambong belajo.. sbb shin rasa goyah.. dia dah la comel.. nnt mesti jumpa org len.. sebelom jadi terus shin amek keputusan tinggalkan dia.. last last.. sendiri meroyan.. rindu.. tp budak tu dah mcm x mo layan shin lagi dah #hambikau

lepas je mimpi semua tu.. shin amek masa skit utk sms dorang... hahaha.. dorang x reply pon.. tp mmg x harap pon dorang reply.. just text dorang supaya jaga diri jer.. pastu shin ckp "rindu" #sengih

cuma bekas kekasih hati shin "org penang" tu jer shin xde mimpi lagik.. naper ek #sigh

Naluriku berkata 
Tak ingin terulang lagi 
Kehilangan cinta hati 
Bagai raga tak bernyawa
 

Aku junjung petuamu
Cintai dia yang mencintaiku
Hati yang dulu belayar 
Kini telah menepi 
Bukankah hidup kita 
Akhirnya harus bahagia
 

Bagai manapun hidup
Memang hanya cerita
Cerita tentang meninggalkan dengan ditinggalkan 

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

Wednesday, February 12, 2014

kenapa saya mesti membeli GoPro Hero 3+ Black Edition?

hmm ni entri sambungan semalam ek.. arini shin cite pasal camera GoPro Hero 3+ Black Edition plak.. hurmm nengok rupa dia jer dah menggiurkan.. kecik.. comel.. tp power #sengih

sebelom tu korang penah tak dengo pasal kamera ni?? x penah?? ish ish.. shin cite xde la terperinci..kalo korang nak tau lebih.. boleh la google ek.. senang jer.. kuasa tenet di tangan anda! #hikk #selagibayo

PROS - kebaikan
Hero3 Black Edition yak baru adalah lebih ringan dan mampu menangkap video yak lebih baik daripada sebelumnya dan model model camcorder yak lain.

CONS - keburukan
Tiada opsyen zoom

THE VERDICT : 10/10
GoPro Hero3 adalah standard industri. Ia sangat disyorkan untuk mengambil video dan gambar berkualiti tinggi.

content yak kita akan dapat dalam kotak

GoPro togel tanpa casing

siap casing utk aktivti lasak dan dalam air

juga di sertakan remote

 IMEJ QUALITY 10/10


GoPro Hero3 boleh membantu kita menangkap imej dan video seperti profesional dan berkualiti tinggi. Model ini mempunyai prestasi cahaya yak lebih rendah dan kadar frame yak tinggi. Camcorder GoPro di dalam air boleh mengambil dengan 1440p video penuh.

Spektrum kualiti video yak ditawarkan, termasuk mod video yang berikut: 60 1080p, 720p-120, WVGA-240, 960p-100 dan p 1440-48. Resolusi tinggi 2.7KP-30 frame to frame yak kedua dan 4KP-15 setiap saat juga boleh menghasilkan rupa sinematik yak indah.

GoPro Hero3 sangat kurang gangguan, enam-elemen kantan akan membolehkan kita untuk memilih daripada frame tiga pandangan berasingan. Ini adalah satu pilihan masing-masing yak akan membolehkan kita untuk menangkap sudut yak luas atau melihat dengan lebih dekat, lebih fokus. Perlindungan kanta rata membantu mengambil gambar yak menakjubkan dan tajam, imej di atas atau di dalam air.

Kualiti imej dan video dengan camcorder ini adalah yak terbaik di pasaran, dan jarak sudut yak pelbagai membantu membuat rakaman lebih mudah. 12-Megapiksel satu kamera dan video definisi tinggi penuh membuat GoPro dalam pilihan yang amat menarik.

FEATURES 10/10

GoPro Hero3 mempunyai pelbagai ciri-ciri lain yak membantu kita menggunakan camcorder kalis air dengan lebih mudah  bebandin camcorder yak lain. Salah satu ciri-cirinya adalah terbina dalam Wi-Fi.  

Remote Wi-Fi yak kalis air ini boleh di kawal sehingga 50 Wi-Fi yang membolehkan GoPros secara serentak. Ia juga bermakna bahawa action camcorder boleh dijalankan oleh telefon pintar atau tablet yak menggunakan aplikasi Wi-Fi. Alat ini akan membolehkan kita melihat video yak kita ambil dan supaya kita tahu apa yang recordkan.  

Alat ini hanya berfungsi apabila kita mempunyai akses Wi-Fi, tetapi ia adalah ciri berguna yang boleh membantu kita mencipta video dan foto yak terbaik.

BATERY LIFE AND MEMORY 10/10

Apabila menggunakan GoPro Hero3 secara basic, kita akan mempunyai jangka hayat bateri kira-kira dua jam. Walau bagaimanapun, apabila kita berpindah ke resolusi-resolusi yak lebih tinggi, hayat bateri akan jatuh dengan cepat #alaaaa #nanges

Semasa kita merakam pada resolusi penuh 1440, kita mempunyai kira-kira satu jam rakaman masa. Ini menghasilkan video kualiti tertinggi, tetapi kita akan kecewa untuk melihat hayat bateri yang jatuh begitu mendadak #pulakkk

DESIGN 10/10

Rekabentuk GoPro adalah nipis, kecil dan sangat peka cahaya. Ia sesuai dengan mudah di simpan ke dalam poket, dan walaupun kita menambah sarung perlindungan, ianya masih ringan dan mudah untuk digunakan.

Sarung di permukaan kanta GoPro Hero3 kini rata jika di bandingkan dengan keluaran sebelumnya. Ini menambah kualiti imej, mengurangkan gangguan itu dan juga menjadikan warna-warna yang terang dan jelas, terutama dalam air. #suka #sangatsuka

Secara keseluruhannya, pembinaan adalah pepejal. Ianya kecil dan padat tetapi kukuh dan sukar. Sarung yang sempurna untuk kegunaan dalam air dan juga menambah satu lagi lapisan perlindungan.

SUMMARY 10/10  

GoPro Hero3 mempunyai semua ciri-ciri yak kita perlukan untuk merakam gambar dan video berkualiti tinggi. Camcorder boleh bertindak dengan menyambungkan telefon pintar atau tablet untuk digunakan sebagai remote dan seterusnya kita boleh terus merakam video. GoPro adalah sempurna dan sesuai untuk orang yak suka adventure, atlet, pengguna di rumah atau orang yak bercita-cita  menjadi videographers. Ia adalah mudah untuk digunakan, mempunyai pelbagai ciri-ciri berguna yang besar dan boleh membantu kita mengambil video rakaman ke peringkat seterusnya.

hurmmm baik lahhh.. 2 siri entri berkenaan camera yak menghairahkan shin.. nampak di sini.. problem besar kedua dua camera ni adalah berkaitan dengan bateri.. mungkin entri lepas ni nk nengok petarungan antara Pentax WG-3 dengan GoPro Hero 3+

dan masalah paling beso.. kat mana la shin bole godeh godeh natang ni depan mata kat area Johor Bahru.. aritu ada gak blogger abang Rimau gitau suh nengok kat Angsana.. pastu shin google katanya ada kat KSL, Leisure Mall Pelangi.. hurmm.. nengok je la minggu ni.. redahhh #nangeshiba 

sekian dulu ek.. lapo.. nak mamam #nanges


m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen