kengkawan.. nak dengar cerita tak??? haaaa duduk duduk duduk... arini shin nak cite pasal cukur jambul... korang pernah dengar tak??? ker masa kekecik dulu korang x penah kena cukur jambul... huhuhu mungkin orang zaman moden dah x berapa buat benda alah ni semua... hmm ntah lah ek..
amalan cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.
dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)
apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak.
Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.
hmmmm.... ntah ek... takut nak komen lelebih... cuma... benda yg bidaah memang patut kita elakkan... buat apa yg di syariatkan... kalo kita komen lelebih.. nanti mak bapak kita cakap kita tunjuk pandai.. nanti mula la tarik muka seribu... hmm susah mcm ni...
jom shin tepek tepek gambo sepanjang majlis cukur jambul anak sedara shin ni... Adam Ashraff..
alatan yg mesti ada masa majlis cukur jambul.. benda alah ni semua yg sepatutnya tak ada... sbb memang takde dalam Islam pun...
ni cenderahati untuk di beri pada tetamu... selain dari bunga telur dan goodies yang lain.. macam macam la... tu pasal kekadang ada yg bermewah mewah sampai membazir..
sebelum majlis akan di adakan doa selamat.. kemudian.. bacaan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w.. bayi akan di arak ..
shin tak kenal daun apa yg di gunakan.. huhuhu.. air ni akan di tepung tawar kat kepala baby terlebih dahulu
rambut yang di gunting tadi akan di masukkan kedalam kelapa.. pastu beras kunyit di tabur.. dan paling budak budak suka... duit syiling bersama bunga rampai di tabur.. then diaorg akan berebut rebut kutip duit syilling tu...
mak shin dok cukur jambul cucu dia
lepas dah abis majlis.. mak bidan akan cukur habis rambut baby... tu dia.. kat kepala Adam ada ketubuhan.. dah buat scan dah.. doktor cakap ada air dalam tu.. tak membahayakan.. akan hilang.. tapi ambil masa... tp shin yg tengok rasa tak selesa.. macam sakit jer... makin lama makin besar shin tengok...
rilex jer Adam kena cukur..shin yg rasa seram...
lepas tu.. acara makan beramai ramai dalam dulang huhu... shin x reti.. shin makan dalam pinggan sajok hehehehe
camtu la kesahnya.... majlis cukur jambul hari ni... shin harap.. kalo shin di takdirkan berkahwin.. di kurniakan anak.. shin buat majlis cukur jambul yg seperti di sunnah kan oleh Nabi kita... InsyaAllah shin cuba... takde benda alah ni semua... hmmm sepatutnya majlis cukur jambul ni di lakukan pada hari ke 7 selepas baby di lahirkan... serentak ngan kita wat akikah sekali untuk baby tu... hmmm susah kan... bila dah menjadi adat... semuanya nampak tak salah.. tapi sebenarnya... kita telah melakukan suatu yang bidaah dalam agama kita...
shin harap.. Allah bagi peluang.. bagi petunjuk pada diri shin.. family shin dan kita semua... mungkin adat ni susah nak dibuang.. tp apa kata.. kita try elakkan adat ni dari terus berlaku dalam keluarga kita... cuba ek.. semoga kita semua terhindar dari melakukan perbuatan yg khurat dan syirik.. AMIN
sekian~
m(^o^)m
* i'm shin.. i'm inesen
No comments:
Post a Comment