Sunday, July 26, 2009

Isu : relevankah pengakuan berani mati Krisdayanti??

16 Julai lalu, Krisdayanti seolah-olah melakukan 'gegaran' sehari lebih awal daripada serangan bom di Hotel J.W Marriot dan Hotel Ritz Carlton Jakarta, apabila melancarkan buku berjudulCatatan Hati Krisdayanti, My Life My Secret.

walaupun pelancaran buku dianggap menelanjangi dirinya sendiri namun Krisdayanti mempunyai alasan, hujahnya: ''Sebenarnya, saya hanya ingin membicarakan kejujuran yang ada dalam diri saya. Ini adalah kejujuran yang menuju kepada puncak kedewasaan. Saya berada di puncak ketidakselesaan dan pada masa ini berusaha berdamai dengan ketidakselesaan itu."

hasilnya terlahirlah buku yang ditulis oleh Aberthiene Endah dan ia dijangka menimbulkan kontroversi serta perbualan hangat di Indonesia memandangkan isu-isu yang didedahkan oleh Krisdayanti secara berani dan berterus-terang.

gambo KD jaman tok kadok...
terdapat lima pendedahan menarik yang pasti akan mendapat perhatian iaitu pembedahan plastik yang dilakukannya, menyuntik botox, menghisap syabu dan bagaimana dia pernah diceraikan oleh suaminya. dan yang paling mantap sekali, kisah hubungan seksual KD dengan suaminya. perghhhh bebal ker apa dia ni ek....

* suami, hubungan seks dan perceraian *

Krisdayanti mengakui perkara yang paling dia takuti ialah kehilangan suaminya Anang. Cabaran mula mendatang, apabila sudah ada cakap-cakap bahawa Anang hanya menikmati kemewahan isterinya, biarpun bagi Krisdayanti segala kekayaan yang diperolehi adalah hasil usaha bersama.

then pada April 2003, heboh khabar angin Krisdayanti mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. Walaupun Krisdayanti menafikannya, namun semua itu tidak reda begitu saja. Malah 2 tahun selepas itu, tersebar fitnah mengatakan Aurel bukan anak kandung Anang.

pergolakan rumahtanggan Kris dan Anang terus belarutan. Namun pada 2007 berlaku insiden Krisdayanti memarahi Anang di hadapan ibu Anang. Ianya menyinggung perasaan ibu mertuanya lantas terus pulang ke Bandung malam itu juga. Berlaku pergaduhan sehingga Anang melafazkan talak ke atas Krisdayanti. Walaupun Krisdayanti memohon maaf, namun Anang mengambil masa yang cukup lama untuk memaafkannya... hmm padan muka...

malah Krisdayanti cukup berani, malah bangga menceritakan bagaimana dia menjaga keharmonian rumahtangga, khusunya di bilik tidur.

''kami selalu menciptakan keseronokan. Misalnya melakukan hubungan seks di dalam kereta atau memakai sarung kaki jarang ketika hendak bersetubuh''

perghhh sengal kan KD ni...

tahun 1998, Krisdayanti menjadi penagih syabu. untuk melegakan tekanan dia berjinak jinak dengan dadah. setelah kantoi, suaminya terus membawa Krisdayanti berubat. Hmm nasib baik dah pulih...

dalam buku setebal 360 muka surat tersebut, Krisdayanti turut mendedahkan bagaimana terhasilnya kecantikan wajah dan tubuh badannya. pada tahun 2000 dia telah melakukan suntikan Vitamin C, kemudian dia semakin ghairah menggunakan bottox. pada tahun 2004, sambil di temani Anang, mereka berangkat ke Bangkok untuk pembedahan memasukkan silikon.

pada tahun 2008 Krisdayanti melakukan pembedahan serentak menggantikan silikon dan membuang lemak. dan dia terus ketagih untuk melakukannya.

''masalah pemulihan boleh dikatakan cepat, dua minggu selepas itu, saya sudah melakukan hubungan suami isteri dengan lancar. Anang nampaknya ghairah melihat bentuk tubuh badan saya yang seksi''

* bukan mencari sensasi *

walaupun pendedahan di dalam bukunya itu boleh mencetuskan kontroversi, namun Krisdayanti menafikan ia bertujuan mencari sensasi.

''sememangnya sudah sampai masanya kamu jujur. Kamu sudah melalui karier berpuluh tahun dan pencapaian kamu sudah tercatat dalam sejarah muzik Indonesia. Oleh itu tidak alasan bagi kamu untuk terus menutupi rahsia diri mu" statement Anang, suami dayus Krisdayanti.

''saya ceritakan semua itu untuk dijadikan pengajaran kepada sesiapapun dan menjadi teman bagi mereka yang berasa bersalah dan berharap ia menjadi pencetus semangat kepada orang lain'' kata tuan punya badan yang tak tahu malu, Krisdayanti


****end****

apa pendapat korang eh??? apakah yg Krisdayanti pikir dengan pengakuan ni orang berasa dia INESEN??? terlepaskah dia dari rasa bersalah pada ALLAH???

apakah peminat peminat Krisdayanti wajar berasa bangga, gembira dengan pengakuan tersebut?? apakah sebab Krisdayanti dah cukup popular, banyak duit, artis... so dia ada lesen besar untuk buat apa yg dia nak??? mungkin Krisdayanti nak jadi macam artis Hollywood yg menulis kisah hidup diaorg secara berani mati.. tapi sedarkah Krisdayanti, diaorang tu sah sah bukan Islam.. tp Krisdayanti ni adalah seorang yang beragama Islam.. sebelum menerbitkan buku ni.. ada tak dia bertanya pada orang yang bijak pandai, ahli ahli agama???

hmmm x paham betul lah... kalo selalunya kita cuba sebunyikan aib yg ada pada diri kita.. tp dia ni terang terang mencanang pada semua orang... ada kah isunya di sini dia rasa bersalah lalu bertaubat nasuha??? wallahualam...

shin dengan ini secara rasminya... meluahkan rasa menyampah.. meluat...dan yang sewaktu dengannya terhadap Krisdayanti ni... bole blah...


sekian~

m(^o^)m

* i'm shin... i'm inesen

6 comments:

Unknown said...

huhu...
ntah ler tapi rasa nyer tidak semua perlu diperincikan

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

got a rite point there..

jejaka anggun said...

heheh.. suka hati dia la....

dr sudut positifnyer elok jugek kalo dia rase dia perlu britahu org supaya jgn jadik taksub mcm dia.

i'm shin... i'm inesen said...

fir : hmmm shin rasa x perlu terperinci ler.. lebih lebih lagi bab hubungan sex dia ngan suami dia.. kalo bab dia buat pengakuan jujur yg dia insap.. buat pembedahan plastik semua tu ada gak pekdahnya.. dia nasihat orang lain jgn ikut mcm dia... rasanya ok.. lelebih lagi.. menginsapkan orang yg dah buat ngan yg nak buat..

naqiubex said...

oopps! terjerat pulak dengan taktik promotion Kris Dayanti...
See.. kalau dia tak buat buku yang kontroversi... susah orang nak baca buku ni..

i'm shin... i'm inesen said...

hmm... hopefully Sharifah Aini ker.. Ramlah Ram ker.. Zaiton Sameon ker.. Aishah ker...takde wat pengakuan yg bukan bukan camni.. mau shin nanges 2 ari 2 malam huhuhuhu