Thursday, February 24, 2011

syhhh... citer pasal suar dalam... utk kita kita ajer~


kengkawan... haaa.. suka tak gambo kat atas ni?? well.. Rafael Nadal dah jadi model spender laa huhu.. cayalah.. hari ni shin nak cite pasal suar dalam ek.. tp shin lebih selesa panggil spender jer.. haa korang suka pakai spender tak?? atau korang sama jer pattern mcm shin.. selesa x pakai suar dalam... ngee.. syok kan!!!

p/s : sapa tak pakai arini.. sila angkat tangan!!

shin cuma ada 3 helai boxer.. 2 jer yg still leh pakai.. satu lagi getah dia dah molor.. selai spender istimewa huhu.. dan 2-3 helai spender yg leh guna.. cuma dah x berapa sedap ar.. shin pun x kesah sgt pasal spender spender ni.. mmg jarang beli.. kalo nak beli pun.. nak beli yg agak nampak sexy skit.. kain jarang atau pun yg comel huhu.. tp nnt la ek.. x penting buat masa ni..

korang perasan tak ek.. ada jenis pattern orang lelaki.. yg hobi dia suka nengok spender.. kalo pi shoping complex kan.. mesti tuju kat tempat jual suar dalam.. haaa lama dia dok membelek satu satu kotak spender kat situ. x tau la ek.. mungkin dia nak feel material spender tu.. nnt dia bukak kotak.. pastu masukkan balik.. then bukak kotak yg len plak... ntah apa ar yg dia carik ngee~

ada jugak golongan yg suka nengok model model kat kotak suar dalam tu.. eiii x senonoh... x de keje la tu kan.. model suar dalam pon korang skodeng ek.. huhu.. x kesah la ler.. baek lelaki atau pompuan.. mesti korang suka nengok kan!? ala jgn malu malu.. untuk kita kita ajer~

cuma rasa segan jugak.. kalo ada org pompuan yg jaga kat area suar dalam tu.. nnt dia promote la.. x pon.. dia sibuk sibuk masa org dok tengok saiz spender huhu.. isk.. kalo lelaki x pe la gak kannn!

kalo shin basuh spender.. shin lebih prefer cuci tangan jer.. xde la kotor mana spender tu.. bau pun harum jer.. hahaha bukan bau harum sundal siang malam ok... ni bau maskulin.. hahaha.. kalo basuh pun kena cuci bersih bersih.. jgn ada kesan sabun.. kang tak pasal pasal gatal jer benda alah dalam spender tu kang hik hik

mcm shin yg jarang pakai spender ni.. so xde la masalah sgt ar.. tp utk korang yg suka pakai spender kan.. baper kali korang tukar spender dalam satu hari??? aishh kalo pakai lama.. elok ker?? at least tukar la kang.. tp kalo hari kerja.. selalu nya.. time kerja tu jer la korang pakai selai.. lain la korang ada bawak spare huhu.. time balik umah.. mesti jarang pakai kannnn!!

haa mukadimah yg agak panjang kann.. entri hari ni shin nak cite pasal.. elok ker kalo kita x pakai spender?? betul ker kalo x pakai suar dalam.. akan menimbulkan kesan x elok utk kesuburan?? jom kita baca ekkk..


jika dilihat secara imbas, anggota sulit lelaki dan perempuan ada pelbagai pelindung daripada segala gejala... hmm bulu roma yang lebat melindung keseluruhan anggota sulit selain mengawal suhu dan kelembapan kulit dan menjadi penyerap tekanan ketika bersetubuh.. fuhhh menarik kann... tp kita sebagai muslim.. elok dalam masa 40 hari.. pendekkan atau buang bulu bulu yg ada tu ek... bulu ketiak.. bulu yg tu.. huhu.. kalo bulu ketiak leh cabut.. kalo buluh bawah.. guna gunting atau cukur.. makruh hukumnya kalo kita buang secara mencabut.. mungkin akan ada kesan x elok... ingat tuuuu!!

back to our topic.. kerandut lelaki menampung kedua-dua buah kerandut dan mengawal suhu supaya ia dalam keadaan optimum untuk pembiakan sperma. Otot spermatik atau ‘spermatic cord’ yang mengandungi salur sperma, pembuluh darah dan urat saraf untuk sperma dan lapisan otot daripada perut menampung buah zakar dan sensitif kepada perubahan alam sekitar.

apabila berlaku sentuhan kepadanya, seperti dalam kemalangan sebagai contohnya, kedua-dua buah kerandut itu tertarik ke atas supaya ia terselindung... mcm tindakan refleks la gamaknya ek.. nasib baek x mcm kura kura.. kepala terus masuk dalam cengkerang huhu.. uiks.. x leh bayangkannnn ngee~

jadi kenapa mahu pakai pakaian dalam.. mungkin memakai suar dalam lebih kepada menjauhi ‘pandangan’ daripada perlindungan.. contoh nya ketika haid atau nifas... atau bagi lelaki yg selalu stim x kira waktu.. haaa suar dalam ni mcm pelindung dari bonjolan yg menjolok mata huhu..

suar dalam yang ketat boleh mengubah posisi buah zakar dan mengganggu kestabilan suhu dalam buah kerandut.. sama juga jika pakai seluar jeans yang ketat dan pakai seluar dalam longgar... jadi lebih baik tidak pakai seluar dalam.. Nenek moyang kita dulu hanya pakai cawat dan tengok betapa ‘subur’nya mereka.. so xde masalahlah kann..

so.. pada mereka mereka yg selesa tak pakai spender.. so jgn la bimbang atau segan ek.. atau rasa rungsing.. jgn percaya mitos mitos yg mengatakan benda benda yg x masuk akal.. at least korang patut yakin diri.. dan kalo tetiba berlaku bonjolan.. pandai2 la cover.. atau kalo korang nak test market.. bagi jer free show hehehe..

sekian ek.. sehingga berjumpa lagi di entri yg akan datang.. shin x tau shin sempat ker nak update blog.. shin ingat shin nak pi KL laaa mlm ni.. huhu.. x plan lagi.. ikot gerak hati.. ok laa.. jaga diri hiasi diri ngan spender cecantik dan bersih huhu.. atau x yah pakai langsung.. wow.. i like.. ngee.. daaa~


haa.. amek kesempatan nampak!!

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

Wednesday, February 23, 2011

panaskan enjin ngan panaskan badan.. mana lagi best??


kengkawan.. abaikan tajuk entri.. hehe xde kena mengena pun.. haaa ni shin nak tanya ni.. sapa sapa yg ada kenderaan yer.. x kesah la.. sendiri punya ker.. syarikat ker.. parent ker.. atau pinjam sekalipun.. biasa kalo time pepagi.. korang ada panaskan enjin x?? haaa.. entri kali ni shin nak kongsi kisah pasal panas kan enjin kenderaan.. bagus ker idak sebenonya.. ek!

camni ek.. acara memanaskan enjin antara amalanyang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara.. tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori ker, van ker, bas sekolah ker, keretakebal ker, motosikal ker dan sebagainya termasuk helikopter.. biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi.. haaa basikal x payah nak panaskan enjin ek.. huhu

Ada yang memanaskan enjin selama satu minit.. ada gak yang memanaskan selama 5 minit.. ada yang keluar rumah semata mata utk hidupkan enjin kereta,.. then dia masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan... apa ada hal.. enjin dah lama panas.. kan kan..

apesal depa panaskan enjin ek?? sebab yg popular adalah.. depa percaya.. kalo panaskan enjin pepagi.. so enjin tu akan terjaga ngan baik la kaedahnya ek.. huhu ntah la yer..

masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? kalau tak silap , masa sekolah dulu.. tak ada pun cikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni.. masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajarb enda-benda macam ni. di univesiti pun tak ada belajar... even sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana persoalannya sekarang? haa sapa nak jawabb??

Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijaklaksana, siapa orang yang mula-mula mempraktikkan amalan memanaskan enjin kenderaan kat Malaysia ni? huhu

tahu tak kengkawan.. di negara-negara yang mementingkan penjagaan alams ekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah di sisi masyarakat.. wahh gitu huhu

negara Kanada misalnya telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan.. kempen yang sama turut dilakukan di Jepun, United Kingdom dan di Amerika Syarikat..

ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3minit bagi kenderaan ringan. haa..kenapa perkara ini ditegah? nak tau??

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yangterbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya... walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelummeluncur ke jalanraya.. haa bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia? ngan kenadaan panas bedeting ni.. toksahlah nak manaskan enjin lagi.. bedezup jer la.. huhu

tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan tak mendatangkan paedah..

pertamanya..ia menyebabkan pembakaran bahan api tidak dapat dilakukan dengan sempurna.. pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder.. sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder.. maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelincirandi bahagian sepatutnya.. bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadiakan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir.. then apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya. wahhh...

keduanya.. tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh.. ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yangdemikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan apis ebanyak 5%..

kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin diwaktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yangtidak diketahui hujung pangkalnya.. perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia...

BMW sendiripun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya... sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti orang kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak.. lepas pengguna hidupkan saja enjin kereta, terus blah cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah dulu pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini sambil enjin kereta terbiar hidup.

satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan kita tidakbergerak.

kalau tunggu skendel turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin kenderaan dulu ek..

perkara seperti itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziranwang ringgit. Sedarkah kengkawan semua.. di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global...

akhir kata setujukah kengkawan bahawa memanaskan enjin di waktu pagi bukan jer boleh menjahanamkan enjin kenderaan tp bole menjahanamkan skali dunia? renung renungkan lah ek..

sekian~

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

Tuesday, February 22, 2011

cerita pasal seks.. ops.. utk kita kita ajer~


wahhh.. panasss!! kengkawan... selamat pagi ek..suka tak ngan tajuk entri kali ni?? its about SEX... uhuk pepagi dah cite pasal seks ek.. sesuai ngan umo shin yg semakin membesar lagi baligh.. dan this is my 1st entry yg akan membicarakan pasal SEX.. utk kita kita ajer *malu


korang stim nengok mana satu ek?? huhu

kengkawan nak tau takk??? haaa duduk duduk... macam ni... ada satu kajian.. di mana.. Pengarah San Diego Sexual Medicine Alvarado Hospital, Irwin Goldstein mendapati seks yang paling hebat di muka bumi ini adalah selepas usia 50 tahun.. perghh.. apesal dia ckp mcm tu ek?? abis tu.. seks umo macam shin ni.. sweet 33 x hebat ker?? *nanges

hurm.. apesal Pengarah ni ngan lancang mulot dia ckp mcm tu ek?? haaa.. meh shin habaq kat korang.. apa pasal orang tua ni confident dok habaq lagu tu ek..


1. Anda tidak perlu risau didatangi haid, atau risau tentang anak-anak di dalam rumah dan boleh mengadakan hubungan seks di mana-mana bilik yang anda suka.. wahh katanyaaaa... x kesah la projek kat dapur ker.. bilik mandi ker.. masa tgh gosok baju.. lipat baju dan sebagainya kann.. asal boleh.. huhu.. *aiyakkk x mampu nak imagine

2. Tanpa tampon, pelapik seluar dalam, pil, diafgram, IUD atau kondom, apa lagi yang lebih teruja selain menikmati seks tanpa ada rasa kecamuk di dalam fikiran.. wahh katanya lagi.. dalam erti kata lain.. bebassss.. free stylo.. huhu menarik menarik.. haa ada lagi ni.. anyway.. tampon tu apa ek??

3. Tiada gangguan, jawapannya seks berlangsung secara ‘aman’, tidak juga perlu melakukannya dalam keadaan terburu-buru atau berhati-hati.. hik hik... kat umah xde sapa.. anak anak kecik xde.. x yah pikir nak wat susu ker.. dok pikir dorang terjaga ker sbb takot tido sorang2.. haa.. aksi 18sx leh di lakukan.. dengan sewenang wenangnya.. kannnnnz!

4. Kekeringan vagina selepas menopaus akan mendorong wanita bereksperimen dengan cecair pelincir yang direka khas untuk membantu merehatkan otot-otot sekeliling bagi menikmati seks selepas menopaus.. ops... agak aneh bunyiknya ek.. bayangkan dorang nak bereksperimen ngan KY, Durex dan apa lagi gel yg ada huhu *eh mana shin tau pasal cecair ni semua??? adalaaaah.. ngee~

5. Selain gangguan anak-anak, nafsu dan hormon, usia 50 tahun adalah masanya untuk menikmati faedah sebenar selepas dibelenggu pelbagai hutang untuk membeli rumah serta kenderaan yang selesa. Pada usia tersebut juga kedudukan kewangan pasangan semakin kukuh,oleh itu menikmati makan malam mewah dan romantik pastinya mampu merangsang keinginan untuk hubungan yang lebih intim... kaedahnya laah.. masalahnya kalo anak anak dah beso.. tp still nyusahkan mak bapak camne?? nak nak anak anak yg still xmo dok sendiri.. still nak harapkan loan dari org tua.. harapkan dorang sediakan makan pakai.. haa camne?? *ni bukan cakap pasal diri sendiri ek.. huhu shin dak baekkkk!

hakikatnya la kann.. seks pada usia emas tidak hanya terbatas di ranjang jer.. kemesraan, belaian, jalan berpimpin tangan serta saling mencurahkan perasaan mesti terus dipupuk.. tanggapan bahawa seks dan usia emas tidak lagi berjalan seiring menjadi salah satu punca kadar perceraian dikalangan warga emas semakin meningkat.. so kebanyakkan masyarakat kita.. agak malu malu membincangkan pasal hubungan seks di usia emas..

dorang pun ramai dah tido berasingan bilik.. kurang komunikasi.. sorang pegi kutub.. sorang pegi utara.. xde kuar sama sama sangat kecuali pegi pasar.. pegi pasar malam.. time anak anak ajak jenjalan.. yg lelaki banyak bersembang ngan kawan kawan kat kedai kopi.. yg pompuannya asyik kak 6 ngan kaki kaki gossip sebelah menyebelah umah..

camne ek?? aishhh shin takot nak pikir la.. haa kawen pun belum.. ni kan plak nak pikir hubungan seks di usia emas... maluuuuu! huhu

ok lah.. haa.. semoga korang semua mendapat munafaat dalam entri kali ni ek.. harap harap.. napsu seks shin dan korang still hebat walau dalam apa usia sekalipun kan kannn! *malu

p/s : hik hik.. sori ek.. entri ni bukan utk cite pasal kecenderungan shin dalam seks.. saje bagi korang berkobar kobar nak baca hehe.. ampun~

sekian~

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

Monday, February 21, 2011

bestnya kalo dapat..


bestnya kalo dapat peluk Micheal Buble kan kengkawan huhu... ngee.. ajer gedik ek.. xde la.. shin nak cite pasal Penyanyi omputeh yg shin minat ni haaa.. Micheal Buble.. dia ni tetiba nak datang Malaysia nak wat Tour Concert.. seronoknya la kalo dapat pegi kann.. shin suka dengar suara ngan lagu dia~


alkisahnya shin dapat yg dia nak wat konsert masa shin check in ticket kapal terbang ngan luggage kat KL Central masa nak pi Indonesia aritu.. sempat la suh si sham snap gambo shin jap huhu.. masa tu dah berangan dah kalo dapat pegi konsert dia kan best.. tp tiket nya mahal sgt laa..



hurm.. kalo ikotkan.. yak kat singapore murah skit laa SD98 x sampai Rm200... tp nnt nak tido mana kan??? ececeh.. kat KL ker.. Singapore ker.. mcm la pegi ngee~


lepaskan gian.. melayan nengok Dvd konsert Micheal Buble

hurm.. xde ker sesapa yg sudi bawak shin pegi tengok konsert ni?? hahahaa.. kalo ada.. jgn lupa roger roger ek..


hurm.. oh abg Micheal Buble..

sekian~

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

Sunday, February 20, 2011

acara hari minggu


heyo kengkawan... korang watpe tu?? haaa seronok cuti ari minggu korang?? berapa dosa korang buat.. berapa kali maksiat?? hik hik mcm lagu Wali Band la pulok.. cuti hujung minggu shin banyak tido jer.. x berapa sedap la badan ni.. rasa letih.. nak demam.. hurm.. camne nak sedap.. kalo xde penyedapnya kan kan!!! ngee~

p/s : dari ari rabu ngidam nak makan buah plum.. haaa.. last last dapat gak.. tu pun cari kat Tesco Kulai.. nak cari kat Juseco jauh sangat bai~


ari sabtu shin pegi dating ngan doktor gigi.. agak lewat la.. pasal mangun tido dekat kul 1 tgh ari.. ngee.. dah time utk check.. tu pun dah lewat 3 minggu.. rasa bedebar mmg xleh hilang kot.. mcm fobia gitu jumpa doktor gigi.. ngee~

ingatkan xde la kena mahal cajnya.. skali lepas wat check, cuci semua.. Rm180.. uwaaa.. mahalnya doktor.. nak tak nak.. terpaksa la membayo nya.. *nanges

p/s : mcm tau tau jer kuar duit tabung aji semalamnya.. ada nak bayo lain rupanya.. terbang Rm180.. huk huk..


doktor pesan.. berus gigi jangan mcm berus kain *motip

pastu.. ari ahad.. shin banyak tido kat umah.. still x sedap badan dan still x de penyedap huhu.. petangnya shin pegi umah bujang.. kemas skit skit.. dah macam apa umah tu.. bila la nak berseri rumah bujang shin tu.. xde kumbang datang menyeri gitu hahaaha..


dah petang petang rasa lapo.. makan jajan jap~

camtu la acara ari minggu shin.. xde yg menarik.. xde kuar jumpa araf, khairi, encik nolan.. fardzly.. shin kesorangan minggu ni *nanges

ok lah.. nk tido.. esok kan nak pegi keje.. sekian ek.. daa~

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

Saturday, February 19, 2011

semoga dipermudahkan segala urusan


heyo kengkawan.. ngee.. shin kembali bersiaran ek.. korang wat pe tu??? alahai.. jgn la bermuram durjana ek.. x elok utk kesihatan.. meh la ceria besama shin.. alaa untuk kita kita ajer~

yehhhh dah masuk ari minggu.. i likeeee.. hurm nak watpe esok ek?? parent shin xde ni.. lik kampong umah tok kat pagoh.. hurm.. takkan nak wat party bueh lak kat umah ek huhu... cuaca panas.. bosan.. kalo la umah shin dkt ngan bandung.. dah lama pegi huhu.. kannn masih feeling bandung.. x yah bandung la.. cameron pun jadi laa.. woaaa teringin nak pi cameron.. ada sesapa nak bawak shin??


haaa jangan jelessss... shin ada buku Tabung Haji tau huhu.. siang tadi shin pegi la kemas kini akaun shin.. dah 2 tahun nyimpan.. ala x banyak.. Rm50 sebulan.. tu pun tolak gaji... auto masuk dalam tabung haji.. x yah susah susah pi bank in huhu..

ingatkan nak kemas kini jer.. tetiba terkeluarkan pulak sikit huhu.. ala.. aritu kan shin dah tanya ngan mak shin pasal kuar duit tabung haji.. dia xde nak bebel ker apa.. maknanya dia kesah pon kalo shin amik skit.. yehh.. shin nak simpan skit utk top up duit tabung henpon yg shin dah terguna utk betulkan kete aritu.. pastu masukkan sikit utk tabung jalan jalan.. then skit utk shin bayar something.. atleast bayar ciput jadi la.. nk bayo bebanyak x dapat laa.. huhu

p/s : alaa.. nak naik aji kan lambat lagi.. ngee~

actually minggu dpn shin patut ada flight pegi Penang lagi skali.. shin ada beli lebih masa tambang murah pegi balik Rm18... tp shin x tau ar nak pegi ker tak ek.. susah la kalo nak pegi penang kalo xde kenderaan.. lagipun shin xmo susahkan encik Nazry ngan encik Danail lagi.. shin xde kenalan sgt kat Penang.. Terry plak bz sajok huhu.. hurm.. xper la.. rugi Rm18... hurm..

kalo x jadi pi Penang.. shin ingat nak pi KL ar.. gigih kan.. hmm membawa hati yg lara ker?? aishh x laa.. saje jalan2.. pi tempat sham.. then aritu shin x pegi umah pakcik.. x sempat.. ingat nak singgah la.. nak kutip duit raya ngan pakcik edi, pakcik fook seng, pakcik ben ngan pakcik mike hahaha...

p/s : xde sesapa ker yg sudi bawak shin pi cameron? huhu


x sabar nak pegi becuti pi pulau.. hurmm..

dah nak masuk bulan 3 ar.. apa yg shin aim dan plan lom ada yg betul betul tercapai.. hurm.. baru ciput la.. mcm naik kapal terbang dah merasa... pi penang dah merasa... hurm yg belum.. nak beli HTC Desire HD still terkial kial lagi menabung.. pi pulau rasanya kena lajak ke bulan 9 kot.. yer la.. kan baru pegi Jakarta.. lagi pun sham kalo nak join.. dia bajet bulan 9 baru leh.. hurm.. cinta?? haaa malas sebut.. kang meroyan.. hik hik.. ni pun dah nak ok daa..

hurm.. pelan pelan la yer.. kalo gelojoh sgt kang cpt klimaks lak huhu.. baik slow slow.. start foreplay dulu.. baru la hardcore kan hahahah.. ajer giler..

cuma shin berharap.. apa yg shin impikan.. akan jadi kenyataan.. mungkin x semanis angan angan.. tp atleast.. berbaloi ngan usaha.. baik buruk.. susah senang.. ketawa.. airmata.. seronok.. dukacita.. semua leh wat shin lebih membesar skit dari biasa huhu.. semoga dipemudahkan segala urusan ek.. amin~

sekian dulu la.. perut lapar la plak *nanges


mekaceh khairie.. hadiah beharga.. x mampu nak membalasnya

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

Friday, February 18, 2011

istilah cinta.. cewahhh~


cuba teka yak mana shin??? haa mestilah yg hujung tu.. yg kecit jer.. sorang sorang.. org len semua ada partner.. shin je yg xde sapa *nanges

kekadang bila kita di kelilingi ngan org org atau kengkawan yg dok bahagia ngan partner memasing.. terasa diri ni kecik jer.. x menarik hati.. x menawan kalbu sesapa.. tak bersinar.. malappppppp jeer.. senang ckp.. orang mmg x perasaan laa kita ni ada kat muka bumi...

aishh.. bila camni shin teringat kisah pasal teksi.. nak dengar tak?? haaa duduk duduk duduk... kisah cinta ni ibarat seperti menunggu teksi~

satu hari.. shin dok tunggu teksi
lama shin tunggu.. teksi tu tak datang datang..
penatnyaaa.. letih dah.. kecewa..
last last.. shin putus asa
shin rasa baik shin jalan kaki jer..
baru shin nak jalan tetiba teksi datang
tp shin dah terlambat.. org len dah naek teksi tu..
arghhh rugi rugi... kalo la shin sabar sikit..
pastu shin tunggu lagi kat tempat tu..
kot kot ada..
hampeh.. x datang datang jugak..
sekali lagi shin putus asa..
shin pikir.. mungkin tempat lain ada teksi lagi
syukur.. shin nampak teksi berhenti
shin bukak pintu. masuk dalam teksi tu..
adehh dah ada penumpang ar..
teksi tu saje nak amek untung lebih..
shin lebih selesa naik teksi sorang sorang..
terus shin kuar dari teksi tu..
shin nak tunggu teksi yak lain..
masa tunggu tu shin tengok banyak teksi lalu
tp semuanya dah ada penumpang..
shin rasa letih..
shin rasa putus asa..
shin rasa sedih..
last last shin nekad.. shin nak jalan kaki jer..
masa shin jalan tu.. tetiba bunyik teksi hon..
erk.. bukan satu..
bukan dua teksi..
ada banyak teksi yg hon..
shin x tau nak naik teksi yg mana satu..

haaa.. pening la korang baca ek.. teksi tu leh shin istilahkan sebagai cinta.. camne kekadang susahnya nak cari cinta.. tp bila dah ada.. kita x tau nak pilih yg mana satu.. hurm.. masa tunggu x dtg.. masa x tunggu.. datang plak.. huhu.. kalo kita sabar.. mungkin dapat la yg terbaek.. tp susah la nak sabar.. shin plak jenis yg mmg kurang sabar huhu..

sekian la ek.. masa utk tido.. yeh yeh dah ari jumaat.. sok dah leh cutiii.. ya beda bedu... nite kengkawan ek.. mmuahhh~

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

Thursday, February 17, 2011

melawan kesepian


2-3 hari ni.. emosi kurang umphh.. try wat mcm biasa.. tp bukan nya senang.. pi keje pon wat hal sendiri jer.. kat umah lagi la.. mmg berkhalwat dalam bilik sorang sorang.. kat mana mana rasa sunyi sepi.. apa nak buat ek.. serba tak kena rasanya..

bila sunyi.. and rasa sepi.. apa korang wat ek?? xde org len yg shin leh ngadu nasib.. kawan shin jadi mangsa selalunya si shamsul la.. ngan dia shin leh ckp banyak benda.. mungkin sbb kitaorg kawan rapat.. so.. xde la segan sgt..

kalo leh shin xmo ingat sgt.. benda benda yg wat shin rasa x hepi.. 2-3 hari mmg down giler ar.. emosi.. jiwang.. tu perkara biasa ar utk manusia yg bejiwa sentimental mcm shin ni.. hati fragile.. sensitive.. huhu

kekadang try gak nak tido.. konon kalo tido leh wat lupa benda ni semua.. tp sementara nak tunggu mata ni terlelap.. benda yg wat x hepi tu leh sekonyong konyong datang melayang dalam hotak ni.. mula la pikir.. sedu sedan.. pastu susah nak tido jadinya.. hampeh...

pastu dari malas mandi.. leh plak lepak lelama dalam bilik mandi.. selalunya x sampai 5 minit dah beres mandi.. gigil gigil dok dalam bilik.. tp la ni sanggup main air lelama.. sambil togel tu rajen plak menyental.. sapu sapu.. susun susun natang yg ada dalam bilik mandi tu.. kalo mak shin lalu.. mesti dia ckp anak dia yg baek ni buang tebiat.. selalu kalo suruh bukan maen pemalas.. eh shin bukan pemalas ok.. cuma kurang rajen jer...

then kalo kat gym tu.. selalu shin bertahan 1 jam lebih jer.. yer la ngan xde 'jamuan mata'.. wat pe nak lelama kan.. tp la ni.. shin bersenam dekat 2 jam lebih.. hurm.. kalo x beso gak badan ni.. x tau la nak cakap per ek

shin wat semua tu sebab nak kurangkan pikir benda benda yg x hepi.. aishh.. tp bukan senang ler.. mekasih gak la kat kengkawan.. mcm encik Nolan, araf, khairi yang rajen melayan shin.. kalo ujung minggu ckp nak jumpa tu.. korang sudi luangkan masa.. even mcm khairi ngan fardzly tu keje membanting tulang x kira hari.. hujung minggu pun keje.. tp still sempat jumpa ek..

shin nak hepi balik.. nak muka ni glowing haa.. ceria.. nak ada someone bertakhta kat hati ni.. baru la shin rasa shin x sunyi kot.. mungkin agak desperate la.. tp shin mmg nak ada kapel.. x suka single mingle..


umo dah nak masuk 33, kalo single gak.. nampak sgt x laku

sebelum menutup entri.. shin nak tepek lagu Ella ni.. Menanti tajuk nya.. sesuai la ngan keadaan shin skrg.. menanti seseorang dalam hidup shin.. nak dia betul betul syg shin.. bukan jadikan shin mcm pilihan kedua dia jer.. nnt bila ada org len dia tinggalkan shin.. xmo camtu.. shin nak dia anggap shin penting dalam hidup dia selain dari family ngan kerjaya dia.. nak dia sensitive ngan perasaan shin.. nak dia jgn pentingkan diri dia jer.. nak dia sentiasa berusaha utk jadikan shin rasa selamat dan gembira ngan hubungan tu nanti.. shin pun mcm tu gak.. apa yg penting.. kerja sama~

sekian ek.. entri emosi yg membuat korang rasa nak muntah huhu.. jumpa lagi.. selamat malam semua.. daa~

Ella - Menanti

apa benar cinta mu ada
andai benar mana buktinya
suluhlah untuk ku
yang hampir berputus asa
mencarinya

berikanlah sinar yang nyata
biar mudah ku memegangnya
tak rela di landa kecewa bagai gelora
lebih lama
sehingga tiada

tangisan.. tangisan oh..
tersenyum.. tersenyum menanti
kasih mu sayang mu
merangsang semula
perasaan keinsanan ku
yang teramat rindukan cinta

*i'm shin.. i'm inesen

Wednesday, February 16, 2011

Hikyat Tangkuban Parahu

kengkawan.. nak dengar cerita tak?? haa duduk duduk duduk... shin nak cite pasal Hikayat Tangkuban Parahu.. kisah dongeng dulu kala.. aritu baru shin melawat tempat tu.. la ni shin nak cite pasal camne leh dapat nama Tangkuban Parahu tu ek.. jom shin cite sekarang..

Tangkuban Perahu ertinya adalah perahu yang terbalik.. ia diberi nama kerana bentuknya memang menyerupai perahu yang terbalik... tp shin x pasan.. tang mana yg macam perahu terbalik tu huhu..

beribu-ribu tahun yang lalu, tanah Parahyangan dipimpin oleh seorang raja dan seorang ratu yang hanya mempunyai seorang puteri. Puteri itu bernama Dayang Sumbi... aikk.. kata Puteri kann.. naper tetiba nama Dayang lak huhu.. anyway dia ni sangat cantik dan cerdas, sayangnya dia sangat manja serta pemalas.. wahhh mcm kena ngan seseorang laaa huhu

pada suatu hari.. Dayang Sumbi ni dok menenun kat beranda istana, Dayang Sumbi bosan.. yer la jaman tu xde pesbuk.. lalu dia menjatuhkan pintalan benangnya ke lantai berkali-kali... then bila pintalannya jatuh untuk kali keberapa pun x tau.. dia malas nak ambik.. Dayang Sumbi cuma tau nak marah then bersumpah, dia akan menikahi siapapun yang mau mengambilkan pintalannya itu..

setelah kata-kata sumpah itu diucapkan, datang seekor anjing sakti yang bernama Tumang dan menyerahkan pintalan itu ke tangan Dayang Sumbi... haaa.. sesuai dengan sumpahnya, Dayang Sumbi harus menikahi Anjing tersebut.. haa mau x mau... kawen la ko ngan hanjeng.. gasak~

Dayang Sumbi dan Tumang hidup berbahagia hingga mereka dikurniakan seorang anak yang berupa anak manusia tapi memiliki kekuatan sakti seperti ayahnya. Anak ini diberi nama Sangkuriang... aiyoo.. kinky.. maen ngan hanjeng.. then dpt anak.. camne tu??

Sangkuring selalu ditemani bermain oleh seekor anjing yang bernama Tumang yang dia ketahui hanya sebagai anjing yang setia, bukan sebagai ayahnya... kaedahnya... dia x tau pun yg Tumang tu ayah dia.. dia cuma tau Tumang tu hanjeng jer.. cis.. mak dia x bagitau agaknya... Sangkuriang tumbuh menjadi seorang pemuda yang tampan dan gagah perkasa.

pada suatu hari Dayang Sumbi menyuruh anaknya pergi bersama hanjengnya untuk berburu rusa untuk keperluan suatu pesta... setelah beberapa lama mencari tanpa hasil, Sangkuriang merasa malas dan putus asa, tapi dia tidak ingin mengecewakan ibunya.. lantas dengan sangat terpaksa dia mengambil sebatang panah dan mengarahkannya pada Tumang... ajer gila bunuh bapak sendiri.. x guna punya anak..

setibanya di rumah dia menyerahkan daging Tumang pada ibunya...Dayanng Sumbi yang mengira daging itu adalah daging rusa, merasa gembira atas hasil perburuan anaknya... dia x tau pun anak dia propa...

setelah pesta selesa.. Dayang Sumbi teringat pada Tumang dan bertanya pada pada anaknya dimana Tumang berada... pada mulanya Sangkuriang merasa takut, tapa akhirnya dia mengatakan apa yang telah terjadi pada ibunya. Dayang Sumbi menjadi sangat murka, dalam kemarahannya dia memukul Sangkuriang hingga pengsan tepat di keningnya.. atas perbuatannya itu Sangkuriang diusir keluar dari negeri..

Sangkuriang sedar kembali tapi pukulan ibunya meninggalkan bekas luka yang sangat lebar di keningnya... setelah dewasa, Sangkuriang pun pergi mengembara untuk mengetahui keadaan dunia luar... jalan jalan cari makan katanyaa..

beberapa tahun kemudian, Sangkuriang bertemu dengan seorang wanita yang sangat cantik. Segera saja dia jatuh cinta pada wanita tersebut... wanita itu adalah ibunya sendiri, tapi mereka tidak saling mengenali satu sama lainnya. Sangkuriang melamarnya, Dayang Sumbi pun menerima dengan senang hati.

sehari sebelum hari pernikahan, saat sedang membelai rambut tunangannya, Dayang Sumbi terlihat bekas luka yang lebar di dahi Sangkuriang, akhirnya dia menyadari bahwa dia hampir menikahi putranya sendiri.. mengetahui hal tersebut Dayang Sumbi berusaha menggagalkan pernikahannya.. pulakk..

setelah berpikir keras dia akhirnya memutuskan untuk mengajukan syarat perkawinan yang tak mungkin dikabulkan oleh Sangkuriang. Syaratnya adalah.. Sangkuriang harus membuat sebuah empangan yang mampu menutup seluruh bukit lalu membuat sebuah perahu untuk menyusuri empangan tersebut. Semua itu harus diselesaikan sebelum fajar menyingsing... matilahhh... nak syarat2 kan.. ko ingat ko mariah careyyy~

Sangkuriang mulai bekerja. Cintanya yang begitu besar pada Dayang Sumbi memberinya suatu kekuatan aneh. Tak lupa dia juga menggunakan kekuatan yang dia dapat dari ayahnya untuk memanggil jin-jin untuk membantunya... maen ngelat la ni kann..

ketika Dayang Sumbi melihat bahwa Sangkuriang hampir menyelesaikan pekerjaannya, dia berdoa pada dewa-dewa untuk menggagalkan pekerjaan anaknya dan mempercepat datangnya pagi... aiyoo main kasar gak ni..

ayam jantan berkokok, matahari terbit lebih cepat dari biasanya dan Sangkuriang menyedari bahawa dia telah ditipu. Dengan sangat marah dia mengutuk Dayang Sumbi dan menendang perahu buatannya yang hampir jadi ke tengah hutan. Perahu itu berada disana dalam keadaan terbalik, dan membentuk Gunung Tangkuban Parahu..

tidak jauh dari tempat itu terdapat tunggul pohon sisa dari tebangan Sangkuriang, sekarang dikenali sebagai Bukit Tunggul. Bendungan yang dibuat Sangkuriang menyebabkan seluruh bukit dipenuhi air dan membentuk sebuah danau dimana Sangkuriang dan Dayang Sumbi menenggelamkan diri dan tidak terdengar lagi kabarnya hingga kini.

tragis kann... begitu la hikayat Tangkuban Parahu yer adik adik huhu.. so.. kita kalo pegi jalan tempat tempat menarik tu.. pastikan kita tau skit skit pasal citer mitos ker.. citer benar ker pasal tempat tersebut ek..

sekian dulu.. jumpa lagi ek



m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

Tuesday, February 15, 2011

Ho Ho Holiday : 4th Day : Bye Bye Jakarta


akhirnya.. hari hari terkahir kat Bandung.. seawal jam 8 pagi shin dah bersiap.. barang2 dah siap packing sebelum tido.. terus kuar bertiga ngan sham dan encik zaridi.. teman dorang beli apa yg patut.. dalam around 9.30 pagi.. driver dah siap menunggu utk bawak kitaorg blah dari bandung.. nk gerak ke airport..


sblm blah.. dia bawak kitaorg pi Kartika Sari.. utk beli ole ole dari bandung.. mcm mcm ada.. tp paling popular browniesnya laa.. kartika sari ni terletak di jalan dago.. baru la shin pasan semua kedai kedai yg ada dalam list encik zaridi tu ada kat jalan dago.. mcm donatello, rumah mode, gazebo, pasar baru dan banyak lagi factory outlet...

shin plak stay kat cihampelas, so mmg x tau la.. puas la merayau kat situ mmg x jumpa natang tu semua... cedeynyaa.. dah balik baru nampak.. nk pegi pun x sempat.. nnt lambat ker airport..


muka shin dah masam mencuka.. yer la.. shin plak x reti nak sorok muka kalo x puas ati.. lagi la shin ckp shin nak carikan beg utk mak shin.. nak singgah Donatello.. tp ada plak yg takot x sempat nnt pi airport.. yer la silap shin gak.. kalo pilih barang.. bukan maen lama.. tp atleast shin nak gi jugak.. last2 driver tu bawak kejap.. dia pun ckp sempat kalo nak pi.. x best kalo nak beli ngan keadaan tergesa gesa.. shin nak belikan beg tangan mak shin pun x de pilihan..

then kitaorg betolak pi Jakarta.. and sampai dalam kul 2.. flight plak kul 6.30 petang.. banyak lagi masa.. ntah nak wat pe kat airport pun x tau.. last last pi makan kat kfc.. then merayau dalam airport..

lepas dah check in semua.. kul 6.45 kitaorg terbang balik Malaysia.. dan sampai KLIA dalam kul 9 lebih.. camtu.. ngan ada masalah luggage.. last last sampai bukit jalil dekat kul 12... bla bla bla

p/s : entri pasal tu leh click kat [ sini ]

hurm.. apapon.. mekaceh la kat encik Zaridi.. sudi pelawa shin pegi trip Jakarta Bandung ni ek.. walau pun shin agak upset ngan masa kat Jakarta.. tp rasa seronok masa pi Bandung tu.. cuma x puas.. kalo kita dok kat jalan Dago mungkin lagi menarik.. sorang2 pun shin sanggup jalan..

walaupun trip kita ni.. x sama mcm dalam list plan tu.. tp atleast.. ada benda yg leh jadi pengajaran.. shin pun dah bagitau kat kakak ipar pasal trip dia pi Jakarta Bandung utk bulan June nnt.. dia tu hantu kain.. so shin suh dia spendkan masa 1 hari kat Tanah Abang tu.. x yah pegi tempat lain.. kalo geng2 dia yg lain nak pegi jalan jalan.. biarkan jer.. yg penting.. masa balik hotel jgn lupa ambik.. x pon leh balik sendiri.. pastikan alamat hotel tu sentiasa simpan..

kalo nak stay hotel kat Bandung.. pastikan stay kat jalan Dago.. lebih selesa nak jalan jalan.. kedai byk.. jalan kaki jer.. keadaan keliling lebih comfortable.. x mcm kat area cihampelas.. byk peniaga yg mengejar kita.. pujuk beli barang dia..

spendkan 1 hari utk pegi Tangkuban Parahu and Kampong Daun.. cukup satu hari.. pastu hari berikutnya utk shoping sapa sapa yg rasa banyak duit tu.. so x yah lama lama kat Jakarta.. Bandung lama skit xper..

nampak nya dah abis dah cite pasal trip shin ke Jakarta Bandung.. pada kawan kawan shin.. encik Zaridi dan sham.. maap la banyak banyak kalo rasa x hepi bawak shin ek.. so next trip.. korang leh plan bebetul dan kalo rasa x mo bawak shin lagi.. its ok.. semua org x sama kan.. org ni suka camni.. org tu suka camtu.. huhu.. adat ler.. mintak halal apa yg patut.. sekali lagi.. terima kasih utk korang ek~

oklah.. mcm shin ckp sblm ni.. trip ni agak mengejut.. so shin mmg x de bawak duit byk.. xde plan pun nak shoping.. dapat alan jalan jer pun dah best... maap jer la kat kengkawan ngan parent.. shin x belikan apa pon.. ngee~


shin beli kat kartika sari.. leh laa kan buat ada ada


sandal ni shin beli kat Donatello Rm 43 ( baru rasa mahal )


baju ni beli kat tanah abang Rm 43 gak ( nanges mahal )

itu jer la yg shin beli.. lain lain utk makan jer.. so.. utk shoping x lebih Rm100, kira ok lah kan.. sesuai la ngan org yg x beduit cam shin huhu.. xper.. mmg ada niat nak pi Bandung lagi.. Jakarta xmo.. so leh simpan duit kannn.. pastu kalo ada tambang murah.. leh gi lagi.. yehhh~

p/s : kalo korang pi factory outlet kat sana.. pastikan korang check bebetul barang yg korang nak beli.. x semestinya benda tu ori ek.. ngee~


sebelum terlupa.. selamat menyambut maulidur rasul utk semua umat Islam kat dunia ni.. jom kita selawat banyak banyak ek..

sekian~

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

Monday, February 14, 2011

acara hari minggu - drama


haaa nampak tu?? beli Iphone lagik.. jangan jelessss.. ngee.. alahai lambat update.. malas sgt sgt.. asyik dok golek golek jer atas katil.. tido.. men tenet.. haaa.. pulun habis la berehat gamaknya.. cover balik x cukup rehat seminggu yg lepas.. mana jalan2 nya.. mana keje nya.. eh wat keje ker?? ngee~

ari sabtu shin kuar teman kawan kepada kawan shin si khairi tu nak beli henpon.. dia cari Iphone kat singapore ngee.. kaya tu.. plan kitaorg.. lepas tu ingat nak pegi tengok chingay.. tp tetiba ada drama lakk.. terus x jadi nak merayap lama lama kat singapore..

masa nak gi tu.. dah janji ngan Leon Sali.. jumpa kan ION.. then terus kitaorg pi Lucky Plaza.. makan kat Ayam Penyet.. nyum nyum sedappp~


sedap woo air dia... x caya?? haaa korang pi la minum sendiri... araf minum milo dinasour.. shin lak minum lava boy.. ada bijik bijik dalam air tu.. weird taste tp sedap ngee.. stim kalo sorang2 minum hahaha... lagi satu tu apa ntah.. mcm ABC.. then lagi dorang x sempat snap.. jauh sgt duduk sapa suruh huhu


leon ngan araf makan ayam penyet


khairi makan ikan penyet


shin lak udang penyet.. sedap sehhh

kira kat kedai Ayam penyet ni semua nantang penyet dia ada... haaa.. serba serbi dia nak penyetkan.. x tau naper.. tp sambal dia pedas nak mampos.. shin x makan pon.. makan udang ngan nasik.. kering ala camtu jer.. ok jer lagi.. still leh masuk.. sedapp...


tinggi jambul si khairi huhu


senyuman kegirangan sebelum drama iphone


host pada hari tu.. leon sali.. ngee~

ok.. now bermula nya drama yer.. lepas memasing kenyang melantak.. terus pi surveykan henpon si kawan khairi.. pastu.. jumpa la satu kedai ni.. yg tukang jual sweet jer.. badan sasa.. mulut manis.. puteh gebu.. so dari segi luaran dan layanan.. sgt memuaskan huhu

pastu tawar punya tawar.. dalam la harga Iphone 3gs 16g tu SD 610... pastu kawan si khairi ni pun berkenan.. siap pinjam duit khairi sbb x cukup.. shin lak tukang pegang duitnya. pastu masa nak bayar tu.. dia ckp laa total semua kena bayar SD 744, erkkk pesal lain plakkk

pastu kalo nak cancel beli.. kena bayar SD 164, hurm.. mcm kena tipu jer.. pastu Leon try la discuss.. takot jer kalo gado2.. pastu malas byk hal.. terus beli laa..

patutnya dorang ckp dulu total semua.. ni x... mana la kitaorg tau kena bayar tax sampai mahal camtu... sepanjang jalan kuar.. masing masing suarakan x puas ati..

si kawan khairi lak.. terpaksa pegi kedai tu 2 kali utk amik pasport ngan resit.... pastu masa kitaorg tengok resit.. terperanjat la.. sbb dia tulis GST 7%.. cuma bayar SD 50.. pastu leh refund cuma kat airport SD 37

sah kena tipu ni.. tengok harga hp bukan SD 610, tp SD 723 ke baper x ingat.. pastu ada kira2.. then total jadi SD 744

dah nasib la kena klentong aritu.. Leon banyak kali mintak maap.. rasa bersalah.. tp tu bukan salah Leon pun.. hurm.. kitaorg yg patut berterima kasih kat Leon.. ada la benda dia tolong.. pastu x jadi tengok chingay sbb Leon bagitau kena bayar.. so kitaorg decided balik jer JB

sampai JB.. kitaorg pi minum minum sat kat dataran bandaraya.. pastu ingat nak pi Karok.. otw nak pi karok.. kete Khairi wat hal.. berasap.. air tangki dia kering.. pastu atas bantuan araf.. isi la air dekat sebotol besar air mineral.. huhu..

karok pun x lama.. sejam jer.. pastu memasing dah penat.. kurang mood skit.. shin amik kete kat Jusco dan blah balik umah.. dkt kul 1 pagi baru sampai... khairi lak kete dia sangkut kat umah member dia.. kipas enjin x hidup.. thats why tempreture naik kot.. ntah la shin x reti bab kete ni..

ahadnya.. shin just lepak kat umah.. xde wat per.. sedapnya dok umah.. sampai malas nak mandi.. huhu.. dah nak malam baru la mandi.. x ingat nak makan semua.. tau dok bilik jer.. hadap lappy..

moral of the story : xmo la beli hp kat singapore.. even depa ckp murah.. nnt tau2 kena tipu ker.. pastu nak unlock pebenda ntah.. aishh takottt...

sekian ek... jumpa lagi~

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

Sunday, February 13, 2011

Ho Ho Holiday : 3rd Day : Bandung Part 2

ngee.. ni masuk part 2 ek.. lepas jer kuar dari Tangkuban Parahu.. kitaorg terus begerak menuju ke kampong Daun.. haa agak femes la tempat ni.. kalo dah pegi Bandung tp x singga.. kita mcm x afdhal ler gamaknya..

perjalanan ke Kampong Daun ni agak jauh juga ek.. tp sebab mata ni melilau nengok kiri kanan.. cantik cantik pemandangan.. so kurang terasa la.. last last sampai gak.. agak berbaloi ler.. mmg cantik tematnya.. padahal tempat makan jer..

selamat datang ke kampong daun ek

nak baca menu pun ngepose k.. penting tu!

kita minum duluuuu *makanan lambat sgt sampai

tempatnya santai la.. menarik

sempat la ngepose lagik~

cantik la kat dalam tepat makan ni~

ngepose lagik~

pokok xmas ni.. x tau apa nama dia

ngee.. lepas dah abis makan.. kitaorg pon balik le ker hotel di Chimpelas.. hurm.. agak lewat sampai.. so x sempat nak pi kedai2 yg ada kat area situ.. jalan jem.. kedai pon byk dah tutup..

malam tu just lepak2 kat Chimpelas Walk.. pastu xde aktiviti.. belainan ngan Hotel Smart di Jakarta yg fully wifi.. kalo kat Chimpelas 2 ni.. wifi hanya kat area lobby.. bosan sehh huhu *dah la ada lipas

last last mlm tu just rehat2 jer.. xde aktiviti.. hurm.. ok la gak kot.. duit pon bukan ada sgt ngee..
camtu la hari ketiga kat Bandung.. ringkas jer entri kali ni huhu.. maleh nk nulis.. panas sgt cuaca kat kulai la ni.. rindu kat cuaca dingin kat Bandung huhu

sekian~

pose istimewa utk korang ngee~

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen