Wednesday, February 23, 2011

panaskan enjin ngan panaskan badan.. mana lagi best??


kengkawan.. abaikan tajuk entri.. hehe xde kena mengena pun.. haaa ni shin nak tanya ni.. sapa sapa yg ada kenderaan yer.. x kesah la.. sendiri punya ker.. syarikat ker.. parent ker.. atau pinjam sekalipun.. biasa kalo time pepagi.. korang ada panaskan enjin x?? haaa.. entri kali ni shin nak kongsi kisah pasal panas kan enjin kenderaan.. bagus ker idak sebenonya.. ek!

camni ek.. acara memanaskan enjin antara amalanyang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara.. tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori ker, van ker, bas sekolah ker, keretakebal ker, motosikal ker dan sebagainya termasuk helikopter.. biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi.. haaa basikal x payah nak panaskan enjin ek.. huhu

Ada yang memanaskan enjin selama satu minit.. ada gak yang memanaskan selama 5 minit.. ada yang keluar rumah semata mata utk hidupkan enjin kereta,.. then dia masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan... apa ada hal.. enjin dah lama panas.. kan kan..

apesal depa panaskan enjin ek?? sebab yg popular adalah.. depa percaya.. kalo panaskan enjin pepagi.. so enjin tu akan terjaga ngan baik la kaedahnya ek.. huhu ntah la yer..

masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? kalau tak silap , masa sekolah dulu.. tak ada pun cikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni.. masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajarb enda-benda macam ni. di univesiti pun tak ada belajar... even sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana persoalannya sekarang? haa sapa nak jawabb??

Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijaklaksana, siapa orang yang mula-mula mempraktikkan amalan memanaskan enjin kenderaan kat Malaysia ni? huhu

tahu tak kengkawan.. di negara-negara yang mementingkan penjagaan alams ekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah di sisi masyarakat.. wahh gitu huhu

negara Kanada misalnya telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan.. kempen yang sama turut dilakukan di Jepun, United Kingdom dan di Amerika Syarikat..

ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3minit bagi kenderaan ringan. haa..kenapa perkara ini ditegah? nak tau??

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yangterbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya... walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelummeluncur ke jalanraya.. haa bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia? ngan kenadaan panas bedeting ni.. toksahlah nak manaskan enjin lagi.. bedezup jer la.. huhu

tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan tak mendatangkan paedah..

pertamanya..ia menyebabkan pembakaran bahan api tidak dapat dilakukan dengan sempurna.. pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder.. sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder.. maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelincirandi bahagian sepatutnya.. bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadiakan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir.. then apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya. wahhh...

keduanya.. tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh.. ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yangdemikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan apis ebanyak 5%..

kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin diwaktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yangtidak diketahui hujung pangkalnya.. perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia...

BMW sendiripun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya... sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti orang kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak.. lepas pengguna hidupkan saja enjin kereta, terus blah cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah dulu pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini sambil enjin kereta terbiar hidup.

satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan kita tidakbergerak.

kalau tunggu skendel turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin kenderaan dulu ek..

perkara seperti itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziranwang ringgit. Sedarkah kengkawan semua.. di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global...

akhir kata setujukah kengkawan bahawa memanaskan enjin di waktu pagi bukan jer boleh menjahanamkan enjin kenderaan tp bole menjahanamkan skali dunia? renung renungkan lah ek..

sekian~

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

11 comments:

::FAIZ:: said...

aku mmg jarang panaskan enjin, start je terus jalan... malas aku nak panaskan... nanti lmbt plak...

so btl la apa yg aku lakukan... hahahahaha

i'm shin... i'm inesen said...

faiz : betul la tu huhu.. panaskan badan camne lak?? hahaha

pakcik said...

Petrol prices should go up higher so that vehicle owners will stop this stupid habit.

I think it was started by the British when they were here (out of habit from their cold motherland), but as usual the locals think that is a good habit to follow blindly...

By the way my neighbours like to do this because they can show off their many cars ...

i'm shin... i'm inesen said...

pakcik : hik hik.. lagi kalo bunyiknya menderum gitu.. saje laa tu.. show off katanya

Unknown said...

hahah...tgk keadaan laaa..klu dh lmbat zaaassss je tros...hehe

mIE said...

dulu selalu ler org buat SHIN tp skrg x dh..since ada terbaca article kt tenet ni...panas semenit jer then terus berdesuppp...lgpun kete skrg dh canggih²...x perlu dh nk panaskan enjin tu...

i'm shin... i'm inesen said...

pohjie : jgn derhaka.. x yah panas panaskan enjin lagi ek

i'm shin... i'm inesen said...

mie : bagus bagus bagus.. jaga alam sekitar..

vendoline said...

byk fakta..rajin menaip

i'm shin... i'm inesen said...

edy : yg penting.. dpt sharing sharing...

Anonymous said...

well.."panas kn enjin" sbnr nye nk bg mnyak pelincir betul2 menyalut seluruh komponen dalam enjin so nt enjin leh gerak dgn semuuttt, jgn rem2 atau preng2, bia je(cewah...mcm lectre dh).
seminit pun dh ckup sbnarnye, pas2 leh la gerak slow2...agak2 dh cun, leh a berdesup...wakaka..