Wednesday, March 23, 2011

cerita pasal pasport - alamak hilang!!

semalam shin skip pi besenam.. mood mmg kureng.. di tambah plak shin dok kalut cari pasport antarabangsa shin.. mana ntah shin silap letak.. puas la mencari.. x jumpa jumpa.. last last.. shin try tegangkan diri.. eh.. tenangkan diri.. pastu shin bukak la beg yg selalu shin pakai.. ngan beg yg x penah shin pakai.. skali tu.. jumpa daaa... dalam beg yg shin x penah pakai.. camne ntah ada kat dalam tu.. huhu.. gumbiranya bila jumpa benda yg di cari~

p/s : lagi gumbira kalo lappy shin dah baik nnt *nanges

risau la beb.. kalo hilang pasport.. banyak poblem nnt.. yg shin takot.. encik Nolan penah bagitau kita xleh wat pasport baru dalam tempoh tertentu.. silap silap.. 5-10 tahun xleh pi luar negara... ajer giler.. dah la skrg suda reti naik kapal boleh terbang huhu..

haa ni shin nak kongsi skit.. kot kot satu hari nnt korang terhilangkan korang nyer pasport.. apa yg patut korang buat ek.. selain pi umah mak esah.. bidan kampong.. utk tilik kat ner pasport korang hilang.. haa.. yg ni lebih penting ok!!!

Warganegara Malaysia yang telah kehilangan Pasport Malaysia perlu : Membuat Laporan Polis - haa bondo ponting ni.. jgn memain.. cecepat pi wat report ek.. jgn takot takot.. sbb kalo lagi lambat korang wat report.. lagi la banyak masalah nnt.. kot kot ada org salah guna ker.. ngerti!

Jika memerlukan Pasport gantian, sila ke Pejabat Imigresen Negeri berdekatan tempat tinggal pemohon (kecuali Ibu Pejabat) untuk mengemukakan permohonan seperti berikut:

Borang Permohonan Pasport Malaysia (IM.42 Pin 1/97) - haa yak ni kena amek kat pejabat Imigresen ek..

Borang Soal Selidek Kehilangan Pasport Malaysia (IM.42c) - pun sama gak.. kena amek kat pejabat Imigresen.. tauuu!

Laporan Polis (2 salinan) - jangan lupa.. 2 salinan tau

Laporan Jabatan Bomba; jika kehilangan dalam kebakaran (2 salinan) - uhm ni kes kalo umah korang kena bako ngan usop sama geng geng kampong pisang ek.. sila angat tangan macam sayaaaa *usop

Kad Pengenalan (2 salinan) - uhm penting ni!

Sijil Kelahiran (2 salinan) - yang ni org panggil surat beranak.. haa kat mane korang simpan?? kat kampong?? aiyoo.. len kali surat beranak tu simpan sendiri.. jgn simpan kat kampong ker.. dalam bank ker.. isk isk..

Gambar terbaru berukuran Pasport - pose la sehabis cun ek.. buat mcm muka x bersalah sebab terhilangkan pasport...

Surat pengesahan bekerja daripada majikan (2 salinan) dan jika berada diluar negara, perlu tunjukkan bukti Permit Kerja - haa penting gak ni.. nak nunjukkan korang ni betul betul orang warga negara Malaysia la gamaknya

Salinan Pasport Malaysia yang hilang (jika ada) - jarang ar orang nak photocopy kan.. so.. shin kena photocopy la natang ni.. utk keselematan dan kegunaan masa akan datang~

2 salinan Sijil Perakuan Cemas beserta laporan dari Pejabat Imigresen Lapangan Terbang/ pintu masuk (jika kehilangan berlaku semasa lawatan singkat seperti melancong, menghadiri seminar/persidangan antarabangsa atau mengikuti kursus jangka pendek diluar negara) - just info.. in case berlaku kat korang ek

2 salinan surat pengesahan banjir dari pihak berkuasa tempatan (jika kehilangan kerana - banjir) - kot kot hilang sebab tsunami kan.. mana la tauuuu..

2 salinan sijil perkahwinan / surat cerai (jika bawah 18 tahun dan telah berkahwin) - i bujang an single la you~

jika pemohon dibawah usia 18 tahun, 2 salinan kad pengenalan ibu atau bapa

Makluman : Jika semasa kehilangan Pasport Malaysia berlaku pemohon berada di luar negara kerana menetap sebagai Penduduk Tetap, bekerja atau sedang melanjutkan pelajaran, permohonan hendaklah dikemukakan di Pejabat Perwakilan Malaysia di seberang laut yang berdekatan. Permohonan untuk Pasport Malaysia gantian kerana kehilangan akan di hantar melalui Beg Diplomatik oleh Perwakilan Malaysia ke Bahagian Keselamatan Dan Pasport, Ibu Pejabat Imigresen, Putrajaya. Jadual setiap penghantaran adalah 1 kali dalam sebulan dan keseluruhan tempoh yang diambil untuk proses siasatan dan keputusan permohonan sehingga Pasport Malaysia siap dihantar kepada Perwakilan adalah dalam 3 - 4 bulan. Ini adalah anggaran untuk permohonan yang lengkap mengikut prosedur kes kehilangan.

begitulah ceritanya ek.. moral of the story.. kalo xmo banyak keje.. kita jaga la pasport ker.. IC ker.. buah hati ker.. nyawa sendiri ngan nyawa ngan tersayang ngan baek.. tp kalo nak terjadi.. nak wat camne.. mcm lappy shin tu.. dah jaga.. tp nak rosak.. nak wat camne..

cuma yg shin bangga.. lappy tu bukan rosak sbb softwatre ker.. mcm kena virus ker.. yg ni lebih pada hardware.. LCD.. bukan salah shin *nanges

ok la.. sekian dulu entri info utk kali ni.. sehingga berjumpa di lain siaran ek.. bersama la kita membenteras jenayah dan penyalahgunaan pasport.. gitu~

:'(

*i'm shin.. i'm inesen

4 comments:

Qarl said...

a very informative entry

sgt2 bagus shin

thanks

i'm shin... i'm inesen said...

qarl : sharing is caring

::FAIZ FARISH:: said...

owh thanks 4 d info

i'm shin... i'm inesen said...

faiz : sesama ek