Monday, May 11, 2009

AIDS : Angkara Iblis Dan Syaitan


KUANTAN: Akibat tidak dapat menahan gelora nafsu, tiga pelajar sebuah sekolah menengah di Raub ditahan polis selepas disyaki mencabul dan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, kelmarin.

Dalam kejadian antara jam 1 tengah hari hingga 5 petang di Kampung Sempalit, dekat Raub, tiga sahabat terbabit bergurau dengan kanak-kanak perempuan berkenaan sebelum mula bertindak liar dengan memasukkan jari dalam kemaluan mangsa dan merogolnya.

Sebelum itu, tiga sahabat terbabit berusia 13 hingga 15 tahun terbabit bertandang ke rumah mangsa untuk bertemu abangnya, bagaimanapun dia tiada di rumah. Difahamkan, perbuatan tidak bermoral mereka berlaku apabila mangsa diajak masuk ke dalam bilik sebelum seorang daripadanya membuka seluar mangsa.

Mangsa dipercayai cuba menyelamatkan diri, tetapi gagal apabila tiga remaja lelaki terbabit bertindak ganas memegang tangan dan kaki mangsa sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu.

Remaja terbabit kemudian meninggalkan mangsa dalam bilik bersendirian dan pulang ke rumah masing-masing.

Kejadian hanya disedari ibu mangsa berusia 45 tahun ketika mahu memandikan kanak-kanak itu kira-kira jam 6 petang.Mangsa anak bongsu daripada tiga beradik mengadu kepada ibunya selepas berasa sakit serta pedih di kemaluan sebelum menceritakan kejadian sebenar.

Susulan laporan ibu mangsa, polis menahan tiga remaja terbabit sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub untuk siasatan lanjut.

sumber : harian metro

****

apa kesimpulan berita yang korang baca ni?? apa perasaan korang?? apa tindakan korang?? apa yang sebenarnya berlaku???

untuk menjadi perogol.. x kira usia.. standard dan syarat kelayakan x begitu susah.. bole di lakukan sendirian.. atau ngan rakan rakan... sangat jahanam... hidup tu jadi sia sia.. kan lebih bagus diaorg ni yg jadi mangsa.. atau orang yg dia sayang jadi mangsa.. baru diaorg rasa!

untuk menjadi mangsa plak.. pun sama... x kisah usianya berapa.. jantina nyer apa.. asal ada lobang lobang yg boleh di tujah... x kisah la rupa paras.. seksi atau bertudung litup... tetap ada potensi jadi mangsa bila keadaan mengizinkan...



naper ek diaorg nak jadi jahat... naper nak jadi perogol.. sah sah mangsa kecik lagi.. tak tau apa apa.. tahu menagis bila sakit.. bila di paksa buat yg dia x suka.. orang jahat ni x kesian ker masa dia merogol orang yg kesakitan.. yg dok menangis.. melolong panggil mak.. panggil abah.. panggil abg.. panggil kakak.. mintak tolong...

orang jahat pon ada mak.. ada abah.. ada keluarga.. x ker sedikit rasa kesian kat mangsa... apa ke jadahnya mesti nak jadi perogol.. hanya takat nak puaskan napsu yg x sampai 10 minit.. tp menanggung hukuman rasa bersalah sampai ke akhir hayat...

kalo mangsa meninggal dunia.. apa perasaan diaorg yg jadi perogol ni.. bangga? puas?? orang ramai mungkin dah lupa kes kes rogol ni.. tp shin tetap ingat berita kesakitan arwah Nurul Huda.. ngan Nurin.. dan ramai lagik..

jahanammm la diaorg yg jahat ni.... sakit hati tul :'(

korang ada adik adik.. ada family... jangan lupa... jangan abaikan keselamatan diaorg... kalo adik adik korang mintak tolong hantar pi mana mana... mintak tolong pi kedai.. jangan biar diaorg jalan sorang sorang.. temankan la diaorg... x rugi apa apa... sbb orang jahat ni ada di mana mana.. apa salah.. temankan sepuluh minit.. sejam dua... dari korang hanya dapat meratap pemergiaan diaorg selama lamanya...

yang penting jadi busy body skit.. kalo adik adik korang yak pompuan tu asyik x reti dok umah.. marah dia... tanya dia mana nak pi semua.. try sesekali pinjam hp adik korang.. x kisah la lelaki ker pompuan yang masih belum 'berakal' tu.. kalo liat sangat nak bagi.. meant ada yang x kena la tu... mungkin yak lelaki.. yak pompuan dah pandai simpan clip lucah.. pantau apa yg diaorg dok tengok kat tenet.. ingatlah.. kita buat ni semua buat untuk susahkan dia.. tp sebab kita sayang keluarga kita...

sekian...


m(^o^)m

* i'm shin.. i'm emo... i'm inesen

2 comments:

hafizzuan said...

ni lah contoh manusia berhati binatang..

Comic Lover said...

tulah kan... jahat perogol2 tu, muda2 belaka... klu nak rogol mari lah sini... rogol aku ni... Opsss... boleyy...