Thursday, July 23, 2009

Al kisah - Langkah Kanan ( sambungan )


baru semalam shin bukak entri pasal Langkah Kanan... ni shin nak tepek satu insiden pasal orang melayu kita.. yang tak tau maksud simpulan bahasa Langkah kanan... haaa.. nak tau citer nya.... meh sini shin citer kan ek...

maybe ramai yang tahu rancangan teksi tunai. Dah lama main kat Astro Prima. Kengkawan leh layari http://www.teksitunai.com/ . Rancangan ni di hoskan oleh Bob Lokman.. selaku pemandu Teksi huhuhu.. shin kureng minat skit dia ni.. tu pasang jarang tengok rancangan ni... ngee~

tapi kan... ada satu episod yang begitu menarik perhatian shin. berkenaan ngan simpulan bahasa Langkah Kanan... Klipnya kengkawan boleh nengok kat bawah ni ek ( minit ke 3:18 )


kepada yang malas nak tunggu video tersebut untuk load, boleh terus baca dialog yang shin sudah ekstrakkan ni. dialog ini tidak merangkumi keseluruhan perbualan, namun cukup sekadar apa yang ingin shin highlightkan saje. nama pesertanya Syazlina... jom kita baca~

(siren di dalam teksi berbunyi)

Syazlina : Apa tu?

Bob : Saya nak bagitau bahawa siren tu bagitau Cik Syazlina bahawa Cik Syazlina adalah penumpang saya yang bertuah hari ni

Syazlina : Ok… nama abang sape?

Bob : Nama saya Bob Lokman (sambil tersenyum)

Syazlina : Bob Lokman…

Bob : Ya … Bob Lokman…

Syazlina : Ooo… Bob lokman… cam mana nama macam tu?

Bob : Saya bob pasal saiz saya, lokman tu ayah saya

Syazlina : Ok…

Bob : Ok… Cik Syazlina bekerja di mana

Syazlina : Kerja… pelakon… eheheh (tergedik-degik)

Bob : Aaa? Kerja pelakon (sambil menerkup mulut, terkejut) saya tak perasan…

Syazlina : Ala… (gedik) nak autograph?… hehe (gedik lagi)

Bob : Syazlina, Syazlina… saya baru nak kata macam familiar

Syazlina : Macam familiar, pernah tgk movie saya?… ahaha… (gedik)

Soalan Mesin: Apakah maksud simpulan bahasa langkah kanan

Bob : Apakah maksud simpulan bahasa langkah kanan

Syazlina : Langkah kanan?… menepikan diri…

Bob: Langkah kanan… (geram, sebab Cik Syazlina tak dapat jawab)

Syazlina: Langkah kanan?… kanan kananlah, kanan kan?

Bob: (beri pembayang) Dia kalau org tu dia tgh makan, kan? Dia baru nak makan, tiba-tiba tetamu dia sampai, sekali, tetamu dia masuk rumah dia tengok, tuan rumah tengah makan. Dia cakap “alamak, langkah kanan la” ha… apa maksudnya?

Syazlina : Langkah kanan?… lambat, terlambat…!

Bob : Waaa… okay, sepuluh ringgit yang pertama…(syazlina dah bersorak kegirangan)

Bob : Tak, jawapan yang sebenarnya SALAH… (muka geram)

Syazlina : Ooo. Salah ek?


moral of the storienya:

pompuan yg bajet chantek ini tidak mengenali Bob Lokman. Mungkin alasannya Bob Lokman tidak terkenal. Tidak mengapalah. Tetapi, boleh plak bertanya pada Bob Lokman, “… nak autograph?…”...motippp~ orang johor bilang... muka tempe... jenis x tau malu...

simpulan bahasa yak mudah, itupun tak tahu maknanya. ada plak dia jawab Langkah Kanan maknanya menepikan diri. Sudah diberi pembayang, pun still tak dapat teka ngan betul. aishhh... hampeh kan.. x penah belajar simpulan bahasa kat skolah agaknya...

gedik. gedik. dan gedik. Sepanjang berada dalam teksi, tidak ubah-ubah gayanya yang gedik itu.

nak tanya lah, siapa Syazlina ini? Cerita atau filem apa lakonan dia? korang pikir la sendiri... hik hik

sekian~

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen