Thursday, July 9, 2009

Al-Kisah : Wook Kundur - cinta di hujung usia


sekali lagi entri kali ni shin tujukan khas untuk Mohd Shamsul Bahari... semoga kisah kali ni memberi daya perangsang kepada Mohd Shamsul Bahari mengejar cintanya huhu



MAJLIS persandingan Mohd. Nor dan Wook pada tahun 2005 di Dungun T'ganu.

HULU TERENGGANU – Cinta Wook Kundur, 107, terhadap Mohd. Nor Musa, 38, mungkin benar-benar buta kerana dia bukan sahaja sanggup mengambil lelaki itu sebagai suaminya walaupun perbezaan umur mereka hampir 69 tahun.

Wook juga tetap mempersuamikan Mohd. Nor walaupun dia mengetahui lelaki itu adalah seorang penagih dadah.

Bagaimanapun, pergorbanan cinta Wook itu akhirnya menjerat diri sendiri apabila bukan sahaja hartanya dijual oleh lelaki itu, malah dia bakal ‘kesepian’ apabila suaminya ditahan pihak berkuasa kerana mengambil dadah semalam.



'' Saya harap dia berubah dan bertaubat. Dulu memang dia (suami) kerap keluar malam jumpa kawan-kawan. Dia juga jual kereta dan cincin saya, tapi saya tak syak apa-apa. Tapi hari ini (semalam) ada orang datang beritahu dia kena tangkap, kena gari.

'' Saya memang sedih tapi nak buat macam mana, eloklah dia berubat dulu,” katanya lagi.



Walaupun kini hidup berseorangan tanpa suami, Wook Kundur tetap mahu tinggal di rumahnya di Kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang di sini.

Baginya, rumah kayu miliknya itu banyak meninggalkan kenangan selepas tiga tahun hidup bersama suaminya, Mohd. Nor Musa.

Malah, Wook menolak mentah-mentah tawaran pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mahu menempatkannya di rumah orang tua di Taman Bahagia Bukit Payong, Marang


Wook termenung terkenangkan suaminya. Segala cerita tentang kisah hidupnya pada masa lampau ingin dilupakan termasuk kisah dia mempunyai 22 suami.

****

moral of the storynya :

kesian nenek ni... kira macam ada satu peribahasa.. ' seperti melepaskan anjing yg tersepit ' gitu la kiranya.... kasih sayang yg di beri tp di balas ngan kisah macam ni... harta di jual.. apa lagi yang ada.. mula mula nampak manis jer.. tp lama lama.. bau pekung semua ada... busuk.. hanyir.. mual semua la skali...

tp shin terkesima ngan sikap nenek ni.. yg sanggup tunggu suami dia.. harap suami dia berubah semua la.. walaupun.. lom tentu orang yg menagih dadah ni akan pulih... kira mcm orang yg menagih cinta sesama jenis la huhuhu lom tentu akan pulih ye tak.... benda sedap.. mana leh lupa.. x gitu...

shin doakan.. nenek wook ni akan terus sihat... agar terus dapat beribadah pada Allah ngan tenang.. serta dapat mejalani kehidupan yg lebih bahagia...

so untuk korang... kalo mau bercinta... bercinta la ngan bebaik baiknya.. jgn nak main main.. kalo single ckp jer single.. kalo dah ada bf.. bagitau.. jgn senyap senyap... kalo ambik dadah ker.. amik benda benda yg berbahaya ker.. elakkan la.. buang ketagahihan tu.. bukan setakat untuk orang yg tersayang... tp yg penting untuk diri sendiri...

sekian~


m(^o^)m

* i'm shin.. i'm inesen

3 comments:

James Danvers said...

Fuiyo! hebat entry nih... X sangke nenek tu sangat setia kat husband die even though husband die camtu... haish...

Kirr_rule said...

mesti manusia dlm dunia ni happy jer lau sumer org mcm nenek wook ni kn????

Tinta Penulis said...

so shin dah bpunye ke?ehekehek..soklan cepu mas ni..