Friday, February 28, 2014

AMARAN : risiko couple ngan pompuan yak suka melancong

ececeh.. tajuk entri tak menahan.. ok la.. arini shin nak share satu artikel shin cedok dari Harian Metro.. shin terbaca secara online.. dan oleh kerana terlalu panjang.. shin skip amek point yak menarik jer.. hikk.. sambil baca shin pahamkan dan fikirkan secara rasional.. samada shin setuju ke tidak kena artikel ni mmg shin xleh nak jawap la.. sbb shin xde awek.. sama ada yak suka melancong ato yak suka shopping.. ato yak suka dok umah manjang.. single mingle.. ni just nak sharing cite jer.. terpulang kat kengkawan utk menilai.. kot kot terkena kat batang hidung sendirik hehe #dahiberpeluh

‘Elakkan Bercinta Dengan Pompuan Yak Suka Melancong’, mungkin sekali dengar macam pelik, tetapi itu antara isu hangat dibincangkan orang lelaki time depa lepak minum atau sembang santai sesama dorang.. even shin pon pernah gak berborak ngan kengkawan keje.. shin ada kata.. kalo shin dah kawen kelak.. kalo shin travel jejauh.. shin lebih prefer gi sensorang.. x bawak anak isteri.. kalo dedekat x per.. hikk..

wokey sambung balik.. bila ditanya kenapa, mereka tidak hanya membuat tanggapan begitu saja.. tetapi beberapa konflik berlaku kepada rakan lain yak berpasangan dengan gadis kategori ini.. bermakna, tanggapan dibuat berdasarkan pengalaman.

tidak semestinya tanggapan yak dibuat boleh diguna pakai untuk semua.. yess itu shin akui lah.. bagi si kaki jalan, mungkin melancong ke tempat baru, mengenali budaya unik dan berkenalan dengan orang serata pelusuk dunia mengajar mereka untuk lebih berdikari, sekali gus tidak dilabel seperti gadis kebanyakan yang manja.. dok terperap kat umah..
 
keresahan orang lelaki berpasangan dengan gadis seperti ini bukannya bermaksud melarang dan menahan diri dari jatuh cinta.. tetapi lebih kepada berhati-hati dan siap sedia untuk menghadapi apa saja cabaran yak bakal dihadapi jika berkasih sayang dengan wanita yak memiliki hobi ini.. mostly gadis ini bukannya berperwatakan asing, tetapi ada beberapa sifat diri menjadikan mereka berbeza daripada gadis yak sukakan kecantikan.

Tak romantik
 
golongan pompuan yak suka melancong ni mostly mereka agak ‘kasar’ dan ala tomboy.. tidak hanya daripada segi berpakaian, sikap ini boleh dikenal pasti jika anda berkenalan rapat dengan mereka. Kasar merangkumi semua termasuk cara bergurau senda, berbicara dan sebagainya.. namun perlu diingat, tidak semuanya begini kerana ada banyak jenis cara melancong.. selalunya yak jenis ‘backpacker’, pastinya aura kejantanan boleh dikenal pasti pada tingkah lakunya #sengih

Cakap lantang
 
berbeza dengan yang lain, gadis ini lebih gemar bercakap ‘lepas’ iaitu meluahkan pendapat tanpa terlalu memikirkan perasaan orang lain, yak pastinya mesej hendak disampaikan itu jelas.. orang lelaku yang lembut hati macam shin ni contohnya sudah tentu  mudah ‘makan hati’ dengan sikap sebegini yang memungkinkan mereka mencari pengganti teman wanita baru  #nah #rasakan

bagi gadis ini, perspektif cara komunikasi adalah elemen penting tanpa perlu ada dolak-dalik atau bahasa kiasan kerana ia lebih mudah difahami.. mereka ini juga dikatakan aktif berbicara. Kita pasti beranggapan mereka mudah mesra dengan sesiapa saja.. kalau lelaki kuat jeles.. mmg selalu berperang laa gamaknya..

tetapi jangan salah sangka, ada di antaranya memilih bersikap ‘berat mulut’ di negara sendiri berbanding ketika meneroka tempat orang.. kaedahnya "malu bertanya sesat jalan"

Berdikari
 
sifat lelaki mahukan wanita atau pasangan menganggap mereka sebagai pelindung.. tetapi tidak jika berpasangan dengan gadis ‘kaki jalan’.. dia tidak memerlukan anda sepanjang masa kerana dia boleh melakukan bermacam-macam hal dengan sendiri.. dalam keadaan sedih, dia tidak terlalu mengharap anda untuk merangkul dan mendengar rintihannya kerana dia memiliki alam semesta dengannya #wah

jangan terlalu berlagak hero di depannya.. anda akan dipandang jelek atau dianggap menjengkelkan.. perasaan dia akan mudah bosan jika anda seorang yang suka mengikutnya ke mana saja dan selalu berusaha menjadi pemandu arah atau bertindak seperti ibu bapanya.. elakkan menyuruh dia itu ini mengikut telunjuk anda kerana pasti hubungan korang tidak akan bertahan lama #noted

ada berpendapat, gadis ini tidak terlalu memandang tinggi perihal pendidikan kerana baginya pengalaman melancong lebih berpengaruh dalam kehidupan.. tetapi tidak semuanya begitu, ada juga mereka yak seimbangkan pendidikan dan hobi ini kerana menganggap ia sebagai terapi diri #betul

Tak kisah tak cantik
 
rambut tidak bersikat tidak bermakna mereka selekeh.. tetapi setiap inci watak daripada tubuhnya menceritakan seribu satu kisah di sebaliknya.. kecantikan luaran bukan isu utama, tetapi bagaimana cara mereka ‘membawa’ diri dalam masyarakat dan orang sekeliling adalah yak terpenting membuatkan gadis ini berlainan ciri fizikal dan mentalnya kerana ia tidak dimiliki oleh perempuan lain yak luar daripada kelasnya.. 

ye lah dorang tak kesah pon nampak selebet.. takde masa nak besolek sakan.. pastu hujung hujung muka comot gak.. so simple jer.. senang nak bergerak.. jimat masa kot..

jika anda jenis lelaki yang gemarkan wanita suka berdandan, bersolek cantik, gadis seperti ini bukan untuk anda.. jangan sesekali mencuba kerana ia kemungkinan besar tidak membuahkan hasil kecuali jika kamu boleh menilai kecantikan hatinya, memahami minatnya dan sanggup berkongsi kasih sayang dengan alam semesta, pasti ia menjadikan perjalanan hidup korang lebih menarik daripada biasa..

Hadiah

pompuan seperti ini mungkin tidak akan menghabiskan wang si jejaka dengan meminta untuk dibelikan tas tangan, emas ataupun alat solekan ‘fashionista’ yang sedang popular di pasaran, tetapi dia akan meminta kamu sesuatu yak ada waktunya lebih mahal dari benda benda alah tadik! Jika bukan tiket penerbangan ke beberapa destinasi menarik di seluruh dunia, dia pasti meminta anda membawanya melihat keindahan pemandangan alam ataupun tempat menarik yak tinggi nilai sejarah dan budaya #skodengwallet
 
lebih memeritkan jika anda tidak punya masa untuk semua itu, hanya perlu tabah melepaskannya dia pergi kerana dia pastinya meminta kebebasan untuk melancong seorang diri atau bersama kawannya.

hukk.. apa macam.. takot tak nak cari awek suka melancong?? hehe.. kengkawan pompuan yak suka melancong leh terima tak apa yak penulis ni dok bebel?? hikk.. 

jujurnya.. kalo shin.. x kesah pon kalo tetiba satu hari nnt terbukak hati nak ber"awek".. memandangkan shin ni jenis pemalu.. mungkin kalo melancong adalah salah satu cara utk shin ngan si awek berkomunikasi.. time tu mungkin memasing akan lebih memahami perangai masing masing.. x kesah la sapa lagi handal berdikari.. dari situ kita tau kelebihan dan kekurangan diri memasing.. mungkin juga dalam tgh mood nak enjoy melancong akan jadi stress.. bila gadoh gadoh.. tp mungkin itu akan lebih merapatkan lagik hubungan bila ada adegan pujuk memujuk.. mungkin awek tu yak akan pujuk shin.. hahaha comel jer.. kannn..

shin tak lah kaya.. kalo pegi melancong  sekali sekala.. dpt survive utk diri sendiri jer.. so.. shin akan ajar orang yak shin sayang tu menabung.. mcm shin gak.. setiap kali nak bejalan atau nakkan something.. menabung.. cari duit sampai dapat.. sesekali boleh laaaa #sengihpalingmanis

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

10 comments:

Chot said...

Shin, ni amek point yg pnting je ke. Ni pun dah panjang gile weh. Haha.

i'm shin... i'm inesen said...

Chot : hahahaha.. tu pon byk cut n delete tau #dahiberpeluh

t.a.t.a said...

kalau betul la kan Abg Shin, habeh la semua stewardess tak kawen. hahaha.

i'm shin... i'm inesen said...

t.a.t.a : dorang terkecuali.. kot

sobri yaacob said...

ha..ha..
bkan menghalang utk bcinta..tapi utk bhati2 dlm memilih psangan..itulah point yg tpat shin..

i'm shin... i'm inesen said...

Sobri Yaacob : kena realistic.. xde dah "demi cinta lautan api pon sanggup ku renang" #sengih

Shahrul Yusof said...

Kalau dah jodoh dengan bini yang suka melancong tu nanti, terima aje la yer Shin. Hehe.

Tapi, just prepare ajelah. Nak travel bawak anak bini ni, kena rancang betul-betul. Lebih kurang macam General buat persediaan logistik untuk askar pergi berperang. Hahaha

i'm shin... i'm inesen said...

Sylarius Yusof : dedekat leh la bawak semua.. kalo jejauh.. kena menabung lebih.. x pon semua kena tinggai.. babai.. babah jalan sensorangggg #sengih

zai zairies said...

auhh... topic yg menarik shin..

i'm shin... i'm inesen said...

Zai Zairies : hehe ada betul ek